TY 04
Tok tok tok
Seorang lelaki melangkah masuk ke dalam wad jimin. Matanya menangkap tubuh lemah jimin yang sedang baring. Senyuman terhias di bibir jimin. Sungguh pucat sekali.
"Hey tae..."
Ya lelaki itu ialah taehyung. Sudah lama and dia memang tahu akan keadaan jimin itu. Ini lah sebab dia rasa bersalah. Kawannya tengah berlawan dengan maut yang bila-bila saja nyawa akan di ambil di tambah kan lagi gadis yang jimin cintai sangat kini sedang bercinta dengannya.
Dia yakin yang jimin pasti memerlukan ji hyo.
Taehyung rasa seperti seorang yang tak berguna. Dia tidak mampu berbuat apa apa. Dia rasa seperti merampas harta yang bernilai dalam hidup seseorang.
"Hai jimin."
Taehyung tersenyum. "Saya boleh duduk dekat sini kan." Tanpa tunggu jawapan dari jimin, dia terus saja menghampiri kawannya lalu duduk di sebelah nya. Wajah lelaki itu di tatap sayu. Sedih melihat keadaan kawan nya. "Apa khabar?"
"Baik macam apa yang kau nampak sekarang ni." kata jimin tenang. Senyuman manis sentiasa terukir.
Semakin bertambah perasaan rasa bersalah dalam diri. Dia tahu jimin sedang menyembunyikannya. Lelaki di depan ni sedang menipu.
"Ji hyo asyik cari kau, jimin. Tolong la untuk kali ni ja saya nak minta tolong. Tolong la beritahu ji hyo hal yang sebenar."
Rayu taehyung. Dia tak sanggup lagi.
"No tae. Saya tak nak." Jimin menegas. Tiada lagi Senyuman. Pandangan matanya beralih ke arah jendela.
"Tapi dia cari kau! Kau kata kau sayang dia! Kau suka dia!! Jadi buat kali ni tolong la. Saya tau kau pun nak sangat jumpa dia!" Taehyung tak nak mengalah.
"Taehyung! Saya sakit, taehyung!! Sakit! Saya akan mati tidak lama lagi!!" Jimin melepaskan segalanya.
"Kanser hati ni da tak boleh di selamatkan lagi!" tambahnya. "Saya memang akan mati. Kau tau itu bukan?"
Taehyung terdiam. Seperti ada sesuatu benda tajam menusuk ke dalam hatinya buatkan dia rasa amat sakit. Begitu juga dengan lidahnya yang tiba-tiba terasa kelu.
"Tipu la kalau saya tak rindu dia, tae! Tipu la kalau saya cakap yang saya tak nak jumpa dengan dia! Kalau boleh setiap hari saya nak tengok dia! Nak peluk dia! Lihat senyuman dia."
Jimin akhirnya menangis juga. Air mata namjanya suda pun mengalir laju. Manakala taehyung hanya mampu senyap dan tak buat apa-apa. Dia sendiri tahu apa jua dia katakan pasti jimin tak akan dengar.
❤
Keadaan Jimin sekarang amat teruk. Rambutnya sudah banyak gugur, hampir menampakkan kulit kepala. Dia juga sekarang hanya terbaring di atas tilam saja.
Mayat hidup. Itu la perkataan yang sesuai untuk mengambarkan keadaan lelaki ini sekarang. Sangat Lemah dan tak bertenaga.
Tapi ada sesuatu yang tak akan pernah berubah. Satu ja tak berubah iaitu senyuman. Dia tetap tersenyum walaupun sekarang ni dia sedang menderita.
Jimin menatap siling dengan pandangan kosong. Memori lama mula berputar kembali. Dia mula tersenyum sendiri apabila teringatkan wajah comel ji hyo yang sedang marah. Sungguh dia rindukan gadis itu.
Tiba- tiba pintu wad di buka dengan kasar menghentikan lamunan lelaki itu. Suara tangisan dan nafas yang tak teratur mulai memenuhi ruang bilik tersebut.
Perlahan- lahan jimin cuba menoleh ke tepi. Alangkah terkejutnya dia saat melihat orang yang berada di bilik nya itu.
