Part 21
Hana melepaskan pelukan Chanyeol dan menjauhinya. Dia segera berdiri disebelah Wendy dan memandang ke tanah.
"Korang semua ni.. bukan ke pahlawan utama diistina King Woobin? Pahlawan yang digelar EXO.. yang juga merupakan anak kepada King Woobin dan Queen Hyeri?" Teka Irene kepada lima beradik itu.
Makin bingung mereka dibuatnya.
"Exo? Woobin? Pahlawan? Apa pula semua tu? Ingat ni komik ke apa?" Soal Kris pula.
"Nampaknya, ada orang dah hilang ingatan ni.." kata Seulgi perlahan.
×××
"Jadi, Jimin--lipas tu jahat lah? Saya masih tak faham.." kata Luhan kepada Irene.
Mereka kini berkhemah ditengah-tengah hutan buat sementara waktu kerana masa yang tidak mengizinkan. Pagi bertukar senja dan dalam sejam lagi bakal bertukar menjadi malam.
Mujurlah kuasa Irene ialah api jadi senanglah baginya untuk menghidupkan unggun api. Ditambah pula dengan kuasa Joy iaitu alam semula jadi, senanglah nak cari kayu api.
"Lipas tu a.k.a Devilian sebenarnya anak buah Leon. Dia bekerja dengan Leon sejak Leon jadi pengkhianat. Saya yakin tadi dia cuba bawa korang semua ke lohong gunung berapi. Mujurlah Sehun ditarik akar menjalar. Kalau tidak,nyawa korang mesti dah melayang." Kata Irene lagi.
Lima beradik itu a.k.a EXO mengangguk faham. Ikan yang ditangkap oleh Wendy tadi dibakar dengan cermat. Maklumlah lapar dan mereka tadi baru sahaja selesai muntah. Rupa-rupanya semalam, makanan yang dimakan oleh mereka bukanlah makanan manusia. (Disebabkan lama tinggal di bumi, jadi EXO tidak terbiasa dengan makanan di planet Lyoxo. Dan pula tadi Devilian bagi makanan lipas)
Yeri mencuit bahu Irene dan memberi isyarat kepadanya untuk beredar dari situ namun Irene membantah. Keadaan menjadi kekok sehingga tiada siapa pun yang mampu bersuara.
Baekhyun menggaru-garu belakang tengkuknya. Baru sahaja dia hendak membuka mulut, Taeyeon terlebih dahulu memotong.
"Irene-ah, Athena dengan Poseidon tu apa?" Tanya Taeyeon kepada Irene yang sedang bermain tepuk-tampar dengan Seulgi.
Irene berdehem beberapa kali. Dia kelihatan agak resah. Matanya melilau memandang membernya. Akhirnya Joy turun dari atas pokok dan mendekati EXO dan YEOGI.
"Athena tu sejenis satelit--"
Pap! Kepala Joy ditampar oleh Yeri. Ada pula dia masa nak main-main. Joy mencebik.
"Okeylah..Athena tu sebenarnya---"
Dummmm!! Kilat saling sambar- menyambar tanpa sebab. Hujan mula menitik dan semakin lama semakin lebat.
Mereka semua segera berteduh dibawah pokok-pokok yang berada disitu. Entah kenapa, adegan ini bagai berlegar-legar diminda EXO. Rasa seperti..Dejavu? Lagi?
Kebetulan pula, setiap member YEOGI berdiri disebelah pasangan mereka. Dan kedudukan mereka pula memang persis dengan adegan dahulu.
"Ehem.." Chanyeol berdehem apabila kedudukan Hana yang terlalu rapat dengannya. Gadis itu yang tadinya sedang merenung langit kini memandang kearah Chanyeol.
Hana berjalan setapak ke belakang namun badannya ditarik ke depan. Tersentak Hana dibuatnya.
"Nak sangat ke basah? Pokok ni bukannya besar sangat. Ni sebenarnya boleh tampung seorang je.. " tegas Chanyeol. Tak berkedip Hana memandang kearah Chanyeol.
