Part 14 : Silly


"Aku dengar yang kau bercuti dekat rumah girlfriend kau. Betul ke?" soal Sehun saat mereka sedang makan didewan. Kesemu ahli EXO mendongak memandang Chanyeol.

"Kenapa?" tanya Chanyeol semula.

"Tak adalah. Aku ingatkan kau dah putus dengan dia," jawabnya. Chanyeol mengerutkan dahinya.

"Kenapa aku nak putus?"

"Dude, perempuan tu annoying. Kau tak nampak macam mana dia bergedik dengan kau sebab nak buat kawan-kawan dengan perempuan lain cemburu sebab dia dapat kau?" celah Jongdae, menggulingkan bebola matanya, menyampah.

"Dia baik,"

"Ye, dengan kau je," kata Jongin pula.

"Aku dengar kau bercuti dengan Wendy jugak. Betul ke?" Soal Junmyeon. Kesemua ahli EXO memandang Chanyeol lagi.

"Khabar angin tersebar cepat, Chanyeol," kata Baekhyun sambil tersengih.

"Itu ke sebab kau tak pedulikan dia? Sebab perempuan tu?"

"Korang jangan nak bermusuh dengan Rose boleh tak? Dia tak ada kaitan dengan semua ni,"

"Oh really? Habistu kenapa kau abaikan Wendy Mas dia tegur kau? Rose ancam kau tak bagi kau dekat dengan perempuan lain?" Sehun menyoal lagi dan lagi. Akibat tak dapat menahan perasaan marah, Chanyeol bangun dan beredar. Lama-lama berada disana, boleh buatkan dia hilang timbangan.

Apa-apa pun yang rakan-rakannya cakap, dia tetap yakin yang Rose seorang perempuan baik-baik.

Ini tiada kaitannya dengan Wendy.

...

"Kau tahu? Hujung minggu ni kita akan buat lawatan dekat Beauxsbaton! Dumstrang pun akan ikut kita!" ujar Jongin, teruja.

Rakan-rakan lain mendengar dengan penuh khusyuk. Seulki pula menjelingnya. Lain macam teman lelakinya punya excited ni.

"Korang nak pergi tak? Aku tolong daftarkan nanti," soal Jongin.

"Rajin kau nak tolong? Ada apa-apa ke ni?" soal Seulki, sedikit marah. Macam dia tak tahu yang Beauxsbaton dipenuhi Veela.

Jongin menggaru belakang kepalanya lantas menggeleng.

"Takdelah," jawabnya sepatah dan laju.
Dia nampak gugup.

"Okey. Masukkan nama aku," ujar Cedric.

Jongin tersenyum gembira. Dia menghulurkan kertas dan pena khas yang dibuat daripada bulu helang untuk dibuat menulis.

Cedric terus menulis namanya disitu. Dia memandang kearah Wendy. Gadis itu turut sama mengangguk. Bersetuju untuk ke sana.

"Chanyeol! Nak ikut tak?! Bukan Bella je ada dalam ni kitorang pun ada lah!" jerit Jongin, tidak berpuas hati kerana sejak tadi Chanyeol tidak mempedulikan mereka.

Chanyeol menjelingnya, tajam.

"Chanyeol, awak nak ikut?" tanya Bella, lembut. Chanyeol menoleh kearah lain dan sekarang matanya berpaut dengan seseorang.

Lama dia berfikir, dan tidak lama selepas itu dia mengangguk.

"Okey, ikut! Letak nama aku sebelah Bella," ujar Chanyeol kepada Jongin namun matanya menunduk sekarang.

Jongin tidak menghiraukan kata-kata Chanyeol. Sebaik sahaja nama rakan-rakannya siap ditulis didalam satu kertas, dia memasukkannya ke dalam poket dan pergi ke pejabat guru, meninggalkan Seulki disana.

Wajah Seulki berubah. Bukunya dihempas kerana tidak berpuas hati. Para lelaki sudah pun berasa takut. Mereka yakin Seulki sedang dalam mood ingin meletup.

Jongin memang tak guna. Suka tinggalkan raksasa kepada mereka lepas dah buat hal. Berapa kali mereka dibebelkan oleh Seulki dulu disebabkan oleh Jongin.

Tiba-tiba, Seulki menangis. Para lelaki diam. Cedric memberi isyarat kepada Wendy untuk memujuk Seulki. Nak harapkan Bella, perempuan tu nak bercakap pun susah.

Wendy mendekati Seulki lalu memegang bahu gadis itu. Seulki terus memeluk Wendy.

Tangisannya bergema didalam bilik belajar, tempat mereka melepak. Beberapa pelajar lain memandang kearah mereka dengan wajah tidak berpuas hati kerana bising tapi Baekhyun segera mengarahkan pelajar-pelajar itu untuk diam.

Demi Seulki, mereka sanggup menendang para pelajar lain untuk keluar supaya Seulki boleh menangis dengan tenang.

"Jongin mesti curang dengan aku! Lagi! Aku pasti! Kawan-kawan bongok dia pun mesti tahu tapi sembunyikan dari aku! Huaaaa!" Teriak Seulki.

Kan dah kena satu bongok dengan Seulki. Itu belum kena sumpah dengan segala binatang dalam hutan. 

