Jungkook: Dark Euphoria
Violet • Jeon Jungkook
💕
Amaran :
Aksi ganas hanyalah rekaan penulis. Dilarang meniru mana-mana babak yang dipersembahkan dalam apa jua cara sekalipun. Bab ini memerlukan had umur 15 ke atas.
Read at your own risk. Mature content menyelit sedikit.
Do votes, do komen for more update.
-------------------------
"Pejam mata. Seru namaku. Nescaya kau dapat lihat euphoria yang aku cipta untuk kau seorang, princess."
Jungkook: Dark Euphoria
-
"Hadap aku dengan keberanian kau."
Bilah pisau yang terhunus di dada ayah tirinya menggoyahkan semangat Seo Yul. Seluruh sendi tubuh badannya bertambah lembik tika telapak tangan Jungkook yang berlumuran darah itu menyentuh batang hidungnya.
Sambil mengukirkan senyuman sumbing, bibir Jungkook mengumam nama 'Violet' seperti satu mantera.
Jasad kaku ayah tiri gadis itu direnungnya penuh semangat. Sudut hujung bibirnya terangkat megah.
"Aku dah tamatkan riwayat orang tua ni. Kau boleh senyum dan bergembira bersama aku sekarang. Puas hati?"soal Jungkook.
Pisau tersebut dihayunkan ke luar tingkap. Automatik lengannya merangkul batang leher Violet lalu tubuh gadis itu ditarik dari lokasi berdarah tersebut.
"S-saya takut. Awak takkan apa-apakan saya kan?"
Jungkook tersenyum girang semula. Matanya memberi isyarat agar Seo Yul berdiam diri. Telapak tangannya menekup mulut gadis itu.
Bisikan bibirnya menjanjikan satu malam yang begitu dahsyat untuk Seo Yul hadap sebagai permulaan kisah hidup mereka.
"Violet, teman aku habiskan malam yang sunyi ini. Aku perlukan hiburan. Kau teman aku sudah cukup bagus. Can you? "Jungkook mempelawa Violet kesayangan hatinya untuk turun menemani dirinya.
Lagipun gadis itu tidak punya siapa-siapa lagi untuk bergantung harap. Wujudnya dia untuk hulurkan pertolongan akan dihargai sebaik mungkin oleh Seo Yul.
Jungkook berlari. Dia juga turut berlari. Kegelapan malam diredah bersama lelaki ganas itu. Doanya cuma satu, dia sangat berharap Jungkook mampu membebaskan dia keluar daripada derita ini.
-------
[Kelab Malam Mi Casa]
Usai kakiku mendarat di lantai kelab malam ini, Jungkook terus meninggalkan aku sendirian di sini. Kelibat tubuhnya menghilang dalam kawasan yang dipenuhi ramai pengunjung tersebut.
Aku labuhkan punggung di kerusi berhampiran bar kecil. Seorang pelayan menuang segelas wain lalu gelas kecil tersebut bertukar tangan.
Genggaman tanganku di gelas kaca itu dihujani titis-titis peluh basah apabila bibir seseorang mengucup lembut ubun-ubunku. Aku bertambah resah tatkala pandangan mata kami bertaut kembali.
"Aku hidu darah orang yang berbahagia atas penderitaan orang lain. Dalam kelab ini, bauan dia sahaja cukup buat darah aku panas. Violet, should I kill some of them tonight? "Soal Jungkook, gelaran manjaku itu ditekan oleh suara garaunya.
Aku segera memangkah kehendak ganas Jungkook. Telapak tanganku menggosok dadanya yang berombak. Telapak tangan lelaki itu lebih laju menepis pergerakan tanganku.
"Saya mahukan malaikat bukannya iblis, Jungkook."aku melontar kenyataanku dengan tenang. Kelopak mata dicelik luas supaya panahan anak mata tajam itu boleh dibalas.
"Confirm sayang aku ni tak baca arahan dekat kad betul-betul. Hey, Violet. Cuba lihat kad pilihan kau dan hadam level kejahatan aku."
Juntaian anak rambutku diselak ke belakang telinga. Jungkook mengelus kulit wajahku sebelum bibirnya dimuncungkan ke arah belakang tempat duduk aku.