Terlihat keikhlasan dimata lelaki itu. (Phuii geli!!!😂😂😂). Senyuman mulai mekar. Tangan Chanyeol yang melingkar dipinggangnya dibiarkan sahaja. Tak mahu dia rosakkan suasana romantik ini.
Disisi lain pula, kelihatan Luhan dan Eunqa yang sedang berdiri dalam keadaan kekok. Mereka berdiri terlalu rapat sehingga dapat merasai nafas masing-masing.
"To-long..jauh--sikit.." pinta Luhan. Eunqa menjeling dan mendekatkan lagi badannya.
"Kenapa? Gemuruh ehh?" Soal Eunqa diiringi dengan senyuman sinis. Takut pula Luhan dibuatnya.
Eunqa memblock leher Luhan dengan lengannya. Eunqa sengaja menghembuskan nafasnya kearah muka Luhan. Usik sekali sekala boleh kan?
"Iman aku..Jatuh berguguran..Tolong kutip.." Ujar Luhan sehingga membuat Eunqa tertawa
Lelaki pula yang gementar bila perempuan usik macam tu? Cis, tak macho langsung.
"Kau ni macam manalah nak jadi bapak orang. Entah-entah bini yang serang dulu sebelum kau." Celupar mulut Eunqa berkata-kata. Luhan menelan liurnya. Apehal berani sangat perempuan dihadapannya ini.
"Takpelah..Suka lah saya nanti.." jawab Luhan sehingga mendapat tamparan kecil daripada Eunqa. "BYUNTAE!" Jerit Eunqa dan kembali berdiri tegak seperti biasa namun jarak mereka agak jauh dari tadi.
Belakang badannya habis basah sehingga membuatkan Luhan serba salah. Menggigil gadis itu dibuatnya.
Luhan yang sememangnya berhati tisu segera menarik Eunqa ke dalam dakapannya. Biarlah Eunqa nak kata dia gatal ke apa ke, yang penting sekarang adalah kesihatannya. Lagipun, perempuan diutamakan kan?
"Boleh tak kau guna tangan besar kau untuk lindung kepala aku dari kena hujan?" Tangan MinAh kepada Kris, selamba.
Kris buat muka menyampah namun beberapa saat selepas itu, dia menuruti sahaja permintaan MinAh. Tak mahu lah dia dipandang gadis comel itu lama-lama. Blushing dah ni!!
"Thank you-- ehh kau blushing lah.. Olololo comei nyaaa.. tak sangka Mr.Tiang Elektrik aku pandai blushing.. Makin sayang rasanyaaa.." Minah tanpa segan silu memeluk badan Kris sehingga lelaki itu kaku.
Bukan nak mengata tapi sekarang Kris memang sama macam tiang elektrik. Kaku tak bergerak. Mata pun tak berkedip.
MinAh pula seronok saja memeluk anak teruna orang lama-lama. Tak sedar agaknya Kris sudah hampir pengsan.
"Bo--boleh tak kau jangan peluk kuat-kuat? Kalau sejuk cakap jelah. " ujar Kris, perlahan.
MinAh mengetatkan lagi pelukan dan mengangguk. Giler tak sejuk? Sekarang ni dia cuma pakai baju kemeja dan didalamnya cuma ada baju dalam dan singlet je. Opps!
Kris menurunkan tangannya ke belakang MinAh secara perlahan-lahan. Tak nak lah dia mengejutkan gadis itu.
Kris memandang ke kiri dan kanan untuk memastikan line clear, setelah itu, dia terus memeluk MinAh untuk memastikan gadis itu selesa dan hangat.
"Gomawo.." ujar MinAh perlahan. Tanpa sedar, Kris menjawab kata-kata MinAh tadi didalam hati.
Seohyun mengembungkan pipinya untuk mengelakkan dirinya ditangkap kerana sedang blushing.
