💠🔆4🔆💠

" Arghhhhhh! "

Selepas sahaja Jieun membuka pintu, sinaran cahaya membuatkan mereka terkejut. Ingatkan ada petir. Je? 🌚

Mereka melangkah masuk ke dalam pintu itu dengan berhati-hati. Dan melihat sahaja suasana di tempat yang dihubungkan dengan pintu itu, mereka terpana.

Suasana persekitaran tu macam ni :

[ Anggap tempat tuh luas gila segila-gila ayam pak Samad. ]

" Wah! Betul lah kata Hana. Memang pokok ni boleh bawa kita ke dunia lain. " kata Gaeun yang mula melompat dan meneroka dunia tersebut.

" Kan betul. " ucap Hana yang sudah kembang sambil memandang Luna sinis.

" Takyah bangga sangat si gila. " balas Luna sambil menggulingkan mata.

" Gila? Yayaya aku gila. Hoho. " Hana dengan selamba berlari sambil berlompat keriangan. Alah macam kanak-kanak ribena tu.

Luna memandang sekeliling. Cantik duh. Dia berjalan-jalan meneroka kawasan yang menghijau itu. Dia melambai-lambai tangan di udara membuatkan dia perasan sesuatu. Angin bayang keluar mengikut hayunan pergelangan tangannya. Luna jadi speechless.

" Wuish. Tangan aku berhabuk teruk ke? " soal Luna sambil menghayun pergelangan tangannya berulang kali. Masih ada angin bayangan yang mengikuti ayunan tangan.

Sehingga dia membuat gaya memercikkan(?) air, terjadilah sebuah objek dari bayangan. Luna terjerit kecil.

" A-apa ni? A-aku dah mati ke? " Luna mengusap pipinya sendiri dengan muka terkejut. Matanya masih tertancap pada objek bayangan yang berbentuk seperti toyol itu.

" T-toyol warna hitam? Biar betul? Ke dia ada kacukan orang minyak? Pergh gempak siak! " tiba-tiba Luna menjadi excited. Tengah seronok mencuba membuat model bayang, dia terasa yang ada sesuatu sedang berdiri dibelakangnya. Sesuatu yang besar yang boleh dibuat teduhan ketika hujan. Perlahan Luna memandang ke belakang dan...

" Huarghhh! Siapa kau orang burung?! Harini hari maskot sedunia ke?! " Luna berteriak kuat sehingga 'benda' itu cuba menutup mulut Luna.

" Shhh! Diam. Aku ni Digimon. Nama aku, Garudamon. Kau mesti salah seorang dari sebelas yang dipilih oleh adik beradik Jeosan. Mari, ikut aku. Nanti kawan-kawan kau pun akan ada di sana. " terang Garudamon.

Garudamon :

" Boleh percaya ke kau ni? Digimon? Pekejadahnya tu? " soal Luna yang masih dengan riak terkejut tapi cuba dicover.

" Ikut je dan kau akan tahu. "

+++

Ryeonmi sedang menaiki sebuah bukit kecil. Actually, bukan bukit. Tapi seperti batu besar yang berumput. Dia duduk di atas bukit itu sambil menutup mata dan menghirup udara nyaman itu.

" Fuh! Rasa macam jadi mermaid pulak. " kata Ryeonmi. Dia menggoyang kaki di atas bukit sehingga merasakan sesuatu menggesel di kakinya.

Ryeonmi ingatkan kucing, tetapi di bertambah terkejut apabila melihat binatang kecil itu lalu menjerit seperti Luna tadi.

" Aaahhh! Omo! Omma!! Tolong Yeon!! Ada babi merah kacukan merak sesat dekat sini!! "

Benda itu menggulingkan matanya tanda menyampah dan tiba-tiba Ryeonmi merasakan dirinya terkena elektrik. Terasa gegaran saja. Muka, kulit semua okay.

" Senyaplah. Aku bukan babi kacukan merak lah manusia. Aku Elecmon. Selamat berkenalan. Jom ikut aku, kawan-kawan kau pun akan ada di sana. " ujar Elecmon sambil menghulur tangannya yang besar, berbulu merah dan kuku yang tajam.

