💠🔆12🔆💠

" Salah sangat ke... Aku ni? " aku memeluk lutut ku di atas kerusi berhadapan dengan meja yang dipenuhi kertas dan barang.

" Hina ke.. Aku ni? "

" Aku cuma nak perbetulkan keadaan... Tapi kenapa makin teruk? "

" Aku yang bersalah ke? T-tapi bukan aku yang nak semua ni.. "

" Bukan aku... "

" B-bukan a-ak-u... "

" ARGHH!! "

Aira menolak semua barang dan kertas di atas meja lalu berterabur di atas lantai. Dia melepaskan nafas yang termengah-mengah dan ketap giginya.

Kemudian dia menangis.

" M-maaf... "

" Weh Aira. Dari kau jadi macam orang gila dekat sini, baik kau tolong aku kemas balik apa yang kau dah selerakkan atas lantai ni. " kata Luna sambil memeluk tubuh. Dia menyampah melihat Aira yang agak over itu.

" L-luna... " Luna memandang ke arah Aira yang ingin menyambung kata-katanya itu.

" A-aku... A-aku i-ikut kau. "

++++

HWAMIN's POV

Aku masih terkilan dengan kejadian ini. Kejadian tadi masih segar diingatanku. Saat Aira berubah, ingin mencederakan kawan sendiri. Sungguh aku tak boleh terima. Cecair hangat mengalir dipipi ku.

Aku mencapai sebuah loket berbentuk hati di atas meja sebelah katil ku lalu membukanya. Terdapat gambar semua ahli Apple Pie semasa kami mandi di pantai Daecheon dalam loket tersebut. Saat itu, kami bergelak ketawa.

Saat kebahagiaan dalam persahabatan.

[FLASHBACK] [No One POV]

" Weh babi, sini jap. " Luna memanggil Ryeonmi yang sedang seronok membina istana pasir itu. Ryeonmi menjeling Luna. Tak habis-habis dengan mencarutnya.

" Kau ni nak tunggu aku jolok lubang kau baru nak berhenti mencarut ke? Kau nak apa, aku busy ni. " balas Ryeonmi sambil menyambung membuat istana pasirnya yang besar itu.

" Sinilah bodoh. Aku ada something nak tunjuk ni. " teriak Luna. Ryeonmi menghentak baldi kecil itu lalu bangun dan berjalan menuju ke arah Luna.

" Apa dia? " soal Ryeonmi sambil menepuk-nepuk tangannya yang bersisa pasir.

" Tadaa, cantik? " Luna menunjukkan sebuah cengkerang berwarna white pink berserta corak yang unik.

" WEH! Cantik siot! Mana kau jumpa? " soal Ryeonmi. " Aku main gali-gali tadi, last sekali terjumpa benda alah ni. "

" Haa nah. " rupanya cengkerang tersebut telah diletakkan tali. Luna memakaikan rantai cengkerang itu di leher Ryeonmi. Ryeonmi pula membuat muka terharu dan ingin menangis. Kononnya.

" TERHARU DOH! Aku fikir kau cuma jenis-jenis yang hipokrit. Maseh weh. " ucap Ryeonmi sambil memeluk Luna sekilas sebelum kembali ke tempat dia membina istana pasir dan--

" YA AMPUN! MANA ISTANA PASIR AKU WEH? SIAPA CURI?! " teriak Ryeonmi sambil memegang kepalanya. Fuh.

" Kalau dah bodoh tu, sampai ke tua. " kata Luna perlahan sambil menggelengkan kepalanya.

" Hwamin, Yery, nah. " Aira menghulurkan cengkerang yang dijumpainya kepada Hwamin dan Hyeryung. " Neul pun. " dia turut menghulur cengkerang kecil dan bercorak lurus itu kepada Ahneul. Ahneul senyum teruja. " Thanks! "

Hyeryung dan Hwamin menyambut cengkerang itu. Ia bersinar cantik. " Gomawo. " ucap Hwamin. " Thanks weh, tegaru aku. " ucap Hyeryung pula.

" Dorang je? " soal Hyeki sambil mencebik bibir. " Eh, untuk Heyi lagi special. Haa, nah! " Aira menghulurkan cengkerang yang unik kepada Hyeki.

" Kau bergurau dengan aku ke? Bapak cantik siot! " kata Hyeki puas hati sambil membelek-belek cengkerang itu. " Anything for you. " Aira tersenyum manis.

" Yunhae, sini.. Haa~ Wah cantiknya kau! " Jieun menyelitkan sekuntum bunga berdekatan dengan pantai itu di telinga Yunhae. Bunga yang berwarna pink bercampur kuning itu sangat cantik.

" Thanks Jieun. " ucap Yunhae sambil tersenyum dan membetulkan bunga di celah telinganya. Jieun tersenyum.

" Jangan lah simple sangat. Serious engkau cantik kalau macam ni. " pesan Jieun. Lalu mereka berdua tergelak kecil.

" Gaeun, bagi bendera tu! " pinta Hana. " Yang ni ? " soal Gaeun sambil mengambil sebatang bendera kecil. Hana mengangguk. Gaeun membaling bendera itu lalu terkena mata Hana.

