💠🔆7🔆💠
AIRA's POV
" Oh Se Hyung. "
" Lah... Oppa Sehun rupanya-- " kata-kataku terhenti apabila nama itu diproses dalam otak ku.
Oh. Se. Hyung. ?
Oh. Se. Hun. ?
Are they siblings ?!
Hell no ! Takkan lah namja pondan ni siblings Sehun hensem aku ! Sipeo hajima nonono.
" K-kau siapa ? " soalku pelik.
" Lorh. Aku dah bagitahu nama aku tadi. Takkan pekak pulak ? " perli Sehyung sinis. Aku ketap bibir. Ayy mamat ni, aku jolok kang.
" Kenapa nama kau dah nak dekat dengan Sehun ? " soalku lagi tak puas hati. Aku serius dia bawak main-main. Sekali, aku sumbat kamus Podolski dalam mulut dia baru dia tahu langit tu biru ke hijau.
" Betul nak tahu ? " soal Sehyung sambil mendekatkan dirinya denganku. Bulu roma aku meremang. Dah kenapa nak dekat-dekat dengan aku ni ? Ayy kenapalah tangan aku kena ikat ni ? Tak boleh aku nak buat 'X' dekat dada weh... Sadis.
" N-nae. " jawabku. Aku mengetap bibir kerana semakin lama dia semakin dekat.
" Aku,... "
" Hyung Oh Se Hun. "
Jawapan dia sangat mengejutkan aku. Kalau dia hyung Sehun, kenapa dia... Tak ada dalam Jeosan Siblings ?
" T-tapi k-kenap--- " shit. Dia pintas kata-kata aku.
" Sebab... Jeosan Siblings tu lemah. Aku cuma ikut yang kuat. Jeosan Siblings tu menang pun ikut situasi je. Aku pun tak mengaku dia tu adik aku sebab dia... Lemah. " balas Sehyung sambil senyum sinis. Dia bermain dengan tiang tempat aku diikat.
" Nak tahu apa yang best sekarang ni ? " soal Sehyung yang masih tersenyum sinis memandangku.
Aku memandang dia dengan pandangan apa-dia-setan-mualaf. Dia menepuk tangannya dua kali lalu sebuah pintu terbuka dari bawah ke atas.
Dan aku lihat Sehun diikat diatas sebuah kerusi plastik. Dia masih tak sedarkan diri. Dia nampak agak lemah.
Tak guna !
Tak adil !
Kenapa dia boleh duduk atas kerusi sedangkan aku berdiri ? Arghh aku tak boleh terima !
" Lahanat punya abang Sehun ! Aku tak mengaku abang ipar betul ! "
++++
" Macam mana ni Jin oppa ? Kenapa dengan Liliymon ? Suara apa tadi tu ? " soal Jieun risau. Dia cuba menyentuh kelopak bunga dan daun-daun kecil di badan Liliymon bagi melihat punca dia menjadi begitu. Walaupun dengan petir dan kilat sabung menyabung, ia tak akan halang Jieun dari memeriksa keadaan Digimonnya.
" Keluar kau ! Mesti ahli Quartz kan ? KELUAR ! " teriak Jin kuat sambil memusingkan diri memandang sekeliling.
" Kan kami dah cakap. Mungkin kami kalah dulu, tapi ada masa kami akan menang pulak ! " kata suara itu lagi.
" Acah hebat tapi pengecut, tak nak tunjuk diri. Tak ke nampak kebangangannya disitu ? " perli Jin sinis.
" Kau diamlah bodoh. Patutnya kau dengan adik beradik kau dah mampos. Senang dan aman dunia ni. " balas suara itu yang kedengaran agak sentap.
" Tak sedo diri. "
" Kau buat apa dengan Liliymon hah ? " soal Jieun pula. Suara itu ketawa kuat dengan suara yang seperti Polla Thai.
" Buat apa ? Check la sendiri. Dah bye. Kau layanlah anak-anak buah aku. " kata suara itu lalu lebih 20 ekor binatang spesis hantu Aladdin besar menuju ke arah mereka.
