Part 9 : Always

Chanyeol tersenyum. Dia bersandar pada kerusi, memandang Wendy yang sedang serabut.

"I know what you did last summer, Wan," ujar Chanyeol. Wendy mendongak, lantas berkerut.

"Apa yang aku buat?"

"Kau tengah seksa diri kau dengan suka orang yang belum tentu sukakan kau jugak kan?! Kau suka Cedric kan? Kan?" 

Keletung!

Kepala Chanyeol dipukul.

"Cedric kawan aku lah, dumbass!"

"Tapi aku nampak cara kau pandang dia! Mata kau! Lain sangat bila kau tengok dia! Waktu dia senyum, mata kau seolah-olah tenggelam dalam godaan! Waktu dia bercakap, kau seolah-olah hilang dalam khayalan! Waktu dia pegang kau, kau macam hilang arah. Betul kan?"

Tak semena-mena, Wendy memukul belakang kepala Chanyeol sehingga lelaki itu jatuh pengsan. Wendy meniup tangannya yang terasa sakit itu.

Bukan apa, waktu Chanyeol mengusik tu, dia siap datang mendekat kearah Wendy sehingga mereka berada begitu dekat sekali. Itu membuatkan Wendy panik.

'Bukan Cedric yang aku pandang, tapi kau, Park Chanyeol,' detak Wendy didalam hati.

Dia memegang dahinya yang terasa agak berat. Dia membaringkan Chanyeol yang sedang tertidur pulas dengan air liur dipipi itu keatas sofa.

"Memang habislah aku bantai kalau aku tak sayang," rungut Wendy.

Lantas, leher Chanyeol dicekik sehingga Chanyeol tersedar semula. Ah, young love.


...

"Jangan bercakap dengan aku. Makan je apa yang ada," arah Wendy.

Chanyeol diam. Kepalanya terasa pening. Rasanya penangan pukulan Wendy masih terasa.

Puan Son dan Tuan Son memerhati anaknya bersama Chanyeol itu. Keadaan agak kekok sekarang.

"Chanyeol, kamu suka rancangan TV apa sekarang?" soal Tuan Son, sengaja ingin bermesra. Chanyeol termangu. T apa? Tibi? Tu bukan penyakit ke?

"Hah? Kenapa saya nak tibi pulak?" soal Chanyeol. Wendy tersedak.

"Mom, dad, dekat dunia diorang tak ada tv," jelas Wendy. Puan Son dan Tuan Son terkejut dengan sangat dramatik.

"Sirius?! Zaman dah maju pun tak ada internet? Telefon? Kenal tak?"

Chanyeol menggeleng. Dia ada pernah lihat muggle bercakap dengan kotak besi tapi dia tidak tertarik pula. Buat apa bercakap dengan kotak kalau boleh hantar dengan patronus ataupun burung hantu? Kan lagi mudah.

"Ini tak boleh jadi! Sini uncle tunjuk. Uncle suka tengok Twilight—"

Wendy dan ibunya ketawa saat melihat betapa gembiranya Tuan Son untuk mengajak Chanyeol menonton bersamanya. Nampaknya, marathon Twilight lah bapanya malam ini.

"I think we should prepare them some snacks, shall we?" ajak Puan Son. Wendy mengangguk.

Jarang-jarang ayahnya ada kawan untuk menonton bersamanya. Beberapa jam kemudian, Wendy dapat lihat betapa syahdunya Chanyeol saat menonton Twilight bersama ayahnya. Mereka sama-sama ketawa, menangis, dan marah dalam masa yang sama. Itu membuatkan Wendy terhibur.

"Wendy sayang, apa kata esok kamu bawa Chanyeol pergi taman? Rasa macam sesak pula rumah ni," cadang Puan Son.

Wendy merenung ibunya itu. Wanita itu mengerdipkan mata seolah-olah tiada apa yang berlaku.

"Mom, tak planning nak tambah adik kan?" Soal Wendy sehingga membuat ibunya tersedak.

"Apa?! Jangan mengarut! Jaga kamu seorang pun dah macam nak mati! Apatah lagi kalau kamu ada adik!" Bentak ibunya. Wendy tergelak.

"Well, I mean, at least omma dengan appa tak sunyi bila saya balik Hogwarts. Wendy akan masuk tahun kelima tahun depan. Our schedule might be more hectic than usual. Susah nak hantar surat selalu," ujar Wendy dengan nada suara sedih. Puan Son tersenyum lantas memeluk Wendy.

"Sebab itulah, omma nak habiskan masa dengan kamu. Kita jarang jumpa sayang. Kitorang smuggles?"

"Muggles,"

"Yes. Muggles. Tak boleh tengok Hogwarts. Omma pun nak tengok kamu membesar sebelum omma pergi. You know what I mean,"

Mata Wendy menjadi berair. Dia tahu maksud ibunya. "Tak boleh. Omma tak boleh mati sebelum Wendy. Wendy tak boleh hidup tanpa omma... dan appa," ujar gadis itu. Puan Son mengelap air mata anak gadisnya itu.

"I promise. Never leave each other?"

"Never."

Mereka membuat pinky promise. Puan Son mencium dahi Wendy dengan penuh rasa sayang. Belakang gadis itu diusap.