" Aduh! Aaaa appo!! " Hana menggosok-gosok matanya dan merengek. Gaeun mula panik. Dia tak suka sekiranya dipersalahkan dalam hal sebegini. Dia mendapatkan Hana lalu mengusap-usap pipi Hana cemas.

" Gwaenchana? Y-yah.. Hana-- " tiba-tiba tawa Hana pecah. Sah, manusia kecil ni memang minta penampo!

Gaeun memukul bahu Hana agak kuat. " Auch! " Hana mengaduh kecil kemudian mereka berdua sambung ketawa.

" GUYS! Jom bergambar. " panggil Ahneul, dan Apple Pie berkumpul di satu tempat di tepi pantai. Hyeki sudah siap-siap menyuruh salah seorang pelancong untuk mengambil gambar mereka. Pelancong itu dengan hati terbuka, menolong untuk menangkap gambar.

" Cheese guys! " kata pelancong itu. Lalu mereka pun membuat Peace masing-masing.

" Free style! " arah Ahneul.

Lalu bermacam-macam jenis gaya ditonjol. Ahneul dan Hyeryung membuat mini love bersambung manakala Ryeonmi dan Luna membuat big heart dimana mereka lengan mereka bersambung. Yunhae hanya membuat peace kecil. Jieun dan Gaeun memeluk bahu masing-masing dan membuat peace di mata. [Like Chanyeol] Hwamin dan Hana pula membuat simbol pistol di sisi. Bergaya pula kedudukan mereka dua ni. Akhirnya, Hyeki dan Aira membuat mini love dengan cara menyilangkan ibu jari dan jari telunjuk.

Gambar yang diambil itu dicuci, lalu diletak di dalam loket masing-masing.

[END FLASHBACK]

Hwamin mengelap air mata yang mengalir dipipinya. Dia menyedut hingusnya yang sedikit terkeluar. Hwamin memakaikan loket itu di lehernya.

Walau apapun, Apple Pie tetap akan bersatu. Hwamin percaya itu.

++++

HYERYUNG's POV

" N-neul... Aku ni... Kejam ke? " soalku perlahan. Aku tahu, mesti Ahneul dengar.

" Babe... Aku pun rasa benda yang sama. Aku rasa kita tak patut buat macam tu pada Aira. Aku rasa... Ni salah. " balas Ahneul sambil menepuk-nepuk bahuku.

" A-aku rasa... Aku buat dia nampak jahat sangat. " ujarku lagi. Aku melentokkan kepalaku pada katil itu. Rasa bersalah aku masih belum padam. Nak je aku jumpa Aira dan minta maaf, dan minta penjelasan dia yang dia ingin beritahu itu. Tapi... Ego sentiasa mengawal aku.

" Yery, rehat dulu nae? Kau penat ni. " Ahneul cuba memujukku. Aku menggeleng perlahan. Serious, aku langsung tak rasa letih. Cuma aku rasa kosong. Rasa bersalah terus menghantui aku. Aku dah melebih. Aku melampau. Ini bukan diri aku.

" Neul, kau rasa patut ke kita pergi ke-- " kata-kata Yunhae dipintas laju oleh isyarat gelengan Ahneul yang menyuruh Yunhae untuk tidak meneruskan kata-katanya.

" Jieun, aku mintak maaf pasal tadi. " ucap Ahneul lembut kepada Jieun yang duduk di atas sebuah sofa malas. [Ganti Kerusi Malas Lol.]

" Its okay Neul. Aku faham, kau tengah luar kawalan masa tu. " balas Jieun sambil senyum. Ahneul membalas senyuman Jieun dan lega kerana maafnya diterima.

" Guys... " serentak itu mereka semua memandang Hyeki dengan wajah yang tertanya-tanya. " Aku nak Aira... Dan Luna balik. " sambungnya.

" Heyi, aku pun nak Luna dan Aira balik. Kunde, eotteoke? " balas Ryeonmi sambil menongkat dagunya di meja kecil bersebelahan katil itu.

" Aku pun nak Apple Pie bersatu semula. Kita semua akan kuat bila kita semua bersatu, kan guys? " Hana juga bersetuju. Mereka memandang sesama sendiri. Hwamin yang baru masuk tadi juga mengangguk-angguk. Ahneul tersenyum semangat. Aku juga telah mengangkat kepala kerana tersedar kenyataan itu. Kenyataan dimana Apple Pie akan tetap bersama walau apapun terjadi.

" Listen Apple Pie, Quartz mungkin boleh pisahkan kita sementara. " kata-kata Ahneul disambung oleh Gaeun. " Tapi kita tak boleh dipisah selama-lamanya sebab... "

Ahli Apple Pie yang lain tersenyum makna dan menjawab serentak,

" Apple Pie will always together forever and ever no matter what happens! "
____________________________________

Tripple upd doh. Hagaga nk tau sebab apa? Aku tak sabar nak habiskan a.f ni 🌚 happy reading. Jgn kecam aku kalau ada pape yg menyakitkan hati korang,

So aku siap-ii susun sepuluh jadi memohon ampun. Kkbye. Esok lak sambung (╯3╰)

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top