Part 2
'' Tapi kau takde rasa lain macam ? '' Akhirnya jungkook bersuara.
'' Rasa apa ? '' Balas V dgn muka tertanya tanya.
'' Kau dah lupa ? Sejak tingkatan 2 , Kita di haramkan ikut mana² perkhemahan anjuran sekolah . Kenapa sekarang tiba² terpilih jadi wakil sekolah ? Lagi satu , perkhemahan akan di buat esok . Huh...mengejut sangat lh ! '' Jungkook menyuarakan apa yg terpendam di dalam hati. '' Jungkook , aku rasa kau banyak sgt tengok cerita penyiasatan lah ! sampai rasa semua benda tak kena . Hishh...konon ditektif agaknya ! '' Jimin meningkah . Sudahnya dia dan V ketawa .
Jungkook kembali memendam ,pada kala V dan Jimin terus terusan teruja untuk mengikuti perkhemahan .
'' Aku yakin mesti ramai perempuan lawa di sana nnti .'' Jimin tersenyum sendiri membayangkan barisan pelajar yeoja yg cantik² berdiri tersenyum di hadapannya .
'' Tentu lh ! Itu yg buat aku tak sabar² nak pergi ." V membalas sambil mengosok kedua dua belah tangannya gaya romeo kampung pisang.
'' Hari terakhir di sana nnti , kita buat kejutan baik punya ! setuju ? '' Cadang jimin tiba².
'' Nak buat apa? Bakar khemah lagi ?'' V ketawa sendiri.
'' Khemah kita terbakar dulu sebab kau juga ! pgg rokok pon tak betul .'' Pantas sahaja jimin mengingatkan.
'' Jungkook pon salah jugak. Cuak semacam...Sikit² ckp dia nampak kelibat cikgu datang ke khemah kita.'' V cuba² bawak jungkook agar turut serta dlm perbualan kerana menyedari kawannya itu diam membisu dari tadi.
Namun Jungkook tidak membalas apa , Tetap membisu sahaja. Kelihatan tengelam dlm lamunan sndiri selepas keluar dari bilik pengetua .
Pada kala dua rakan lain tidak sabar mahu ikut berkhemah , entah kenapa jungkook susah hati tidak terkira !
Waktu sudah pukul 5 ptg ketika jungkook , jimin dan juga V tiba di taman , di hantar oleh dua org guru yg tidak pernah mengajar mereka. Seorang guru lelaki dan seorang lagi guru perempuan. Menaiki kereta , sepanjang perjalanan...masing² diam , melayan lamunan .
'' Baik...kita dah sampai . Dengar sini betul² , Kamu ber3 akan mewakili sekolah . Jadi saya harap sangat , tidak akan timbul sebarang masalah ." Guru namja itu memberi pesanan sebaik sampai ke tempat pendaftaran .
'' Sekarang kamu ber3 boleh masuk . Pergi daftar nama di pintu gerbang '' Guru yeoja pula bersuara . Tanpa mengucapkan terima kasih , 3 Pelajar itu keluar dari kereta . Melangkah penuh teruja , V dan Jimin bergerak ke tempat yg diarahkan . Senyuman gembira terlukis jelas pada wajah mereka . Ketika itu juga , mata meliar memerhatikan mana² pelajar yeoja yg ada disitu .
Jungkook pula berjalan dlm kerisauan . Semalaman tidornya tidak lena . Fikirannya tidak boleh berhenti memikirkan akan keanehan perkhemahan tersebut . Mereka tidak diiringi oleh guru dari sekolah , hanya dihantar ke tempat pendaftaran . Malah semua pelajar dari sekolah lain juga kelihatan begitu juga . Setahunya...ia tidak pernah tejadi di mana² perkhemahan antara sekolah . Guru pengiring biasanya menunggu bersama , bagi memastikan keselamatan pelajar di bawah tanggungjawabnya .
'' Perghh...sana lawa !! " Bisik V kepada jimin .Mereka kemudian ketawa kecil .
'' Itu aku punya , jgn kacau ! '' Tunjuk jimin pula dengan gaya byuntae maksikmum yg melampau .
~Bersambung~
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top