Part 35
vote anak² ❤
Cedric menemani Wendy yang sedang tertidur pulas diatas katil hospital. Kata jururawat, dia mungkin terkejut sangat tadi sampai boleh pengsan. Terkejut pasal apa, mereka tak tahu.
Nasib baik Wendy tak tercedera teruk. Cedric memegang tangan Wendy seeratnya. Sahabat baiknya cedera sedangkan dia bersenang-senang dan masih merajuk sehingga pentingkan diri.
Cedric rasa bersalah. Dia patut faham keadaan Wendy yang sedang tersepit sekarang. Bukan salah Wendy kalau dia yabg dipilih untuk melindungi Hogwarts daripada bahaya.
Disebabkan itulah, dia akan menjaga Wendy dengan lebih baik mulai sekarang. Dia tak akan biarkan sahabat sehidup sematinya pergi sia-sia.
"Kamu patut balik bilik Cedric. Esok kena bersiap untuk majlis prom," ujar jururawat yang sedang mengemas katil disebelah Wendy.
Cedric menggeleng perlahan.
"Saya akan temankan, Wendy. Lagipun sekarang ni kan bahaya," ujarnya. Jururawat tersebut mengangguk faham.
Tak lama lagi, pengawal akan datang untuk berkawal diluar hospital.
Sebaik sahaja jururawat pergi, Cedric memerhati Wendy. Gadis itu tidur tapi wajahnya seperti risau. Asyik berkerut sahaja dari tadi.
"Chanyeol.." ujarnya, perlahan.
Cedric mengeluh. Sampai dalam tidur pun Chanyeol menghantui Wendy. Padahal, Chanyeol tak pernah ada dengan dia untuk melindunginya.
Chanyeol cumalah parasit yang bertuah. Bertuah sebab dapat perumah sebaik Wendy. Cedric mencium tangan Wendy. Tangan yang sentiasa menghulurkan bantuan kepadanya sejak tahun pertama.
Cedric terkenang pula kenangan lama mereka. Wendy yang pertama sekali menegur dia. Mengejutkan bukan?
Gadis itu yang membantu Cedric belajar memandangkan Cedric seorang yang pemalu pada awalnya. Wendy yang menolong Cedric berlatih Quidditch sehingga dia berjaya menjadi pemain nombor satu untuk Hufflepuff.
Dia ingat lagi waktu Wendy pertama kali melawat rumahnya. Kedua ibu bapanya begitu suka dengan Wendy. Mereka sendiri mengakui Wendy sebagai anak kedua. Kedua belah keluarga merestui hubungan persahabatan mereka.
Mereka sendiri pernah bercuti bersama-sama didunia manusia. Bila lagilah mereka boleh ulangi kenangan indah itu.
"Tidurlah, Wen. Mimpi indah-indah je.." bisik Cedric sambil mengusap rambut Wendy.
Dari arah luar, Mr.Ethan memerhati kedua Cedric dan Wendy. Dia tersenyum lebar dengan cara yang menakutkan.
...
Wendy dibolehkan untuk pulang ke bilik sekarang. Dia dibantu oleh Cedric untuk berjalan. Entah kenapa, kakinya yang patah haritu kembali terasa nyeri. Tapi dia diamkan sahaja kerana tak mahu Cedric risau.
Nanti dia tidak akan dibenarkan untuk ke majlis prom.
Sampai sahaja didalam bilik, Wendy duduk diatas katil sambil mengurut kakinya.
Satu kotak hadiah yang berada ditengah katil diambil. Siapa pula yang letak dekat sini?
Kotak tersebut dibuka. Satu gaun berwarna kuning seperti gaun puteri Belle berada didalamnya. Wendy ternganga.
Baju tersebut amatlah mahal kalau tidak salah. Hiasannya berasaskan berlian. Muat-muat sahaja baju itu dengannya. Satu kertas yang terselit didalam kotak dibaca.
'Dear Wendy,
Jangan lupa pakai baju ni ya?'
C~
"C? Chanyeol?"
Wendy tersenyum manis. Baju tersebut digayakan dihadapan cermin.
Tak sabar rasanya Wendy ingin menayangkan baju tersebut kepada Chanyeol. Mesti Chanyeol suka. Dia berpusing-pusing seketika.
Happyy.. la la la..
Wendy menyanyi dengan senang hati. Dia melupakan seketika perkara yang dikatakan oleh Mr.Ethan.
Wendy mula terbayang saat dia dan Chanyeol menari nanti. Saat lampu dewan hanya fokus kepada mereka.
Senyuman Wendy semakin lebar sehingga ke telinga. Dia merebahkan badannya diatas katil. Baju tersebut dipeluk.
Dah lama dia nantikan saat ini. Ianya akan tiba dalam beberapa jam sahaja lagi.
Sementara itu, Chanyeol dan Bella sedang berlatih menari didalam dewan. Mereka bergelak-tawa bersama saat terpijak kaki sesama sendiri.
Bella akhirnya dapat melihat Chanyeol ketawa tanpa kekok lagi bila bersamanya.
Bella begitu kacak dimatanya. Sama seperti yang dia lihat sewaktu pertama kali datang ke rumah Chanyeol.
"Chanyeol, awak nak kan jadi pasangan aku malam ni?" soal Bella, melulu.
Chanyeol mengangguk, setuju.
Olivia dah pun mendesak dia supaya mengajak sahaja Chanyeol. Lagipun, selama ini Bella pasti Chanyeol pun sukakan dia. Cuma dia jual mahal.
"Mestilah," jawabnya. Dia terpaksa terima untuk melindungi gadis itu.
Keduanya menari dengan riang. Malam ini, pasti menjadi malam yang indah buat Bella. Dia akan meluahkan perasaannya pada Chanyeol nanti.
Bukan pada Cedric.
Manusia-manusia di Hogwarts nampaknya sedang leka. Mereka bagaikan disihir supaya bergembira sahaja pada malam ini.
Yang mana amatlah tidak bagus.
Orang kata jangan suka sangat, nanti hujungnya menangis.
to be continued
bersedia lah korang esok..
dah bagitahu ke cerita ni lebih kepada persahabatan+percintaan? tak rasanya.. sekarang dah..
btw ni spoiler.. aku dah boleh jadi anak didik sehun dah..
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top