"Ji...ji hyo...."
"YAH PARK JIMIN!!! KENAPA KAU TIPU SAYA?! NI KAU KATA KAWAN?!" Marah ji hyo.
"Kawan saya sedang nazak dalam hospital tapi saya langsung tak tahu! Kau tau tak betapa risaunya saya dekat kau!"
Jimin diam membisu.
Taehyung yang tadi mengejar ji hyo kini berada di wad jimin. Penat kejar ji hyo ni. Dia cuba menghalang ji hyo namun apa kah daya. Gadis itu merayu rayu kepadanya siap menangis lagi.
Mata jimin dan taehyung bertembung. Taehyung dapat baca anak mata jimin mengatakan yang dia tengah kecewa dengan taehyung.
"Mianhae..."
Hanya mampu di katakan oleh taehyung pada waktu tu.
"Jawab jimin." ji hyo tak kesah kalau mukanya hodoh sebab menangis. Apa yang dia kesah ialah jimin.
"Ji h—"
"JAWAB JIMIN!! KENAPA KAU SEMBUNYIKAN DARI SAYA?!" Taehyung tak dapat habiskan ayatnya sebab ji hyo terus saja memotong. "Kau benci dekat saya?" tangisan ji hyo semakin menjadi jadi.
Jimin menatap anak mata ji hyo. Sungguh dia nak peluk gadis itu dan tenangkan dia. "Saya tak benci kau."
Taehyung menoleh ke belakang lalu melangkah keluar cuba memberi mereka berdua ruang untuk bercakap. Tak nak mengganggu.
Jimin cuba duduk namun dia tak mampu sebab dia terlalu lemah.
Ji Hyo menghampiri jimin kemudian duduk di tepi katil. Air mata tidak henti henti dari terus mengalir. Dengan kudrat yang ada, jimin menyeka air mata ji hyo.
"Jangan menangis. Saya okay." Jelas suara jimin kedengaran lemah. Ji hyo cuba menahan diri. Dia tak nak nampak lemah di depan jimin. Tapi tidak ada gunanya sebab dia tak mampu kawal emosinya.
"Tipu!!! Kau tak ok!"
Jimin tersenyum lemah. "Mianhae."
❤
Sejak kejadian di mana ji hyo dapat tahu tentang keadaan jimin, setiap hari dia datang melawat jimin. Senang cakap, menjadi penjaga lelaki itu.
Tubuh badan jimin semakin kurus hingga menampakkan tulang. Taehyung membiarkan saja sebab dia tahu hanya dengan cara macam ni boleh mengembirakan kedua dua pihak.
Ji hyo duduk di tepi katil. Muka jimin menjadi tatapan. Mata lelaki itu dari pagi asyik tertutup. Ada juga dia membuka mata namun hanya sedikit saja.
"Jimin ah~ ingat tak masa kita bersama sama dekat busan tu?" ji hyo mula membuka cerita. Dia tahu jimin sedang mendengar nya.
"Waktu tu kita bermain bersama di pantai. Bina kubu guna pasir. Cari kerang. Oh ingat lagi tak waktu kita kena kejar anjing jiran sebelah rumah saya tu? Bukan main laju lagi kau lari tinggalkan saya time tu kan." ji hyo tertawa sendiri saat terkenang balik. Air mata mula mengalir perlahan tapi di sekanya.
Tanpa ji hyo sedar jimin turut mengalirkan air mata.
"Kan bagus kalau kita boleh putarkan masa balik." ji hyo membelai rambut jimin.
"Kalau lah saya tahu dari dulu lagi pasti saya akan paksa kau ambil rawatan." kata Ji hyo. "Saya kawan yang teruk bukan."
"Saya ingat lagi masa kau berlari ke arah saya.. Hmm waktu tu cuaca agak panas .. Kau kata kau ada hal penting sebab tu kau lambat." ji hyo tertunduk. "Tapi waktu tu saya marahkan kau sebab lambat. Kalau lah saya tau kau sebenarnya dari hospital.. Patut la kau tak pernah nak ajak saya ke rumah kau kan sebab kau memang dah lama tinggal di hospital—" Ji hyo tak mampu nak teruskan lagi. Dia di himpit perasaan rasa bersalah.
