Part 7
" Wey "
" apa ? "
" tak lapar ke? "
" lapar la.. "
" Kau tak nak pegi rehat ke? "
" eh? Sekarang dah rehat ke? "
PUK!
dahi ditepuk sebal. Haih kenapa lah dia dapat member yang blurr tahap gaban ni. Blurr dia tu boleh mengalahkan tahap blurr Song jihyo . Hanya mampu bersabar dengan takdir yang dia dapat member macam ni.
" Dah 5 minit waktu rehat berlalu. Class pon dah takde orang...yang ada aku dengan kau je " tangan di silang ke dada sambil mata masih memandang sahabatnya dengan muka menyampah.
" err....kau ni kenapa kat sini? Asal tak pergi rehat? "
" Aku tunggu kau lah. Dari tadi tengok kau termenung kat blackboard tu. Semua orang pergi rehat pon kau tak sedar. Kalau aku pergi dulu ni....maybe sampai habis waktu rehat..kau still tengok blackboard tu.. Kau ni kenapa? Ada masalah cerita lah " bebel jimin. Memang dari awal pagi dia perhati chingunya yang pelik semacam. Dah tak macam selalu.
" Hahhaa takde apa lah. Yang kau pon sama.. Dah tahu aku termenung tu.. Tegur la. Ni habis 5 minit waktu rehat.. Baru nak tegur ! "
" Saje nak bagi kau masa termenung.Dah jom pegi makan. Aku dah lapar ni. Ingatkan kalau tengok muka kau kenyang.. Rupanya makin lapar " jimin bangkit dari tempat duduknya dan menarik lengan hyo menuju ke kantin sekolah.
" Memang la lapar.. Kau tengok aku.. Bukannya makan makanan. Tch Bengap " perlahan sahaja dia mengata chingunya. Geram sangat aihh.  ̄へ ̄
" Aku tak pekak lagi "
" ouh ingat dah pekak "
Jimin memberhentikan langkahnya. Dah lah tengah lapar,pastu budak yang lagi pendek dari dia ni cari pasal pulak. Kira bersyukur la dia dah bazirkan masa 5 minit dia semata² nak teman si kecik ni termenung. Genggaman pada lengan hyo dilepaskan. Badan pusing betul² mengahadap hyo. Face to face.
" hyo... "
" ye pekak? Eh.. Ye jimin? "
" kau ni kan memang nak ken....."
" eh apa tu? "
Hyo menunjukkan jari telunjuknya ke arah belakang jimin. Dia seperti nampak sesuatu yang pelik di sana.
" Ada apa? " jimin berpusing sekali lagi. Nak tengok apa yang budak kecik ni tunjuk . (。-_-。)
" Bye!!! Aku nampak makanan tengah memanggil manggil aku tu!! Pegi dulu bang jimin!! " Terus pecut laju menuju ke kantin dengan kaki pendeknya. Actually dia malas nak dengar jimin membebel. That why dia nak lari.
" Kau memang..... TAGUNA!!!!! HYO AH!!!!!!!!!!! "
Maka mereka berdua pon berlumba menuju ke garisan penamat....iaitu kantin.
" eh kenapa takde orang kat kantin ni? " Tanya bomin pada jae . Pelik dengan situasi sekarang. Yang ada kat kantin ni cumalah makcik dan pakcik kantin.
" saya pon tak tahu. Rasanya sekarang waktu rehat . Jam ni rosak ke? " jae mengetuk² jam tangannya.
Yep dorang rehat berdua. Jae and bomin. Dan hanyalah mereka berdua sahaja yang ada kat kantin ni.... Mungkin?
Salah satu tempat duduk yang kosong diduduki oleh mereka berdua sahaja. Masih lagi bingung. Entah kemana semua pelajar yang lain pergi . Chingunya hyo pon tak nampak.
" Cuba tanya chingu awak yang pagi tadi tu. " arah bomin yang mahu bangun semula untuk membeli makanan.
" erm jap " Number hyo didail lalu hpon melekap pada telinga.
Tut~tut~tut~tut~
" YAHHHHHHHHHHHH TUNGGU LAH WEH!! "
" TAK NAK TUNGGU!!! AKU LAPAR!! SAPE SURUH KAU LARI DULU TADI "
" KAKI PANJANG BOLEH ARR CITER!! SABAR LA BUNGUK! MAKANAN BUKAN ABIS PON!! "
" SEMALAM AKU LAMBAT 5 MINIT JE WEH!! MAKANAN ABIS!! AKU TAK TAHU LAH MANUSIA JENIS APA PELAJAR SEKOLAH NI!! AKU LAPAR WOIIII! "
" KALAU YE PON PERLAHAN LAH SIKIT!!!! AKU DAH NAK SEMPUT NI!! "
" KALAU SEMPUT BERHENTI LAH!! AKU PEGI BELI MAKANAN DULU! "
" AKU TAKUT TINGGAL SORANG² WEHHHHH SEBAB TU AKU TAK BERHENTI LARI NI!! EVEN AKU DAH JAUH SIKIT DARI BELAKANG KAU "
" PAPE JELAH.. BYE "
" JIMIN!!! TAK BAIK LAH BUAT AKU MACAM NI HUWAAAAAAAAA WEH AKU DAH IMAGINE ADA BENDA KEJAR AKU KAT BELAKANG!! JIMIN!!!!!!!!!!! OMMAAA TGOK JIMIN!!!! KSOWJSKWKOZKAIZNAJZNS "
Terkelip² mata jae memandang pada pintu masuk kantin ni. Bergema bunyi dua suara manusia dan juga bunyi mereka sedang berlari ke arah sini. Nak pergi kantin pon masih lagi main lumba lari. Haih apa nak jadi anak muda zaman sekarang. Moga mereka mendapat kesedaran.
