Part 21

Hari demi hari, Juyeon perasan yang Chanyeol sudah lama tak menjemputnya ke rumah. Juyeon terlupa nak meminta nombor telefon Chanyeol tempoh hari. Dan yang paling peliknya, selama mereka bercinta, tak pernah pula Chanyeol memegang telefon.

Takkan Chanyeol guna walkie-talkie pula kan? Juyeon menyerahkan makanan kepada anak-anak kecil gelandangan yang sedang beratur dihadapannya.

Senyumannya pudar sekarang. Memikirkan Chanyeol dengan perempuan lain buatkan dia marah. Tak semena-mena, seorang budak lelaki terjatuhkan nasi keatas kaki Juyeon.

Juyeon menjerit.

"Kau buta ke?!" Marahnya.

Seluruh pasukan sukarelawan terkejut saat mendengar teriakan Juyeon. Cik Juyeon, yang mereka gelar sebagai bidadari sebelum ini, dalam pertama kali dalam sejarah sedang menengking seorang budak lelaki dalam lingkungan tujuh tahun.

"Ma—maaf, kakak."

"Siapa kakak kau?! Menyusah—"

Tubuh Juyeon ditarik oleh ayahnya menjauhi tempat tersebut. Kumpulan tersebut menayangkan wajah tidak selesa dengan sikap Juyeon. Juyeon cuba melepaskan pegangan ayahnya itu.

"Kamu dah gila ke?!" Marahnya terhadap Juyeon. Juyeon mendengus kasar.

"Dia yang cari pasal!"

"Kita kena jaga imej, Juyeon! Pergi sana dan minta maaf pada budak tu!" Tegas Tuan Yoon. Juyeon menggeleng tak mahu. Berdegil.

"Appa! Juyeon tengah stress pasal Chanyeol dan appa masih lagi boleh fikir pasal gelandangan tak guna tu?! Juyeon dah penatlah jaga makan pakai diorang! Susah sangat ke nak cari duit sendiri tanpa tunggu orang macam kita datang!" Teriak Juyeon.

Salah satu ketua kumpulan sukarelawan, Daewhi, sudah pun tak tahan mendengar teriakan Juyeon yang telah menggores hati gelandangan-gelandangan disana. Dia mendekati Juyeon seraya menarik pergelangan tangan gadis itu.

"Apa ni, Daehwi?!" Bentak Juyeon.

"Maaf Tuan Yoon— Kyahh Yoon Juyeon! Kau sedar tak apa yang kau cakap tadi? Diorang ni bukannya sengaja untuk jadi macam ni! Nasib yang tak menyebelahi mereka! Aku nak kau minta maaf dengan mereka sekarang jugak!" Arahnya. Juyeon cuba melepaskan pegangan tersebut.

Namun, Daehwi terus menariknya mendekati budak lelaki tadi. Juyeon ditolak kearah budak tersebut.

"Cakap maaf sekarang!"

"Aku tak nak! Bukan salah aku!"

"A—abang Dae. Tak apa. Bukan salah Cik Juyeon." Ujar budak lelaki itu. Juyeon tersenyum sinis.

"See? Dia pun cakap bukan salah aku—" Juyeon terdiam. Dia terus melutut dan memeluk budak lelaki tadi.

Tangisan kedengaran. Mereka yang berada disitu kelihatan bingung. Juyeon mengusap kepala budak lelaki tersebut sambil menangis.

"Unnie minta maaf, sayang. Salah unnie, bukan salah kamu. Maafkan unnie ya?" Ujarnya. Pipi budak lelaki itu diusap dengan mata yang berair. Daewhi mengerutkan dahinya melihat perubahan sikap Juyeon itu.

Dia mendongak ke belakang untuk melihat Tuan Yoon namun matanya tertancap pada seorang lelaki yang lengkap berpakaian sut mewah.

Chanyeol.

...

Wendy menikmati darah segar yang didapati daripada peti sejuk khas dihospital itu. Satu-satunya peti yang dibina khas buat vampire oleh Sehun. Chanyeol sentiasa datang melawatnya sejak kebelakangan ini.

Bukan Wendy tak suka, cuma setiap kali dia bersama Chanyeol, memori menyakitkan itu datang kembali. Seolah-olah dia dan Chanyeol sedang berhubung tanpa mereka sedar.

Prestasi Wendy juga semakin lama semakin membaik. Dia buat yang sebaik mungkin untuk melupakan memori tersebut dengan cara menyibukkan diri didalam wad. Namanya kembali disanjung oleh pesakit.

