Part 21 : Destiny


Hogwarts kosong tanpa pelajar memandangkan mereka sedang berseronok di Hogsmeade. Akan tetapi, tidak pada Irene, Chanyeol dan Sehun.

Mereka bertiga kembali Hogwarts secara senyap untuk menjalankan satu tugas.

Ketiga-tiganya menuju ke bilik rahsia Slytherin untuk mengambil sesuatu. Mereka menukar pakaian ke pakaian yang lebih sesuai.

Tongkat sihir mereka diletakkan didalam kawah magik untuk menguatkan lagi magik hitam. Irene membacakan sesuatu kepada tongkat-tongkat tersebut sehingga ia terangkat sendiri.

Kemudian, ianya diambil semula oleh tuan empunya badan.

Chanyeol dan Sehun berdiri disebelah pendiang api dan memegang patung ular diantaranya. Dalam kiraan serentak, mereka menolaknya ke bawah.

Sesuatu dari atas turun sehingga memadamkan api dan meninggalkan sebuah ruang luas. Irene memakai mantelnya diikuti oleh Sehun dan Chanyeol.

"Jangan buat silap," arah Irene.

"Baik," jawab Chanyeol dan Sehun.

Irene masuk ke dalamnya dan menghilang disebalik kegelapan. Chanyeol dan Sehun mengekori dari belakang.

Mereka terus berjalan didalam kegelapan sehinggalah keluar ke dalam cahaya yang agak malap.

Keadaan disana juga sudah malam juga. Irene mendongak memandang bintang-bintang yang bertebaran diangkasa. Bibirnya menguntum senyuman jahat. Cantik tapi licik.

Kini, lengkap mereka bertiga didunia manusia. Mereka nampaknya sudah keluar dari Hogwarts tanpa apparate. Ini kerana, tidak ada yang boleh apparate atau disapparate disana.

"Cari dia," arah Irene pada Sehun.

Sehun mengangkat tongkatnya dan membacakan mantera.

Satu cahaya menusuk masuk ke dalam kepala Sehun. Lelaki itu tersenyum.

"Bingo," ujarnya. Mereka mulai bergerak serentak.

Sebentar lagi, akan ada pertumpahan darah tanpa darah disini.

Irene, Chanyeol dan Sehun bersembunyi disebalik semak. Mereka ternampak seorang gadis yang sedang menutup perpustakaan bandar sendirian. Gadis nerd.

Irene tajam memandangnya. Dia menggunakan tongkatnya untuk mencipta angin palsu.

"ventus jinx!"

Angin sepoi-sepoi bahasa mulai menerpa wajah si gadis. Rambut poninya mulai terusik sehingga menampakkan dahinya.

Ketiga-tiganya fokus.

"Dia lah orang yang kita cari.." ujar Irene.

Mereka mengekori gadis yang menjadi sasaran itu.

Ya. Seungwan Shon-Potter. Waris daripada Harry Potter yang tidak diketahui.

Misi yang mereka jalankan selama beberapa minggu itu bakal berjalan lancar sebentar lagi.

Sampai dikawasan kejiranan, tongkat sakti dikeluarkan dari poket masing-masing. Nampaknya, gadis itu masih belum menyedari akan dirinya yang sedang diekori.

Wendy yang sebenarnya sedang mengekori mereka bersembunyi dengan baik sekali. Dia tidak tahu apa yang Irene dan yang lain-lain mahu lakukan tapi dia pasti nyawa gadis itu dalam bahaya.

Dia mulai membaca mantera untuk melindunginya. Sekelilingnya juga dipasang pelindung. "Protego Maxima, Salvio Hexia.."

Chanyeol memberi isyarat untuk bersedia. Baru sahaja mereka mahu menembak gadis manusia itu, suaranya menghentikan perbuatan mereka.

"Korang nak apa?" soalnya. Nada suaranya itu berubah kasar secara tiba-tiba. Langkah mereka terhenti.

"Kau sedar rupanya kehadiran kitorang.." kata Irene setelah melihat silhouette besar menghalang mereka. Seungwan nampaknya sedang dirasuk oleh sesuatu.

Wendy mengawal silhouette itu dengan baik. Itu bukan pengawal yang sebenar tapi cuma rekaannya sahaja. Kan dia dah kata dia pelajar terbaik di Hogwarts.

Wendy membuat Seungwan seperti dirasuk dan mengawalnya supaya berpura-pura bercakap.

"Balik sekarang sebelum korang diapa-apakan.." arahnya. Irene tidak mahu mengalah.

"Tak selagi kau tak mati! Tak selagi kau berhenti ganggu hidup keluarga aku! Tak selagi kau belum musnah dari dunia ni!!"

"Serang!!" arah Irene kepada Chanyeol dan Sehun. Tanpa membantah, Sehun dan Chanyeol menyerang lembaga tersebut tanpa henti. Ada kalanya mereka tersasar.

Wendy menggerakkan tongkat saktinya dengan lincah. Sehun dan Chanyeol pula lebih kuat daripada biasa disebabkan magik yang Irene bacakan kepada tongkat sakti tersebut. Wendy semakin geram. Apa masalah Irene dengan gadis yang sedang dia lindungi ini?

Dan kenapa Chanyeol jadi macam ni?

Seungwan menumbuk Sehun sehingga dia jatuh tersungkur disebelahnya. Saat dia terjatuh, Sehun terpegun saat memandang wajah Seungwan. Walaupun tak dapat melihatnya dengan jelas memandangkan malam ini bulan dilindungi dengan awan, Sehun tahu, Seungwan itu menawan.