Ryeonmi menjadi excited pulak. Dia hanya mengikut Elecmon tanpa mengesyaki apa-apa. Boleh jadi lurus jugak budak ni.

Elecmon :

+++

Hana masih keriangan melompat-lompat gembira. Tangannya dilayangkan ke udara. Tiba-tiba Hana terasa rambutnya seperti kena air.

Dia memandang atas. Hujan? Tak. Tapi tangannya basah. Dia melibas tangannya dan tiba-tiba air merecik keluar dari tangannya.

" Teruk betul aku berpeluh sampai air keluar dari tangan. " Hana hanya merenung tangannya lama. Selogiknya, takkanlah berpeluh sampai peluhnya sebanyak kita siram pokok pulak?

Dia membuat benda yang sama seperti Luna iaitu melibas tangannya dan makin banyak air yang keluar.

" Aku.... Dah jadi hantu air ke? " soal Hana sendirian. Dia masih bermain-main dengan air yang keluar dari tangannya. Dia membuat jelly air berwarna biru langit dan lompat-lompat di atasnya. [ Yg mcm Boboiboy Air tuh 😹 ]

Buk!

" Arghh! Sape yang kuanghajo sangat pergi baling benda kat kepala aku?! " dia menoleh ke belakang bagi melihat objek yang menyakitkan kepalanya sebentar tadi. Belakang takda.

Habistu? Jap... Atas macam sesuatu terbang je? Dan Hana pun memandang ke atas lalu...

" Wahhh! Burung helang warna merah pakai tali pinggang dekat kepala! Ada kuku? Gempak! Mana datang burung ni? " Hana cuba memegang haiwan itu dan meraba-- eh silap, mengusap badannya.

" Hai! Nama aku Hwakmon. Mari ikut aku berjumpa adik beradik Jeosan. " serentak haiwan itu berkata, Hana terbaling ia ke tanah. Terkejut lah katakan.

" Burung bercakap? Ni kalau keluar TV333333 mesti aku famous! " kata Hana lalu cuba menangkap Hwakmon. Hwakmon mengelak dan berkata, " Tak perlu susah-susah nak tangkap aku. Sebab kau tak boleh nak bawa aku pergi ke mana-mana. Kau tak akan boleh keluar dari dunia ni. "

Hana terhenti. Dia seperti sedang menghadam kata-kata Hwakmon. Malah Hwakmon menyambung, " Kau dah dapat kuasa air. Tahniah. " menyebabkan Hana juga menjadi excited. Dia menaiki Hwakmon ke tempat yang dikatakan olehnya tadi.

Hwakmon :

+++

Aira hanya berjalan tanpa arah tuju. Mula-mula dia ingin meneroka tapi dia sendiri tak tahu nak teroka apa kat situ. Tiba-tiba dia hendak terjatuh ke batu-batu yang tajam tetapi sebelum sempat Aira jatuh, batu-batu itu seperti melarikan diri dan Aira jatuh di atas tanah kosong dan selamat.

" Apa jadi? " soal Aira yang keliru. Dia menggelengkan kepalanya kerana bingung. " kau pening mungkin. "

Aira merenung benda di hadapannya dengan muka yang takda perasaan. Still cool.

" Siapa kau? " soal Aira yang pelik dengan seekor burung berwarna hijau di hadapannya. Rupa luarannya seperti burung kakak tua. Tetapi ada tangan yang berjari tiga serta berpakaian. Peliklah.

" Aku, Parrotmon. Dah jom ikut aku. Pergi jumpa adik beradik Jeosan. " ajak Parrotmon. Aira hanya mengikut. Lagipun dia taktahu nak pergi mana. Ikut je lah haiwan pelik tu.

Parrotmon :

+++

Gaeun bermain dengan kucing yang dijumpainya di jambatan. " Comelnya kau ni. " katanya sambil mengusap kucing itu.

