Part 35


Dush!

Sehun terjatuh saat dipukul oleh ketua vampire sebaik sahaja dipanggil oleh lelaki itu. Sehun bertahan. Dia kembali berdiri, hanya untuk dipukul kembali bertubi-tubi sehingga menyebabkan dia memuntahkan darah.

"Tuan..."

"Bawak lelaki tu datang jumpa aku! Kerja mudah pun kau tak dapat buat ke?!" marah ketua vampire.

Sehun berdiri. Kepalanya berpinar-pinar. Dia berdiri tegap dan menunduk.

"Baik, tuan. Saya akan bawa-"

"Jungkook. Kau bawakan perempuan tu sekali. Jadikan dia tebusan," arahnya. Sehun terkejut mendengar arahan tersebut.

"Tuan! Wendy tak ada kaitan dalam hal ni. Tolong jangan libatkan dia-"

Buk!

Sehun ditumbuk kembali sehingga terlantar diatas lantai.

"Kerja semudah simpan barang rahsia pun kau tak boleh buat inikan nak menculik perempuan! Kau tak dibenarkan buat mana-mana tugasan selain bawa lelaki manusia tu pada aku! Perempuan tu pula, serahkan pada Jungkook. Aku beri masa seminggu. Kalau kau tak dapat mereka, tak ada dari kalian semua boleh hidup!" jerkahnya.

Kesemua vampire mengangguk faham. Tidak ada satu pun yang menolong Sehun tatkala ini. Kalau dulu, mereka sentiasa cuba untuk berbaik dengan Sehun oleh kerana pangkatnya.

Sekarang, mereka anggap dia sebagai lalat kerana telah diketepikan oleh ketua vampire. Sehun mengelap darah yang mengalir pada dagunya.

"Kalau saya berjaya ambil semula lejar tu, tuan boleh janji yang tuan akan lepaskan Wendy?" soal Sehun. Ketua vampire menoleh.

Lelaki itu ketawa seperti menyindirnya.

"Boy. Aku tahu kau ada potensi. Tapi kau dah banyak kali kecewakan aku."

"Tidak kali ni! Saya tak akan kecewakan tuan!"

Ketua vampire merenung Sehun yang kini berlutut dihadapannya. Dia berdecit. Kemudian, lelaki itu mengangguk.

"Baik. Aku tunggu hasilnya," ujarnya.

Sehun bangun dan menunduk hormat.

"Terima kasih tuan! Saya akan dapatkan lejar tu dengan segera!" katanya. Ketua vampire memberi isyarat supaya Sehun beredar.

Dengan langkah pantas Sehun pergi. Kemudian, ketua vampire merenung Jungkook dan memberi isyarat supaya lelaki itu juga meneruskan misinya. Bibirnya mengukir senyuman sinis.

"Tuan. Bukan tuan dah berjanji dengan Sehun untuk tak sentuh perempuan tu?"

"Jangan persoalkan aku Yuji. Bukan masalah kau," balasnya.

...

"Kau makin pucat eh Wen? Kau sakit?" soal Chanyeol sambil meneliti wajah Wendy. Wendy mengerutkan dahi kemudian menggeleng.

"Siapa cakap saya sakit?"

"Kalau tak sakit, kenapa pakai gincu merah sampai tebal sangat ni? Sakit otak?" balasnya.

Wendy hampir-hampir terjatuh disebabkan pertanyaan Chanyeol. Sejujurnya, dia mana pernah pakai gincu merah yang warnanya seterang ini.

Dia bahkan tak pernah memakai alat mekap pun. Cuma sekarang dia perlu disebabkan dirinya yang semakin menampakkan kezombiannya.

Maksudnya, para vampire semakin menampakkan diri mereka sebagai mayat hidup.

Dengan mekap sahaja mereka mampu menutup kengerian itu.

"Lah. Saya pakai gincu merah pun salah ke? Awak tak suka?" soal Wendy. Dia sebenarnya gementar. Kalau Chanyeol tahu yang masa dia hampir tiba, apa reaksi lelaki itu?

"Bukan tak suka. Tapi aku lemah tau dengan perempuan yang pakai gincu merah. Lagi-lagi kalau kau."

"Kenapa?"

"Sebab comel. Kesian la aku kena hadap muka comel kau tiap masa. Penat jantung aku nak berdegup kencang."

"Nyenyenye. Alasan. Walau apa pun yang awak bagitahu, saya tetap akan pakai. Jangan nak halang," ujar Wendy.

Chanyeol tertawa kecil kemudian mengangguk.

"Aku tak cakap pun jangan pakai kan? Wen, kau nak jumpa tak pakcik hunter tu?" tawar Chanyeol tiba-tiba. Wendy memandang teman lelakinya itu seketika.

"Cepatnya awak nak bunuh saya? Sampai sini je kisah cinta kita?" soal Wendy, berpura-pura berdrama. Chanyeol memegang dadanya kemudian melutut.

