Chapt 2

⇢ ˗ˏˋ 𝒲𝒶𝒾𝓉𝒾𝓃𝑔 𝐹𝑜𝓇 𝒰 ࿐ྂ

- HANEUL PoV -

Aku bangun sebaik sahaja terdengar alarm yang aku pasang berbunyi. Lantas tangan aku mencapai telefon aku lalu mematikan alarm. Aku bangun dari pembaringan dan meregangkan tubuh aku.

Kini, sudah hampir seminggu setelah hari graduasi aku. Hari yang di mana aku sepatutnya gembira dengan seseorang itu. Sayang sekali, dia dah memungkiri janji dia. Heh! Dasar tak guna.

Aku bangun bagi membuka tirai di jendela. Mataku meliar melihat suasana di luar. Dagu aku tongkatkan menggunakan kedua-dua belah tangan aku. Termenung aku sendiri di situ seketika sehinggalah....

'KNOCK KNOCK!!'

Urgh!! Datang dah.

"Haneul, sayang? Kamu dah bangun ka? Cepat turun untuk sarapan." Suara seorang wanita memanggil aku dari sebalik pintu. Eomma aku? Nope! Satu²nya eomma yg aku ada dah lama pergi. Perempuan kat luar tu, cuma ibu tiri aku ja. Tapi aku tak pernah berbahasakan diri dia eomma. Memang tak lah.

"Haneul?" Dia masih mengetuk lembut pintu bilik aku. Urghh!! Meluatnyaa!!

"Yea, yea!! Nanti jelah aku turun!" Balas aku kasar. Buat apa nak berlembut dengan dia?

"Cepat yea, sayang? Eomma turun dulu." Aku mendengar tapak kakinya yang sudah melangkah pergi.

Aku menyerabutkan rambut aku. Tertekan betul aku. Okay, memang dia seorang yang baik. Dia tak pernah layan aku buruk pon selama ni. Dia malah bagi aku kasih sayang macam dia tu betul² eomma aku. Tapi, aku tetap tak suka. Hurhh!! Appa ni pon satu. Kenapalah pergi kahwin dengan perempuan lain? Satu²nya alasan yang dia ada cuma, 'Appa sibuk kerja. Nanti kamu ada lah teman kat rumah.'

Macamlah aku boleh percaya. Kalau macamtu, baik jadikan dia maid ja daripada isteri. Kan senang? Tempat eomma pon takkan diganti. Daripada bagi aku eomma baru yang aku tak perlukan, better dia bagi aku haiwan peliharaan. Berkali² aku mintak kat appa, tapi dia tetap tak bagi. Apa lah nasib aku....

Aku melihat semula ke luar tingkap. Ada beberapa pelajar sekolah sedang dalam perjalanan mereka ke sekolah. Mata aku tertancap pada sebuah pasangan. Comel betul mereka. Ianya membuatkan aku teringatkan tentang aku dan youngjae.

'Bila kau akan kembali?'

'Mana kau pergi?'

Keluhan berat aku lepaskan. Dan aku tersedar. Lantas aku menggelengkan kepala aku dengan laju.

"Eishh!! Apa kau fikir ni, shin haneul!? Lupakan!! Dia dah mungkir janji!!" Marah aku pada diri sendiri.

"Haneul?? Cepatlah turun makan! Nanti makanan sejuk!" Aku dengar 'perempuan' tu memanggil aku dari tingkat bawah. Urghh!! Nak tak nak, baik aku pergi sekarang.

Dengan langkah yang sangat malas, aku pon melangkah menuju ke meja makan. Dan benda pertama yang aku nampak ialah.... 'Perempuan' yang hilangkan mood aku pagi² ni.

"Haneul, sayang~" Aku langsung tidak menyahut panggilannya. Lantas aku duduk di salah satu kerusi di meja makan. "Appa ada outstation 3 hari. Dia tak sempat nak ucap selamat tinggal kat kamu. Jadi, dia bagi surat ni sebagai ganti." Katanya lembut sambil menghulurkan sehelai kertas yang dilukis '♡' di atasnya. Aku mengambil kertas tersebut lalu membukanya.

 ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄
Morning, my sunshine! I'm so sorry sebab tak sempat ucap selamat tinggal sebelum appa ke outstation selama 3 hari ni. Appa pergi ke Jeju, jadi kalau kamu nak minta apa², telefon ja appa yea? Duduk rumah dengan eomma eunjin baik² yea? Jangan lupa makan tau? Maaf sebab appa terpaksa batalkan plan untuk bawa haneul ke Australia. Lain kali appa janji kita pergi yea?

 ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄

Seperti yang aku jangka, appa takkan tepati janji dia. Sama saja dengan youngjae. Lelaki semua sama ja.

Liar.

Aku lantas bangun dan masuk semula ke dalam bilik. Ahjumma tu panggil aku banyak kali tapi aku tak layan sikit pon. Aku mandi dan bersiap² untuk keluar.

Kalau appa taknak bawa aku ke Australia, aku boleh pergi sendiri lah.

Jangan salah faham. Bukannya aku nak pergi sekarang pon. Persiapan apa pon takda, ada hati nak pergi?

Aku menyarungkan hoodie purple aku dan padankan dengan seluar berwarna hitam. Sling bag yang tergantung pada pintu aku capai. Lantas aku keluar dari rumah begitu sahaja tanpa mengendahkan ahjumma tu.

Aku nak ke mana? Aku pon tak tahu. Daripada aku makan kat rumah kena hadap muka 'perempuan' tu, baik aku makan kat kedai. Biarlah kena keluar duit sekali pon.

Aku berjalan hingga aku tiba di sebuah cafe yang baru saja dibuka minggu lepas. Aku tak pernah ke sini lagi. Aku mengambil keputusan untuk masuk ke dalam cafe tersebut. Set sarapan aku tempah. Aku duduk di sebuah meja yang berada di hujung cafe tersebut sementara menanti pesanan aku siap.

Setelah beberapa minit, aku dipanggil oleh pekerja cafe yang berada di kaunter bagi mengambil pesanan aku yang telah siap. Seorang lelaki yang berada di kaunter sebelah aku mengambil pesanannya. Yang membuatkan aku hairan ialah, suaranya seperti aku pernah kenal. Aku cuba melihat wajahnya menggunakan hujung mata aku supaya tak kelihatan terlalu obvious. Dia memakai mask, rambutnya pula berwarna pink.

Aku cuba buat² seperti tak pernah berlaku. Aku hanya mengucapkan terima kasih pada pekerja tersebut dan membawa dulang pesanan aku ke meja tadi.

Aku memerhatikan namja tadi. Dia betul² nampak familiar. Tapi kat mana eh??

Ahh!! Abaikan! Bukan urusan aku. Aku membuka telefon bimbit aku. Aplikasi Instagram aku tekan. Youngjae yang mengajar aku menggunakan apps ni. Kalau tak, aku tak tau apa². Aku perasan ada notification masuk yang menyatakan ada permintaan mengikut. Aku menekan button di atas.

'energericsohn' id pemilik account tersebut.

Aku hanya mengabaikannya. Account aku merupakan account private dan 1²nya orang yang merupakan follower dan following aku hanyalah youngjae. Aku tak tahu kenapa aku masih tidak membuangnya daripada status tersebut.

Oh yea! Sebabnya, aku dah janji dengan dia supaya tak buang dia dari menjadi follower dan following aku. Aku takkan mungkir janji aku. Bukan macam dia. Pergi entah ke mana tinggalkan aku berbulan² dan kemudian mungkir janji.

Aku benci dia!!

Benci sangat²!!

Namun, kadang² aku tertanya...

Ke mana dia pergi??

Mengapa??

Aku benci dia dan aku akan pastikan dia takkan berjumpa dengan aku lagi. Tapi.....

Aku tetap menanti dia hingga kini.....

𝒯𝑜 𝒷𝑒 𝒸𝑜𝓃𝓉𝒾𝓃𝓊𝑒𝒹

===== ⎯⎯⎯⎯ ≪•◦ ❈ ◦•≫⎯⎯⎯⎯ =====

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top