Part 8 : Alasan
"Itu apa?"
"TV,"
"Itu apa?"
"Telefon,"
"Itu apa?"
"Remote tv,"
"Itu apa?"
"Chanyeol! Itu.." Wendy cuba menahan dirinya daripada memarahi Chanyeol.
"Itu cumalah, ipad.." jawabnya, lemah-lembut.
Chanyeol mengambil remote tv dan duduk berbaring diatas sofa dan menonton drama yang sedang ditayangkan.
Wendy turut sama mengambil tempat di sofa berdekatan dengannya.
"Woah. Macam mana manusia boleh masuk dalam tu? Hebat lah!" puji Chanyeol.
Wendy menggeleng perlahan. Dia nampak yang Chanyeol seolah-olah sedang mengalihkan fikirannya daripada sesuatu. Persoalannya, apa?
Dan kenapa Chanyeol memilih dia?
Adakah kerana dia sasaran paling mudah? Adakah dia sedang bermain permainan Truth or Dare dan sekarang dia sedang melakukan salah satu dare tersebut?
Susah betul ingin membaca fikiran Chanyeol. Kalaulah dia ada kuasa Baekhyun. Nah, Baekhyun cuma hebat dalam legilimency, bukannya ada kuasa pun.
"Kau tengah cuba buat apa ni, Chanyeol?" tanya Wendy, cuba mengorek rahsia. Chanyeol pura-pura tidak mendengar. Dia berlagak seperti orang bodoh lagi saat melihat gambar-gambar bergerak didalam tv.
"Chanyeol, aku tahu dekat rumah kau pun ada tv lah! Or kalau tak ada pun kau mesti pernah nampak! Cepat bagitahu aku, kenapa kau datang sini?!" Desak Wendy.
Gadis itu merampas alat kawalan dan menutup tv serta menyembunyikan alat kawalan itu dibawah tempat duduknya. Chanyeol meraup wajahnya perlahan.
"Tak boleh bagitahu," jawab Chanyeol.
Dia menghulurkan tangannya untuk mengambil semula remote tv tapi sebaliknya, Wendy menampar tangan tersebut seolah-olah memberi hi-five.
"Kenapa? Sebab aku sasaran mudah korang ke?" soal Wendy lagi.
Chanyeol tak menjawab. Dia mengambil ipad dan cuba untuk mengalih perhatiannya pada skrin besar itu namun ianya dirampas oleh Wendy.
"Tell me, atau kau keluar dari rumah ni!" ugutnya.
Chanyeol mengalah. Dia bangun sambil mengusutkan rambutnya.
"Fine! First of all, memang kau sasaran mudah!" Jujurnya.
Wendy terkejut. Dia membaling bantal ke muka Chanyeol kerana bengang dengan jawapan Chanyeol.
"Second, ini hal sulit!" Sambung Chanyeol.
Dia menerima lemparan bantal kedua daripada Wendy.
"You pervert!" Marah Wendy.
"Huh?"
"Kau baru je cakap pasal alat sulit!"
"I said! Hal sulit! Korek telinga kau lah!"
Pap!
Chanyeol menerima lemparan ketiga.
"Hal sulit apa? Kenapa libatkan aku? Aku nampak je macam nerd tapi tak senang untuk kau gunakan!" Ujar Wendy, cuba untuk tidak terjebak dengan permainan pelajar Slytherin yang satu ini.
Chanyeol berfikir sejenak. Entah alasan apalah yang dia nak gunakan untuk mengaburi fikiran Wendy. Sejujurnya lagi, Chanyeol tak tahu pun tujuan kenapa dia datang ke sini. Yang berada difikirannya pula adalah Wendy sehingga menyebabkan dia yakin untuk keluar dari rumah.
"Ini erm.." Chanyeol ternampak surat khabar Daily Prophet yang berada berdekatan meja. "Tentang Hogwarts.. dan pelajar-pelajar dekat sana.." jawab Chanyeol.
"Pasal apa?" Wendy sepertinya tidak berminat untuk tahu tapi dia ada rasa ingin tahu sahaja. Erk?
"Kau tahu Vendigo?"
Wendy mengangguk.
"Makhluk mengerikan yang mampu mengubah rupa bentuk pada bila-bila masa yang dia mahu. Vendigo juga adalah half-beast," jelas Wendy.
Dia ada membacanya sewaktu di Hogwarts sebelum cuti. Maklumlah, ulat buku. Dia mana ada benda lain untuk dibuat selain membaca dan berkhayal tentang Chanyeol. Memang keturunan Granger. Kecuali berkhayal tu. Itu dari dia sendiri.
"Dengar kata, makhluk tu dah berkeliaran di Hogwarts sekarang. Dan pihak sekolah sedang cuba untuk menguatkan pengawasan," kata Chanyeol.
Wendy mendengar dengan khusyuk.
"Dan apa kena-mengenanya dengan aku. Dan sampai kau kena datang dunia manusia?" tanya Wendy.
Chanyeol menggaru belakang kepalanya. Haah lah, apa kaitannya dengan Wendy ya? Otaknya bergerak lagi memikirkan alasan.
"Erm, kau sorang je boleh bantu," ujar Chanyeol.
"Bantu apa?"
"Kau dah masuk kawasan larangan perpustakaan kan?" teka Chanyeol.