" Aaaaaa ommaaaa ! " teriak Jieun dan Liliymon yang ketakutan melihat wajah hodoh serupa Polla iaitu digimon hantu itu.
" Jieun, kita kena lawan dorang. " kata Jin sambil mengeluarkan tombaknya. Kubamon milik Jin juga sedang bersiap sedia. Siap flip telinga panjangnya lagi.
Ingat Kubamon tak ? Yang ni ;
Jieun mengangguk perlahan. Dia memandang Liliymon disebelahnya. Kesakitan Liliymon mula reda sejak suara tu pergi tadi.
Lalu mereka pun memulakan perlawanan melawan makhluk hantu yang bernama Bakemon. ;
++++
RYEONMI's POV
Aku tersedar dari pengsan. Ayy lahanat betul pakcik botak yang pukul kepala fab aku ni. Aku melihat sekeliling. K, aku ni tak rabun kan ?
Ya lah memang bukan salah aku kalau aku tak nampak. Tempat ni gelap kot ! Macam gua. Ya, macam gua. Gua atau Batu Belah Batu Bertangkup sebab pintunya ditutup.
Adakah aku akan mati ditelan Batu Belah ?
" Yeon ! " panggil seseorang. Suara tu... Hoseok a.k.a Jhope right ? Aku mencari gerangan yang memanggil aku tadi.
" Jhope oppa ? " tiba-tiba ada lampu kecil menyala di atas kepala kami. Akhirnya, dapat jugak aku lihat muka Jhope yang licin ni.
Hensyem.
" Yeon, gwaenchana ? " soal Jhope cemas. Dia mengusap-usap pipi dan bahuku. Dia cuba memeriksa sekiranya ada kecederaan padaku atau tak.
Aww untungnya kalau aku jadi bini dia. Caring ~
" Yah... Nal gwaenchana. Geokjeonghajima eo ? Oppa ? " kataku perlahan sambil tersenyum. Happy betul aku sekarang. Rasa nak melompat sampai pecah 'gua' ni.
" I'm okay. " balasnya lega.
Kini aku nampak Elecmon dan Kubamon cuba menolong sesama sendiri. Nampaknya Kubamon milik Jhope mendapat luka di belakang telinganya.
" Kita kat mana ? " soalku dalam keadaan yang agak mamai. Siapa tak pening lepas kena ketuk kat kepala ? Pakai tombak pulak tu. Ayy geram makcik.
" Mesti markas Quartz. Jadi dia serang rumah kita tadi, dan bawa kita ke sini. Habislah... Patutnya kami tak libatkan korang semua dalam hal ni. " balas Jhope kesal.
" Gwaenchana ! Kami suka adventure and percayalah yang kami semua sanggup bertarung sebab kami SQUAD ADVENTURE dalam sekolah ! " kataku cuba meyakinkan Jhope. Aku sebenarnya acah je yang pasal Squad Adventure tu. Entah wujud entah tak squad tu.
" Ah... Baguslah. " ucap Jhope perlahan. Tapi aku dapat dengar dia mengeluh kecil.
" Macam mana nak keluar dari sini ? " soalku sambil menggaru kepala. Serius, aku tak boleh nak berfikir lepas kena ketuk. Segala bab-bab Sains dan Fizik dalam otak aku hilang.
" Dinding pintu ni batu biasa. Kalau guna laser elektrik, mungkin boleh. " ujar Jhope. Kami berdua berfikir seketika. Tiba-tiba kami teringat sesuatu.
Serentak itu, kami memandang Elecmon dan tersenyum penuh makna.
++++
" Kita kat mana ni... " perlahan Hyeryung cuba bangun. Pembaringannya di lantai besi membuatkan belakangnya sakit.
" Gaeun ? Hana ? Hwa ? Yunhae ? Korang ! Bangunlah ! " Hyeryung menolak-nolak tubuh badan rakan-rakannya yang masih berbaring di lantai itu.
