Part 19 : Mr.E
Setelah hampir sebulan menetap disana, oara pelajar dibenarkan untuk pulang ke sekolah setelah selesai membuat kajian masing-masing. Mereka mengucapkan selamat tinggal kepada rakan-rakan dari sekolah lain. Bahkan ada yang bercinta meskipun jarak memisahkan mereka. Young love.
Kehidupan mereka berjalan dengan lancar kecuali dengan Wendy dan Chanyeol. Keduanya masih bermusuhan.
Hari ini, mereka akan menerima satu guru baharu. Guru itu akan mengajar Dark Arts kepada mereka. Satu-satunya pelajaran yang agak merbahaya dan menjadi kegemaran murid-murid disana.
Wendy dan Cedric masuk ke dalam kelas sedikit lewat disebabkan Wendy yang terbangun lewat buat pertama kalinya. Sebaik sahaja masuk, Cedric ditarik oleh Bella untuk duduk disebelahnya.
Kejadian yang agak rare. Kebetulan, Chanyeol juga datang lewat.
Dia mendengus kasar saat melihat tiada lagi tempat buatnya selain daripada disebelah Wendy.
Dia menghempas bukunya dengan kuat dan duduk disebelah Wendy.
Seorang lelaki cacat sebelah kakinya masuk ke dalam kelas. Dia menggunakan tongkat untuk membantunya bergerak.
Lelaki itu adalah guru baharu mereka. Wajahnya juga bengis.
Lelaki itu merenung kesemua anak muridnya dengan pandangan kebencian.
"Bukak buku kamu! Pada muka surat 394!" jeritnya. Serentak itu, mereka semua membuka buku teks dengan pantas sekali.
Papan hitam ditumbuk.
"Hari ni! Kamu akan belajar cara untuk melawan werewolf"
Seluruh pelajar tersentak. Lelaki dihadapan mereka ini datang untuk mengajar atau menyanyi rock? Asyik menjerit sahaja sejak tadi.
"Jadi siapa tahu pasal werewolf?!"
Wendy terketar-ketar mengangkat tangannya.
"Were-werewolf"
"Aku tak suka orang gagap!! Yang lain!" marahnya.
Wendy tersentak. Dia menurunkan tangannya dan menunduk. Guru baharu ini menakutkannya.
"Werewolf adalah manusia separuh haiwan dan separuh serigala," ujar Chanyeol.
"Aku tak suka orang jawab soalan aku tanpa angkat tangan!!!" jeritnya lagi. Meja guru dihempasnya dengan tongkat. Wendy tersentak lagi.
Secara tak sengaja, dia terpegang tangan Chanyeol dengan kuat. Jantung berdebar-debar.
Chanyeol mengangkat tangannya. Dia mengulang semula jawapannya tadi.
"Jadi apa kelemahan dia?!" soal guru itu sambil mengelilingi para pelajar. Setiap dari mereka menunduk.
Siapa yang sanggup pandang kantung mata yang kosong milik guru baharu ini?
"Hah?!! Apa?!!"
"Sir-"
"Aku kata angkat tangan!!"
Jeritnya dihadapan Bella. Bella hampir menjerit namun mulutnya ditutup oleh Cedric.
Wendy mula mengangkat tangan.
"Sir, kelemahan mereka adalah bulan mengambang. Tapi sir, werewolf bukan makhluk jahat," ujar Wendy.
"Siapa suruh kamu beri pandangan kamu dekat sini?!"
Wendy terus berdiri untuk menyokong hujahnya.
"Sir! Werewolf pertama yang dapat Order Of Merlin, Class Two, Remus Lupin, bukan seorang yang jahat. Professor Lupin yang membantu menyelamatkan Hogwarts-"
Guru tersebut merenung tajam kearah Wendy seraya berdecit. Dia naik keatas pentas semula dan mengetuk tongkatnya beberapa kali.
"Aku Ethan Sucker. Selamat datang ke kelas aku!" ujarnya sambil tersenyum.
Dia menarik mukanya sehingga mengejutkan beberapa pelajar. Dari wajah bengis tadi, keluar wajah kacak yang mana membuatkan para pelajar tergoda.
Kakinya yang menggunakan kayu untuk berjalan itu dibuang. Lelaki ini tinggi dan mempunyai paras rupa yang tidak dapat ditandingi.
"Apa yang kau semua fikir masa nampak aku tadi dan yang sekarang?" soalnya kepada Wendy.
"Lain,"
"Ya. Lain. Tak bermakna seorang tu baik, yang lain tu pun sama baik. Werewolf tak pernah berada pada pihak kita,"
Wendy merenung Mr. Ethan, lama. Dia meneguk liurnya. Pegangan tangannya pada bajunya semakin kuat. Chanyeol merenung Wendy.