Tiba-tiba dia terenjis air sungai itu kepada si kucing membuatkan si kucing kelihatan bengang. " Alohaa! Sorry! Serious aku tak sengaja. Kalau lah aku berhati-hati tadi. " ucap Gaeun yang panik dan takut sekiranya kucing itu membencinya. Eleh, setakat terenjis air kat kucing je.

Semasa Gaeun cuba menyapu bulu kucing itu untuk mengeringkan, bulu kucing itu serta merta menjadi kering. Malah menjadi cantik seperti Gaeun jumpa ia di jambatan tadi.

" Ish ish. Cuai betul. Macam mana kau boleh terpilih? " kata sesuatu yang berwarna merah, berkuku tajam, berbentuk seperti iguana. Gaeun serta merta cuak.

" Omo! Cicak gergasi! Sarangtuseyo!! " Gaeun ingin melarikan diri tapi tangannya ditarik oleh haiwan itu.

" Bertenang. Aku Guilmon, digimon di dunia ni. Now, ikut je aku. Dan kawan-kawan kau mesti ada di sana. " kata Guilmon sambil cuba menangkan Gaeun yang ketakutan itu. Gaeun terpaksa mengikut cicak merah pelik yang serupa anak T-Rex itu.

Guilmon :

+++

" Wahh! Do you want to build a snowman~ Fuh seronok gila jadi Elsa. " Ahneul sedang meluncur di atas timbunan salji itu. Dia sekarang percaya yang dia memang ada kuasa salji seperti cerita Frozen tu. Berangan kuat. Dia juga sudah bertemu dengan digimon yang ingin menjemputnya pergi ke tempat yang sama dengan yang lain.

" Sudah-sudahlah main salji tu weh. Jom lah kita pergi jumpa kawan-kawan kau yang lain. " kata makhluk berbentuk kucing yang bernama Yukemon.

" Ish sabarlah. Tengah syok ni. " balas Ahneul yang masih leka bermain salji. Mentang-mentang musim sejuk lama lagi. Tapi yang bestnya, dia langsung tak terasa kebas atau beku bila menyentuh salji tanpa sarung tangan.

" CEPATLAHHH! Bosan lah aku tengok manusia gedik macam kau terus berkelakuan childish macam ni. " bentak Yukemon yang sudah membuat muka annoying.

" Ok fine! "

Yukemon :

+++

" Wah, cantiknya bunga ni. Sunflower! " Jieun sedang memetik bunga kegemarannya iaitu bunga matahari. Matahari bangunlah ~ Yunhae pula hanya memerhati gelagat Jieun yang agak childish ketika itu.

" Jieun and Yunhae right? My name is Lilymon. Dan si kenit ni Kerimon. Dah jom balik rumah. " ajak sesuatu. Yeah memang sesuatu dan bukan seseorang sebab yang menjemput mereka bukan orang.

" Huh? Siapa kau? Fuyoh! Cantiknyaaaa. Bunga warna pink bercakap! " Jieun menjadi teruja dan membelai daun dan kelopak bunga di badan ' Hantu Bunga Pink ' itu.

" Comelnya kau ni? Kucing kat rumah pun tak setanding duh. " Yunhae juga tidak ketinggalan menjadi teruja dan kagum akan haiwan kecil yang sudah menjadi digimon nya. Selepas itu, Jieun dan Yunhae menaiki Lilymon sambil Kerimon berada dalam dakapan Yunhae.

Lilymon :

Kerimon :

+++

Hyeki, Hwamin dan Yery sedang berdiri memandang pemandangan luas yang menghijau itu. Bukan mak dia hijau tetapi rumput-rumput dan lumut yang membuatkan kawasan itu menjadi hijau semacam.

" Weh Melody, Yery, kau dengar something tak? " soal Hwamin sambil memandang sekeliling.

" Dengar. " jawab Hyeryung tenang.

" Dengar... Bunyi apa tu? " Hyeki juga sedang tertanya-tanya.

" Jeng! Yeah bucuk-bucuk! Mari ikut kami~ " tiba-tiba tiga makhluk keluar dari belakang pokok besar di situ. Muat rupanya.

