Part 1 : Hufflepuff Princess
"Hei Wendy ke tepilah!"
Bola Quidditch hampir mengena pada kepala gadis berambut perang beralun itu. Gadis berkaca mata yang tadinya sedang membaca buku di stadium Quidditch melempar pandangan tajam.
"Get off!" Jeritnya semula pada lelaki yang memberi amaran tadi. Buku ditangan dilempar sehingga lelaki tersebut jatuh dari penyapu terbangnya.
Lelaki dari rumah Hufflepuff itu memandangnya bingung. Bukankah dia yang sepatutnya marah sebab gadis itu yang membahayakan dirinya dengan berada disana?
Langkah kaki gadis itu kini menuju kearah dewan utama. Gadis itu menggunakan tongkat saktinya untuk membetulkan barangan yang terjatuh diatas lantai, bahkan menolong membetulkan tali leher pelajar lelaki yang selekeh.
Dewan utama dimasuki pelajar-pelajar dari keempat-empat rumah. Wendy mengambil tempat dimejanya iaitu Hufflepuff.
Pandangannya terarah pada lelaki yang berada dimeja Slytherin. Lelaki tinggi, bertelinga capang dengan senyuman bongkaknya.
Park Chanyeol.
"Hei Wen!" sapa Jongin kepadanya.
Wendy membalas sapaan Jongin dengan senyumannya. Chanyeol pula memandangnya dengan pandangan kosong sahaja.
Namun pandangan itu berubah saat dia terpandang gadis bernama Bella yang sedang memasuki ruangan dewan diikuti sahabatnya, Olivia. Isabella Hendrick Swan atau lebih dikenali sebagai Bella Swan.
Gadis yang sangatlah menyukai lelaki paling terkenal di Hogwarts, Park Chanyeol.
Siapalah Wendy untuk mencemburui perhatian yang Bella dapatkan? Ya.
Siapalah dia?
Muggle-born.
...
Wendy Shon Granger atau singkatannya Wendy Shon/Son. Gadis biasa yang tiba-tiba sahaja diterima untuk menjadi salah seorang ahli sihir di Hogwarts.
Lahir daripada muggles dan merupakan salah seorang pelajar terpintar di Hogwarts untuk umurnya. Hermione Granger? Dia cumalah salah satu cucu cicit daripada Hermione.
Dia bertuah kerana mewarisi kebijakan Hermione yang membantu dia untuk terus hidup sebagai ahli sihir di Hogwarts. Dia bertuah kerana memiliki rambut brunette seperti Hermione yang membantu dia dikenali semua orang.
Sekurang-kurangnya, orang tahu dia memiliki darah Hermione walaupun itu tidaklah seberapa dengan mereka yang memiliki darah Potter. Dan malangnya, waris Potter masih belum menunjukkan dirinya selepas Lily Luna Potter. Katanya, mereka telah berpindah dari England.
Siapa dia sekali lagi?
Cumalah manusia biasa yang sedang dilamun cinta monyet. Cinta bertepuk sebelah tangan. Gila bayang orang kata.
Dia mengharapkan cinta daripada lelaki berdarah tulen seperti Park Chanyeol. Memang gila lah orang kata.
Tak pernah dibuat orang, Slytherin menerima gadis daripada rumah Hufflepuff. Gryffindor? Memang mereka bermusuh tetapi dalam diam, mereka sebenarnya cintakan satu sama lain. Ravenclaw? Sebenarnya, dah ramai yang menjadi pasangan kekasih. Cuma Hufflepuff sahaja yang masih tidak dikenali.
Kerana menurut mereka, darah tulen seperti mereka terlalu suci untuk disatukan dengan mudblood. Mudblood adalah hinaan untuk seorang muggle. Hinaan yang melampau-lampau.
But, who cares?
Wendy bukannya mahu Chanyeol sedar pun yang dia cintakan lelaki itu. Dia cuma mahu berada berdekatan dengannya sahaja. Menjaga dari jauh.
Walaupun dia tahu, sebagai seorang muggle, dia tiada tandingannya dengan seorang pure blood.
...
"Wen! Wen!"
Cedric memetik jarinya untuk menyedarkan Wendy dari lamunannya. Lelaki itu tersenyum gembira sebaik sahaja Wendy sedar akan kehadirannya.
"Ced.."
Cedric Diggory, satu-satunya sahabat yang Wendy miliki dalam rumah Hufflepuff.
Jangan salah faham. Dia sebenarnya bersahabat dengan Chanyeol, Jongin, Baekhyun mahupun Sehun si dingin. Cuma, mereka sahaja yang tidak tahu akan perasaannya kepada Chanyeol.
Lagi satu, Wendy mudah kekok saat berdepan dengan Chanyeol. Sebab itu mereka nampak seperti tidak berteman.
"Jauh kau mengelamun. Kita kena masuk tidurlah. Kalau pengawas nampak habis kita," ujar Cedric sambil menolong mengemas buku-buku yang dibaca oleh Wendy.
Wendy mengangguk perlahan.
Keadaan didalam perpustakaan nampaknya sudah pun gelap. Lama juga dia mengelamun tadi sampaikan matanya merah dan pedih kerana tidak berkerdip.
Cedric dan Wendy sama-sama menuju ke bilik mereka yang berdekatan dengan dapur, tidak seperti pelajar Gryffindor dan Ravenclaw, yang mana dorm mereka diatas menara Hogwarts. Slytherin pula berada dibawah tanah.
Lukisan-lukisan di dinding juga telah tidur. Mereka seolah-olah penceroboh sekarang.
"Madam Cruz! Madam Cruz bangun!" Panggil Cedric kepada wanita yang sedang tidur didalam lukisan dihadapan mereka sekarang.
Wanita itu merengus kasar tidak mahu diganggu.
Wendy ketawa.
"Apa yang lawak? Cubalah kejutkan dia kalau berani," arah Cedric, tidak berpuas hati.
"Fine. Madam Ella Cruz. Occacius!"
Wendy menyebut kata laluan untuk masuk ke dalam asrama mereka. Kerana menyampah, wanita itu terus membuka pintu untuk mereka.
Cedric sedikit kagum. Sedikit sahaja ya.
"See?"
"Whatever,"
Wendy menjelirkan lidahnya. Rambutnya terus dikusutkan oleh lelaki berwajah manis itu. Senyuman Cedric mampu mencairkan alam semesta namun belum cukup untuk mencairkan hati Wendy.
Baru sahaja Wendy mahu masuk ke dalam biliknya, Cedric memanggilnya sekali lagi.
"Wen?"
"Ya?"
"Jangan.. buat macam tu lagi ya? Jangan buat aku risau," ujar Cedric.
"Risau pasal apa?"
"You know what,"
"What?"
"Wen!"
Wendy ketawa. Suka sangat dia kenakan Cedric. "Jangan risaukan aku, Ced."
Wendy terus mendaki tangga menaiki biliknya. Sebaik sahaja sampai didalam bilik, dia bersandar pada pintu bilik dan mengeluh panjang.
"Jangan pedulikan aku langsung. Aku tak perlukan belas kasihan tu.."
to be continued
Uri leader debut harini! Lagu mana yang paling korang suka?
Kim suka dengan O2 dengan Made In You dgn Self-portrait
Btw jangan lupa vote ya
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top