The End
Wendy membuka matanya, melihat dirinya yang dikelilingi begitu ramai manusia. Anehnya, mereka berpakaian seperti di zaman 70-an. Para lelaki dan wanita berjalan kaki, menaiki basikal atau menggunakan kereta beroda empat yang aneh.
Dia tidak tahu kenapa dia boleh terjebak di sini. Wendy bingung. Dia mendongak ke langit, melihat ianya masih membiru. Pandangannya beralih kearah sebuah kedai fotografi. Wendy ingat kedai ini.
Dia pernah bekerja di sini dahulu. Bibirnya menguntum senyuman melihat orang-orang yang dia kenali. Wendy cuba memanggil mereka, namun panggilannya tidak berjawab. Apabila seorang lelaki yang dia kenali mendekat, Wendy cuba mencapai tangannya namun dia terkedu saat lelaki itu melewati badannya.
Seolah-olah dia adalah roh. Wendy terkedu. Masa tiba-tiba berubah. Wendy ditarik pergi menuju ke era baharu. Kini, dia berada di zaman yang sedang menuju kearah moden.
Di sini, Wendy pertama kali bekerja sebagai pengurus hotel. Ingatannya masih segar akan kejadian di sini, seolah-olah ianya baru berlaku kemarin. Semua rakan-rakan manusia masih hidup pada zaman ini.
Dirinya ditarik lagi, berulang-ulang sehingga lah sampai pada malam di mana dia pertama kali bertemu Chanyeol. Wendy melihat dirinya yang sedang menjamah kucing liar dan ditangkap secara tidak sengaja oleh Chanyeol.
Dia bingung. Kenapa dia tiba-tiba boleh melihat kesemua memori ini?
Jangan takut! Saya tak akan makan awak. Saya dah kenyang!" jelas Wendy yang satu lagi.
"Awak ke pencuri yang diorang cari tu?" soal Wendy.
Chanyeol daripada memori mengangguk.
"Kalau awak pulangkan beg ni pada tuannya, saya tak akan bagitahu pada polis," ujar Wendy.
Chanyeol terus merampas begnya dari tangan Wendy.
"Kau siapa nak arah-arah aku? Takde! Ni barang aku!" tegas Chanyeol.
Wendy berdecit. Boleh tahan garang juga Chanyeol dahulu. Mahu sahaja dia memukul kepala lelaki itu. Masa berubah lagi. Kini Wendy ditunjukkan saat Chanyeol berada di rumahnya. Misi mereka dalam memikat Juyeon dan sebagainya. Haru-biru dibuatnya.
Dia diingatkan kembali saat mereka bergaduh sehingga saat Wendy menghalau Chanyeol. Wendy menitiskan air mata.
Sehinggalah ke malam di mana Wendy diculik. Wendy melihat semula bagaimana perlawanan antara Chanyeol dan dirinya berlaku. Wendy berkerut. Dia baru perasan akan sesuatu.
Chanyeol menggigil. Semasa dia menyerang Wendy dalam keadaan tidak sedar, Chanyeol sebenarnya sedang cuba melawan dirinya agar tidak mencederakan gadis itu.
Wendy memberhentikan masa. Dia mendekati Chanyeol, menyentuh pipi teman lelakinya itu.
"Shh. Tidur. Aku janji, bila kau buka mata, aku akan ada sebelah kau. Tidur, Son Wendy."
Akhirnya, Wendy membuka matanya daripada mimpi aneh itu. Buat pertama kalinya, Wendy mengambil nafas sedalam-dalamnya seperti bangkit daripada kematian.
Chanyeol yang tertidur di sebelah terbangun. Lelaki itu nampak kebingungan tapi cuba untuk mengawal situasi. Dia memegang Wendy daripada hilang kawalan.
"Shushh. Wendy bertenang. Aku ada," ujar Chanyeol. Dia menarik Wendy ke dalam pelukannya. Wendy meronta-ronta, ketakutan dengan apa yang sedang berlaku.
Dia melihat dirinya yang berada di sebuah ruangan putih. Di sekelilingnya dipenuhi dengan wayar-wayar dan monitor. Wendy cuba memproses apa yang sedang berlaku.
"Saya dekat mana?" soal Wendy.
"Hospital. Kau dekat hospital," ujar Chanyeol. Dia mengusap kepala Wendy dengan lembut.
Wendy menggenggam lengan Chanyeol dengan kuat. Nafasnya perlahan-lahan menjadi stabil. Gadis itu menoleh kearah monitor di sebelahnya kemudian kearah tangannya.
"Chanyeol.. Saya..Kenapa ada wayar dekat tangan saya?" tanya gadis itu.
"Ke-kenapa saya boleh bernafas Chanyeol?!"
Wendy meletakkan tangannya ke dada. Matanya terbeliak saat boleh merasakan degupan jantung. Chanyeol tersenyum. Dia duduk di tepi Wendy lantas mencekup pipi gadis itu.
"Sebab kau manusia, Wen."
"Hah?! Tapi saya dah mati dulu."