Chanyeol terus menyatukan jarinya dengan tangan Wendy disebalik meja.
Ketakutan Wendy membuatkan Chanyeol rasa kasihan. Wendy tak pernah dijerkah sebegitu oleh mana-mana guru.
"Jadi, kita sambung balik-"
Kelas terus berlangsung dengan Wendy yang tak bercakap walau sepatah pun. Memang aneh.
Habis sahaja kelas, Wendy masih tak bergerak.
Chanyeol menghabiskan tulisannya dan mengemas barang-barangnya dengan sebelah tangan sahaja.
"Wen?" panggil Chanyeol.
Wendy menatap meja dengan pandangan kosongnya.
"Wendal!" panggil Chanyeol tepat-tepat ditelinga Wendy.
Wendy jadi gelabah.
"Hah? Hah apa?" soalnya.
Chanyeol mengeluh perlahan. Dia mengangkat tangannya yang sedang digenggam Wendy itu. Wendy baru tersedar. Dia terus melepaskannya.
Dengan gelabahnya dia mengemas buku sehingga ianya jatuh berterabur diatas lantai. Wendy turun dari kerusi dan mengutip bukunya dengan cemas. Chanyeol berkerut. Wendy tak pernah begini.
Dia mengambil begnya dan merampas buku Wendy dan memasukkan ke dalamnya.
Pergelangan tangan Wendy dipegang.
"Wen! Kau kenapa?" desak Chanyeol.
Wendy terkedu. Dia jadi kelu. Macam robot yang sudah tidak mampu berfungsi.
Wendy ditarik keluar dari kelas.
"Kau nak bawak aku pergi mana?" tanya Wendy.
"Ikut je," arah Chanyeol.
Mereka naik ke bumbung sekolah. Beg sekolahnya dilempar ke tepi. Wendy ditolak ke penghujung atap.
"Ka-kau nak buat apa ni?" soal Wendy, cemas.
"Bunuh diri," jawab Chanyeol.
"Kejap apa? Aku tak nak!"
"Baik kau bunuh diri je daripada takut macam ni sebab tak pernah kena marah dengan cikgu!" arah Chanyeol. Wendy terketar-ketar lagi.
Senyuman Mr.Ethan buatkan dia rasa nak menangis. Dan akhirnya dia menangis juga.
Chanyeol menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal. Terus dia menarik Wendy ke dalam dakapannya dan membiarkan gadis itu menangis dengan lebih kuat.
"Aku tak pernah kena marah macam tu dalam kelas.. Aku malu.." tangis Wendy.
Chanyeol mengusap belakang kepala Wendy.
"Shuu.. kita semua kena marah, Wen," pujuk Chanyeol.
Wendy menggeleng pantas.
"Tapi ni lain.. isk.. Aku kan pelajar nombor satu dalam kelas.. isk.." luah Wendy.
Chanyeol mendudukkan Wendy berdekatan dengan tingkap.
"Nombor satu atau tidak, tak penting. Jangan jadi lemah macam ni. Ini bukan Wendy yang aku tahu. Esok, kau buktikan pada dia yang kau pelajar nombor satu. Jangan nangis lagi," ujar Chanyeol.
Wendy mengelap air matanya.
"Kau betul-betul takut ke tadi?" tanya Chanyeol.
Wendy menggeleng perlahan.
"Aku sebenarnya tak puas hati sebab keterangan dia tadi," beritahu Wendy.
"Yang mana? Pasal werewolf tu?" soal Chanyeol. Wendy mengangguk.
"Werewolf dah hampir diterima dalam masyarakat kita. Dia tak sepatutnya bangkitkan balik tentang Greyback yang dah bunuh ramai ahli sihir tu. Lagipun, Lupin dah buktikan yang tak semua werewolf jahat," terang Wendy.
"It's okey, Wen. Everything takes time. Mungkin dia akan sedar nanti. Kau jangan stres sangat," kata Chanyeol.
Lelaki itu terus memeluknya. Buat pertama kalinya, dia dapat berhadapan dengan Chanyeol yang lemah-lembut dan bukannya si perengus.
"Kesian Victor. Dia mesti rasa terkilan tadi," ujar Wendy. Chanyeol diam.
Victor adalah salah seorang manusia separuh werewolf. Dia digigit sewaktu berusia 12 tahun.
"Jangan risau. Dia mesti faham. Nanti kita jumpa dia,"
"Kita?"
"Yelah. Kang nanti dia makan kau kalau pergi sorang-sorang,"
"Yeol!"
"Haha. Gurau jelah. Sensitifnya lahai,"
to be continued
Chanyeol ni hati je keras tapi tak boleh tengok perempuan menangis.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top