'5'
so this story will be officially 15+, no byun - byun, kau nak byun pergi jenguk criminal atau byuntae world (even discontinued) BAHAHAHA maap-
Beomgyu's Pov
Aku terdiam seketika apabila Evelyn berkata demikian. Aku nak dia sembuh, aku nak lihat dia seceria dahulu walaupun pada ketika itu mentalnya tidak seberapa pulih.
Tapi sekarang boleh aku rasakan yang sakitnya ini bertambah lebih kuat bukan berkurangan. Sudah banyak namja yang kami perkenalkan kepada Evelyn semata - mata untuk melihat dia sembuh.
Namun tanggapan kami kesemuanya salah, bila dia rosakkan dan main perasaan mereka. Kisah kami semuanya hampir sama dengan Evelyn, tapi kami tidak dimalukan dikhalayak ramai seperti Evelyn, kami tidak dicaci hina seperti Evelyn, kami tidak lalui apa yang Evelyn lalui.
Aku melepaskan pelukan dan bergerak kearah meja soleknya, laci dibuka dan pisau lipat di ambil.
Selepas itu, aku duduk semula dihadapan Evelyn dan kelar tanganku sendiri sehingga mengeluarkan cecair merah pekat. Mukaku tidak menunjukkan sebarang perasaan, sudah biasa dengan perkara sebegini.
"Ni cukup?" soalku dengan lembut kepadanya.
Evelyn menggeleng.
"Ani"
Aku memberikan pisau lipat itu ditangannya.
"Buatlah," cakapku menyerah kalah.
Evelyn senyum besar. Air matanya yang bercucuran aku lap menggunakan ibu jariku sambil itu dia mula menoreh mukaku kecil - kecilan. Mukaku hanya berkerut menahan darah itu daripada mengalir masuk kedalam mulut aku.
Dia menyanyi sambil menoreh lembut dimukaku.
(AKU GELI AKU GELI AKU GELI)
"so wrap me in plastic and make me shine! we can make a dollhouse follow your design!"
Setelah dia puas, dia membuang pisau lipat itu jauh. Dia berdiri dengan senyuman dimuka, first aid-kit yang berada di atas almari dia cuba capai.
Beberapa kali percubaan masih juga tidak sampai. Akhirnya dia mengalah dan memeluk tubuh dengan pout.
Aku ketawa lalu berdiri mengambilkan dia first aid-kit.
"Aigoo gwiyeowo!" Pipinya aku cubit sedikit kuat.
"Arrrkh yah! Appeo!" Katanya dengan pout, selepas itu kami duduk semula diatas katilnya, dia mula mengubat semua torehan dimukaku.
Aku senyum kecil, ni lah yang aku suka pasal Evelyn, dengan kami dia akan layan kami seperti putera raja, tapi dengan orang lain, dia layan seperti singa.
Chup!
Pipiku dicium olehnya.
Aku senyum lebar. "Sekarang lyn nak buat apa?"
"NAK MAIN MAKE UP MAKE UP!" Dia berlari anak kearah meja soleknya.
Aku ketawa sekali lagi, aigoo uri aegi..
-
Pandangan Taehyung dihalakan ke luar tingkap. Teh panas dihirup.
Otaknya mula membayangkan Evelyn. Tiba - tiba sahaja dia rasa gementar dan takut dengan Evelyn.
Dia mula teringat semuanya, Yeonjun dan namja misteri itu. Matanya hanya menatap pohon diluar tingkap wad itu, tidak berkelip walau sesaat sehinggalah seseorang menerjah masuk kedalam wadnya dengan mimik muka yang risau.
"TAEHYUNG AH!"
Taehyung berpaling ke arah orang itu, matanya membesar. Tangannya didepa luas. Senyuman diwajahnya mula kelihatan.
"Roseee babyyy!!"
Roseanne segera berlari mendekati Taehyung dan memeriksa hampir keseluruh anggota badan Taehyung.
"Taeee, gwaenchanha?" Soal Roseanne risau. Tangannya masih ligat memeriksa seluruh muka Taehyung.
Taehyung senyum manis dan mengangguk.
"Eo! Tae okay! Tapi tae lebih okay bila Rose ada kat sini!" Kata Taehyung dengan manjanya.
Rose senyum kecil, rambut Taehyung dikusutkan.
"Aigoo, sepatutnya Tae tak patut tinggalkan Rose haritu, kan Rose boleh je hantar Taehyung pergi dengan hyung - hyung Tae. Tengok apa dah jadi, by the way, Rose dengar dari Eunrim unnie yang Tae kena culik?"
Senyuman Taehyung serta - merta pudar. Matanya berganjak kearah lain selain Rose.
"O-oh, tu... T-tae.. hm" Taehyung pun menceritakan segalanya kepada Rose. Rose hanya mendengar dengan setiap tanpa menganggu percakapan Taehyung.
