Part 5 : Home But Not Home

Officially tukar dari The Silent Wizard to The Lost Witch because again it doesn't make a sense.

Also, Kim tukar jalan cerita which is Chanyeol yang bucin akan jadi dingin dengan Bella because that's how it supposed to be according to Potter Family reference. Minta maaf ya kepada pembaca sebelum ni.

...

Sekembalinya Wendy ke dunia muggle, dia disambut oleh ibu bapanya. Dia bakal menyambut cuti musim panas sekali lagi bersama keluarganya. Kembali kepada dunia realiti.

Di Hogwarts sahaja lah tempat dimana dia dapat lari daripada realiti. Kelas posyen, transfigurasi, Quidditch dan DADA(Defense Against The Dark Arts) adalah mata pelajaran kegemarannya.

Dirumahnya, di Privet Drive, London, Wendy duduk bersama kedua orang tuanya bekerja sebagai seorang doktor gigi. Ya, mereka merawat gigi manusia. Kalau ada yang tak tahulah apa itu doktor gigi.

Wendy melepaskan kucingnya yang berada didalam sangkar. Dia tersenyum melihat Shanks, kucingnya berlari mendapatkan makanan didapur. Kakinya melangkah ke ruang tamu. Seraya itu, dia menghela nafas panjang.

"Harapnya.. bolehlah aku lupakan Chanyeol buat seketika.." Gumamnya.

"Wendy, jangan cakap dengan dinding rumah lagi," jerit omma dari arah dapur.

"Sayang, jangan kacau dia tengah bercakap dengan diri sendiri macam dalam filem tu! Biarlah dia menjiwai watak!" Sahut appanya pula.

Wendy menggeleng kecil. Dia berlari naik ke biliknya. Entah apa yang dia nak buat sepanjang percutian yang agak lama ini. Beg bajunya ditarik dan diletakkan ditepi almari. Tongkat saktinya diletakkan didalam drawer.

No magic outside school. Hm. Bilalah nak masuk 18 tahun ni. Gumam Wendy didalam hati.

...

Wendy menguap sementara menunggu ayah dan ibunya membersihkan gigi pesakit. Dia memerhati alatan-alatan tajam yang berada diatas meja.

Saat dia ingin menyentuhnya, ayahnya pasti akan menghalang. Dia juga tak dibenarkan untuk merayau-rayau didalam kawasan klinik. Macam diikat dengan tali pun ada.

"Appa.. Wen nak pergi tandas dulu?" Pinta Wendy.

Ayahnya mengangguk faham.

Dengan pantas Wendy keluar dari tempat ayahnya bekerja itu. Ramai pesakit yang sedang menunggu giliran mereka.

Dia terpandang jururawat yang sedang tergesa-gesa kearahnya sambil membawa dokumen ditangan. Jururawat itu tidak memandang kehadapan dan jelas sekali tidak melihat anak kecil yang sedang berlari kearahnya.

Wendy terus menggunakan jampi bagi menghalang perlanggaran berlaku. Dokumen ditangan jururawat terjatuh dan menyebabkan jururawat itu berhenti betul-betul sebelum dilanggar.

Non-verbal magic. Salah satu kelebihan Wendy.

"Thank god.." Ujar Wendy, perlahan.

Dia memandang kearah kirinya. Ada seorang anak kecil yang sedang memakan gula-gula tidak berkerdip memandang kearahnya.

"Macam..mana.. kakak..buat?" Soalnya. Wendy tersenyum kekok.

"You'll know soon, at Hogwarts," jawabnya dan terus berlari keluar.

Habislah dia kena marah bila sekolah dibuka ataupun lepas balik ke rumah sekejap lagi kerana telah menggunakan magik dihadapan muggle.

Wendy merayau-rayau dibandar bersendirian seperti tiada arah tuju. Jelas sekali, kehidupannya bukan disini. Semuanya tertinggal di Hogwarts.

Hidupnya telah didedikasikan kepada buku. Menjadi ulat buku yang skema adalah cita-citanya. Urgh? Tak adalah. Cuma di Hogwarts, dia berasa tenang. Dirinya seolah-olah bebas disana.