"Jongin tak kan—" Wendy terdiam.

Dia terbayang muka Jongin sekarang. Senyuman gatal itu, euuw.

Memang ada kemungkinan untuk Jongin curang. Tak dinafikan pun.

"Seulki, walaupun Jongin tu bermuka lelaki curang, kau janganlah pedulikan sangat. Kalau dia curang pun macam sebelum-sebelum ni, kau boleh je kan jerat dia dalam lubang penuh ular sawa macam yang kau buat sebelum ni?" Wendy cuba menenangkan Seulki.

Haihlah, perempuan.

"Memanglah boleh. Kalau boleh nak masukkan kawan-kawan lelaki dia sekali—"

Para lelaki mendekat antara satu sama lain. Takut dengan ugutan Seulki. Sebab Seulki bila buat sesuatu, memang dia serius.

"Ya, kau boleh buat semua tu. Tapi nantilah. Tak payahlah menangis sebab lelaki. Buang masa. Kita ni datang sekolah nak belajar, bukan bercinta," terang Wendy.

"Haa betul-betul!" Baekhyun mencelah.

"Kau diam Baekhyun!" Marah Wendy dan Seulki serentak.

"Tapi kenapa dia bersemangat sangat tadi? Kau tak rasa pelik ke?"

"Seulki, kan dah cakap boyfriend kau tu muka curang. Mestilah dia seronok boleh pergi sekolah yang ramai perempuan seksi, cantik, lagi-lagi veela. Fikir logik la," Kyungsoo pula mencelah.

Seulki merenung lelaki bermata burung hantu itu, kemudian, dia sambung menangis lagi.

"Aduh Kyungsoo!"

"Sorry-sorry!"

"Seul—Seulki dah lah tu. Jom kita racun makanan Jongin biar dia tak berani curang? Jom jom?" ajak Wendy.

"Nak nak!"

Wendy dan Seulki segera beredar dari sana. Para lelaki akhirnya boleh bertenang.

Salah seorang dari mereka keluar untuk mengekori kedua gadis itu.

Dia tersenyum-senyum memandang betapa seronoknya kedua gadis menyediakan perangkap buat Jongin.

"Cute."

...


Chanyeol berhenti disebelah Wendy yang sedang mengambil buku diatas salah satu rak buku. Dia memandang sahaja Wendy yang sedang terjengket-jengket cuba untuk mencapainya.

Chanyeol sibuk membaca judul buku yang dicarinya. Tak lama kemudian, Wendy baru perasan yang Chanyeol sedang berada disebelahnya.

Makin susahlah dia nak bergerak. Telinganya hampir merah. Dengan pantas dia menutup kedua telinganya dengan rambut.

'Dia ni tak nak tolong ambilkan ke?' gumam Wendy dalam hati.

"Err, Chanyeol?" panggil Wendy.

"Hm?" Chanyeol membalas acuh tak acuh.

"Boleh tolong ambilkan buku tu tak?" pinta Wendy.

Chanyeol mendongak ke tempat yang ditunjukkan oleh Wendy.

"Malas," jawabnya, memang betul-betul malas.

Wendy mengembungkan pipinya. Geram.

"Ke sebab kau tak tahu membaca? Tu yang tak nak tolong aku?" soal Wendy.

Telinga Chanyeol panas.

"Berani kau kutuk seorang pure-blood macam aku ni tak pandai membaca?"

Chanyeol bercekak pinggang merenung Wendy. Hampir-hampir dia mencekik gadis pendek dihadapannya ini.

"Habistu? Kalau kau tahu membaca ambilkan lah. The Tales of Beedle The Bard." arah Wendy.

Chanyeol mendengus kasar. Dia terus mengambil buku yang dilihatnya dan menyerahkannya kepada Wendy.

"Ada satu lagi," kata Wendy.

"Apa?"

"Tengok atas,"

Chanyeol mendongak.

Wendy terus berjengket dan menyucuk hidung Chanyeol. Dia tersenyum puas.

"Kau ambil buku yang salah! Dasar tak reti membaca!" kutuk Wendy. Dia terus beredar dari sana sepantas mungkin untuk mengelak daripada bertembung dengan pengawas perpustakaan yang garang.

"Yahh perempuan yang aku tak ingat nama kau siapa?! Berani kau—"

"Ehem! Ehem!"

Madam Pince, pengawas dengan wajah yang teramatlah garang seperti nenek Chanyeol, menepuk bahu lelaki itu dengan pembaris panjang. Chanyeol terdiam.

Badannya dipusingkan untuk menghadap si nenek tua.

Pap!

Pembaris kayu tersebut patah dua setelah digunakan untuk memukul kepala Chanyeol.

"DETENTION, MR.PARK!"

"Shit!"


"No swearing!"

Disudut perpustakaan, tidak jauh dari Chanyeol, Bella sedang menunggu Chanyeol. Dia yang menyuruh Chanyeol untuk mencarikan sebuah buku buatnya tadi.

"Bella? Cari apa? Tak pernah nampak pula dekat sini?"

"Ce—Cedric.."

to be continued

While yall here, stream Dumhdurum! Queen Apink is back!!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top