Part 3
Hanya jungkook tetap melangkah tanpa kata. Hatinya masih terasa tidak enak. Dia pasti ada sesuatu yg tidak kena dengan perkhemahan tersebut.
Di belakang mereka , dua guru tadi memerhati dari dalam kereta . Kereta yg dipandu , belum bergerak berlalu. Seolah menanti dan menunggu supaya jungkook , jimin dan V betul² masuk ke kawasan perkhemahan itu . Ada senyuman sinis pada wajah guru namja itu . Mana kala guru yeoja pula kelihatan sedikit keberatan melepaskan 3 pelajar sekolahnya pergi .
'' Perluke mereka ikut perkhemahan ini? '' Guru yeoja itu bersuara .
'' Arahan sudah diberikan, Cikgu .Budak ber3 itu lebih dari layak untuk ikut perkhemahan ni. Sekolah tak mahu menanggung kejatuhan peratus pelajar lulus peperiksaan kerana mereka . Biar ada perubahan" Guru namja menjawab dgn nada serius sebelum berlalu pergi , tidak kembali lagi......
Selepas mendaftar , semua pelajar disuruh berkumpul dan mengikut 4 org pertugas yg berpakaian serba hitam . Dua namja dan dua lagi yeoja . Mereka memakai baju lengan panjang dan seluar sukan . Wajah serius . Tidak pernah mempamerkan senyuman . Buat jungkook mangkin memandang pelik terhadap setiap apa yg berlaku di sekelilingnya.
Memerhatikan pelajar dari sekolah lain...dari gaya dan kelakuan mereka , jungkook sedar satu perkara . Semua yg hadir , bukanlah jenis pelajar yg cemerlang dan berdisiplin ! Masing² lebih kurang sama perangai...perangai syaitan. Tetapi V dan jimin langsung tidak sedar tentang hal itu kerana sibuk melihat gadis gadis berdahi licin .
Setelah selesai sesi pendaftaran , mereka semua dibawa ke satu kawasan lapang yg berumput . dikelilingi pokok bunga kemboja...macam kawasan perkuburan pada pandangan jungkook dia jadi meremang , tetapi terpaksa memendam semua perasaan yg bermain di ruang hatinya.
Dikawasan lapang itu , Semua perserta di arah membenar khemah mengikut sekolah . Satu khemah akan didiami seramai 3 org . Jungkook seketika merenung setiap kumpulan . Ada sekolah yg menghantar wakil sampai 6 org . Kenapa jumlah wakil tidak sama ? Satu lagi persoalan yg bermain dalam kepalanya.
'' Kau masih ingat macam mna nk bena khemah? '' Jimin bertanya kepada jungkook .
'' Ingatlah ! '' Jungkook membalas serius.
'' Jgn jadi mcm dulu . Sampai lima segi khemah kita jadinya sbb kau yg buat ." V ketawa bersama jimin , mengharap jungkook akan kembali ceria seperti selalu .
Ternyata masing² masih ingat lagi peristiwa di mana jungkook dgn begitu yakin memberitahu kononya dia pandai membina khemah . Pada kala jimin dan V tidak pernah langsung memegang besi besi yg patut dipacak ke tanah . Jadi mereka ikut semua arahan jungkook . Sudahnya hasil akhir khemah yg terbina dapat gelaran ' KHEMAH LIMA SEGI ' Habis di gelak oleh pelajar lain , mujurlah khemah itu terbakar . Tidak sempat ada bukti bergambar , Kalau tidak pasti viral dalam media sosial.
Semasa membina khemah , Jimin dan V sibuk memerhatikan pelajar yeoja yg berkumpul tidak jauh dari tapak khemah mereka . Ada satu garis diletakkan antara tapak penempatan khemah pelajar namja dan yeoja. Garis itu dijaga oleh 4 org berpakaian serba hitam. Dua namja dan dua yeoja.
Jungkook turut memerhatikan pertugas² yg ada disitu . Mereka semua seperti robot . Tidak ada perasaan . Riak muka selalu serius. Gerak geri seperti askar terlatih . Buatkan tiada siapa berani melintasi sempadan yg sudah ditetapkan.
Kini hari mula bertukar senja ketika majoriti kumpulan sudah selesai membina kawasan tempat tinggal sementara berbentuk khemah kanvas. Namun tiada pelajar yg dibenarkan berada di dlm khemah selagi ada pelajar yg belum siap membinanya . Mengeluh V dan Jimin dibuatnya kerana terpasak tercongok seperti tunggul , menunggu baki gadis² lemah gemalai yg belum bersiap menyelesaikan tugasan pertama .
~Bersambung~
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top