Permainan bermula : Violet

Violet • bts

Alat permainan purba yang dihiasi ukiran nama 'Violet' itu mencuit hatiku. Perlahan-lahan, jemari runcingku merayap di atas permukaan kotak bersaiz sederhana besar tersebut.

Debu-debu halus dikesat laju supaya arahan kecil yang tertera di kotak permainan purba itu dapat dibaca olehku.

"Apa semua ini?"bicara aku sendirian.

Kotak berwarna merah hati itu dibuka lalu iris mataku tertancap pada sesuatu benda yang cukup unik.

Empat kad bersama empat coretan nama yang berbeza antara satu sama lain. Degupan hatiku berdenyut laju tatkala fikiranku ini cuba menghadam bait-bait ayat seruan pada setiap kad tersebut.

"Izinkan kami membawa kau pergi dari dunia yang penuh derita ini. Katakan ya, seru setiap seorang daripada kami. Hanya Violet menjadi keutamaan utama kami semua."bibirku bergerak-gerak mengucap ayat berbaur pertolongan itu.

Bunyi pintu diketuk berulang kali sehingga kedengaran bunyi seperti hendak roboh menggigilkan seluruh tubuh badanku. Aku kesat air mata yang masih setia membasahi kulit pipiku.

"Kau buka pintu sekarang, Lee Seo Yul. Anak perempuan jijik macam kau tak layak untuk hembus nafas dengan tenang. Cepatlah!"ayah tiriku mengherdik dari luar dengan suara garaunya.

Kotak permainan purba pemberian mendiang ibuku dibawa rapat ke dada. Apabila lenganku bergesel dengan bucu katil, tangisan kecil terhambur jua.

Aku tatap seluruh lengan dan badanku yang semestinya sangat sadis untuk dipandang lama. Luka-luka kecil torehan pisau dan tompokan lebam hasil amukan ayah tiriku kekal terbenam di kulitku.

Sakitnya tidak tertanggung. Aku gagal melawan tindakan kejamnya itu. Kudrat seorang gadis lemah sebesar zarah sahaja jika ingin dibandingkan dengan susuk tubuh gempal serta tinggi ayah tiriku itu.

"Aku bersumpah kau lunyai kena belasah dengan aku jika degil tak habis-habis. Ayah buka pintu ya anakku?"

Aku diserang rasa panik. Cukuplah seksaan pada petang semalam. Sakit lama belum surut. Ada hati nak tambah parut baru kepada aku?

"A-aku serahkan diri kepada kalian semua. Aku tawarkan untuk jadi Violet. Take me away from this cruel world. Tolong aku..please."

Bunyi kunci dimasukkan dalam lubang pintu mencemaskan pendirian aku. Aku genggam kad tertera nama seorang lelaki dengan bait-bait mantera penyeru kehadiran si dia.

"J-jeon Jungkook, aku mahu hanyut dalam euphoria ciptaan kau. Take me now. "

Deruan angin menyapa lembut sisi pipiku. Kelopak mataku seakan dibuai satu perasaan mendamaikan sehingga keadaan sekeliling bertukar gelap.

Hembusan nafas seorang lelaki menyebabkan bibirku bergetar hebat.

Jeon Jungkook, kau orang yang baik-baik sahaja kan?

--------

"Violet."

Nama asing itu diseru buat kali pertama. Lelaki berpakaian serba hitam melutut di hadapan figura gadis bertubuh kecil tersebut.

"Violet, bangun. Kau dah selamat, sayang."seruannya menjerit aura tegas tapi diselit satu kelembutan di situ.

Seo Yul segera membuka kelopak matanya. Deria pendengarannya disapa bunyi sorakan orang ramai. Manakala, ruangan anak matanya tertumpu pada struktur wajah tampan seorang lelaki.

Kacak seperti bidadara. Senyuman kecilnya membuahkan bibit-bibit tenang ke dalam jiwanya.

Seo Yul membawa lututnya rapat ke dada. Cahaya lampu spotlight menyinari bebola matanya. Lelaki tersebut menghulurkan tangan kepada gadis itu. Tapi, hulurannya hanya dipandang sepi.

"Usah kau takut, Lee Seo Yul. Ikut aku ke arah sana. Jungkook nantikan ketibaan kau."lafaznya jujur.

Suasana serba asing itu menjadi renungan anak mata bundarnya. Puas dia meneliti senibina moden keadaan di dunia baharu tersebut.

"Dialah Jeon Jungkook. Pemilik hati Violet yang pertama. Serahkan diri kau, jangan melawan arahan dia. He's good if you're good."bisik lelaki itu sebelum tubuh Seo Yul ditolak ke dalam satu bilik misteri.

Seorang lelaki bersama pakej susuk tubuh tinggi lampai sedang ralit memandang sesuatu dari arah luar tingkap.

"Violet, kau datang juga akhirnya setelah lama aku menanti."ucapan permulaannya menemui titik noktah.


Kepalanya ditoleh ke belakang. Wajah polos Lee Seo Yul ditiliknya dengan rasa teruja.

"Datanglah dekat kepada euphoria kau."pelawanya separuh berbisik.

Anak panah itu digenggamnya kuat seraya senyuman menyeringai dihadiahkan kepada gadis itu tanpa segan silu.

Jungkook mengorak langkah perlahan ke arah Seo Yul. Beberapa orang pegawai bertugas dipandangnya sekilas sebelum anak panah dilepaskan kepada setiap seorang pegawai malang tersebut.

Zzap. Terbenam sadis anak panah tersebut ke dalam kepala pegawai tidak berdosa itu.

"Menyemak je diorang nak ganggu waktu aku dan Violet nak bermesra. Come to me baby. "seru Jungkook sambil mendepakan lengan kekarnya.

Tompok-tompok darah kering melekat di dada bidangnya yang terdedah serta kawasan berhampiran bibirnya. Kemeja putih digayakan selekeh dengan tiga butang dilucut nakal.

"Mungkin Violet perlukan salam perkenalan hangat dari Jeon Jungkook dahulu?"duganya seorang diri.

Seo Yul mengesot rapat ke dinding. Sepasang anak matanya ralit memerhati perilaku menggoda lelaki asing itu.

Perasaan ingin tahu dan takut bercampur-aduk bagaikan rojak.

"Euphoria untuk kau."

Jungkook menggerakkan jemari kasarnya di tubuh badannya sendiri. Gelakan sinis meniti di bibir merahnya. Bibirnya yang kering dibasahkan sedikit. Tajam iris mata Jungkook mendesak Seo Yul menggunakan taktik licik dalam diam.

"Permainan baru bermula. Sayang, jangan lari. Setia dengan kami."

Lelaki itu menggenggam kemas dagu Seo Yul. Kepalanya disembamkan di atas bahu gadis itu. Hembusan nafasnya berubah liar dalam tempoh kurang sepuluh saat.

"I will make you love me more than them. Aku Jeon Jungkook, tiada tandingannya."suara gemersik itu menuturkan kata-kata menjerat di corong telinga Seo Yul.

Butang kemeja putih yang masih tidak terlucut direntapnya kasar. Kening Jungkook memberi signal membahayakan.

"Let me show you something good."

Oh damn, apa yang kau maksudkan Jeon?

-tbc-

A/N:

Ini baru intro ya. Belum diorang tunjuk belang lagi, 😜😜

So, don't forget to drop a lot of komen. I wanna see your feedbacks tho💜

Harap tak mengecewakan.


Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top