Part 25
Sehun segera mengoyakkan separuh daripada bajunya dan mengikatnya dikepala untuk melindungi matanya. Dia menggunakan deria pendengarannya untuk menghadapi Medusa.
Selangkah kakinya menatap dihadapan Medusa, sama dengan melangkah ke arah kematian. Medusa mendekati Sehun dan bermain-main dengan anak muda itu.
"Wah wah. Si kecil ni pun ada dekat sini ye?"Medusa mengelilingi Sehun pula. Dengan pantas Sehun menggenggam tangan Medusa. Kemudian, dilipatnya tangan Medusa ke belakang badan dan menekannya dengan kuat.
Menjerit wanita itu sehingga anak-anak ular dikepalanya bergerak-gerak seperti mahu lari dari situ.
"Lepaskan!! Jangan sampai aku tukar kau jadi batu wahai anak Kim Woobin!!" Teraik Medusa sekuat hati. Sehun terus menendang belakang badan Medusa sehingga wanita itu tersungkur sehingga ke dalam semak.
Chanyeol dan Hana membuka mata mereka serentak dan berlari kearah Sehun. Mereka cuba untuk menjauhi Medusa. Sedang berlari, mereka terserempak dengan Kris, Baekhyun, Luhan, MinAh, Taeyeon, Eunqa dan Seohyun.
"Omo! Korang selamat lagi rupanya!" Kata Eunqa, terkejut. Dia bersyukur kerana masih dapat melihat rakan-rakannya hidup. Jadi, belum terlambat untuk dia minta maaf sebelum mati. Barulah aman roh dia.
"Ya. Kami selamat lagi. Cuma--"
"Kitorang dah tahu semuanya dari Seohyun. Nasib baik dia bijak, dia panggil kitorang dengan siulan dia.. Bijak budak ni." Kris mencelah sambil mengusap kepala Seohyun. Pandangan yang diberikan tak ubah seperti pandangan seorang abang kepada seorang adik.
"Hehe.." balas Seohyun malu-malu.
Zuss! Sejenis benda tajam melintas tepat-tepat disebelah pipi Seohyun. Terkedu gadis itu.
Benda tadi mendarat tepat disalah satu patung batu itu dan menyebabkan batu itu mencair. Mereka semua menoleh ke belakang.
Medusa!
"Tutup mata! Semua berkumpul!" Arah Sehun dan mengarahkan agar mereka semua berkumpul dibelakangnya. Mujurlah dia belum membuka ikatan baju dikepalannya tadi. Dia cuba untuk mengesan kedudukan Medusa.
"Nampaknya anak-anak Tuhan Greek dan anak-anak King Woobin telah berkumpul dekat sini. Mudah lah kerja aku." Omel Medusa.
Baru sahaja dia mahu mendekat, Sehun menghalang dengan kuasa anginnya. Dia mengeluarkan taufan yang sederhana daripada tapak tangannya. Mujurlah adik-beradiknya tidak melihat adegan itu.
"Oh..Kau nak lawan aku ye? Nampaknya ingatan kau dah kembali ye? Oh Sehun.. Hahaha"
Sehun smirk. Dia menapak ke hadapan dan membetulkan kedudukan lengan bajunya.
"Aku dah lama tahu. Aku cuba pura-pura. Hebat tak lakonan aku? Real kan?" Balas Sehun. Mereka yang sedang mendengar bingung dengan kata-kata Sehun.
"Pengawal taufan. Oh Sehun. Dah dapat balik kuasa dia. What a perfect time. Dah lama aku nantikan saat untuk ini." Kata Medusa.
Dia membuka kaca matanya dan memandang Sehun dengan penuh dendam.
"Pandanglah mata aku..Aku tahu kau nak kan? Sekali seumur hidup je. Pandanglah mata hazel aku." Rayu Medusa.
Rayuan Medusa itu menarik perhatian Luhan. Dia mula membuka matanya perlahan-lahan. Pap! Tangan Eunqa menutup mata Luhan. Dia dapat rasakan pegangan Luhan longgar, firasatnya juga merasakan Luhan ingin membuka matanya. Luhan tersedar akan akibat yang dia bakal terima sekiranya dia membuka matanya tadi.
"Jangan tergoda dengan rayuan dia." Bisik Eunqa. Luhan mengangguk perlahan.
Sehun masih berdiam diri. Dia tak mahu mendengar rayuan Medusa. Dia perlu buat sesuatu.
'Sehun..Capai pedang ditangan Baekhyun' suara itu mengarahkan Sehun untuk mengambil pedang ditangan Baekhyun. Suara yang berbisik itu membuatkan Sehun tersentak. Dia kenal dengan suara itu, namun dia lupa.
"Pedang apa?" Sehun berbicara seorang diri. Medusa masih lagi memerhati Sehun dengan tajam.
'Baekhyun..kuasanya cahaya..arahkan dia untuk bentukkan pedang dengan kuasanya..dan kamu boleh memenggal kepala Medusa dengan mudah anakku..' bisik suara itu lagi.
"Omma? Omma Hyeri?" Sehun terkedu. Dia leka sebentar.
"Pedang..Pedang..Baekhyun!!" Sehun meraba-raba mencari Baekhyun. Tangannya berhenti meraba apabila ianya mendarat disatu permukaan yang lembut.
"Baekhyun?" Panggilnya. "Ye?" Balas Baekhyun, lembut. Sehun terus memegang bahu Baekhyun dengan kuat.
"Bentukkan pedang dengan kuasa kau! Kau boleh! Ingat Baek! Kau pengawal cahaya! Kau boleh lakukan apa sahaja. Tolonglah.!" Jerit Sehun dengan kuat.
"Hahaha..Jadi, kau nak minta tolong dengan saudara kau yang lupa ingatan tu pula? Pengecut!" Hasut Medusa.
"Tolonglah Baek! Ingat kembali kuasa kau dulu! Saat kita semua bersama-sama lawan Sistar! Jangan kau hapus memori tu dari minda kau!" Jerit Sehun lagi.
Baekhyun yang sudah ketakutan itu hampir stress. Dia menggeletar sehingga mampu menolak Sehun sehingga maknae itu melayang 100meter dihadapan.
Tangannya membentuk satu pedang yang amat bercahaya. Ia mampu membutakan 1000 orang manusia dalam masa satu saat sahaja. Baekhyun bergerak ke hadapan.
Tangannya dihayukan ke arah Medusa.
"HYAKKK!!!!!"
-bersambung
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top