Reaksi Rose lama - kelamaan berubah. Tangannya digenggam.
Apabila cerita Taehyung berakhir, Rose berdiri dengan mimik muka yang susah ditafsirkan.
"Mana yeoja tu?" Soal Rose dengan suara dalamnya.
-
Bogum berdecit kecil melihat kalender. Masih ada saki - baki tulisan Evelyn di kalender miliknya.
Dari belakang, tiba - tiba sahaja Yoojung memeluknya.
"Oppa, mwohae?" Soal Yoojung dengan manja. Kepalanya disandarkan dibelakang badan Bogum.
"Tak adalah, oppa tengok kalender ni je" kata Bogum tidak endah.
Yoojung menjengukkan kepalanya ke tepi untuk melihat kalender itu, sebelah keningnya terangkat.
"Eo? Tulisan siapa tu?" Dengan pantas, Yoojung merampas kalender itu dari tangan Bogum lalu duduk di atas katil boyfriendnya.
Dia membelek satu per satu helaian di kalender itu, semuanya penuh dengan pen berwarna dan contengan milik Evelyn.
Mulutnya di'pout'kan.
"Ni tulisan yeoja tu ke? Yeoja yang oppa cerita tu?" Soalnya dengan muka masam.
Bogum ketawa kecil, kedua - dua pipi Yoojung dicubit lembut.
"Aigoo my baby," Bogum senyum lalu mengusutkan rambut Yoojung.
"Eo, yeoja tak sedar diri tu. Ni tulisan dia, geokjeongma, oppa akan buang juga kalender tu dan semua milik dia disini. Oppa janji"
Yoojung tersenyum puas hati. Kakinya direhatkan di atas pangkuan Bogum, tangannya memeluk leher Bogum dari tepi dan kepalanya direhatkan di atas bahu Bogum.
"Oppa ceritalah pasal unnie tu, yang pasal oppa malukan dia eh- ani, yang dia malukan diri dia sendiri"
Bogum senyum lebar.
"Okay dengar betul - betul, cerita dia macam ni..."
Flashback
Bogum memegang erat tangan Evelyn apabila dia terasa yang Evelyn sangat gementar.
Evelyn bermain dengan hujung dressnya menggunakan sebelah tangannya.
Dia memandang Bogum,
"Bogum ssi.. dress saya okay kan? Tak terlampau kan? Rambut saya memang lawa ke kalau lepas je? Tak boleh ikatke? Make up saya tak rosakkan?"
Bogum ketawa kecil, kedua - dua tangannya memegang muka Evelyn menyebabkan muka Evelyn menjadi tembam. Dahi Evelyn dan bibir Evelyn dicium beberapa kali.
Sesudah itu, dia mengusap lembut pipi Evelyn.
"Lyn sayang, awak tahu tak, awaklah yeoja yang paling cantik saya pernah lihat sepanjang hidup saya ni. Awak tak ada cacat cela seperti orang lain, awak perfect. Kalau kita dah cukup 20 tahun, saya akan kahwini awak sekarang juga. Tapi sabar ya sayang, lagi beberapa tahun je. Malam ni kita relaxkan diri okay"
Evelyn senyum lebar. Dia percaya akan kata - kata yang disampaikan oleh namja itu.
"Okay kkaja" Bogum terus menariknya kehadapan pintu rumah agam ibu bapanya. Malam itu ialah malam pertama Evelyn berjumpa ibu bapa Bogum.
Ttok! Ttok! Ttok!
Pintu diketuk beberapa kali oleh Bogum, beberapa minit kemudian terpacullah muka ibu Bogum bersama senyuman lebar.
Tapi apabila matanya memandang Evelyn, senyumannya jatuh.
"Siapa yeoja ni Boy?" soal ibunya dengan angkuh.
"Ni girlfriend boy, nama dia Evelyn. Cantikkan omma?"
Tiada sahutan dari ibunya. Bogum ketawa janggal, tangannya mengusap belakang lehernya.
"Ah omma, kita masuk dululah." Bogum terus menarik Evelyn masuk kedalam rumah itu.
Sambil berjalan, ibunya memerhati Evelyn atas dan bawah dari belakang mereka.
Tangan Evelyn semakin berpeluh apabila dia merasakan seseorang memandangnya dengan pandangan tajam.
Apabila Bogum ternampak bapanya yang sedang membaca surat khabar, terus sahaja Bogum melepaskan tangan Evelyn dan berlalu ke arah bapanya. Tinggal lah Evelyn dan ibunya berdua.
"Appa!"
Bapanya mengangkat muka,
"Oh wasseo (awak dah sampai)" Bapanya bangun dan memeluk Bogum.
Situasi Evelyn
Ibu Bogum berdecit, dia lalu ditepi Evelyn sambil menggumam sesuatu.
