Special Chapter
Majlis pernikahan antara dua mempelai itu diadakan secara kecil-kecilan sahaja di villa milik keluarga Hana sendiri. Hanya ahli keluarga tertentu sahaja yang menghadiri majlis itu kerana perjalanan ke villa itu memakan terlalu banyak perbelanjaan.
Taeyeon sibuk menengking mak andam kerana terlalu lambat menyiapkan makeup Hana. Dari tadi mereka berdua bergaduh bagai kucing dan anjing. Sudahlah si mak andam seorang yang kuat melatah. Nasib baik tak kena pukul.
Mahkota yang diperbuat daripada berlian dan diselaputi dengan batu Swarovski itu dipakaikan ke kepala Hana.
Kini, mereka sudah bersedia untuk keluar. Hana memegang tangan ayahnya dan menenangkan dirinya. Dia terlalu gugup sekarang ini. Encik Kim menenangkan Hana dengan menggosok telapak tangan anak gadisnya itu.
Pintu keluar dibuka seluas-luasnya. Kelihatan para tetamu mulai berdiri. Menanti ketibaan pengantin. Pegangan Hana kepada ayahnya itu semakin kuat.
Kakinya mulai melangkah diatas karpet merah.
Pakaian pengantin yang sederhana itu kelihatan sungguh menyerlah disebabkan hiasan majlis dan alam semulajadi itu sendiri. Nampak sungguh eksotik. Taeyeon hampir menitiskan air matanya saat melihat gaun rekaannya dipakai dengan begitu cantik oleh sahabatnya sendiri. Tak sangka pilihan Hana adalah pilihan yang paling tepat lagi.
Sekiranya Hana memilih gaun pilihannya, mungkin akan nampak agak tidak terurus dengan hiasan disitu.
Sampai sahaja diatas altar, Hana diserahkan kepada Chanyeol. Mereka mula menghadap juru nikah.
Dum!
Sesuatu jatuh dari langit ke dalam laut. Seorang gergasi keluar dari dalam laut dan menuju kearah mereka. Semakin mendekat, ianya mengecil kepada bentuk manusia dan memijak tanah.
Pakaiannya nampak seperti seorang dewa. Encik Kim dan Puan Kim terkejut melihat figura yang datang melawat itu. Dari belakang, beberapa orang dewa mulai keluar dari persembunyian. Ibu bapa Yeogi yang lain semuanya bangun dari kerusi. Mereka juga terkejut menerima pelawaan itu.
"Poseidon!" ujar Encik Kim. Dia mendekati Hana dan menghalang dewa itu daripada mendekati anaknya.
"Jangan risau. Aku datang bukan nak ambil dia macam perjanjian kita dulu.." ujar Poseidon. Dia mendekati Encik Kim lalu berhenti dihadapannya. Mereka membalas pandangan selama beberapa saat dan selepas itu Poseidon menarik Encik Kim untuk memeluknya.
"Terima kasih tolong jagakan puteri sulung aku! Tahniah!" ujar Poseidon sambil menepuk-nepuk belakang badan Encik Kim.
Lelaki itu masih lagi ragu-ragu. Namun dia membalas juga pelukan itu.
"Kami datang sekadar ingin raikan perkahwinan ni saja. Maaf datang tak diundang." ujar Athena, sopan. Dia melangkah ke depan dan menerima pelukan daripada Puan Kim.
Puan Kim membawa dewi itu mendekati Hana.
"Hana.. Kenalkan, ini---"
"Hana dah kenal dia omma.." ujar Hana. Puan Kim mengerutkan dahinya.
"Macam mana?"
Tangan Puan Kim diambil dan digenggam.
"Panjang ceritanya.. Kalau Hana cerita sekarang nanti tak jadi kahwin pula.." jawab Hana. Puan Kim tersenyum kecil sambil mengusap pipi Hana. Dia mengangguk kecil lalu mempelawa Athena untuk duduk. Masing-masing mengambil tempat disebelah anak-anak sendiri.
Taeyeon dan Zeus? Masing tidak bersapa muka.
"Park Chanyeol dan Kim Hana.."
Dum!
Satu lagi dentuman berbunyi. Sekumpulan vampire yang membawa senjata datang mengepung tempat pernikahan.. Ahli EXO yang lengkap bersenjata itu segera berdiri melindungi pasangan mereka termasuklah ibu bapa yeogi.
"Korang siapa?" soal Chanyeol.
"Kami utusan daripada Planet Lyoxo. Kami diarahkan untuk membawa raja-raja ke majlis pertabalan secepat mungkin. Rakyat sedang menunggu tuanku-tuanku semua.." ujar salah seorang darinya.