" S-siapa? " soal Hyeki yang gerun melihat salah seekor dari makhluk yang seperti serigala itu.

" Aku Catemon. Yang besar ni Garurumon. Dan burung kepala gemuk ni Birdmon. Selamat berkenalan dan kami lah digimon kamu bertiga. " ujar makhluk yang bernama Catemon.

Serentak itu Hwamin dan Hyeki mengangguk. Hyeryung seperti masih tak percaya.

" Digimon? Wujud ke? Aku tengok dalam TV je hari tu. " soal Hyeryung yang curiga.

" Ye lah cik kak. Budak mana yang matang sangat nak pakai kostum? Dan macam mana dorang boleh terbang macam ni? " jawab Birdmon sambil membuat aksi terbang tinggi di udara bagi membuktikan kewujudannya.

" Ah... Okay. " Hyeryung terpana dengan kehebatan makhluk pelik tapi cuba dicover. Mereka pun mula bergerak.

Hwamin berjalan bersama Catemon, Hyeki menaiki Birdmon manakala Hyeryung menunggang Garurumon.

Catemon :

Birdmon :

Garurumon :

+++

Hwamin, Hyeki dan Hyeryung memasuki rumah kayu itu dan berjalan menuju ke arah Apple Pie yang lain sedang santai menikmati makanan yang dihidangkan.

" Hah Hwamin, Heyi, Yery. Sinilah! Sedaplah makanan kat sini. " kata Ahneul sambil menyua kan kek ikan yang ditambah dengan sedikit hiasan ketam [pft] ke dalam mulutnya.

Hyeryung, Hwamin dan Hyeki duduk di meja makan itu dan mula menjamah makanan.

" Fuh sedap! " ucap Hwamin setelah merasa makanan itu.

Sedang mereka bahagia menikmati hidangan petang itu, 11 orang lelaki masuk ke dalam rumah itu lalu melemparkan senyuman pada semua ahli Apple Pie.

Dan Apple Pie ternganga. Mujurlah dunia tu takda lalat mahupun nyamuk.

Siapa tak terpana melihat bidadari lelaki sedang berdiri di hadapan mereka?

" Annyeong semua. Aku Byun Baekhyun. Aku paling tua dalam keluarga ni. Eh I mean, adik beradik. Dan kami sebenarnya adik beradik angkat. " Baekhyun selaku anak paling sulung dalam keluarga angkatnya itu memperkenalkan diri sambil senyum.

" Menawan... " ucap Yunhae perlahan sambil mencuri-curi merenung wajah Baekhyun. Fuh, gatal. Pft.

" Aku Park Chanyeol. Boleh panggil aku Chanyeol atau Yeol. Kedua tertua. Ni pulak Kim Seokjin, Do Kyungsoo, Min Yoongi, Kim Jongin, Jung Hoseok, Oh Sehun, Park Jimin, Kim Taehyung dan Jeon Jungkook. " Chanyeol memperkenalkan dirinya serta adik beradiknya yang lain. Ahli Apple Pie mengangguk dan cuba menghafal nama-nama mereka.

" Tahniah kerana terpilih untuk duduk di Wonderland. Dan Digimon yang menjemput kamu semua ialah digimon peliharaan kamu sekarang. Tolong jaga baik-baik. Jangan buat mereka seperti kamus Luqman Podolski. " pesan Jin.

" Tapi, kenapa kami? " soal Hyeki.

" Kami dah lama perhatikan kamu semua sejak kamu semua start berkawan lagi. " jawab Jungkook.

" Apa function dogimon ni? Dorang ni dahlah nampak bahaya. " soal Hana.

" Digimon lah buduh. " gertak Garudamon si digimon Luna. Fuh, digimon ikut perangai tuannya jugak.

" Ceh. Silap sebut je. " Hana hanya flip hair.

" Dunia ni bahaya. Ada digimon di luar kawalan akan buat kacau jadi kami harap korang semua dapat bantu. Lagipun, korang semua ada kuasa masing-masing. " terang Taehyung pula. Hana memandang Taehyung tak berkedip. Terpukau katakan.

