Part 33 : Ulgo sipgi anha
"Wen, jadi kan harini nak berlatih?" soal Cedric.
Wendy yang sedang mencari sesuatu dibawah kerusi membalas dengan deheman sahaja. Dia langsung tidak fokus dengan kata-kata Cedric.
"Kau dengar tak ni?" soal Cedric, lagi.
"Hmm.."
Wendy membalas acuh tidak acuh sahaja. Itu membuatkan Cedric geram. Dia menarik tangan Wendy yang sedang menjulur ke bawah sofa.
"Jumpa!" jerit Wendy dengan gembiranya.
"Jumpa apa?"
"Pin rambut. Kau cakap apa tadi?"
Cedric menayangkan wajah pokernya. Betul lah Wendy tak dengar pun. Sekarang dia sibuk menilik dirinya di dalam cermin pula.
"Aku ingat nak bagitahu kau pasal apa yang aku nampak dalam cawan masa kelas menilik haritu. Kau ingat lagi tak?"
"Hmm.. Wah nampak cute tak aku?"
Wendy tersengih-sengih memandang Cedric yang sedang bercakap seorang diri seperti orang gila.
"Kau ni kenapa? Aku bercakap dengan kau tadi kan?!" bentak Cedric.
Wendy terkejut. La ye ke? Manalah dia tahu. Dia sibuk buat hal sendiri tadi.
"Hehe. Ulanglah balik?" pinta Wendy.
"Malas aku!"
"Tak nak ulang sudah. Aku keluar dulu ya? Annyeong!"
Cedric menarik pergelangan tangan Wendy. Menghalang sahabatnya pergi.
"Kau dah janji kan?"
"Sorry, Cedric. Aku nak jumpa Chanyeol ni,"
"Tapi—"
Wendy melepaskan pegangan Cedric dan terus pergi. Cedric yang berasa diduakan terus terduduk diatas sofa. Hujung bajunya diremas kasar.
Tak habis-habis Chanyeol!
Chanyeol ini! Chanyeol itu! Semua Chanyeol! Tak serik-serik betul si Wendy ni!
Lepas apa yang Chanyeol buat dekat dia, dia boleh lagi suka pada lelaki tak guna itu. Chanyeol pujuk sikit, main ayat terus dia meleleh. Cedric sakit hati.
Rahangnya mengeras. Dia membaling lampu meja yang berada disebelahnya dan terus keluar.
"PECAH LAMPU AKU! KAU NAK GANTI KE CEDRIC?!" jerit Taeyeon.
Pondok Hagrid dituju. Dia mulai berlatih sendiri dalam keadaan bengang. Habis hancur orang-orang jadian yang dibina oleh Hagrid. Hagrid yang berada didalam rumah melihat dengan ekspresi bingung. Cedric ada masalah negara ke? Period?
Selepas melepaskan geram, Cedric memijak pula kepala orang-orang jadian tersebut sehingga lenyek. Ianya diperbuat daripada labu yang belum masak lagi.
Sebelum tanah dikawasan rumahnya berlubang, Hagrid terus menghalang Cedric. Dia mengangkat Cedric yang lebih kecil daripadanya itu. Cedric meronta-ronta minta dilepaskan.
"Lepaslah!" marah Cedric.
Cedric melepaskan sihir tanpa sengaja dan ianya terpantul semula mengena pada mukanya. Pipi Cedric lebam.
Kepalanya dipegang oleh Hagrid dan disimbah air.
"Kau ni kenapa? Kot ye pun marah janganlah sampai merosakkan kawasan rumah aku!" ujar Hagrid pula. Cedric diam.
"Bila Wendy tak ada, menjadi-jadi ya kau? Ini hah! Ambil buku Wendy ni bagi dekat dia. Dia tertinggal haritu," arahnya dan menyerahkan buku kecil itu kepada Cedric.
Cedric mengambilnya dan memeriksanya. Kandungan didalamnya dibaca. Matanya terbeliak.
...