Mulut jimin bergerak seakan-akan ingin berkata sesuatu. Ji hyo mendekatkan telinganya ke mulut jimin.
"Boleh tak kalau saya nak tengok kau tersenyum?"
Ji hyo mengelap air matanya. Di jauhkan mukanya lalu mengangguk lemah. "Boleh jimin." Terus saja senyuman manis terukir.
Jari jemari jimin di genggam erat. Mata lelaki itu masih terpejam. Dia tak nampak senyuman itu tapi dia tahu yang gadis itu pasti sedang melakarkan senyuman.
"Gomawo..." ucapnya yang seakan berbisik. Terselit senyuman di bibir lelaki itu. Permintaan nya tercapai.
Akhirnya jimin menghembus kan nafas terakhirnya dengan tenang. Segala perjuangan nya telah pun berakhir. Tiada lagi penderitaan yang perlu dia rasai.
Tangan jimin yang di genggam ji hyo menjadi lemah. Ji hyo memandang jimin. Dia tahu lelaki itu sudah pergi. Pergi untuk selamanya.
Dahi jimin di kucup lemah. Airmata menitis jatuh lalu terkena wajah lelaki itu. "Pergi lah dengan tenang. Tidak ada lagi penderitaan mahupun kesakitan yang perlu kau tanggung. Janji yang kau akan hidup bahagia di alam sana." kata ji hyo walaupun berat untuk di tuturkan.
❤
Angin bertiup perlahan. Cuaca hari ni agak mendung mungkin turut bersedih. Orang yang tadinya ramai mulai berpulangan. Hanya tinggal dua orang lagi yang setia berada di situ.
"Jimin ah~ kau dah tak perlu tanggung lagi semua kesakitan itu. Tiada lagi jarum atau ubat yang perlu kau ambil lagi." Ji hyo memandang sayu makam jimin.
Taehyung yang berdiri di sebelah ji hyo hanya memerhati. Dia turut memandang makam itu, sayu.
"Kau sekarang dah bebas." tambah gadis itu lagi.
"Jimin saya doakan agar kau bahagia di sana. Jangan lupakan kami di sini." kata taehyung setelah lama berdiam.
"Oppa tunggu di dalam kereta. Take your time no need to hurry ok." kata taehyung kepada ji hyo.
Ji hyo mengangguk faham. Taehyung tersenyum, mengusap lembut kepala ji hyo lalu di kucup dahi nya dengan lembut sebelum berlalu pergi.
Air mata yang dari tadi di tahan kini mengalir jua. "Jimin, saya dapat tahu yang kau ada simpan perasaan dekat saya." kata ji hyo. "Mianhae."
Untuk kali yang terakhir dia memandang makam jimin,
"Semua kenangan kita akan saya simpan kemas di dalam kotak memori saya. Takkan pernah terlintas di otak saya untuk lupakan kau dan takkan ada sesiapa yang boleh gantikan kau sebab kau lah satu-satu nya kawan saya. Jimin... Saya doakan agar kau bahagia di sana. Sampai bertemu lagi." Dengan itu ji hyo melangkah pergi.
Losing you is the hardest things for me. Everyday, every night I cried and Blame Myself.
Only if i can turn back the time, i will go back to the day where we met and that time I will make sure you take the treatment. I will spent all day with you. Do everything together with you.
But it's too late now. Too late for everything. You're gone now and i know you will never come back.
Your said you want to see me happy. Don't worry i will live happily as a promise.
Thank you for being my friend jimin. You're the sweetest guy that I ever met. Til' we meet again.
— Ji hyo.
-The end-
Saya minta maaf kalau ff ini hambar dan jalan Cerita tak seperti yang di inginkan. Tak sedih seperti yang di harapkan. .
Terima kasih sebab vote and setia memberi kata kata semangat. Don't forget to tell me by comment tentang overall ff ni.
Oh wait this is not the end hehe next chapter... Please 😆
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top