Part 39


"Jangan dekat dengan dia.." ujar Chanyeol. Dia cuba untuk berdiri. Nampaknya, Chanyeol salah.

Dia sudah terkena racun Mr.Ethan walaupun dalam skala kecil. Sebab itu kepalanya rasa pening seperti ingin pengsan.

Dia ditolak ke tepi dan Bella ditarik oleh Mr.Ethan. Gadis itu menjerit kesakitan. Dia menangis memanggil nama Chanyeol untuk diselamatkan.

Chanyeol menumbuk kepalanya agar tersedar semula. Dia tak boleh pengsan sekarang. Bella dalam bahaya.

"Kau lah hasil daripada perempuan tak guna tu? Ella?" soal Mr.Ethan, jijik. Bella menangis lagi.

"Jangan hina ibu aku!" marah Bella. Dia menumbuk-numbuk tangan Mr.Ethan dengan tangannya yang lemah.

Hufflepuff. Seorang yang lemah.

Wendy menahan rasa sakitnya. Dia menghembus nafasnya beberapa kali. Tongkat sakti yang tertanam didalam kakinya itu ditarik. Wendy mengerang kesakitan.

Dia tak dapat rasa kakinya sekarang. Ianya berlubang seperti digali oleh sesuatu. Mengerikan. Wendy melihat Bella yang sedang diangkat tinggi ke udara.

Dia perlu buat sesuatu. Wendy bangun dan menghampiri Mr.Ethan. Namun sayangnya, dia turut dicekik Mr.Ethan.

Wendy tak dapat menendang kerana kakinya.

"Baguslah.. ada dua orang yang paling penting didepan aku sekarang.." ujar Mr.Ethan kepada Chanyeol.

"Hei, Park Chanyeol. Kau pilih siapa?" soalnya.

Chanyeol buntu. Dia tak menjawab.

Mr.Ethan berdecit. Dia menguatkan lagi cekikan pada Wendy dan Bella. Itu membuatkan Chanyeol cemas.

"Lepaskan dia! Lepaskan dia!" jeritnya.

"Dia? Dia yang mana satu?" sengaja Mr.Ethan bertanya seperti itu.

Chanyeol tak menjawab lagi. Kalau boleh dia nak selamatkan kedua-duanya.

"Aihh kau ni.. Lembap.."

Mr.Ethan membaling Bella dan Wendy layaknya permainan secara serentak.

Dengan pantas, Chanyeol berlari dan menyambut Bella.

Wendy terjatuh tergolek-golek diatas padang rumput tidak jauh dari situ. Manakala Mr. Ethan ketawa melihat situasi sekarang.

Wendy tercungap-cungap mendapatkan oksigen. Dia melihat bagaimana Chanyeol lebih mementingkan Bella daripadanya. Buktinya, sekarang Chanyeol sedang memeluk Bella dan tidak memandang kearahnya walau sedikit pun.

"Korang ni memang hiburan paling terbaik yang pernah aku saksikan.." ujar Mr. Ethan sambil menuju kearah Bella dan Chanyeol.

Wendy merenung belakang Mr.Ethan. Dia ternampak kesan seperti luka disitu. Dibahagian yang sama dia menusuk Mr.Ethan tadi.

Nampaknya, luka dibahagian dada itu menembus ke belakang. Mungkin, itu adalah kelemahan Mr. Ethan.

Wendy mengenggam erat tongkat saktinya. Dia bangun juga sambil mengheret kakinya.

Chanyeol mengarahkan Bella untuk lari menyelamatkan diri.

Mr. Ethan tanpa teragak-agak menukar arahnya menuju kearah Bella. Dia mengeluarkan cecair beracun melalui hujung kukunya kearah Bella. Satu pisau tajam dikeluarkan dari mulutnya.

Chanyeol nampak Wendy yang sedang menuju kearah Mr. Ethan untuk membunuhnya. Dia buntu ingin menyelamatkan siapa sekarang ini.

