Part 2 : I Wish To Be Her
"Good job, Bella!"
Bella disambut dengan meriah saat berjaya menamatkan latihan dengan penyapu terbangnya. Gadis itu menyisir rambut perangnya dengan jari-jemarinya dengan sungguh anggun.
Kebanyakkan orang mungkin menyampah tapi tidak dinafikan Bella agak menawan.
Wendy memandang dari belakang. Bella sudah pun menghampiri Chanyeol untuk mendapatkan pujian daripada lelaki itu. Semua orang tahu yang Bella dan Chanyeol adalah sepupu.
Mungkin agak pelik kalau mereka bercinta, tapi dalam keluarga pureblood, mereka lebih rela percintaan antara sepupu daripada mencampurkan darah tulen mereka yang suci.
Bella nampaknya bagaikan didalam dunia tersendiri meskipun Chanyeol cuma melawan acuh tidak acuh sahaja.
"Diorang sesuai kan?" ujar Cedric sambil menyiku lengan Wendy.
Wendy berdecit.
"Kalau kau suka kenapa kau tak dapatkan dia?" soal Wendy.
"Supaya kau tak boleh dapatkan Chanyeol?" Teka Cedric pula.
"Maksud kau?"
"Kalau aku tak dapatkan Bella, maknanya dia ada Chanyeol. Bila dia ada Chanyeol, kau tak boleh lah nak dapatkan Chanyeol,"
"Wait. What? No! Bila masa aku nak Chanyeol pula?!" marah Wendy. Dia mengawal nada suaranya agar tidak didengari sesiapa. Cedric tersenyum. Sengaja ingin mengusik sahabatnya itu.
"Kau dah gelabah lagi. Sepatutnya kau kena kawal diri Wendy. Jangan bagi nampak sangat," ujar Cedric sambil menuju kearah tengah padang sambil membawa penyapu terbangnya.
"Cik Shon! Giliran kamu?" Tegas Madam Hooch kepada Wendy.
Rupa-rupanya sekarang giliran dia dan Cedric untuk mengelilingi Hogwarts sambil mengumpul bendera-bendera yang telah pun diletakkan diatas sana.
Wendy berlari mengejar Cedric sambil diperhatikan rakan sekelas.
"Apa maksud kau nampak sangat?" soal Wendy.
Cedric sudah pun bersedia untuk terbang.
"Cuba pandang kanan kau," arah Cedric.
Wendy menoleh. Matanya bertaut dengan mata Chanyeol. Serta-merta dirinya kaku.
Madam Hooch menggunakan sihirnya untuk menaikkan penyapu terbang Wendy kerana gadis itu nampaknya masih leka. Wendy tersentak dengan perbuatan Madam Hooch dan terus mengejar Cedric. Dia diketawakan seisi kelas lagi. Layaknya seorang badut.
Cedric menghampirinya sambil ketawa.
"See?"
"See my level lah! Kenapa tak cakap awal-awal yang dia pandang?!" marah Wendy.
"Wendy tengok depan!" jerit Cedric.
Hampir-hampir sahaja Wendy melanggar tiang kecil yang berada diatas bumbung kerana ralit merenung Cedric demi mendapatkan penjelasan. Cedric terus menyambut bendera yang hampir-hampir terbang itu.
"Kalau aku cakap awal-awal, nanti kau sakit jantung pulak," jawabnya. Cedric membuat pusingan pada bangunan tertinggi Hogwarts diekori oleh Wendy.
"Habistu aku kena buat apa?" tanya Wendy lagi.
Dia bukannya pakar dalam hal percintaan. Yang dia tahu, berkhayal dengan Chanyeol je. Macam budak-budak.
"Ambil bendera tu," arah Cedric. Wendy menurut perintah.
"Kejap! Bukan pasal ni! Tapi pasal Chanyeol lah!" Marah Wendy. Cedric ketawa.
"Cubalah pikat dia," jawab Cedric dan terbang turun semula ke darat. Setelah mereka sampai diatas permukaan tanah, Wendy mengejar Cedric kerana belum selesai berbual.
"Well done, Mr. Diggory dan Miss Shon!" sindir Madam Hooch. Mereka menunduk hormat dan berdiri dibelakang pelajar lain.
"Tapi aku bukan Bella! Kenapa bukan kau je yang pikat dia supaya Bella jauhkan diri dari Chanyeol?" soal Wendy pula.
"Kenapa kau nak jadi Bella?"
"Aku tak cakap aku nak jadi dia."
"Tapi cara kau cakap seolah-olah kau rasa bila kau dapat jadi dia, baru kau dapat perhatian Chanyeol,"
Wendy terdiam.
"Dah itu yang sebenar-benarnya, Ced."