Wendy menggeleng pantas. Chanyeol datang mendekat dan duduk disebelah Wendy. Bahu gadis itu dipegang.
"Kalau kau tak masuk sana, macam mana kau tahu tentang makhluk tu?"
"A—Aku baca. Ada buku pasal tu.."
"Jangan tipu, Seungdy. Makhluk ni makhluk mitologi zaman purba. Maklumat tentangnya sulit kecuali kau ada masuk ke kawasan larangan dan bawak balik harta Hogwarts secara curi-curi dan simpan dalam bilik tetamu?"
Chanyeol mengeluarkan buku kecil dari sebalik almari yang sedari tadi Wendy perhatikan. Mata Wendy terbeliak. Dia merampas buku tersebut dan memegangnya erat.
"Macam mana kau tahu?!"
"Shuu.. Aku ada orang dalam. Aku tahu semuanya, Handy.." Kata Chanyeol, tersenyum nakal.
"Boleh tak kau berhenti sebut nama aku buat sementara waktu?"
Chanyeol mengangguk setuju.
"Habistu? Apa yang aku boleh bantu?"
"Buku ni ditulis dalam tulisan kuno abad ke-lima. Hanya kau je yang boleh baca dan tahu segalanya tentang Vendigo. Am I right?" teka Chanyeol.
Kening Wendy terjongket. Dia ketawa.
"Apa yang kau merepek? Buku ni—"
Tawa Wendy terhenti. Memang benar apa yang dikatakan oleh Chanyeol itu. Tulisan didalam buku ini semuanya ditulis dalam huruf yang tidak dikenali oleh seorang manusia mahupun ahli sihir. Hanya mereka yang mempunyai kebolehan istimewa sahaja yang mampu membacanya.
Wendy menoleh semula kearah Chanyeol dengan wajah pucat.
"Kau je yang boleh tolong untuk halang makhluk tu. Ini tentang kita dan pelajar-pelajar di Hogwarts," kata Chanyeol, cuba meyakinkan Wendy.
Wendy terdiam. Dia menutup buku tersebut dan menjauhi Chanyeol.
"Kita? Pelajar-pelajar di Hogwarts?"
Chanyeol mengangguk.
"Sejak bila kau peduli pasal pelajar-pelajar di Hogwarts?" soal Wendy, mulai curiga dengan tingkah laku Chanyeol.
"Aku—bakal ketua pelajar—mestilah aku peduli.."
"Kita atau Bella sebenarnya?" soal Wendy.
Chanyeol tak menjawab. Dia tak faham betullah, apa kaitannya Bella dengan dia? Kenapa Wendy asyik membangkitkan soal Bella ni? Wendy suka Bella ke?
"Kalaulah betul yang makhluk ni dah terlepas, maknanya kementerian magik tak akan berdiam diri kecuali mereka pura-pura tak mahu ambil tahu sebab nak jaga air muka masing-masing kerana takut rahsia mereka dengan Vendigo terbongkar," ujar Wendy.
"Kau tahu kementerian magik yang kurung dan seksa makhluk tu kan? Bukan ke kau patut tahu sebab mak ayah kau pun terlibat sama, termasuklah mak dan ayah Bella,"
Wendy jeda seketika. Matanya merenung mata Chanyeol.
"Dan kau sedang cuba untuk lindungi Bella sekarang.."
Chanyeol meraup wajahnya kasar lantas mengangguk sahaja. Bosanlah dia asyik-asyik Bella. Dia iyakan sahajalah.
"Ya memang betul cakap kau! Patutlah orang gelar kau google bergerak macam nenek moyang kau tu. Aku cuma nak pastikan Bella selamat! Kau boleh bantu aku! Puas hati?" Balas Chanyeol. Ah, apa-apa jelah. Asalkan Wendy berhenti bercakap pasal Bella.
Wendy menggeleng pantas. Dia menjauhi Chanyeol dan cuba untuk keluar dari rumah. Chanyeol jadi bingung. Kau dah kenapa, perempuan?
"Dy! Aku faham kau cemburu dengan Bella! Tapi janganlah macam ni? Kita berkawan kan?"
"Siapa kawan aku?!" Jerit Wendy, marah.
"Fine, kita bukan kawan. Kejap-kejap. Aku tak faham betullah kenapa kau dari tadi asyik bangkitkan pasal Bella? Kau nak sangat ke aku berpaling pergi pada dia?!" Jerit Chanyeol pula
Wendy melempar buku tersebut sehingga terkena Chanyeol dengan bengangnya.
"Pergi jelah! Bukan aku peduli pun! Kau nak lindungi Bella buatlah sendiri. Berjuang sendiri! Jangan harapkan orang lain!"
"Macam yang kau tengah buat ke?"
"Diamlah! Tak kelakar!"
"Nanti aku tolong dapatkan Cedric untuk kau. Nak? nak?"
"Diamlah Chanyeol! Aku tak minta pun!"
Chanyeol tersenyum dalam diam. Entah kenapa, melihat Wendy cemburu membuatkan dia senang. Gadis itu comel.
Kenapa lah sebelum ni dia tak perasan pun yang Wendy wujud? Apa yang dia buat selama ni dekat Hogwarts?
to be continued
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top