" Oh... " ahli Apple Pie terangguk-angguk seperti burung belatuk. Kini barulah mereka yang sudah nampak kuasa mereka faham. Yang masih belum nampak hanya terpinga-pinga.

" Jadi, kuasa aku apa? " soal Aira.

" Tadi masa kau nak jatuh, batu-batu tajam tu bergerak tempat lain kan? " Parrotmon meminta kepastian . Aira hanya mengangguk.

" Space Controller. " kata Sehun. Aira memandang Sehun dan mula terpukau. Indah sungguh muka jejaka-jejaka Wonderland ni. " Oh. Jadi aku boleh pindahkan macam-macam benda? " soal Aira kembali. " Yup. " balas Parrotmon.

" Mari kenal pasti kuasa kamu semua. Bermula dari Luna. " arah Yoongi. Luna mencipta burung helang hitam dari bayangan. " Shadow Power. "

Giliran Ryeonmi pula. " Kuasa aku apa? " soal Ryeonmi bingung. Puas difikirnya sejak dia dapat tahu yang kawan-kawannya sudah ada kuasa. " Cuba pandang sekeliling. Atau buat apa-apa. " arah Hoseok. Ryeonmi merenung sekeliling dan baru dia perasan sesuatu. Atas kepala masing-masing seperti ada awan terapung berserta gambaran suatu aktiviti.

" Eh! Kyah! Jimin oppa tengah pikir apa tu?! " soal Ryeonmi separuh terkejut melihat fikiran Jimin yang menerawang jauh. Gambaran fikiran tersebut menunjukkan Jimin dan Hyeryung sedang.... Err... 🌚

" Apa? Oh mesti kau dapat Mind Controller. " Jimin sedang cover malu dengan tersengih sambil mencuri-curi tengok Hyeryung yang stay cool dari tadi. Ryeonmi mengangguk perlahan sambil smirk pada Jimin. " Pervert man fufufu. " bisik Ryeonmi. Kemudian dia terus merenung Hoseok yang dari tadi tersengih-sengih. " Kau kena paham. Lelaki ni ada 1 nafsu. " Hoseok smirk.

Dan kini giliran Hana. " Kuasa aku air kan? " soal Hana sambil merenjis air yang keluar dari tangannya tadi. Seperti mahu membuat magik, Hana tersimbah air yang banyak kepada Taehyung. Taehyung pula sedang menutup mata seperti pasrah dirinya menjadi mangsa simbahan air. " MIANHAE TAEHYUNG OPPA! " ucap Hana panik. " Gwaenchana. Dah duduk sana. " balas Taehyung yang tersenyum manis sambil mengelap muka dan badannya yang basah menggunakan tuala.

Aira berjalan ke depan menghadap adik beradik Jeosan. Jeosan adalah nama keluarga yang mengambil mereka sebagai anak angkat. " Aku boleh gerakkan barang rasanya.. "

Aira menggerakkan barang menggunakan tangannya. Seperti magnet yang menolak, barang itu bergerak sendiri seperti ditolak oleh tangan Aira yang jauh dari barang itu. " Space Controller. " kata Sehun. Tiba-tiba semasa Aira ingin balik semula ke tempatnya, dia teradung lalu terjatuh menyebabkan rumah itu seperti terkena gempa bumi. Barang-barang ditolak keluar dari rumah. Meloponglah dinding rumah itu akibat almari yang ditolak kuat keluar rumah. Sehun menolong Aira bangun manakala yang lain membersihkan kawasan. " Gwaenchana. Tu memang kegunaan kuasa tu. " pujuk Sehun yang melihat Aira seperti menahan malu.

" Gajah jatuh fuh! "
____________________________________

Eyyo! Ok siap chap4. Rasa bangga boleh siapkan chapter by chapter dlm masa yang dekat. An an ? Hoho riak fuh. Jangan risau kepada yang belum ditunjukkan kuasa sbb chapter seterusnya akan keluarlah anda. (╯3╰) Saia akan cuba seimbangkan. Rasanya,. Harini double update. Bye ~

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top