" IREONA TENUK SEKALIAN ! " teriak Hyeryung lantang sekali. Arca ikan lumba-lumba di atas kayu penahan jatuh dan pecah akibat suara lantang Hyeryung.
Maka dengan itu, rakan-rakan Hyeryung juga terjaga. Begitu juga Taehyung, Kai, Baekhyun, Kyungsoo dan Jimin yang terlentang disebelah 'partner' masing-masing. Mereka yang mamai, bangun seperti zombi baru lepas kena gigit yang ingin mencari mangsa.
Bukan zombi macam dalam Train To Busan. Cerita biasa je, Zombi Kampung Pisang.
" Woi ! Woi ! Nak pergi mana korang ni. " Hyeryung cuba menahan rakan-rakannya yang kelihatan baru lepas keluar dari Hospital Bahagia. Akhirnya mereka sedar jugak dari mamai masing-masing.
" Kat mana ni ? " soal Yunhae sambil memegang kepalanya yang masih terasa berpinar.
" Kat hati cikgu Jeonghan rasanya. Warna pink semacam. " balas Hana selamba.
Maka, semua be like : |( ̄3 ̄)|
" Ok, sebenarnya kita kat mana ni... Benci ah dengan warna pink ni. " soal Hyeryung pula.
" Ni mesti markas Quartz ! " jawab Kyungsoo sambil menepuk seluarnya yang berhabuk. Ayy mesti dorang [ Musuh Jeosan Sib. ] ni pemalas sampai malas nak bersihkan lantai.
" Markas Quartz ? " soal Yunhae sambil membuat muka pelik.
" Ahli Pasukan Quartz ni musuh kami 11 beradik. Dari dulu mereka cuba menghapuskan kami. Sebenarnya... Salah seorang ahli Quartz ialah hyung kepada Sehun dan Taehyung. Dan juga namdongsaeng kepada Yoongi. Tapi mereka nak ikut ahli Quartz. Entah apa yang dibagi oleh ahli Quartz sampai dorang sanggup putus hubungan keluarga dengan kami just untuk sertai Quartz. Tujuan mereka untuk bertarung dan menghapuskan kami adalah untuk memiliki dunia ni. " terang Baekhyun panjang lebar.
Maka Hyeryung, Yunhae, Hana, Hwamin dan Gaeun mengangguk-angguk kan kepala seperti burung belatuk sambil membuat mulut 'o'.
" Haih.. Ni yang susah bila jadi famous ni. " keluh Taehyung sambil menguis lantai pink itu menggunakan jari.
" Dah bangun ? " soal satu suara dari atas mereka.
" Buta ke bang oi ? Nampak kitorang tengah tertonggeng ke macam mana ? " perli Hana sinis.
" Ish ish harap je takda muka, tapi buta. Bodoh pulak tu. " kata Yunhae pula. Kemudian mereka tergelak sakan.
" Wah wah wah ! Sedap mulut sambal belacan nenek engko mengutuk aku ya ? Hah nanti aku suruh Trump block Youtube. Tengok kau boleh ketawa lagi ke tak masa tu. " balas suara itu pula. Mereka semua terdiam.
Trump ? Sila mampos.
Bagi lah orang hidup aman sikit. Ni menambah lagi kedut-kedut, kuning-kuning dan keputihan rambut tu buat apa ? Ayy baik kau pakai ketayap then rancang masuk syurga.
Ecewah.
" AYY JANGAN KAU BERANI ! AKU SEMBELIH KAU, TRUMP PUN TAK MAU TENGOK MUKA KAU TAU ? JAP MUKA KAU MACAM MANA ? ENTAH-ENTAH MACAM NENEK TRUMP ! HAHAHAHAHA. " teriak Hwamin pulak.
" Diam ! Kau ni pun bodohlah. Sama macam si bapok kat belakang tu. Kita bukan nak bersembang dengan dorang ! " sampuk satu lagi suara. Kedengaran seperti sesuatu dihentak dengan kadbod bergulung.