Mana taknya, dia sedang menghadap badan sasa Sehun dan lelaki itu sedang merenungnya tanpa henti.
Bila dia nak dongak, mesti matanya akan bertembung dengan Sehun. Malu woi, lagipun Sehun kan kekasih lama dia.
"Erm..Sehun, boleh tak ke belakang sikit? Saya hampir terkena hujan ni.." pinta Seohyun perlahan.
Namun sama seperti tadi, Sehun langsung tidak memberi sebarang reaksi dan hanya berdiam diri. Disebabkan sudah tidak tahan dengan renungan Sehun, Seohyun memberanikan diri untuk membalas renungan itu.
Lama juga mereka bertatapan.
"Arhh.. okey saya mengalah.. kenapa awak asyik pandang saya ni??" Tanya Seohyun dengan muka yang pasrah. Namun Sehun langsung tak membalas bahkan dia hanya diam seperti patung cendana.
"Awak tengah buat mannequin challenge ke?" Tanya Seohyun lagi. Dan semakin lama membuatkan gadis itu semakin stress. Orang tanya tak nak jawab!
"Ihhh orang tanya ni jawablah!" Seohyun menolak badan Sehun sehingga badan lelaki itu terhempap batang pokok.
"Aduh!!" Raung Sehun kesakitan. Hah! Baru nak berkedip! Seohyun senyum sinis.
"Apa kau ni?! Orang nak tidur pun tak senang lah!" Marah Sehun dan menggosok-gosok belakang badannya yang sakit. Seohyun terkebil-kebil mendengar kata-kata Sehun tadi. Tidur sambil bukak mata? Huh?
"Hah??"
Taeyeon dan Baekhyun sama-sama menghuraikan daun pokok kerana rasa kekok yang teramat. Lagipula Baekhyun berasa takut kerana wajah Taeyeon yang amat serupa dengannya.
"A--Awak buat pembedahan plastik ke?" Tanya Baekhyun, gugup. Taeyeon yang sedang merobek daun pokok itu terus memandang Baekhyun tajam.
"Apa?!! Mana ada !! Ni wajah ori okey?!" Marah Taeyeon. Pantang dia bila orang tanya soalan macam tu. Tak pernah wujud dalam kamus hidup dia untuk melakukan operasi plastik. Sakit tau?!
"Maaflah..Saya takut sikit sebab kita seiras.. saya tak biasa.." balas Baekhyun dan kembali tunduk. Terketar-ketar tangannya selepas dijerkah oleh Taeyeon.
Taeyeon pula ketawa kecil dalam hati setelah melihat Baekhyun seperti itu. Cepat sangat gelabah jodoh dia yang sorang ni.
"Hey.." Panggil Taeyeon, tangannya menyentuh bahu Baekhyun dengan lembut. Dia cuba untuk mendongakkan kepala Baekhyun agar memandangnya.
"Tak payah takut lah.. Saya bukannya makan orang.. " pujuk Taeyeon. Baekhyun masih lagi tak berkedip.
"Takut lagi ke tak ?!!" Jerkah Taeyeon sekali lagi.
"Ya ya !! Tak tak! Entah!!" Ujar Baekhyun terketar-ketar. Terkejut dia apabila dijerkah sekali lagi.
Taeyeon pula tidak dapat menahan tawanya. Hampir senak perutnya disebabkan ketawa yang kuat.
Dumm!! Kilat menyambar. Seperti marah dengan kelakuan Taeyeon. Terdiam sebentar gadis itu.
"Takut kilat ehh?" Tanya Baekhyun. Namun, tak pula Taeyeon menjawab. Dia leka menutup telinganya kerana takut.
Tanpa berlengah lagi, Taeyeon terus dibawa ke dalam dakapan Baekhyun. Entah kenapa Baekhyun langsung tidak berasa takut dengan kilat tadi.
"Jangan risau..Saya ada.."
-bersambung
Part yg amat panjang namun tak dpt mengalahkan part 2 di Vampire Love S1
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top