Part 18 : The Truth
Para pelajar sudah pun mulai membuat kajian mereka termasuklah Wendy. Ada yang masih menikmati pemandangan cantik disana kerana jarang-jarang boleh berada dikebun sebegini.
Wendy keluar dari khemahnya setelah lama berada disitu. Dia ingin menghirup udara segar sekarang. Rasanya hidungnya sudah pun tersumbat sekarang.
Nasib baiklah dihadapannya ini adalah tasik luas seperti di Hogwarts. Dapat juga dia melihat pemandangan yang begitu indah.
Dari sebelah kirinya, dia ternampak Bella yang sedang melambai-lambai ceria kearahnya. Wendy berlari ingin mendapatkan Bella begitu juga dengan gadis berwajah dreamy itu. Mungkin ini petanda dia dan Bella akan menjadi sahabat juga?
Namun sebaliknya, Bella menjerit agar Wendy tidak datang kepadanya namun Wendy tidak dapat mendengarnya.
Dia menghentikan langkahnya untuk mendengar suara Bella dan tak semena-mena, dia ternampak sesuatu yang lebih menyakitkan hatinya.
Matanya terbeliak saat ternampak Chanyeol yang sedang berciuman hangat dengan Rose, gadis dari Durmstrang. Wendy terasa mual sekarang. Dia memandang pula kearah Bella. Kenapa Bella nampak seperti tidak peduli dengan Chanyeol dan lebih risau terhadap Wendy sekarang.
Dia terus menarik Wendy pergi dari sana sebelum Chanyeol melihat mereka. Dia membawanya naik keatas bukit yang berdekatan dengan kawasan perkhemahan.
"Bella.. kau.. tadi.. kenapa?" soal Wendy, tergagap-gagap.
"Kau—okey tak.. Bella?"
Bella mengangguk.
"Sepatutnya aku yang tanya soalan tu pada kau. Kau okey, Wendy?"
Wendy diam.
Bella memegang tangan Wendy sekarang.
"Aku tahu kau suka Chanyeol. Tak payah sembunyikan perasaan tu daripada aku.."
Wendy terkedu. Jadi, Bella tahu ke selama ini?
"Bella..aku.. aku..minta maaf.."
"Jangan minta maaf. Kau tak buat salah pun,"
"Tapi korang kan—kau kan—"
"Aku je yang selama ni yang suka pada dia. Aku selalu halang dia buat itu dan ini sampaikan orang naik benci pada aku," jelas Bella.
Dia melepaskan pegangan tangan Wendy dan berpeluk tubuh. Tasik dihadapannya dipandang. Udara segar itu dihirup.
"Chanyeol—dia dah ada kekasih sebenarnya. Aku dah tahu pasal tu. Aku ingatkan aku boleh tandingi dia tapi bila aku tengok Rose— aku mengalah. Lagipun surat yang dia hantar tu. Apa pun, dia tengah buat kau cemburu sekarang ni," terang Bella lagi.
Wendy kelihatan bingung sekarang. Jadi, Bella dah tak cintakan Chanyeol?
"Ta—Tapi aku tak cemburu pun," nafi Wendy.
"Kalau kau tak cemburu, tak adanya seluruh tubuh kau menggeletar tadi Wendy. Aku nampak," Ujar Wendy.
Okey. Memang dia cemburu. Dia mengaku, dalam hati.
"Kalau aku cemburu pun, mana dia peduli. Aku ni seolah-olah tak wujud pun dalam dunia dia," sambungnya.
Bella menggosok belakang Wendy, cuba untuk menenangkan gadis itu.
"Kalau lah kita boleh putar masa dan tukar tempat." luah Bella.
"Huh?"
"Kau bertuah sebab dapat kawan yang baik macam Cedric." ujar Bella, cemburu.
Wendy merenung Cedric yang sedang melepak bersama ahli EXO. Mereka sama-sama tersenyum saat melihat Cedric ketawa.
"Kau nak tukar Cedric dengan Chanyeol tak?" soal Wendy.
"Kalau boleh," jawab Bella.
"Okey jom tukar,"
Kedua-duanya terus ketawa serentak. Malangnya, mereka tak dapat melakukannya kerana ianya melanggar hukum alam. Ya, polyjuice ada tapi sampai bila?
"Wendy, apa pun kau buat. Tolong jagakan Cedric ya? Walaupun perhatian kau mungkin lebih kepada Chanyeol, tapi jangan abaikan Cedric ya?" pinta Bella.
"Sepatutnya aku minta kau buat macam tu. Pergilah beritahu Cedric yang kau suka dia jugak. Supaya korang boleh bersama," arah Wendy.
Bella menggeleng.