Cedric memegang bahu Wendy. Mata hazel gadis itu dipandang.
"Kalau nak seseorang cintakan kau, kau perlu cintakan diri kau dulu. Jangan cuba untuk jadi orang lain, Wen." nasihat Cedric.
"Kau pun dah jadi diri kau. Tapi kenapa masih tak nak pikat Bella?"
Cedric mengalihkan tangannya.
"Sebab aku belum cukup sayangkan diri aku lagi, Wen."
Cedric memandang Bella yang berada sedikit jauh dari mereka. Gadis itu juga turut sama memandang kearahnya, memberi pandangan yang sukar difahami. Bella menyisir rambutnya sekali lagi. Mungkin memang kebiasaannya untuk perkelakuan sebegitu.
Entah kenapa dimata Cedric, gadis itu nampak seolah-olah kecewa.
Sementara Wendy, gadis itu diam saat melihat Bella yang kembali fokus untuk mendapatkan perhatian Chanyeol. Dia tersenyum pendek.
'Ya Cedric, memang aku nak sangat jadi Bella. Kalau aku boleh tukar badan dengan dia untuk sehari pun dah cukup. But I can only make a wish, because no one will granted it for me,'
...
"Chan! Kau tak nak study sama-sama dekat dewan?" ajak Jongin sambil mengumpul buku-buku yang ingin dibawanya.
Chanyeol menoleh. Membuang buku komik yang sedang dibacanya.
"Kau nak belajar dengan siapa? Bukannya bijak pun," jawab Chanyeol, sinis.
Jongin mengejek semula perkataan Chanyeol. Dibalingnya bantal ke muka sahabatnya.
"Wendy. Kau ingat aku ni tak pernah ada azam ke? Aku cuma lupa je aku tanam kat mana," jawab Jongin sehingga mengundang tawa Chanyeol.
"Wendy? Siapa?" soal Chanyeol, bingung.
Jongin ternganga.
"Kawan kita bongok! Dah dua tahun sekelas!" marah Jongin. Chanyeol berfikir keras.
Dia lupa pula siapa yang bernama Wendy yang dimaksudkan oleh Jongin.
"Yang pakai spek tu ke?" tanya Chanyeol.
"Itu si nerda,"
"Yang gemuk eh?"
"Itu si bambi!"
"Yang hodoh tu eh?"
"ITU SI UGLY DUGLY!!" Jerit Jongin.
Sehun yang baru sahaja keluar dari biliknya menutup telinga kerana bingit.
"Apa yang kecoh-kecoh? Kalau tak nak pergi, biar aku yang pergi!" marah Sehun. Dia yang paling bersemangat untuk belajar bersama Wendy.
"Tah si Chanyeol ni! Blah ah! Eh kau ajak jugak kan Seulki? Mana boleh fokus aku kalau kesayangan aku tak ada!" bebel Jongin sambil mengejar Sehun.
Meninggalkan Chanyeol dalam kebingungan.
"Siapa Wendy?"
"Bodoh," umpat James, rakan Slytherin yang merupakan rakan sekelas mereka juga.
"Kau pun sama marahkan aku?"
...
"Okey kalau korang nak lulus je, korang patut hafal benda-benda yang aku dah highlight ni. Tapi kalau rasa nak cemerlang, mungkin korang patut belajar lagi," ujar Wendy sambil menyemak jawapan yang dijawab oleh Jongin dan Sehun beserta dengan rakan-rakan yang lain.
Seulki mengetuk kepala Jongin kerana mendapat markah yang terlalu rendah setelah merampas kertas lelaki itu daripada Wendy.
"Tolonglah! Tolonglah belajar sikit je, Nini! Jangan malukan aku boleh tak?" Ujar Seulki sambil menutup wajahnya.
Sehun menahan tawanya.
"Tak lawak okey! Seulki tengah marah ni!"
"Jangan nak marah Sehun pulak! Saya tengah nasihatkan awak ni! Fokus!"
Sehun menutup separuh wajahnya dan mula fokus pada buku. Wendy mulai memberi perhatian kepada lelaki itu.
"Wen," panggil Sehun.
"Ya?"
"Jangan pandang aku macam tu," pinta Sehun.
"Macam mana?" soal Wendy semula.
Sehun menundukkan pandangan matanya.
"Macam tu,"
Wendy mengerdipkan matanya beberapa kali untuk memahami kata-kata Sehun. Dia menggaru kepala kerana tidak faham.
"Aish. Tak pelah. Abaikan." ujar Sehun, gugup.
Dia menongkat dagu sambil menjawab soalan didalam buku sementara Wendy bingung sendirian.
Sehun tersenyum dalam diam.
to be continued
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top