"Aku tahu. Aku pun tak pasti macam mana tapi lepas lejar tu musnah, semua vampire tiba-tiba jatuh pengsan macam kau. Mulanya aku ingatkan korang mati tapi sangkaan aku salah bila aku dapat rasa badan kau panas Wen. Dan aku dapat dengar degupan jantung kau," terang Chanyeol.
"Mustahil," Wendy menafikan dan Chanyeol bersetuju.
"Ya. Tapi tak mustahil jugak. Memang tak masuk akal tapi kau masih hidup. Wen, aku ingat aku akan hilang kau buat selama-lamanya. Aku takut sangat," ujar Chanyeol. Dia memegang tangan Wendy dengan begitu kuat. Matanya berair.
"Aku tak dapat bayangkan hidup aku tanpa kau," luahnya. Wendy merenung Chanyeol.
Kali ini, dirinya dapat merasai suatu perasaan baharu. Dia dapat merasai kesedihan dan kegembiraan dalam satu masa. Wendy dapat merasakan cairan yang sedikit hangat menyentuh pipinya. Jarinya menyentuh cairan tersebut. Dia menangis.
Jadi, memori yang dia lihat sebentar tadi adalah semasa dia dalam fasa kematian. Orang kata, di ambang kematian, kita akan dapat melihat semula memori-memori kehidupan kita. Mungkin disebabkan memori tersebut, Wendy kembali kepada Chanyeol.
"Uljima.." ujar Wendy. Keduanya menangis. Mereka berdua berpelukan sekali lagi. Seisi ruangan dipenuhi dengan tangisan kedua pasangan kekasih itu.
Manakala di bahagian lain, kesemua doktor yang merupakan vampire sedang dirawat kerana jatuh pengsan pada masa yang sama. Kejadian aneh itu turut berlaku di beberapa negara lain.
...
"Damnit! Renjun balik sini! You sneaking thief!!! Park Renjun!!"
Anak lelaki berambut separa blonde yang diwarnakan memanjat tangga menaiki biliknya. Lelaki remaja itu membuka tingkapnya dan menarik tangga tersebut agar si gadis yang mengejarnya tidak dapat memanjat.
Gadis itu melempar batu dengan marah.
"That's my bra you stupid!!" marahnya. Renjun menjelirkan lidahnya seraya menyimpan bra berwarna merah itu di dalam poket seluarnya. Lelaki itu ketawa riang kerana dapat mengerjakan si gadis yang tinggal di hadapan rumahnya.
"Ahem-ahem. Really Park Renjun? Ini dah kali ke-lima dalam minggu ni kamu buat hal dengan Shuhua. Tak penat ke?" Wendy bercekak pinggang melihat kelakuan tidak senonoh anaknya itu.
Renjun datang kearah ibunya seraya mencium pipinya. Badan Wendy dipeluk manja.
"Salahkan appa," bisik Renjun. Wendy berdecit. Telinga Renjun dipulas dengan kuat.
"Just because your dad used to be a thief doesn't mean you should too! Omma dah agak dah tak patut biar dia cerita semua benda karut tu macam cerita fantasi!" Marah Wendy. Dia membawa Renjun turun ke ruang tamu di mana Chanyeol sedang mengerjakan tugasnya.
Chanyeol ketawa saat melihat Renjun yang dibawa menghadapnya sekali lagi dalam keadaan terseksa.
"Apa lagi kali ni?" tanya Chanyeol. Dia menolak robot kecil buatannya itu ke tepi.
"Apa lagi? Anak awak mencuri lagi hari ni. Marah lah dia!" bentak Wendy. Chanyeol mengenyitkan mata kearah Renjun sambil memberikan thumbs up, menyokong tindakan anaknya itu.
"Hello?! Saya ada dekat sini lah! Saya nampak tu!"
Chanyeol berdiri lantas menarik Wendy mendekatinya. Renjun dilepaskan daripada seksaan telinganya.
"Anak kita dalam proses membesar. Tak salah pun asalkan dia tak curi benda macam lejar emas ke- Awhh!!"
Giliran Chanyeol pula diseksa. Telinganya ditarik dengan kuat.
"Tak salah?! Kali terakhir saya nampak orang mencuri, dia terjebak dalam masalah yang hampir buat dia mati! Park Renjun, pergi pulangkan barang yang kamu curi dan minta maaf pada Shuhua!"
Renjun tersentak. Kakinya menggigil melihat ibunya yang sedang dilanda api kemarahan. Dengan pantas dia berlari keluar dari rumah.
"Awhh! Awak risau pasal saya eh?"
Wendy berhenti memiat telinga Chanyeol. Dia memberi pandangan kecewa.
"Wen. Makin tua ni makin protective awak dengan Renjun. Biar lah dia. Dia dalam proses membesar tu."
"Tapi bahaya, Chanyeol. Kalau dia cedera. Kalau dia terlibat dalam kemalangan?"