"Chanyeol tak akan benarkan,"
"Hm. Betul jugak. Dah macam bapak orang pulak dia tu,"
Membayangkan seorang Chanyeol mengamuk pun Wendy tak mahu sudah. Cukuplah saat dia ditengking semalam. Malu dan sakit hati.
"Dia dah salah faham. Dia ingat kau yang hantar surat tu. Kau tahu Wen, Chanyeol memang tak pernah layan aku sebelum ni tapi bila benda melibatkan keluarga, dia memang akan jaga. Itu salah satu sebab kami bangga akan keluarga kami. Aku harap Chanyeol sedar secepat mungkin," jelas Bella. Bahu Wendy dipegang.
"Wen, kita berbual lain kali ya? Chanyeol dah nampak kita," kata Bella, takut. Dia segera berlari meninggalkan Wendy.
Mata Wendy dan Chanyeol bertembung. Jelas terpancar wajah kebencian Chanyeol pada Wendy.
Haih, apa lagilah yang Chanyeol tak puas hati dengan dia?
Bunuh jelah dia daripada dibenci crush sendiri.
...
Makan malam disediakan oleh Kyungsoo dan beberapa orang yang mahir. Mereka berkongsi memandangkan ini sahaja masa yang ada untuk mencipta memori.
Wendy menunggu giliran untuk mengambil makanan sambil beratur. Cedric pula hilang entah ke mana lagi. Terpaksa dia bersendirian.
Tiba-tiba, tangannya ditarik oleh Chanyeol menuju ke kawasan semak-samun yang agak jauh dari kawasan pelajar.
Wendy cuba melepaskan tangannya. Kalau nak buat benda tak elok pun, tunggulah dia bersedia. Ehek!
Wendy dilepaskan sebaik sahaja mereka terlindung daripada pandangan pelajar-pelajar.
"Kau nak apa lagi dari Bella?!" soal Chanyeol, geram.
Wendy yang sedang memegang pinggan mangkuk hanya mampu menatap wajah Chanyeol dengan mata bulatnya sahaja.
Apa yang dia nak dengan Bella? Kenapa tanya dia? Manalah dia tahu. Dia kan ikan.
"Jangan buat-buat tak faham! Kau cuba buat Bella jauhi aku ke?!" soal Chanyeol lagi.
Wendy berdecit perlahan.
"Salah ke aku nak berkawan? Kau siapa nak arah orang sesuka hati? Mak Bella? Bapak Bella?" balas Wendy, berani.
"She's my family!"
"Yakinnya kau. Bukan kau sibuk berfoya-foya dengan budak sekolah lain sampai tinggal Bella —family kau lah sangat— tu sorang-sorang?" Lawan Wendy pula.
Chanyeol mendengus kasar.
"Apa-apa pun! Jangan dekat dengan Bella! Jangan nak bahayakan nyawa dia!"
"Kalau kau sayang sangat, jadilah lelaki sebenar! Bukannya tahu mengugut je. Lelaki tak guna!" marah Wendy.
"Kau ni kan—"
Chanyeol tersadung kakinya sendiri saat ingin menampar Wendy. Badannya jatuh menghempap badan Wendy.
Chanyeol merenung mata Wendy yang agak bersinar itu.
"Cantik.." Puji Chanyeol, tanpa disedarinya sendiri.
"Excuse me? Kita tengah ada peperangan terbesar dan korang buat benda tak elok dekat sini? Klasiknya," suara senior Rowoon kedengaran.
Lelaki itu turun daripada pokok dan menghakimi kedudukan Chanyeol dan Wendy sekarang.
Keduanya pantas berdiri semula.
"Kita masih belum selesai!" Kata Chanyeol pada Wendy dan terus beredar.
"Yelah-yelah. Selesaikan cepat-cepat lepas balik nanti ya," sindir Rowoon.
Dia membantu membersihkan daun-daun kotor pada baju Wendy.
"Terima kasih," ucap Wendy pada Rowoon.
"Kan dah cakap kalau ada orang kacau, guna je ni," kata Rowoon sambil menunjukkan pergerakan gustinya.
"Kejam sangat lah.." jawab Wendy. Rowoon ketawa.
"Kejam sebab kamu suka dia. Cuba kalau tak suka? Mesti baru dia nak bercakap je dah kena sumpah "
Wendy mengangguk setuju. Hak pembelaan untuk orang cantik dan kacak je. Orang hodoh, sila terjun dalam sungai sekarang.
"Takkan saya nak kahwin dengan putera katak pula kan?"
Rowoon menepuk-nepuk bahu Wendy lantas mengeluh perlahan.
"Dah, jom kita pergi makan. Bila lagi nak rasa makanan Perancis kan? Apa benda tu? Quackson?"
Wendy merenung Rowoon lantas ketawa. Mudah geli hati betul dia ni.
"Croissant lah."
to be continued
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top