"Dah. Esok keluar ambil angin dengan Chanyeol. Tunjuk jalan dekat sini pada dia. Mana tahu dia nak datang lagi nanti,"

"Baik. Tapi saya nak minta sesuatu boleh?" pinta Wendy.

"Ya?"

"Promise me you won't die before me,"

"Wendy, masih nak cakap pasal hal tu?"

Wendy memberikan pandangan mata anjing comelnya. Puan Son mengeluh.


"Wendy, I promise,"

"Always?"

"Always."

...

"Kenapa tadi tu? Kau nangis ke?" soal Chanyeol selepas selesai menonton Twilight bersama ayah Wendy.

Wendy merenungnya tajam. Dia menumbuk dada Chanyeol kerana bertanyakan hal sensitif seperti itu.

"What??" soal Chanyeol sambil menggosok dadanya yang sesak. Wendy tidak membalasnya.

"Ouh ya, perlu ke kita pergi taman esok? Tak boleh ke aku tinggal je dalam rumah kau?" pinta Chanyeol.

"Yelah. Lagipun kita nak cari sesuatu esok," jawab Wendy.

"Cari apa?"

Boleh berbuih mulut dia kalau bercakap dengan orang bodoh macam Chanyeol. Bagitahu sekali lagi kenapa dia suka pada Chanyeol? Sabar Wendy, sabar.

Ouh, sebab Chanyeol nampak hebat bila dipandang dari jauh. Sebab itulah kot orang macam tu panggil crush. Jauh dimata dekat dihati.

Tapi bila dah dekat, baru nampak kebodohannya.

"Tentang nak selamatkan Bella tu. Dalam buku kuno tu, ada ramuan macam mana nak jauhkan diri daripada makhluk tu! Aku akan cuba buat esok.." jelas gadis itu.

Chanyeol membuka semula buku tersebut. Tapi hasilnya sama.

Tulisan didalam itu seperti tulisan latin lama yang bercampur sesama sendiri sehingga mewujudkan satu perkataan baru. Mungkin ada juga perkataan dari kerajaan yang tidak pernah Chanyeol dengari.

Yang pasti, buku itu dibuat dengan khusus hanya untuk ahli sihir berketurunan muggle yang terpilig sahaja. Ini kerana, rahsia didalam buku itu terlalu kuat dan sekiranya ia terjatuh pada tangan yang salah, Hogwarts mungkin berada dalam masalah.

Boleh bagitahu sekali lagi kenapa Hogwarts simpan buku seperti ini dalam perpustakaan dan bukannya dalam kubur Dumbledore?

Chanyeol terdiam. Wendy ni memang dah gilakan Bella agaknya.
"Kau betul nak tolong aku?" soal Chanyeol, berpura-pura seperti dia berminat dengan semua perkara tentang Bella. Lagipun Bella sepupu dia, oh tolonglah! Siapa nak bercinta dengan sepupu sendiri.

Wendy pula mengangguk dengan malasnya. Chanyeol memerhati reaksi Wendy.

Chanyeol menyerahkan semula buku tersebut kepada Wendy dan mengusap kepala Wendy dengan sedikit kasar.

"Bella! Tunggu aku datang selamatkan kau!" Usik Chanyeol.

Dia menepuk kepala Wendy dan masuk ke dalam biliknya tanpa berterima kasih pun dengan Wendy. Wendy ternganga.

Dia merenung dirinya didalam pantulan cermin. Jantungnya berdegup kencang. Tangannya diletakkan didada untuk merasai goncangan kuat itu. Antara perasaan marah kerana Chanyeol masih teringatkan Bella dengan Chanyeol yang sengaja menyentuh kepalanya tadi, Wendy keliru.

Bibirnya mulai menguntum senyuman indah.

Rambutnya yang disentuh oleh Chanyeol itu dipegang. Matanya dipejamkan.

Dia membayangkan saat Chanyeol berada dekat dengannya dan memeluknya. Itu pun kalau ianya akan terjadi suatu hari nanti. Membayangkan pun sudah mencukupi baginya.

Wendy masuk ke biliknya untuk kembali menelaah buku kuno tersebut. Lampu meja belajar dihidupkan.

Terpampang gambar moyangnya, Hermione Jane Granger disana sebagai simbolik idolanya.

Semua yang berada pada Hermione jatuh betul-betul dalam dirinya. Kebijaksanaan, keberanian (tak sangat kot), sikap annoying dan ulat buku. Semuanya ada. Lengkap.

Sayangnya, dia tak ada cinta yang Hermione miliki daripada Ronald Billius Weasley. Dia cumalah seorang Wendy Shon—Granger yang biasa.

Wendy bukanlah keturunan Granger daripada Hermione, tapi daripada keluarga Hermione yang lain. Tapi walaupun tak secara langsung, dia masih ada darah Granger kan? Whatever.

Hermione beruntung, ada orang cintakan dia dengan sepenuh hati tanpa mengira rupa. Tapi Wendy?

Macam mana dengan dia?

Wendy mengabaikan apa yang berada difikirannya dan meneruskan pembacaannya sehinggalah larut malam.

Dia harus membantu Chanyeol sekiranya itu yang membuatkan Chanyeol gembira.

Kerana baginya, kegembiraan Chanyeol adalah kegembiraannya sendiri. Always.

Dan mungkin hal itu yang akan membuatkan Wendy hancur dengan sendirinya tanpa dia sedar.

To be continued


Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top