Cedric tak pulangkan semula buku tersebut sebaliknya dia simpan. Dah sehari Wendy tak menegur dia. Gadis itu sibuk melepak dengan Chanyeol.
Itu membuatkan mood Cedric semakin down. Dia duduk disebelah Bella di dalam kelas. Wajahnya masam mencuka.
"Awak okey, Cedric?" tanya Bella, prihatin. Cedric mengangguk.
Dia tak membenarkan Bella untuk menyentuh mukanya. Gadis itu terkesima.
Mereka menoleh pada Wendy dan Chanyeol yang duduk berhadapan mereka. Keduanya nampak begitu mesra sekali.
Habis sahaja kelas, Cedric keluar dalam keadaan marah. Dia melanggar Chanyeol dan Wendy sehingga keduanya terpisah.
"Cedric!" marah Wendy.
Cedric tak menghiraukan laungan itu. Dia tak akan minta maaf kalau Wendy tak mula dulu.
"Dah kenapa budak tu?" soal Chanyeol, bengang kerana Wendy ditolak dengan kasar.
"Tak tahu.. Aku nak pergi check lah--"
"Ala tak payah. Kita nak pergi library kan? Jomlah sekarang?" Chanyeol menghalang.
Wendy masih melihat Cedric yang semakin menghilang disebalik kerumunan pelajar lain. Dia nampaknya risau.
"Tapi dia.."
"Cedric tu dah besar. Pandai-pandailah dia uruskan masalah sendiri.." Chanyeol menghasut Wendy.
Itu membuatkan Wendy bertambah risau adalah. Cedric tak pernah begini dengannya.
"Maaf Yeol.. Sekejap je? Okey?"
Wendy melepaskan pegangan tangan Chanyeol dan memilih Cedric. Dia terus mengejar sahabatnya. Meninggalkan Chanyeol dalam keadaan terpinga-pinga.
"Dia lagi sayang Cedric dari kau nampaknya," usik Kris dan merangkul leher Chanyeol.
Chanyeol menjelingnya tajam. Dia mengalihkan tangan Kris dengan kasar.
"Diamlah!" marahnya. Chanyeol pula yang pergi.
Kris ketawa.
"Kisah cinta yang rumit. Hahaha!" ejeknya.
...
"Cedric kau kenapa?! Cuba cerita dengan aku?" arah Wendy, kesal.
Dia menarik lengan Cedric supaya berhenti daripada mengelak darinya. Cedric melempar buku milik Wendy itu ke tanah. Wendy terkejut.
"Betul rupanya apa yang aku nampak dalam kelas tilikan tu!" jelas Cedric.
"Kau nampak apa?" Soal Wendy, takut-takut.
"Mati. Kau akan mati."
Mata Wendy bergetar.
Keduanya diam sekarang.
Tapi Wendy terus cover line. Dia cuma ketawa.
"Tak semua tilikan betul. Kau mengarut je tu," ujar Wendy dan mengutip semula bukunya.
Cedric merampasnya dan terus mengonyak helaian demi helaian dengan geram.
"Yahh!! Cedric Diggory!!" bentak Wendy dan cuba menghalangnya.
Buku itu penting baginya.
"Tak boleh! Kau tak boleh ingat isi kandungan buku ni! Kau tak boleh mati! Tak boleh!!"
Cedric jatuh melutut. Habis kesemua lembaran kertas hancur kepada cebisan-cebisan kecil. Dia menangis. Wendy menghentikan Cedric dan memegang tangan sahabatnya.
"Cedric.."
"Kau kawan aku.. Kenapa kau nak tinggalkan aku? Kita dah janji kan nak membesar sama-sama. Aku dah anggap kau macam adik kandung aku dah." Cedric sayu. Air matanya menitis keatas tangan Wendy.
"Mianhae.."
"Kau je yang aku ada.. Kalau kau pergi, aku nak berkawan dengan siapa? Mana ada perempuan yang pernah faham aku selain kau, Wendy."
"Aku pun sayang kau Cedric.."
"Habistu kenapa?"
"Chanyeol.."
to be continued
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top