Mr. Ethan membaling pisau tersebut kearah Bella. Dan serentak itu juga, Wendy melompat keatas badan Mr. Ethan dan menusuk bahagian yang luka dibadannya.

"AvadaKedavra!!!!"

Lelaki itu mengerang kesakitan. Ekornya bergerak menuju kearah bertentangan dengan Bella manakala Wendy melambung tinggi ke udara. Keduanya berlaku serentak.

Tapi, Chanyeol lebih memilih berlari untuk melindungi Bella dan membiarkan Wendy jatuh ke tanah buat ke sekian kalinya.

Mr. Ethan terbakar. Sihir terlarang itu membunuhnya sehingga dia terbakar.

Wendy terbatuk-batuk sehingga mengeluarkan darah dari mulutnya. Cedric bangun dan pergi kearah Wendy.

Dia mengangkat kepala Wendy dan memeluk badan gadis itu. Wendy hampir tidak dapat bergerak. Dia cedera parah.

"Wendy. Oh tuhan aku minta maaf sebab tak dapat jaga kau Wen. Aku lemah Wendy. Aku minta maaf.." ujar Cedric.

Tangannya terketar-ketar menyentuh wajah Wendy yang calar-balar itu. Wendy memegang dahi Cedric yang berdarah. Dia menggeleng kecil.

"Tak.. apa.." jawabnya, lemah.

"Wen, jangan tidur ya? Wendy aku akan bawa kau dan rawat kau.. Kita pergi sekarang ya?"

Wendy menahan Cedric dengan memegang lengan lelaki itu. Dia menggeleng lagi.

"Aku okay, Ced. Aku okay."

Ayat yang sama Wendy ulangi. Darah yang memancut keluar dari mulut membuatkan Cedric tak mampu menahan air matanya.

Cedric menangis. Menangis kerana Wendy, lagi. Tangisan paling sedih Wendy pernah lihat.  Dia menguntumkan senyuman paling manis yang boleh dia berikan kepada Cedric.

Pipi Cedric disentuh.

"Jangan senyum! Kau tengah sakit ni, Wen! Kenapa kau boleh senyum lagi!" marah Cedric.

Wendy tak mampu berkata apa-apa lagi.

Pandangan matanya terpaku pada Chanyeol yang sedang terbaring bertentangan dengannya. Kepala Chanyeol terhantuk pada patung kuda yang berada dipadang sewaktu pertarungan tadi.

Disisinya, adalah seorang wanita yang sangat dia cintai. Lebih dari segalanya didunia ini.

Bella.

Gadis yang selama ini dia lindungi atas dasar kekeluargaan. Tapi Wendy yakin, Chanyeol pasti melakukan itu kerana sesuatu bernama cinta. Ya, tetaplah menipu diri sendiri Wendy.

Kesakitan diperut Wendy rasanya tidak akan sama dengan sakitnya hatinya.

Air mata Wendy mulai bergenang dan hampir tumpah. Wendy kecewa. Chanyeol tak akan pernah membalas cintanya seperti yang dia harapkan..

Tongkat sihirnya diangkat.

"Ced..Ini semua..kehidupan ni..dah tak bermakna buat aku.." luah Wendy.

Cedric menggeleng perlahan.

"Jangan cakap! Kau akan hidup! Jangan. Jangan nak berangan mati demi Chanyeol! Dia tak pedulikan kau pun! Disaat kau hampir mati tadi, dia sibuk dengan perempuan lain Wen! Kenapa kau macam ni?" marah Cedric.

Betul. Memang betul apa yang Cedric kata. Chanyeol tak pernah sukakan dia. Chanyeol tak pernah beri perhatian pada dia. Chanyeol sedar dia wujud pun sebab nak minta dia lindungi Bella sahaja.

Bahkan Chanyeol dulu tak pernah menganggap yang dia wujud. Wendy menangis teresak-esak. Langit malam dipandang.

Hari ini, Wendy akan tunaikan apa yang pernah dia lihat dahulu.

Matanya tertancap pada Chanyeol sekali lagi.