Wendy merenung dirinya didalam cermin dihadapan kedai yang menjual baju-baju wanita terkini. Dia membayangkan dirinya memakai pakaian-pakaian tersebut.

Dia ketawa kecil.

Tak dapat dia bayangkan untuk memakai baju yang seolah-olah tidak bertamadun itu. Dengan tidak cukup kainnya dan berlubang disana sini. Fesyen apakah itu?

Tapi apabila dia ternampak bayang-bayang Bella didalamnya, terus senyumannya mati.

Bella pasti nampak anggun memakai baju tersebut. Tidak seperti dia yang kekok seperti kayu.

Chanyeol pun mesti suka.

"Cedric.. aku rindu kau.. Bawak aku keluar dari sini..haih.."

...

Chanyeol memekakkan telinganya saat mendengar bunyi bebelan kakaknya. Makan malam mereka berjalan dengan tidak lancar lagi seperti yang sering berlaku.

"Yoora! Boleh tak kamu berhenti membangkang?!"

"NO!! TAK NAK!! DAN TAK AKAN!!" Jeritan Yoora menggegarkan seisi rumah.

Sekali lagi, kakak dan bapanya bergaduh. Entah kenapalah semuanya jadi begini.

Tak tenang langsung untuk hidup disini.

Yoora berlari masuk ke biliknya untuk memberontak.

"Haish! Entah nak jadi apalah budak tu?! Suruh masuk Death Eather baru dia tahu!" Marah sang ayah.

"Sayang. Jangan sebut apa-apa berkaitan Dark Lord. It's a curse," nasihat sang ibu pula. Si suami terdiam dan meminta maaf.

"Oh ya Yeol. Kamu macam mana dengan Bella tu?" soal Tuan Park.

Chanyeol yang sedang menikmati spagetti terhenti suapannya.

"Ya.. macam biasa.." jawabnya, lemah.

Tuan dan Puan Park memandang satu sama lain.

"Sayang, Bella tu.. anak Ketua Kementerian. Anak kepada sepupu omma kamu, pureblood, sesuai untuk kamu-"

"Saya tahu," kata Chanyeol, tidak bersemangat langsung.

"Habistu buat apa lagi? Bella tu appa tengok suka sangat pada kamu. Janganlah asyik tolak dia. Ke, kamu dah ada kekasih?"

Chanyeol diam tak menjawab. Dia pun dah tak tahu nak jawab apa.

"Entah. Appa mesti faham apa yang saya rasa. Appa pernah jadi remaja macam saya. Kita sama-sama lelaki," balas Chanyeol.

Tuan Park mengangguk perlahan.

"Yelah. Berusahalah ya?" ucap Tuan Park. Chanyeol tersenyum pendek.

Puan Park mengurut pelipisnya.
"

Kamu tahu kan appa dengan omma kahwin paksa?"

Chanyeol tersedak. Ye, dia tahu. Tapi kehidupan omma dan appa nampak meriah. Akan tetapi, tak semestinya dia dan Bella akan menjadi seperti pasangan Park ini.

"Sayang, janganlah rosakkan mood anak dan bapak yang saya tengah cipta ni!" Marah Tuan Park.

"Heol! Saya tak akan biarkan awak cemari otak anak saya dengan kata-kata manis awak! Jangan nak menipu dia dan beri harapan palsu!"

Chanyeol bangun dan turut sama beredar. Ibu bapanya kembali bergaduh. Rasanya, inilah sebab Yoora ingin keluar dari rumah secepat mungkin setelah berusia 18 tahun nanti.

Kalaulah dia boleh percepatkan masa.
Dia ingin keluar dari rumah dan hidup bersama gadis yang dicintainya jauh dari semua masalah ini.


Tak betah berada disana, Chanyeol menyudahkan suapan terakhir dan pamit ke bilik. Dia merebahkan tubuhnya disana. Langit malam ditenung.


Bayangan seorang gadis terhias diatas langit sana. Matanya tak berkilauan seperti dilamun cinta namun, ianya penuh dengan tanda tanya dan dendam kecil.

"No, Chanyeol. Kau dah ada kekasih. Kau tak boleh curang. Unless, she doesn't know."

to be continued

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top