🎵 Love u so bad love u so bad~ 🎵
" Eh tu macam bunyi ringtone hpon hyo " makin pelik jae dibuatnya. Ringtone itu seperti kepunyaan manusia yang masih berlari tu. Jap... Hah tu mesti suara hyo dengan jimin .
Suara² huru hara itu makin lama makin dekat dan akhirnya sampai betul² di hadapan kaunter makanan. Orang pertama yang sampai ofcos jimin. Sebab dia namja dan dia tak berhati perut kaki tangan jantung...dia tinggalkan seorang yeoja di belakang.
" Hiks.... Hiks....uhukkk uhukkk " terbatuk² hyo. Langkahnya terhenti sebaik sahaja tiba di pintu kantin. Nafas cuba di tarik dalam² dan lepas. Nafasnya sekarang sudah tidak teratur. Yep semput dia dibuatnya. Bukan itu sahaja. Matanya juga berair. Menangis akibat ditinggalkan atau menangis akibat bayangannya tadi.
" hyo! Gwenchana? " pantas jae berlari mendapatkan hyo yang sudah pucat.
" Ahh gwenchana " Hyo memberikan senyuman pada jae even sekarang dia rasa macam nak pitam . Sisa air mata tadi diseka. Tak nak risaukan chingunya .
" tak.. Hyo tak okey ni.. Jae tahu hyo tak okey. Jom duduk " jae memeluk bahu hyo lalu dibawa ke tempat duduknya tadi.
" kenapa ni? " tanya bomin yang baru sampai dari membeli makanan.
" Dia ni main lari² dengan jimin. Dah tahu diri tu ada semput.. Pegi lari jugak buat apa aishhhh..nah minum ni" Air mineral diberi pada hyo .
" gwenchana la... Hyo okey uhukkk " dada dipengang. Terasa sesak nafas.
" kau kenapa hyo? Okey tak ni ?" tanya jimin yang baru sampai bersama makanan yang dibelinya tadi. Kerusi dihadapan hyo ditarik lalu duduk disitu.
" aku rasa..... Aku macam dah nak pergi..... Tolong jaga chingu aku jae ni... Aku uhuk... Tak lama da.... ADUH SAKILAH! " Hyo mengusap² bahunya yang baru disengat oleh jae tadi . Nasib sengatan sahaja. Kalau dapat taekwando dia fuh habis. Hospital lah jawapnya.
" Nak pergi mana hah? " Jae merenung tepat kedalam anak mata hyo. Orang tengah risaukan dia..dia boleh pulak main² . Dah lah tengah sakit haish.
" awak.... " panggil bomin
" shhh awak jangan masuk campur. Duduk diam² . Makanan tu sejuk nanti...baik makan sekarang " arah jae yang masih merenung hyo.
" eh kenapa kita je yang ada kat kantin ni? " hyo cuba menukar topik. Tak mau dia kena membebel dengan jae. Kalau berdebat dengan jae.. Dia selalu kalah. Sad lifeu hyo. Lagipon semputnya ni bukan lah teruk sangat. Nanti lama² okey lah.
" HA AH LAH! patut makanan banyak lagi tadi " kata jimin sambil mengunyah makananya.
" Takkan lah kita salah waktu.. Sekarang memang waktu rehatkan? " pergelangan tangan jae ditarik. Nak tengok jam kat tangan jae. Kat hpon sendiri ada tak nak tengok --"
" maybe dorang pergi tengok artis kat depan sekolah kot? " jawap bomin bersahaja.
" Eh? Artis? Mana awak tahu? " tanya jae. Sanggup diorang tak makan demi nak tengok retis tu.
" Saya tanya makcik kantin " Bomin menayangkan senyuman gummynya pada jae .
" apa arr... Sebab nak tengok artis je sampai sanggup tak makan" jimin menjeling. Tapi nasib baik jugak dia harini dapat makan. Jangan jadi macam semalam sudah lah.
" Biar jelah diorang " kata bomin. Dia juga naik nyampah ngan budak² sekarang. bila lah nak berubah.
" Erm hyo pergi beli makanan kejap. Lapo " Hyo tersengih lalu bangun dari tempatnya.
" Hyo okey tak? " tanya jae yang masih risau dengan kesihatan hyo.
" Im always okey " Hyo menunjukkan peace kepada jae menandakan dirinya baik² sahaja. Kakinya terus menuju ke kaunter makanan. YEAY MASA MAKAN! FOOD LOVERS!!
" KYAAAAAAAAA "
" ENSEMNYA DIA "
" OPPA BE MINE OPPA!!! "
" NAK SELFIE DENGAN OPPA! "
" KACAKANYA DIA!! "
" OPPA DAH KAHWIN KE BELUM?!!! "
" WEH CEPAT WEH DIA DAH PERGI TU!! "
" WEH HYUNG ENSEM ARR "
" SADO BEB "
" KAYA WOO "
" DIA PERGI KANTIN WEH CEPAT² "
" CAMERA STANDBY WEH "
" WEH AKU NAK BAGI COKLAT KAT DIA!!! "
" BAE WAIT FOR ME "
" Apahal tu. Artis tu lapar ke sampai datang kantin? " Jimin memandang ke arah bunyi² bising yang berhampiran dengan pintu kantin.
" Entah lah " kata Bomin dan jae serentak dan memerhati ke arah yang sama seperti jimin. Artis mana lah yang datang sekolah diorang ni.
-Bersambung-
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top