Chapter 17

Happy reading✌

MA Orphans House

Sehun sedikit kecewa setelah mendengar berita dari salah seorang pekerja di situ. Pekerja itu memberitahu bahawa Hera dan Hana sudah diambil oleh pasangan suami isteri yang tidak mempunyai anak menjadi anak angkat mereka. Sehun mengambil alamat rumah pasangan suami isteri itu dan berlalu pergi bersama Hayoung dan Seyoung ke rumah pasangan itu.

"Betul tak sayang rumah ni" tanya Sehun sambil melihat rumah mewah yang berada di hadapannya sekarang ini.

"Kalau ikut alamat, ni lah rumah mereka" jawab Hayoung.

"Kalau macam tu, jom kita pergi tengok" cadang Sehun. Hayoung hanya mengangguk.

Sehun menekan bell. Tidak lama kemudian, keluar seorang perempuan cantik yang tersenyum ke arah mereka.

"Saya nak tanya, betul ke ni rumah ibu bapa Hera dan Hana?" Tanya Sehun.

"Yes betul. Saya ibu dorang. Kenapa eh?" Tanya perempuan yang bergelar ibu angkat Hera dan Hana itu.

"Ouh! Jadi saya tak salah. Anyway. Saya Oh Sehun pemilik MA Orphans House and ni pula isteri saya Oh Hayoung. Kami datang nak melawat Hera dan Hana. Dorang ada tak?" Ujar Sehun dengan panjang lebar.

"Dorang ada. Masuklah" perempuan yang bernama Namjoo itu tersenyum. Sehun dan Hayoung melangkah masuk rumah mewah itu.

Pasangan yang mengambil Hera dan Hana menjadi anak angkat ialah Do Kyungsoo dan isterinya Kim Namjoo. Mereka berkahwin selama 3 tahun tetapi masih tidak mempunyai anak. Kyungsoo memberi cadangan kepada isterinya supaya mengambil anak angkat.

"Papa!!" Kembar itu berlari ke arah Sehun dan terus memeluk Sehun. Mereka tersenyum gembira.

"Rindunya dengan korang. Korang suka tak tinggal dengan eomma Namjoo?" Tanya Sehun. Kembar itu hanya mengangguk.

"Terima kasih Mrs Do kerana sudi mengambil dorang sebagai anak angkat dan jaga dorang dengan baik"
"Dorang dah jadi anak saya. So, saya mesti jaga dorang dengan baik. Jangan risau lah"

"Papa siapa perempuan ni?" Tanya Hera. Hera tidak pernah berjumpa dengan Hayoung kerana Hayoung tidak pernah datang ke rumah anak yatim.

"Inilah isteri papa. Cantik kan?" Belum sempat Sehun menjawab, Hana terlebih dahulu menjawab.

"Wah! Memang betullah cakap Hana. Isteri papa memang cantik" Hayoung tersenyum. Namjoo hanya melihat kedua anaknya itu.

"Hera dan Hana pun cantik juga" Hayoung memuji kembar itu.

"Thanks mama" ucap mereka berdua sama².

"Jom lah makan. Saya dah sediakan" pelawa Namjoo.

"Eh! Tak pe. Kitaorang nak pergi tempat lain pula lepas ni" kata Sehun.

"Ok lah kalau macam tu. Kami balik dulu" mereka menunduk hormat kepada Namjoo begitu juga Namjoo. Kedua kembar itu melambaikan tangan kepada Sehun dan Hayoung.

Di dalam kereta...

"Kita nak pergi mana lepas ni?" tanya Hayoung.

"Kebetulan Seyoung ada di rumah mommy awak, inilah peluang saya untuk dating dengan awak. So, saya nak bawa awak pergi satu tempat" Sehun tersenyum nakal.

"Ye lah tu" kereta Sehun meluncur laju di atas jalan raya Kota Seoul.

15 minit di dalam kereta, akhirnya mereka sampai di satu tempat dimana mereka boleh melihat seluruh bandar² di Seoul. Hayoung melangkah keluar daripada perut kereta. Dia sangat kagum dengan keindahan Kota Seoul pada waktu malam yang sangat cantik.

"Mana biy tahu tempat ni?" Tanya Hayoung dengan matanya tidak terlepas melihat pemandangan di hadapannya sekarang ini.

"Biy selalu datang sini kalau biy ada masalah" jawab Sehun yang juga tidak terlepas pandang melihat pemandangan di hadapannya.

"Seriously cantik. Thanks biy sebab bawa sayang datang sini" Hayoung memeluk Sehun.

"Sebab tu biy suka datang sini" Hayoung melepaskan pelukannya dan melihat semula pemandangan Kota Seoul pada waktu malam.

Sehun berjalan ke arah Hayoung dan memeluk isterinya dari belakang. Dia tahu Hayoung kesejukan disebabkan angin malam yang menerpa tubuh kecil Hayoung. Pada masa yang sama, dia mengambil kesempatan untuk bermanja manja dengan Hayoung.

Lama juga mereka berpelukan. Kedua mereka tidak berniat untuk melepaskan pelukan mereka.