"Rasanya lama aku tak mengganas. Enjoy the show for tonight, Violet."
Kot berwarna biru gelap itu ditanggalkan dari tubuh tegapnya. Jungkook melangkah ke pentas utama. Puluhan anak mata tertumpu ke arah figura tubuh seksinya itu.
Tubuh badannya digerakkan mengikut alunan rentak lagu 'House of Card'. Suara merdunya bergema di segenap ruang tarian kelab malam tersebut.
Aku mengeras di tempat duduk. Kad permainan purba 'Violet' itu muncul di atas telapak tanganku.
Mengucap panjang aku apabila level kejahatan dan menggoda lelaki ganas ini timbul jelas dengan dakwat hitam di atas kad tersebut.
-------
Lagu dendangan suara merdu Jungkook menghembuskan satu dos mekhayalkan kepada semua pengunjung kelab malam Mi Casa.
Manusia malang di situ dirantai aturan minda masing-masing agar peluang untuk melarikan diri tidak menjengah walau sedikitpun.
"Sekejap Violet. I need to satisfy my own needs dulu. After this wonderful show, kau dapat seluruh perhatian aku."bibir Jungkook turun mengucup mikrofon yang berhampiran dengan kawasan bibirnya.
Kakinya melompat turun dari atas pentas. Alat memanah diambilnya dari sudut hujung meja yang tersorok.
Sekali jemarinya melepaskan pautan kuat pada alat memanah tersebut, Jungkook tergelak sinis.
Tubuh-tubuh manusia mulai terjelepuk jatuh ke atas lantai. Kepala mangsa yang ditargetnya itu menerima hadiah anak panah menembus tajam ke dalam isi kepala.
"Good girl, Violet. Kau tak lari?"
Kedua-dua telapak tangannya menepuk tanda sorakan kepada Lee Seo Yul. Gadis itu menekup mulutnya daripada menjerit takut.
Dia meneliti pergerakan jemari Jungkook yang sibuk mengira jumlah mangsa yang terbaring di atas lantai, berlumuran darah bersama mata tercelik luas kerana telah menyaksikan detik keganasan Jungkook meragut nyawa mereka.
"Lima, enam, tujuh belas roh dilaknat tuhan. Semuanya lupus dalam sekali percubaan. Aku gembira. Violet juga perlu gembira."
Bau hanyir darah bercampur peluh lelaki itu menggerunkan tubuh badan Seo Yul. Tubuh kecilnya dikunci pergerakan oleh lengan Jungkook.
"Kau nak euphoria?"
Anggukan kepala Seo Yul bertambah laju gara-gara didorong perasaan gementar dan gelisah yang bersilih ganti.
-------
"Aku tawarkan diri aku kepada Violet. Only you."bisikannya berbunyi agresif. Telapak tangannya menolak sisi rahangku supaya kedudukan wajahku memberi akses mudah untuk bibirnya.
Tubuhku terhimpit rapat ke meja. Rangkulan lengannya di leher menurun ke pinggang lalu tubuhku masuk ke dalam pelukan hangat itu.
Kemeja putih berkain satin itu menjadi mangsa cengkaman jemariku. Sekali pergerakan bibirnya di atas bibir suciku, nafasku diseksa teruk.
Spontan sebelah tanganku mendaratkan sentuhan di atas kepalanya. Helaian rambut Jungkook dielus dalam gerak laku lembut dan menggoda.
Terus bibirnya dijarakkan sebentar. Hembusan nafas Jungkook mencuri fokusku.
"Kau sukakannya. Aku yakin."
Senyuman sinis dan seksi itu semakin melebar tatkala kulit bibirnya menerjah ke bibirku untuk sekali lagi.
Sempat kami berlawan panahan anak mata sebelum semuanya menjadi kabur dengan layanan bertaraf bintang di angkasa oleh Jeon Jungkook.
-tbc-
A/N:
Idk, semoga bab ini tak terlalu dahsyat.
Saya cuba campurkan babak menggoda+kejam. I hope percubaan menjadilah kali ini.
Dari skala 1-10,
Jungkook dapat berapa? 🙉
See you later with another sexy dude okay. 😜
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top