"Tch, yeoja takde adab"
Evelyn terus beku disitu apabila dia terdengar apa yang ibu Bogum cakapkan. Air liurnya diteguk perit.
Dia bergerak perlahan - lahan mengikut ibu Bogum dengan kepala yang ditundukkan.
Baru sahaja dia hendak membantu ibu Bogum namun,
"Eh tak payah sentuh, mahal ni. Mungkin dress kau pun tak cukup untuk ganti pinggan ni kalau pecah. Dah duduk sana, buat rumah ni macam rumah kau" Kata ibu Bogum kasar.
Evelyn mengangguk tanpa sebarang bunyi. Air matanya ditahan daripada membasahi pipinya.
Bila kesemuanya sudah siap, mereka berkumpul di meja makan dan makan tanpa sebarang bunyi sehinggalah bapa Bogum menanyakan sesuatu.
"Evelyn kan nama kamu? Bogum bagitahu tadi, sedap bunyinya, ahjussi suka" Senyum bapanya. Evelyn turut senyum kecil.
"Kamsahabnida ahjussi"
"Tch" Ibu Bogum berdecit sekali lagi.
Senyuman Evelyn terus mati.
Bapa Bogum menolak bahu isterinya sedikit. Isterinya menggulingkan matanya, tanda menyampah.
"Tak usah layan ahjumma ni, mungkin dia datang bulan kot, tu yang jadi macam tu."
"Yeobo!" Panggil ibu Bogum tak puas hati.
Bapa Bogum hanya mengendahkannya.
"Evelyn sekolah kat mana?"
Fast Forward
"Ah ahjussi, ahjumma, Bogum ssi, Lyn pergi tandas sekejap ye?" Kata Evelyn dan berlalu pergi.
(Acah lah Evelyn tahu kat mana tandasnya)
Ibu Bogum memulakan ayat tidak puas hatinya terhadap Evelyn. Bogum dan bapanya hanya mendengar sambil makan.
Sesudah beberapa minit, Evelyn keluar dari tandas dan hendak menuju ke ruang makan semula, tapi apabila namanya disebut dia berhenti berjalan dan mendengar kesemuanya.
"Bogum, kenapa boy bawa betina lain masuk rumah ni? Omma tak sukalah dengan Evelyn tu, omma lagi berkenan dengan Yoojung anak ahjumma Kim tu. Yoojung lagi baik dan cantik berbanding si Evelyn tu, nama pun dah macam apa, tengok Yoojung, sedap je nama dia kena sebut. Dahlah budak Evelyn tu tak ada adab, lepastu dia nak sentuh pula barang omma, tak tahu malu betul lah dia tu-"
Pranggg!!
Evelyn menutup mulutnya. Terkejut, dia segera mengutip kaca - kaca yang pecah itu.
Ibu Bogum membeliakkan matanya.
"OH TUHANKU! VASE AKU!!!"
Bogum menghembus nafas kasar. Tangannya menarik Evelyn untuk berdiri,
"APA MASALAH AWAK NI EVELYN?! TAKKANLAH AWAK TAK ADA MATA UNTUK LIHAT SEKELILING! AWAK TAHU TAK VASE NI BERHARGA?! NI VASE PEMBERIAN MOYANG SAYA! AWAK DAH CUKUP MALUKAN SAYA DEPAN OMMA SEKARANG AWAK PECAHKAN PULA VASE OMMA! CAKAP OMMA BETUL, AWAK NI LANGSUNG TAK ADA ADAB!" Tengking Bogum.
"CUKUP!!!!!" Evelyn menjerit dengan nyaring. Air matanya tidak berhenti - henti mengalir keluar, dia segera keluar daripada rumah itu. Dia sudah tidak tahan.
Tangannya digenggam kuat.
"Kau tunggu yeoja tua dajjal!"
TBC
___________________________________________
Waaaargh sorry lambat update TT
Serious talk aku busy gila, kerja rumah setiap hari berlambak, dengan kertas 3 aku belum sentuh. Hiks bunoe jelah aque.
Part kali ni aku main reka je, aku tak ikut idea sangat sebab aku tak ingat apa yang aku nak buat dalam flashback dia. Tapi lantaklah, pandai - pandai je lah aku kaitkan kesemuanya.
By the way aku nak memberontak kat sini.
Wahai crush, kalau kau dah tahu aku suka kat kau, TAKYAHLAH NAK MENGGEDIK DENGAN PEREMPUAN LAIN *tampar kamera phone*
AKU PUNYA JELES NI LAIN MACAM, JANAN SAMPAI BELAKANG KAU AKU BUNUH POMPUAN TU. HAH. anjir kamoo.
By the way, aku rasa aku nak ebook kan cerita ni kalau dah tamat. (Rasa je lah) sebab cerita ni takde byun, so aku rasa macam nak bukukan atau ebook kan.
Patut tak aku buat?
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top