"Kami datang untuk memastikan samaada tuanku mahu menerima pangkat itu atau tidak memandangkan tuanku sudah menerima undangannya.." sambung orang kanan lelaki itu.
"Undangan apa ni?" soal Junmyeon, bingung.
"Undangan yang diberikan kepada Putera Chanyeol.. "
Junmyeon dan yang lain-lain merenung kearah Chanyeol.
"Kau sembunyikan daripada kitorang Yeol?" soal Junmyeon.
"Aku tak berniat pun nak buat semua tu.." jelas Chanyeol.
"Habistu apa?"
Chanyeol tunduk. Dia merenung kearah Hana yang sedang menunggu penjelasan daripadanya. Pegangan tangan Hana pada Chanyeol juga telah longgar sejak mendengar penjelasan pengawal-pengawal itu.
"Aku tahu korang semua gembira hidup dekat bumi dan bersama dengan orang-orang yang korang sayang ni. Aku tak nak korang sedih sebab tinggalkan diorang. Apa guna perintah negara kalau hati korang serabut? Benda tu akan buat kita susah untuk kawal diri dan akibatnya nanti? Rakyat yang kena. Sebab tu aku tak bagitahu korang pasal ni.." jelas Chanyeol, jujur.
Dia kelihatan sangat bersalah ketika ini.
"Maaf sebab buat keputusan melulu macam ni.." sambung Chanyeol.
Ahli EXO diam. Lidah mereka kelu. Tidak tahu bagaimana mahu memberi respon.
"Pergilah.." ujar Puan Kim, memecahkan kesunyian.
"Tinggalkan bumi dan pergi. Your priority is not here. Kami pun dah tahu siapa kamu dan kami yakin kamu boleh jaga anak-anak kami.." kata wanita tua itu. Hana sudah pun membuang pandang ke arah lain. Tidak mahu bersua muka dengan ibunya itu.
"Bawa Hana sekali. Dia pun mesti dah tahu sangat dengan suasana dekat sana kan?" sambung Puan Kim. Hana menoleh.
"Omma tahu pasal tu jugak?" soal Hana, terkejut.
"Kalau dengan Athena dan Poseidon pun kami tahu, apalah sangat budak-budak penghisap darah ni.." ujar Puan Kim disertakan dengan gelak tawa yang disahut oleh beberapa dewa-dewi disitu.
"Kami dah tau semuanya dari awal Hana. Sejak hari korang hilang lagi. Cuma kami berpura-pura sahaja supaya nampak 'normal' sikit." Puan Ryu, ibu kepada Minsya menyampuk.
"Betul tu.."
"Tapi, kami dah ada perjanjian dengan Zeus.." kata Yixing. Kalau mereka ingin kembali ke sana, berkemungkinan nyawa Hana bakal ditarik semula.
"Perjanjian apa ni?" soal appa Taeyeon.
Taeyeon memandang Zeus.
"Perjanjian untuk selamatkan nyawa Hana. Lelaki yang kononnya ayah kandung kepada Taeng ni yang buat."
Appa Taeyeon menggeleng kecil kepalanya.
"Tolonglah hapuskan perjanjian tu. Takkan kau sanggup buat macam tu dengan anak-anak sendiri? Diorang ni budak-budak lagi.." pujuk appa Taeyeon kepada Zeus. Taeyeon mengangguk bersetuju.
"Nyawa budak tu bukan mainan. Kau tu dewa, kenapa tak berfikiran waras sikit?"
"Maafkan aku.. Aku terlalu egois.. Maafkan ayah, Taeyeon.."
Taeyeon berlindung dibelakang appanya itu.
"Baiklah. Aku boleh hapuskan perjanjian tu tapi dengan syarat--"
"Ada syarat lagi?!" Taeyeon tidak berpuas hati.
"Dengar dulu. Syaratnya, Taeyeon kena akui ayah sebagai ayah kandung. Itu je yang ayah minta. Maafkan ayah, Amaira?" sambung Zeus.
Appa Taeyeon cuba untuk memujuk gadis itu namun Taeyeon masih degil.
"Taeng, merajuklah sejauh mana pun tak akan hapuskan fakta yang kamu darah daging Zeus dan Hera.." Omma Taeyeon bersuara.
"Tapi omma!!" Taeyeon membentak. Omma memberi pandangan memujuk. Tangan Taeyeon diusap untuk melembutkan hati anaknya itu. Hera tersenyum kecil melihat cara Puan Kim memujuk anaknya walaupun dia berasa sedikit cemburu.