"Aku tak peduli kalau aku tak boleh dapatkan kau dekat sini, Chanyeol. Seakan-akan seekor burung yang terbang bebas diangkasa, aku akan pergi. Aku minta maaf sebab aku terpaksa buat macam ni,"

Tongkat saktinya diangkat tinggi ke angkasa. Cedric sedar apa yang ingin Wendy lakukan. Terus dia memarahinya.

"Kau tak boleh buat tu Wendy! Tak boleh! Kau akan sembuh! Kau akan sembuh!"

Wendy menggeleng. Kecederaannya terlalu parah. Darahnya banyak yang hilang. Kalau dirawat pun, dia akan mati semasa pembedahan dan membuatkan ibu bapanya sedih.

Badan Cedric melayang ke udara saat sihir dikenakan keatasnya. Wendy sengaja melakukannya untuk menjauhkan Cedric daripadanya.

Wendy memejamkan matanya. Mantera kuno mulai dibaca.

"Wen! Wen jangan tinggalkan aku Wendy! Jangan baca, Wen!"

Langit mulai mendung. Kilat menyambar antara satu sama lain. Wendy terkenang semula wajah ibu bapanya. Dia menekup mulutnya.

Ibu bapanya tidak akan pernah ingat akannya lagi. Kenangan bersamanya akan dilupakan begitu sahaja.

"Mulai hari ini, Son Wendy, tidak akan pernah wujud lagi dalam ingatan setiap pelajar di Hogwarts. Ingatan Park Chanyeol mahupun sahabat baiknya sendiri, Cedric Diggory. Termasuklah guru-guru dan penghuninya. Mulai hari ini juga.."

Mata Wendy redup memandang kearah Chanyeol. Air matanya tumpah. Menyaksikan bagaimana eratnya Chanyeol memeluk Bella, si cinta hati. Esakannya hampir merosakkan manteranya sendiri.

"Aku, Son Wendy, mendoakan Chanyeol dapat bersama wanita yang selayaknya untuk dia. Aku doakan Cedric supaya dapat bergembira dengan rakan baharu. Aku doakan omma dan appa, dapat anak yang akan mendengar kata mereka.."

'Wendy balik dengan selamat ya?'  kata-kata appanya terngiang-ngiang lagi.

Cedric menangis. Nama Wendy diulang-ulang. Saat itu Chanyeol mulai tersedar. Dia nampak apa yang sedang Wendy lakukan pada dirinya.

"Selamat tinggal.."

"Avada.. Kedavra.."

Wendy menyumpah dirinya mati. Chanyeol dan Cedric terkesima.

Angin mulai kencang. Sihir kuno itu menjadi.

Badan Wendy menghilang perlahan-lahan seperti debu. Chanyeol bangun dan pergi mendapatkan Wendy yang sudah tidak bernyawa itu.

Pipi gadis itu dipegang. Sebahagian badan Wendy kini menghilang. Pipi gadis itu ditepuk agar dia bangun.

"Wendy! Jangan tinggalkan aku! Aku minta maaf Wendy! Kau kawan yang baik Wendy! Aku tak pernah ada kawan macam kau Wendy! Tolonglah bagi aku peluang kedua.. Aku patut sedar perasaan kau pada aku dengan lebih awal Wen.. Bangunlah Wendy!!"

Chanyeol menjerit. Bibir Wendy dicium buat kali terakhir.

Malangnya, sihir tersebut tidak dapat diundur. Seluruh badan Wendy hilang sekarang. Meninggalkan rantai yang pernah dihadiahkan oleh Cedric.

Chanyeol menumbuk-numbuk tanah kerana kesal. Dia meraung sehingga suaranya sahaja yang dapat didengari pada malam itu.

"WENDYY!! KEMBALI PADA AKU!!!!"

Sayangnya, Chanyeol terlambat. Tak ada apa yang dia boleh buat sekarang.

Son Wendy, telah rasmi pergi dari dunianya.

Almost the end

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top