Setelah sekian lamanya, Wendy tak perlu lagi menjejak kaki ke dalam pejabat Sehun dan para perawat juga tak perlu mendengar bunyi jeritan singa Sehun.

"Eh aku dengar Doktor Oh bawa perempuan balik rumah." Bisik salah seorang jururawat berdekatan dengan mereka.

"Jinjja? Bukan dia dah bertunang dengan anak pengerusi hospital ni ke? Cik Irene? Itu Cik Irene kot."

Wendy menoleh. Bila Sehun bertunang? Dia tak tahu pun? Tak ajak pun? Macam boleh jadi ni.

"Iya memang lah. Tapi kan orang kata perempuan tu bukan Cik Irene. Cik Irene kan tengah sambung belajar dekat UK. Dia kan doktor specialist terbaik dekat hospital UK. Hospital untuk keluarga diraja England. Mana mungkin dia balik Korea sekarang."

Jantung Wendy berdegup dengan kencang sekarang. Kalau orang tahu dia yang tinggal dengan Sehun macam mana?

Mati dia kena buang kerja. Itu tak teruk lagi. Kalau Irene tahu dia yang digosipkan dengan Sehun, mahu mati kecewa gadis itu.

Irene seorang yang sopan santun dan merupakan salah satu mentor terbaik bagi Wendy. Dia selalu melayan Wendy dengan baik dan melindunginya bila Sehun marah. Tapi bila Irene pergi, Sehun jadi sesuka hati nak menggunakan kuasanya. Tak. Wendy tak boleh jadi penghancur hubungan mereka.

Wendy menghabiskan minumannya dan berlari mencari Sehun. Tak susah nak cari. Tinggal bau sahaja dan dia boleh teleport ke sana. Sehun baru selesai membuat pembedahan keatas seorang pesakit nampaknya.

"Sehun. Doktor Oh!" Panggil Wendy.

Sehun menoleh. Dia ditarik oleh Wendy dan menyorok daripada doktor-doktor lain.

"Ada apa ni?" Tanya Sehun sambil membuang pelitup mukanya ke dalam tong sampah berdekatan.
"Rindu eh?" Usiknya.

Wendy menampar lengan Sehun dengan kuat.

"Bukanlah. Kenapa awak tak cakap yang awak dah bertunang dengan doktor Irene?" Soal Wendy. Sehun nampak terkejut.

"Aku dah bertunang?"

"Huh?"

"Haah ya aku dah bertunang. Baru ingat."

Wendy berkerut. Sehun ni dah nyanyuk ke?

"Habistu kenapa kalau aku dah bertunang pun?" Sambungnya lagi.

"Awak! Kalau macam tu saya akan keluar dari rumah awak secepat mungkin. Kalau orang lain nampak kita, boleh jadi salah faham." Jelas Wendy.

Sehun nampaknya tak suka dengan apa yang Wendy beritahunya. Wajahnya berubah dingin.

"Apa yang salah faham? Kau kawan Irene, dia tunang aku. Bagi alasan yang munasabah."

"Sebab saya kawan dia lah saya tak patut buat dia macam ni! Saya tak nak orang tuduh awak—"

"Curang? Kau takut Irene ingat aku curang dengan dia?" Sehun tersenyum sinis. Wendy mengangguk perlahan.

"Aku tak pernah cintakan dia. Masih dikira curang ke?"

Kata-kata Sehun buatkan Wendy tergaman. Sehun tengah main-mainkan perasaan Irene ke sekarang ni? Wendy berundur setapak ke belakang.

"Saya tak peduli pasal perasaan awak dengan Irene. Apa yang saya tahu, saya tak nak ada kaitan dengan hal ni." Terangnya lagi.

"Semua sebab Chanyeol kan?"

Wendy tersentak. Anak matanya bergetar. Sehun nampak ketakutan dalam diri Wendy. Tangan gadis itu terkepal dengan sendirinya.

"Siapa Chanyeol?"

"Jangan pura-pura bodoh Wendy. Aku tahu dia siapa. Dan kau tak akan suka dia bila kau tahu diri dia yang sebenar."

"Saya tak faham, Sehun?"

"Kau tahu dia siapa. Tapi kau tak nak terima. Tinggal dengan aku kalau kau masih nak dia selamat. A prey will forever be a prey, Son Wendy."

A prey. Vampire, tak boleh bersama manusia.

"Saya bukan.. binatang.."

to be continued

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top