"Baiklah..Saya setuju.." ujar Taeyeon. Dia mendekati Zeus dan menghulurkan tangan untuk berbaik. Zeus tersenyum. Dia menarik Taeyeon ke dalam pelukannya disertai oleh Hera. Awalnya, Taeyeon berasa agak janggal namun tangannya perlahan-lahan membalas pelukan itu.
"Kalau begitu, aku akan kembalikan kuasa kamu semua.." Ujar Zeus. Dia menghalakan jarinya kearah ahli EXO dan sekelip mata, kuasa vampire mereka kembali. Gigi taring mereka juga kembali tumbuh.
"Tuanku dah sedia mahu pulang?" ujar pengiring itu. Ahli EXO nampaknya sudah bersedia.
"Nanti dulu!" Hana menghalang.
Dia menjauhi Chanyeol dan kembali kepada ibu bapa manusianya.
"Saya tak cakap pun nak ikut sekali.." sambung Hana.
"Tapi kenapa?" Puan Kim menyoal. Aneh dengan sikap anaknya itu.
"Saya tak sanggup nak tinggalkan omma dan appa buat kali ketiga. Cukuplah omma dan appa merana sebab saya menghilang dulu. Cukuplah dengan fakta yang saya ni bukan anak kandung---Saya tak nak kehilangan omma dengan appa lagi.." luah Hana, jujur.
"Chan, bukan saya tak sayangkan awak tapi.. Kalau saya pergi sana lagi, mungkin agak susah untuk saya kembali ke sini. Lagipun, kuasa Batu Mutiara Biru dah pun habis. Kita mungkin tak boleh kembali ke bumi dah.." ujarnya lagi.
"Siapa cakap?" soal Poseidon.
"Hana, kamu tu anak dewa. Fakta tu saja dah berikan kamu kelebihan untuk keluar masuk dari dunia sana ke sini. Kamu ada akses untuk masuk ke mana-mana dimensi yang kamu mahu tanpa ada batasnya.." jelas Poseidon. Memberi harapan kepada hubungan vampire dan anak dewa itu.
Ahli Yeogi dan Exo tampak lebih ceria.
"Tengok? Kan omma dah cakap. Mom always right. Degil tak nak ikut!" Puan Kim mencubit lengan Hana. Dia mengesat air mata yang tiba-tiba mengalir di pipi Hana.
Tangan Chanyeol dan Hana disatukan. Kedua-duanya dipeluk buat kali terakhir. Tak adalah terakhir sangat.
"Pergilah. Kamu boleh kahwin dekat sana. Sekaligus jadi Raja dan Permaisuri rasmi.." Ujar Encik Kim. Mereka melebarkan lagi senyuman, mengiringi pemergian anak-anak yang tercinta.
Portal ke dunia Lyoxo dibuka. Satu demi satu pasangan masuk ke sana sehinggalah Hana dan Chanyeol. Mereka memandang satu sama lain seperti memberi kepercayaan masing-masing dan mula melangkah.
Keluar sahaja dari portal, kedengaran sorakan daripada para vampire. Ahli EXO dan YEOGI merenung pakaian dibadan mereka. Semuanya sudah tertukar menjadi pakaian rasmi kerajaan Lyoxo.
Para pengiring membawa mahkota rasmi dan memakaikannya kepada ahli exo. Dan yang terakhir, mahkota milik Woobin, diserahkan kepada Chanyeol. Menjadikan lelaki itu sebagai ketua pemimpin di Lyoxo.
Jawatan permaisuri utama pula diberikan kepada Hana. Berikutan jasanya dalam menyelamatkan Lyoxo daripada wabak yang disebabkan oleh Sistar. Tugu miliknya juga masih gah berdiri disebelah mereka.
Entah dari mana, datang juru nikah sambil membawa cincin rasmi kerajaan. Mereka mengisytiharkan perkahwinan kesemua ahli EXO dan yeogi pada hari itu juga.
"Hidup raja dan permaisuri!!"
Dan begitulah berakhirnya kisah kami. Walaupun agak sederhana dan tidak sedramatik yang diinginkan atau diimpikan. Lyoxo kini mempunyai 12 pemerintah yang adil dan saksama. Tiada lagi serangan musuh. Rakyat hidup dalam keadaan makmur.
Ahli yeogi juga masing-masing telah berbaik dengan ibubapa kandung mereka. Dan kami sekarang hanya menunggu berita baik daripada mereka sahaja.
Mungkin mini EXO akan datang tak lama lagi..
END!
SORRY KALAU TAK SAMA MACAM EXPECTATION KORANG!! KIM MEMANG TERUK DALAM BUAT ENDING AND SPECIAL CHAPTER TAPI DEGIL JUGAK NAK BUAT?!!
BTW BACA LAH FF BARU KIM
DAH 4 CHAP PUBLISHED!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top