" Auch ! Hey ! My pretty huge hair ever !! Anda ni pig betullah, Wonho. " balas kawannya itu tak puas hati.
Gedegang !
Gedegung !
Kepak berkepak !
Kepuk berkepuk !
Mulalah sudah pergaduhan orang di atas sana.
" Haih.. Aku ingat dorang ni matang. Rupanya masih pra sekolah. " sempat lagi Hana memperli.
" Apa nak buat sekarang ? " soal Gaeun sambil mengoyak-ngoyak kertas alas lantai itu. Takda kerja katakan.
" Buat apa lagi ? Cari cara untuk lepaskan dirilah. " jawab Hyeryung.
" Jap... Mana digimon kita ? " soal Yunhae. Serentak itu mereka memandang sekeliling bagi mencari kelibat digimon masing-masing.
" Cer korang tengok atas. "
Mereka memandang ke arah atas memandangkan suara itu menyuruh dan melihat digimon-digimon diikat dan digantung di sebuah palang besi berwarna pink itu.
" Hwakmon ! "
" Guilmon ! "
" Kerimon ! "
" Catemon ! "
" Garurumon ! "
" KUBAMON ! "
Mereka memanggil-manggil, menyeru-nyeru nama digimon mereka yang masih tak sedarkan diri dari pengsan. Hanya tidur dengan cool di atas.
" Macam mana ni ? " soal Gaeun yang mula gelisah. Tak sanggup dia melihat digimonnya digantung seperti baju yang disidai di ampaian.
" Aku ada idea ! " ujar Kai sambil tersenyum makna.
++++
" Weh Heyi ! Macam mana kau boleh muncul kat sini ? And macam mana pulak kau boleh hilang tak balik-balik tadi. Semua orang cari kau tau tak ?." bebel Ahneul. Makcik Ahneul buat comeback guys.
" Aduh, aku sendiri tak tahu weh serius. Bukak je mata, aku dah ada dekat dalam almari yang penuh dengan kamus dari edisi satu sampai edisi yang ke-6729272. " jelas Hyeki sambil mengelap peluh di dahinya.
" Pergh mesti pemilik dia pandai English kan ? " soal Ahneul dengan rasa agak teruja.
" Eh eh, aku check paper dia tadi. Hak alah 18% je. Pakcik aku lagi pandai. " jawab Hyeki sambil flip telinga Kubamon milik Chanyeol.
" Heyi! Heyi! " panggil seorang lelaki. Jungkook rupa-rupanya. Dia berlari ke arah Hyeki lalu memeluknya erat.
" Mana kau pergi ? Risau tau tak risau ? " soal Jungkook sambil mengusap-usap rambut Hyeki.
" Alahai. Ulat bulu dah naik daun ~ " perli Chanyeol sambil smirk.
" Eleh, tau lah Telinga Capang tak reti sweet-sweet. Hagagaga. " Jungkook membalas perlian Chanyeol tadi. Maka, telinga Chanyeol yang agak capang itu mula memerah menahan geram.
" Kau kata aku tak sweet ? Haa kau tengok ni ! " kata Chanyeol lalu menarik Ahneul mendekati dirinya. Lalu bibir Ahneul diciumnya lembut. Mata Ahneul terbuntang luas.
Ah seriously this guy ?
Chanyeol melepaskan ciuman sambil memandang Jungkook dan smirk. " Sweet tak ? " Jungkook hanya merolling eyes.
" Heh, cium macam tu kau kata sweet ? Kau tengok aku punya gentle kiss ! " Jungkook yang rasa tercabar ingin menyerbu bibir mugil Hyeki.
" KORANG ! HABISLAH ! HABIS ! HABISLAH WEH HABIS ! "
Belum sempat bibir Jungkook mendarat atas bibir Hyeki, suara Birdmon membuatkan mereka terus berpaling ke arahnya.
