Part 3 : First Talk
"Baiklah, harini kita akan buat posyen baru. Posyen Polyjuice. Siapa nak bagitahu apa fungsinya dalam kiraan tiga dua satu,"
"Untuk merubah diri?" jawab Wendy dalam sekelip mata sebaik sahaja Profesor Snivellus masuk ke dalam kelas.
Disaat pelajar lain kalut membuka buku, dia sendiri sudah pun bersedia dengan pengetahuan didalam mindanya. Profesor Snivellus merenung Wendy sejenak dan menepuk kepala gadis itu.
"Good," katanya dan meneruskan langkahnya ke hadapan. Wendy tersenyum sinis. Profesor Snivellus tak beri point kepada rumah Hufflepuff seperti biasa lagi. Hm. Diskriminasi terhadap rumahnya.
Saat itu, Chanyeol datang duduk disebelahnya kerana terlewat. Wendy terkejut namun cuba untuk mengawal dirinya. Dia masih belum selesai merungut dengan Profesor Snivellus.
"Bagus Miss Granger-Shon," sambung Profesor Snivellus seolah-olah menyindir Wendy. Senyuman gadis itu hilang. Dia kembali menunduk.
"Dan kamu Park Chanyeol!"
tuk!
Kayu nipis dibaling ke kepala lelaki itu.
"Lewat sekali lagi, masuk kelas tahanan," ujar Profesor Snivellus. Chanyeol menunjukkan isyarat meminta maaf. Dan sekali lagi, tiada markah ditolak dari rumah Slytherin. Hm.
Kelas diteruskan dengan bebelan Snivellus lagi tentang perkara yang akan dia ajari hari ini. Dia juga menunjukkan cara-cara untuk membuat posyen tersebut.
Chanyeol menoleh ke gadis disebelahnya. Kenapa dia tak pernah nampak sebelum ni ya? Siku Wendy disentuh dengan sikunya. Wendy menoleh.
"Kau siapa?" bisik Chanyeol.
Kening Wendy hampir bertaut. Dahinya berkerut.
"Ha? Siapa apa?"
"Nama kau siapa? Aku tak pernah nampak kau sebelum ni?" soal Chanyeol semula.
Wendy terdiam. Tak pernah nampak dia? Bukan selama ini mereka sekelas ke? Atau selama ini dia halimunan dan tak ada siapa pun perasan?
Hati Wendy sedikit tergores. Rasa seperti ada sesuatu yang mengikisnya dengan pisau dan batu-batuan tajam. Kalaulah dia ada wajah Bella, mesti lain jalan ceritanya.
"Woi? Mengelamun pulak. Jawablah!" arah Chanyeol.
"Wendy. Shon Wendy," jawabnya dingin.
Chanyeol mengangguk perlahan.
"Budak baru eh? Muka kau ni macam nerda yang selalu kena buli dulu lah. Aku tak pernah tahu pun bila kau masuk—"
"Aku dah ada dekat sini sejak tahun pertama lagi," bidas Wendy dan mengalihkan pandangannya kearah Profesor Snivellus semula.
Chanyeol tersentak. Dia nampak riak wajah Wendy berubah. Dia ada salah cakap ke?
Maaflah kalau ada. Manalah dia perasan. Dia bukannya Harry Potter si mata empat.
"Sorry. Aku—"
"Mr. Park kalau rasa nak berbual, sila keluar dari kelas saya sekarang!" marah Profesor Snivellus.
Chanyeol menunduk kerana malu dimarahi oleh gurunya itu. Pelajar-pelajar lain mentertawakan dia. Chanyeol terpandang Bella yang sedang ketawa kearahnya.
Cantik. Dia tak sedar pula Bella ini cantik selama ini.
Disisi lain, Cedric memerhati semuanya. Dia memberikan perhatiannya pada Wendy yang nampak tidak selesa itu. Menyesal dia tidak duduk disebelah rakan baiknya itu.
"Baiklah, boleh mulakan sekarang!" arah Profesor Snivellus.
Para pelajar mulai mencampur bahan-bahan utama untuk membuat posyen tersebut. Wendy masih belum berbicara dengan Chanyeol dan nampaknya sedang mengumpul markah untuk dirinya sendiri. Chanyeol perasan akan hal itu.