Matanya masih terpaku pada Seungwan.

"Sehun cover aku!" jerit Chanyeol.

Terus Sehun berlari untuk memusnahkan makhluk yang menjadi penjaga Seungwan.

"Hentikan! Sebelum aku betul-betul cederakan korang!" Jeritnya. Tetapi, Irene tetap tidak mahu mengalah.

"Bombadra!!" Jerit Irene.

Angin kencang mulai datang.

"Ventus tria!!" sahut Sehun pula. Angin torpedo pula datang.

"Confringo!"

Badan makhluk itu meletup tapi ia kembali ke bentuk asal memandangkan ia hanyalah silhouette sahaja. Mana boleh mati.

"Kitorang hanya jalankan tugas sahaja!
Jangan ganggu!!" marah Irene.

"Ke tepi atau aku betul-betul bunuh kau tak guna!!" tegas Irene.

Kerana berang, Wendy betul-betul membiarkan silhouette ciptaannya itu mengambil alih keadaan. Keadaan hening seketika. Gadis Seungwan menunduk. Wendy tak akan membiarkan Irene membunuh walau demi apa pun yang Irene rancangkan. Lebih-lebih lagi dengan Chanyeol dan Sehun yang ada disana. Dia tak akan benarkan Irene melibatkan Chanyeol bersama!

Dia perlu lindungi Chanyeol.

"Kan aku dah kata..HENTIKAN!!!"

Tahulah mereka bahawa Seungwan sudah hilang tahap kesabarannya. Tak semena-mena, dengan kuasa yang ada pada Seungwan, satu cahaya dilepaskan.

Wendy terkejut. Dia belum lakukan apa-apa pun lagi. Tapi gadis itu sendiri yang mengawal dirinya. Wendy nampak sinaran yang keluar dari tangan Seungwan.

"Dia..?" lidahnya kelu.

Dia tengah lindungi salah seorang keluarga Potter ke sekarang ni? Wendy menekup mulutnya. Kagum dengan diri sendiri. Memang keluarga Granger-Weasley ditakdirkan untuk melindungi Potter ke?

"Tolong aku!!"

Cahaya tersebut terkena tepat pada Irene. Dalam masa tidak lebih sesaat, nadi Irene terus berhenti dari berdenyut. Chanyeol dan Sehun termangu. Mereka menjatuhkan tongkat sakti masing-masing.

"PERGI!" Seungwan. Kedua ahli sihir lelaki itu terus mengangkat Irene dan berlari pergi dengan secepat mungkin.

Sehun mendukung Irene dan membawanya pergi secepat mungkin.

Sementara Chanyeol, dia berhenti seketika dan menoleh ke belakang. Makhluk yang merasuk Seungwan menghilang ke udara dan meninggalkan jasad gadis itu sahaja.

Wendy keluar dari belakang semak dan menghampiri Seungwan. Sangkanya, Chanyeol sudah pun pergi.

Tiba-tiba, badan Wendy dikenakan sihir oleh Chanyeol.

"Petrificus Totalus.."

Wendy jatuh dalam tangkapan Chanyeol. Sekarang, lelaki itu merenung Wendy dan Seungwan secara bergilir.

"Maaf, Wen. Kau yang tipu aku,"

Rantai pada leher Wendy ditarik sehingga terputus. Tarikan kasar tersebut meninggalkan kesan calar pada leher Wendy.

"Apparate," sebut Chanyeol dan mereka terus sampai berdekatan dengan Hogsmeade. Chanyeol membawa Wendy masuk ke dalam Hogwarts dengan serta-merta.

Dia menurunkan Wendy dan menyandarkannya ditepi laluan disebelah padang.

Setelah itu, Chanyeol kembali ke dunia manusia untuk memeriksa Seungwan. Sampai disana, tongkat saktinya dihalakan betul-betul pada gadis itu.

Tangannya menggenggam erat tongkat sakti itu namun mulutnya seolah-olah terkunci daripada menyebut mantera untuk membunuh Seungwan.

Dia melutut dihadapan Seungwan.

"Ini tak betul.." katanya, perlahan.

Chanyeol kembali menghalakan tongkat saktinya kepada Seungwan dan mengeluarkan memori pada malam itu. Dia menyimpannya didalam poket.

"Yeol cepatlah sebelum pintu tertutup! Abaikan je dulu dia sebelum benda tu datang balik!" jerit Sehun.

Perbuatan Chanyeol terhenti.

"Kita akan jumpa lagi, gadis misteri.." bisik Chanyeol pada Seungwan.

Saat dia ingin bangun, tangan Seungwan meraih pergelangan tangan Chanyeol.

Seungwan cuba untuk mengatakan sesuatu namun tidak berjaya. Chanyeol segera melepaskan dirinya dan berlari kearah Sehun.

Dan itu adalah kali pertama Chanyeol bertemu dengan orang yang sebenarnya bakal menjadi peneman hidupnya sendiri. Dan dia tidak sedar yang dia sendiri sedang cuba untuk membunuh gadis yang bakal dia cintai sepenuh hati ini.

Saat ini jugalah, Irene meninggalkan Hogwarts dengan misteri tanpa diketahui sesiapa mahupun McGonagall. Atau mungkin wanita itu tahu, tapi dia diamkan sahaja kerana tak punya bukti.

Irene menyimpan dendam dengan Seungwan kerana dia fikir Seungwan yang cuba membunuhnya. Namun sebaliknya, si pelaku sebenar adalah Wendy.

Semuanya kebetulan ke?

Mungkin.

to be continued

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top