" Birdmon ! " panggil Hyeki ceria. Sekejap je berpisah, dia dah rindu Birdmon.
" Ah... Nae annyeong Tuan. TAPIII KITA ADA MASALAH ! " mula-mula Birdmon menyapa Hyeki kemudian beralih menjadi cemas seperti tadi.
" Masalah apa ? Apa yang habis ? Karipap Mak Timah dah habis ? " soal Chanyeol dengan muka blur.
" SEMUA AHLI KITA DAH DITANGKAP OLEH AHLI QUARTZ ! "
" WHATTTTT ? ! "
++++
LUNA's POV
Mataku terbuka perlahan. Suasana agak gelap. Suasana yang kelam, kusam dan berjerawat ? Sila--
Ayy merepek lagi.
Aku bangun dari pembaringan. Aku memegang kepalaku yang masih terasa denyutannya. Sakitnya tu tak tahan, dia macam supp ! Naik ke atas tau.. Doktor menyarankan Sensodine--
PPAP !
Aduh ! Okay-okay tak main-main dah.
Aku memandang sekelilingku. Tak nampak apa. Adakah aku dah rabun ? Arghh andwaeeee !
" Luna. Ahn Lauren... Right ? " dan satu suara menyapaku.
" S-siapa ? " soalku agak gementar. Gementar ea bukan gentar ! Jatuh saham aku kalau aku gentar. Sifat aku, Cruel Girl tetiba gentar, sila masuk longkang.
" Kami.... Musuh Jeosan Siblings. Jadi tujuan kami, 'menyerkap' kamu ke sini adalah untuk meminta bantuan. " jawab suara itu. Lalu aku ternampak bayangan seorang lelaki keluar di sebalik dinding.
" Nama aku, Kim Mingyu. Aku nak offer kau satu benda. " ujar Mingyu sambil berjalan mendekatiku dengan tangannya di dalam kocek.
" M-mwondae ? " soalku. Aku nak tahu, tapi berdebar-debar. Macam nak terima result UPSR pulak.
" Jadi ahli Quartz, dan kau akan dapat memiliki dunia ni bersama kami semua. " terang Mingyu sambil tersenyum manis.
" B-bwo ? " soalku lagi. Serius aku keliru sekarang.
" Dengar sini Lauren. Kalau kau join kami, kau boleh buat apa je yang kau nak. Lepas kita tawan Wonderland, kita akan dapat membina sebuah kerajaan Quartz dan mengarah dunia ! Seronok tau ? " jelas Mingyu. Melihat keraguan di raut wajahku, dia makin mendekati diriku dan mengangkat wajahku menggunakan tepi jarinya.
[ Ok, kita panggil apa ea yang sweet scene or cruel scene tu ? Lupa weh srs. Hope faham. ]
" Listen here, Baby. Keseronokan semasa hidup tu sangat penting. Lagi-lagi di dunia ajaib ni. Takkan kau nak lepaskan peluang ? Memerintah kerajaan Wonderland yang dipenuhi dengan haiwan-haiwan pelik ! " Mingyu kelihatan bersungguh-sungguh memujukku.
Aku berfikir seketika.
Tawaran Mingyu amat menarik perhatian dan minatku. Tapi, sanggup kah aku mengkhianati rakan-rakan sendiri dan... First crush ku, Min Yoongi ?
Ah, aku buntu !
____________________________________
Ok, spe wataknya tak keluar ? Ni tgh berusaha lah ni nak keluarkan watak masing-ii. Jgn risau sgt la if watak anda asyik SIKITT memanjang.
Sebab, watak sikit tu lah boleh jadi heroin or main cast a.f ni hohoh. (╯3╰)
Yeay harini takda h/w woi ! Doa aku termakbul. Hari Rabu lak ada Merentas Desa. Aku tabah. :'DD
Weh Gais , dgn muka tak tahu malunya.. Aku nak promote sat :'D The Taciturn - Pjm. Mohon baca and Votmments. Owyeah aye sayang anda semua mwah mwah ♥
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top