"Look, Wanda. Kalau aku salah cakap, maaflah. Aku bukan kamus nak kena ingat semua nama orang," ujar Chanyeol.
Wendy tak mempedulikan kata-kata lelaki itu. Dia beralih tempat ke depan meja pula. Chanyeol mengekorinya dari belakang.
"Aku ada salah cakap dekat bahagian mana? Kenapa kau nak terasa macam ni? Jangan buat aku rasa bersalah Wani!" ujar Chanyeol lagi.
Wendy menjeling Chanyeol.
"Bella nak jatuh!" kata Wendy dan sepantas kilat Chanyeol menoleh.
Dia kelihatan bingung. Terus Chanyeol menoleh semula kearah Wendy. Dia baru teringat Bella berada dihadapannya bukan dibelakangnya.
"Apa yang kau?"
"Fikir sendiri apa salah kau," arah Wendy.
Sengaja dia buat begitu untuk tengok sejauh mana otak Chanyeol berfungsi bila nama Bella disebut.
"So kau cemburu dengan Bella? Kejap apa kena-mengena?" soal Chanyeol, bingung.
"Shut up!" marah Wendy.
Seluruh isi kelas memandangnya termasuk Snivellus. Wendy dan Chanyeol pura-pura membuat eksperimen tersebut. Selepas hening seketika, mereka menyambung semula perbalahan itu.
"Bukan itu tujuan aku!" jelas Wendy.
"Habistu?"
"Susah bercakap dengan lelaki macam kau!" Marah Wendy sambil menutup bukunya dan memberikan posyen yang sudah pun siap dibuat olehnya kepada Profesor Snivellus.
Chanyeol ditinggalkan dalam keadaan kebingungan seperti orang bodoh.
"Park Chanyeol kalau kamu tak siapkan sekarang, markah kamu akan ditolak.."
"Nae, Prof!"
...
Chanyeol mengejar Wendy yang sedang berjalan dikoridor sekolah sendirian sambil memeluk bukunya seperti seorang nerd, si ulat buku.
Lengan gadis pendek itu ditarik. Wendy menjerit kecil kerana terkejut.
"Apa?!" marah Wendy.
"Jelaskan hal tadi! Kenapa kau libatkan Bella tiba-tiba? Kita tengah bercakap hal lain kan?" marah Chanyeol pula.
Ingat dia seorang yang boleh marah? Hei, ini Park Chanyeol lah. Ketua Slytherin.
"Dumbass," balas Wendy, menyampah.
"What?! Apa maksud kau sekarang ni?!" jerit Chanyeol secara tiba-tiba.
"Kau kena sedar dengan sikap kau sekarang ni!" teriak Wendy pula.
Orang sekeliling tidak dipedulikan. Mereka beransur-ansur beredar kerana tak mahu menganggu.
"Apa? Sikap apa?!"
"Sikap sombong kau ni! Sikap tak peduli kan orang kau ni! And how dare you bringing up the bullying cases infront of the victim?! Are you fucking insensitive bitch?!" Marah Wendy dengan mata yang merah kerana ingin menangis.
Kenangan saat dia dibuli ditahun pertama dulu terngiang-ngiang dikepalanya. Wendy takut dan trauma dengan kejadian itu.
Chanyeol terkedu.
"Jadi apa kaitannya dengan aku? Penting sangat ke aku peduli dengan semua tu? I'm just asking you because I didn't know—"
"It's simple as a piece of cake untuk kau minta maaf sebab dah sakitkan hati orang, Park Chanyeol!"
"Bila masa aku hina kau? Because you're being bullied?! Oh then I'm fucking sorry! Or because you're a mudblood? I should be fucking sorry because you're a mudblood?!"
Damn.
Chanyeol melampaui batas.
"Kau pilih kasih! Cuma layan orang yang ada rupa dan sesuka hati hina mereka yang dibawah kau. Perkataan maaf amat berat kau tuturkan sebab kononnya kau tu pure blood!"
Wendy mengepal penumbuknya. Ini ke memori pertama mereka? Hm. Tak menarik.
"Tolonglah pergi. Jangan dekat dengan aku,"
"Hei, Wendell.."
"Stop it lah! Jangan cuba untuk sebut nama aku lagi lelaki tak guna.. Nama sesenang Wendy pun susah ke untuk kau sebut?! You annoyed me!"
to be continued
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top