Violet: 3/4

Violet • bts

A/N:

Vote dan komen tau! ❤

-------

"Oh my gosh-"jeritku lantang. Tubuh lelaki itu ditolak rakus ke tepi. Usai membetulkan kedudukan bajuku yang selekeh, aku menelan liur.

Satu langkah jauh sedepa aku buka pantas. Jari telunjukku yang bergetar takut dan cemas itu dihalakan tepat ke arah manusia bertuah itu.

"Rindu aku tak, Violet?"sapanya mesra. Aku menggelengkan kepala. Tubuhku mengesot ke belakang tatkala jemarinya berura-ura ingin menyentuh pipiku.

Baru sebentar tadi aku kena goda teruk dengan anak Jeon itu. Sekarang, Seokjin pula muncul bagai magis yang wujud tanpa diundang.

"T-tak. You kill me once. Remember or amnesia, Seokjin?"

Aku berkata keras. Lenganku bertindak memeluk tubuh. Sedikitpun aku enggan menyerah kalah kepada hero menggoda permainan Violet ini.

Mereka termasuk manusia di hadapan kau ini berperangai serupa syaitan. Pemikiranku tidak senaif itu untuk tunduk kali ketiga.

Penangan aura membunuh Jeon dan Kim sudah menghancurkan sisi suciku ini. Seorang lagi pula sayang tidak diundang.

"Kau tahu aku dan mereka jahat. So, buat apa nak takut? Kami boleh beri kau kebahagiaan, kasih sayang dan.."tuturnya berjeda buat sementara waktu.

Tubuhku didukung olehnya. Kedinginan tubuhku dipanaskan dengan haba tubuh badan Seokjin.

Telingaku yang ditekan rapat ke dada bidangnya hanya mampu mengalah. Kalau memberontak sekalipun, aku belum tentu mampu melawan kudrat si Seokjin bahu lebar ini.

Dia kenyit mata apabila dia menangkap jelingan mataku yang menikam tajam seluruh pelusuk wajahnya.

Tubuhku berada dalam dukungannya disusuli bunyi siulan manja. Ubun-ubunku dicium lembut sebelum kakinya berhenti di hadapan pintu bilik tersebut.

"Kau akan faham sebab utama kami memilih kau sebagai Violet."Seokjin mengulas ringkas.

Mataku terbeliak luas tika tubuhku menjadi tukaran manusia yang berbeza pula selepas itu.

"J-jimin."aku ujar separuh berbisik. Jimin meletakkan tubuhku di tengah ruang bilik sederhana besar itu.

Aku pandang bahagian kanan. Seokjin duduk melutut di hadapanku. Kepalanya didongakkan ke atas. Tangannya dihulurkan ke arahku.

Perlakuan Jimin mirip si Seokjin. Aku menangkap riak wajah tegangnya yang bertukar sinis.

Giliran telapak tangannya dihulurkan dari arah sebelah kiri bahuku.

"Kaulah satu-satunya manusia yang dapat membuka jalan kami semula ke sana."suara cukup familiar itu menegurku dari arah belakang.

Tubuhnya yang berdiri melutut ke bawah seperti rakan-rakannya yang lain. Juntaian anak rambutnya diselak ke belakang.

Jungkook membenamkan jari telunjuknya di bibirnya sendiri. Bebola matanya bergerak ke satu sudut.

Aku menoleh ke sana. Liur ditelan perit. Jantung berdegup sakan. Rentaknya menggila tatkala hembus nafas Taehyung menderu di sisi pipiku.

"Violet. Kau cuma katakan ya. Kau akan kembali ke negara Zeus bersama kami berempat. You will be treated as our Queen."

Dahi aku berkerut. Sungguh aku diserang rasa keliru dengan permintaan mengarut Taehyung dan rakan-rakannya.

"A-apa maksud awak? Saya tak faham Taehyung."

Taehyung bergerak menghampiri tubuhku. Pisau tertera ukiran nama Violet itu ditayangkan di hadapan mata.

"Kau perlu dibunuh dahulu supaya kita semua dapat balik semula ke sana. Trust me, kau dijamin kebahagiaan mutlak,sayang."

Aku terdiam sejenak. Butir-butir kata Taehyung dihadam sebaik mungkin. Tubir mataku yang berkaca mulai roboh.

Air mata mengalir jernih. Aku menunduk ke bawah. Helaan nafas ditarik dalam ketika hujung pisau itu menekan manja di atas permukaan dada yang berdegup kencang.

"Jika saya Violet, jika saya permaisuri, siapa rajanya?"

Bunyi-bunyi mantera berbisik keras memenuhi sekeliling. Taehyung menggenggam kuat bilah pisau tersebut sebelum dia hunus tepat ke dalam jantung dengan sadisnya.

Kesakitan menyengat seluruh anggota badan. Tubuhku jatuh terjelepuk di atas permukaan lantai.

Aku tercungap-cungap seperti ikan kehabisan nyawa. Inikah kebahagian yang mereka janjikan?

Aku cuma perolehi kesakitan. Kelopak mata menjadi berat. Aku gagahi jua kudrat diri untuk menatap wajah Taehyung yang berlumuran dengan darahku.

"Rajanya menanti kau selepas ini. Sakit dahulu. Manisnya menanti, Violet."

Nafasku yang terakhir dihela perit. Kelopak mata tertutup. Pandangan yang kabur bertukar gelap selepas itu.

-tbc-

A/N:

Kekekekke.

Maaf jika storyline merapu dan agak fantasi melampau.

Ingat, karya ini cuma fiksyen sahaja.

Hero-hero Violet ini berasal dari kerajaan Zeus. Kerajaan ini tengah berperang rebut takhta. In order to win, they need a Queen.

Siapa King? Salah satu hero Violet adalah King dalam permainan ini. Violet pula Queen.

Tiga lagi hero sekadar penggoda Violet supaya Violet ni masuk dalam permainan diorang.

Diorang cari future Queen menerusi permainan Violet ini.

Secara ringkasnya, hero-hero Violet ni pihak pemberontak/musuh yang nak rampas takhta kerajaan Zeus.

Salah satu syarat untuk pulang kembali ke negara khayalan itu, they need to korbankan seorang gadis inesen gitu.

Ada faham?

Kalau tak, buat-buat faham.

Hahahahahaha.

Okay tak, setakat ini?

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top