Hayoung merasa selesa dipeluk oleh Sehun kerana ia dapat menghangatkan tubuhnya. Hayoung juga suka dengan bau badan Sehun yang selalu membuatkannya terbuai. Sesekali Sehun mencium leher Hayoung. Dia semakin mengeratkan pelukannya terhadap Hayoung. Tiada seorang pun yang bersuara. Hanya terdengar bunyi pokok yang dipukul angin. Masing² melayan perasaan. Setelah 15 minit, akhirnya suara Hayoung memecah keheningan di antara mereka berdua.

"Awak"

"Hmm"

"Awak sayang saya tak?"

"Kenapa tanya soalan macam tu. Of course la sayang. Sayang sangat². Kalau boleh saya sorang je boleh sayang awak. Orang lain tak boleh"

"Ye lah tu. Saya pun sayang awak sangat². Saya ingat saya tak jatuh cinta dengan awak. Tapi saya silap, saya terlanjur cintakan awak.  Walaupun kita baru kenal"

"Saya pun dah start sayangkan awak. So, please jangan tinggalkan saya. Sekarang, saya tak boleh hidup tanpa awak. Kalau boleh saya nak berhenti kerja dan stay dengan awak 24 jam. Tapi bila saya fikirkan balik, kalau saya tak kerja, siapa nak sara awak dengan Seyoung. Hmm"

"Itu kan kerjaya awak. Saya faham. Saya pun kalau boleh nak stay dengan awak 24 jam juga tapi pesakit saya siapa nak rawat. Hmm"

"Nak tak nak. Kita kena terima sebab ni cita cita kita semasa kita kecil lagi. And now, kita dah berjaya. So, kita kena teruskan lah"

"Betul juga. Hmm. Tapi kan awak, saya macam pernah tengok lah muka awak ni. Tapi di mana eh? Saya rasa macam dah lama kenal awak"

"Ye ke. Cuba ingat betul²"

"Tak boleh lah. Saya lupa. Hmm :-("

"Tak pe. Nanti ingat lah tu" Sehun mencium pipi Hayoung.

"Biy..."

"Hmm"

"Biy boleh tak janji dengan sayang yang biy akan cintakan sayang sorang je sampai sayang mati. Boleh tak?" Hayoung bermain main tangan Sehun. Sehun memandang ke dalam mata Hayoung dan tersenyum.

"Of course sayang. Biy akan cintakan sayang sorang je. Dalam hati biy, ada sayang je. Sayang dah berjaya curi hati biy. Dah tu, tak nak pulangkan pula tu"

"Pencuri mana nak pulangkan barang curiannya. Memang tak lah" Hayoung mencium bibir Sehun dan terus lari. Sehun masih berdiri di tempatnya. Apabila dia tersedar, dia terus mengejar Hayoung.

"Yah! Oh Hayoung! Sini" Sehun masih mengejar Hayoung. Hayoung pula hanya ketawa sehingga batu yang agak besar di hadapannya pun tidak dilihatnya dan akhirnya jatuh tersungkur.

"Sayang! Sayang ok tak?" Tanya Sehun risau. Dia melihat Hayoung sedang meraung kesakitan dengan memegang kaki kanannya.

"Sayang rasa kaki sayang terseliuh. Sakit sangat" Hayoung menahan kesakitannya. Sehun menggeleng kepalanya.

"Itulah. Lari lagi. Kan sekarang dah sakit" Sehun menarik perlahan telinga Hayoung.

"Nak dukung. Please" Hayoung menunjukkan wajah comelnya dan mengangkat tangannya.

"Nasib sayang isteri kesayangan biy. Kalau tak dah lama biy tinggalkan sayang sorang² sini. Biar hantu temankan sayang" Hayoung naik di belakang Sehun dan Sehun menuju ke keretanya.

"Tapi comel lah sayang buat muka macam tadi. Cute sangat. Seyoung pun kalah. Sayang lagi cute"

"Of course lah. Ni kan Oh Hayoung a.k.a isteri Oh Sehun yang handsome ni. Sayang memang cute dari dulu lagi. Hampir semua lelaki cair dengan kecomelan sayang. Tapi sayang pilih satu lelaki je. Hehe"

"Siapa lelaki tu?" Tanya Sehun.

"Johnny oppa" jawab Hayoung selamba tanpa memperdulikan tatapan Sehun kepadanya.

"...."

"Ala. Merajuk ke husband sayang ni. Sayang gurau jelah. Of course la, Oh Sehun. Sayang pilih biy sorang je" Sehun masih dengan wajah merajuknya.

"...."

"Biy. Biy tak nak cakap dengan sayang ke? Ala. Sayang minta maaf la. Sayang nak memain je" Hayoung mula menunjukkan wajah sedihnya.

"Kiss dulu" belum sempat Sehun menunjukkan bibirnya, Hayoung terlebih dahulu mencium bibir Sehun. Dia tak nak Sehun marahnya buat kali kedua. Mereka baru berbaik. Dia tak nak gaduh dengan Sehun lagi. Cukup hanya sekali. Dia tak sanggup nak gaduh untuk kali kedua.

TBC

Updated😉. Korang saya minta maaf sangat² sebab lama tak updated😁. Saya harap korang akan terus baca dan support cite ni. Thanks guys. Love you my READERS!😉 Assalamualaikum.

#MASHIE에이핑크

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top