"Tidak sayang! Tidak! Kisah cinta kita seperti Jack dan Rose! Tak akan berpisah-"

"Jack mati."

"Erk!"

Krik.. krik..

"Romeo dan Juliet!"

"Dua-dua mati..."

"Bonnie and Clyde!!"

"Pun mati.."

"Wennnnnnn..."

Wendy menarik Chanyeol supaya berdiri.

"Kisah cinta kita macam Wendy dan Chanyeol je. Tak payah bandingkan dengan orang lain. Okey?"

"Ha. Kalau yang ini aku tahu."

"Tahu apa?"

"Wendy dan Chanyeol. Ending cerita diorang kahwin dan ada anak kan? Kan?"

Pipi Wendy merona merah.

"Tak tahu," balasnya laju.

"Ecece. Tahulah tahulah."

"Tak tahu! Tak tahu!"

"Comel jugak kau ni kalau malu-malu macam ni. Eh tapi jangan lupa tau nanti kita jumpa pakcik vampire. Malam ni pukul sembilan aku datang. Kerja elok-elok ya, sayang."

Chanyeol mencium dahi Wendy dan terus berlari pergi. Kalau dia pergi sekarang, Wendy tak akan ada alasan untuk menolak pelawaannya. Wendy terkedu.

Dia boleh sahaja mengejar Chanyeol tetapi mereka berada di kawasan orang awam sekarang.

"Kyah! Tapi pukul sembilan belum habis kerja! Park Chanyeol! Hish dia ni. Memandai je," rungut Wendy.

"Haih. Takkan gaduh kot?" sapa seseorang dari belakang. Saat Wendy menoleh, dia terkejut melihat Juyeon di sana.

"Juyeon?"

"Ya, aku. Terkejut ke? Salah eh aku nak datang hospital?"

Wendy menggeleng kecil. Juyeon tersenyum pendek.

"Yang kau pakai lipstick merah macam nenek kebayan ni kenapa? Buat tabiat? Ke nak goda laki orang?" sindirnya. Pelik melihat Wendy memakai mekap yang tebal.

"Eh? Terang sangat ke lipstick ni?"

"Haah. Buruk pulak tu."

"Awak datang ni nak kutuk saya je ke?"

"Gila? Ingat aku tak ada kerja lain nak buat?"

"Habistu awak datang hospital kenapa? Awak sakit ke?"

Juyeon menggeleng.

"Bukan sakit sebenarnya.." Juyeon mengusap perutnya, memberi petunjuk kepada Wendy. Mata gadis itu terbeliak.

"Awak.. mengandung?" soalnya, agak terkejut. Dia seolah-olah melihat hantu di hadapannya.

"Not Chanyeol's.. Jangan risaulah," kata Juyeon, meyakinkan Wendy.

Wendy sedikit lega mendengar kata-kata Juyeon itu.

"Habistu.. anak siapa? Takkan lah lelaki tua yang hantar awak malam tu-"

"WHAT?! NO! Tak mungkin la aku nak simpan anak orang tua. Sebenarnya, aku ada kenal dengan seorang lelaki ni. Nama dia Jungkook. Kau tak kenal. Apa-apa pun, dia lagi bagus daripada Chanyeol," ujar Juyeon, angkuh.

"Dia kaya?"

"Mungkin lagi kaya dari kau."

"Baguslah untuk kau," sindir Wendy tetapi suaranya diperlahankan.

"Kau cakap apa?"

"Eh tak ada apa lah. Saya cakap comel burung terbang.." balas Wendy dan tersengih menampakkan giginya.

'Dasar perempuan pelik' umpat Juyeon dalam hati.

"Whatever. Aku nak ajak kau makan sama-sama nanti. Bila kau free?" ajak Juyeon.

"Kenapa tiba-tiba awak nak makan dengan saya ni?" soal Wendy, pelik.

"Nak bayar balik hutang selama ni aku makan dekat rumah kau. Kau ingat aku nak diam je terhutang makanan dengan kau? Jangan harap. Cepat! Bila free?" bentaknya. Wendy tersenyum pendek.

"Malam jumaat nanti. Pukul 10. Hotel Transilvania. Deal?"

"Mentang-mentang baby daddy aku kaya, demand ya kau? Fine! Jangan lewat! Baby aku tak suka tengok kau!" ujar Juyeon dan terus menuju kearah pintu masuk hospital.

Wendy menggaru belakang kepalanya, bingung dengan tingkah laku Juyeon.

"Sakit jiwa agaknya," gumamnya perlahan.

Dia terpandang pula kearah Sehun yang baru tiba di sana. Sehun menoleh seketika kepada Wendy sebelum cepat-cepat beredar. Wajahnya masih bengkak.

Wendy tidak berapa peduli. Mengingatkan apa yang telah Sehun buat. Memang layak pun kalau Sehun dipukul.

to be continued

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top