"Shhh. Jangan cakap macam tu. Kalau dia kena tangkap polis sekali pun, tak apa. Saya pergi pick-up dia. Ini salah satu proses dia membesar. Kita pun pernah lalui hal yang sama Wen. Makin kita halang, makin dia buat. Lagipun dia bukan mencuri. Dia cuma nak mengusik," jelas Chanyeol. Wendy bermasam muka.
"Usik anak dara orang? Untuk apa? Macam tak ada kerja nak buat."
Chanyeol ketawa. "Oblivious jugak awak kan? Sebab dia suka Shuhua lah," kata Chanyeol. Mata Wendy terbeliak.
"Hah? Kalau dia suka, kenapa dia sakitkan hati Shuhua dengan mencuri?"
"Itu yang awak tak faham. Anak kita dah dewasa. Dia tak tahu cara nak luahkan macam mana. Tapi itu satu-satunya cara dia nak dapatkan perhatian Shuhua pada dia. Faham?"
Wendy mengeluh perlahan. 17 tahun sudah berlalu sejak dia dihidupkan semula sebagai manusia. Wendy dah mula menyesal dapat merasakan perasaan berbelah-bahagi manusia ini. Tapi apa boleh buat. Disebabkan perasaan ini, dia semakin sayang kepada Chanyeol dan anak mereka Renjun.
"Dia bukan lagi anak kita yang selalu menangis sebab dinasour nak makan dia pukul 12 malam?" ujar Wendy sambil mencebik. Chanyeol ketawa kemudian menggeleng.
"Ya. Dia bukan lagi anak kita yang selalu menangis sebab dinasour nak makan dia pukul 12 malam. Dia anak kita yang tengah mendalami dunia percintaan."
Chanyeol menarik Wendy ke dalam pelukan. Dia memberi ciuman ringan pada dahi gadis itu. Sejak Renjun dilahirkan, mereka berpindah ke Amerika untuk memulakan hidup baharu. Kehidupan mereka berubah sepenuhnya.
Bermula dengan mengajar Wendy cara menjadi manusia biasa sehinggalah mengajar yang mereka tidak dapat memiliki Renjun buat selama-lamanya. Bahkan satu sama lain.
"Kita pun.. bukan lagi diri yang muda dulu kan.." kata Wendy lagi. Chanyeol mengangguk.
"I love you, Wendy." ucap Chanyeol.
"Walaupun nanti saya berkedut sampai awak tak cam wajah saya?"
"Walaupun sampai saya ada Alzheimer sekali pun. Saya tak akan pernah lupakan awak. Saya tak akan lupa wajah yang saya sayang," ujar Chanyeol. Mereka berdua menatap satu sama lain.
Wendy mengangguk. Hidup selama-lamanya sebagai vampire memang seronok. Tapi hidup sebagai manusia lebih berharga baginya. Menjadi manusia memberikan dia tujuan. Walaupun hidup mereka sementara, tapi kematian mereka berbaloi.
Mati dicintai lebih baik daripada mati sendirian.
"Yeol. Thank you for stealing me."
"Thank you what?"
"Curi saya daripada hidup tak bermakna tu. Kalau malam tu saya tak jumpa awak, mungkin sampai sekarang saya bekerja dekat hospital dalam keadaan stress. Tak tahu tujuan hidup. Tak tahu rasa gembira. Tak tahu apa itu keluarga. You did so much to me," ucap Wendy.
"Thanks to the police I guess. Kalau diorang putus asa awal malam tu, saya pun mungkin sekarang dah merempat dalam penjara. Mungkin masih berrharap pada orang yang salah," kata Chanyeol pula. Wendy tersenyum.
Hati Chanyeol seperti mencair saat melihat senyuman Wendy. Seolah-olah melihat diri mereka yang lama. Baru sahaja mereka ingin berciuman, Renjun masuk ke dalam rumah sehingga terjatuh.
"Omma! Appa! Shuhua nak pukul saya! Perempuan memang menakutkan! Macam mana appa boleh kawal omma?!" jeritnya. Shuhua yang berada di luar rumah mengetuk pintu dengan kuat.
"PARK RENJUN KELUAR SEKARANG SEBELUM AKU HANCURKAN PINTU NI!" teriak gadis.
Wendy dan Chanyeol menggelengkan kepala mereka.
"You know what? Itu anak awak kan? Awak selesaikan lah. Saya tak nak ada kaitan," ujar Wendy.
"Eh? Tapi saya pun tak nak ada kaitan. Shuhua tu menakutkan tau. Macam awak bila saya tak bagi makan aiskrim," rungut Chanyeol.
"Macam saya pulak."
"Excuse me? Cik Wendy? Encik Chanyeol? Anak korang nak kena bunuh dengan perempuan yang tinggal seberang jalan ni? Hello? Dengar tak ni?"
"Yelah macam awak. Garang macam harimau. Nasib baik awak tak ada dah taring. Kalau tidak, mati saya."
"Ingat tak ada taring saya tak boleh bunuh awak? Karate kang."
"Omma!! Appa!!"
"Park Renjun!! Datang sini!!"
"Arggghhhhh!!!"
The End
Akhirnya tamat. Sampai sekarang aku tak reti buat proper ending lol 😂
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top