Part 25

" Awak nak bawak saya pegi mana ni?  Waktu rehat dah nak habis!  Mana sempat nak makan dah!  " kata hyo.  Tangan disilang. Dari tadi tak sampai² haih. Perut dah lapar tahu tak!

" Biar lah habis pon.  Saya nak bawak awak sampai habis waktu sekolah " Kata jungkook tenang.  Matanya masih fokus memandu .

" Jungkook!  Habis beg sekolah saya macam mana?  " Tanya hyo sedikit risau. Tak pernah dia ponteng sekolah ni.

" biar je lah.  Bukan ada sesape pon nak curi beg tu.  Esok datang sekolah tak payah bawak beg "

" Ehwah sedap je dia bercakap ye.. Abis kerja sekolah saya macam mana?  " Tanya hyo sedikit bengang.

" Jagi pernah ke siapkan kerja sekolah kat rumah?  "

Seperti ada renjatan elektrik terkena pada diri hyo.  Erm ada betul juga.  Selalu dia balik mesti makan, mandi, tengok tv,  berguling²,karok dan mereput. Eh jap... Macam mana dia tahu ni?

" awak usha saya eh ?" tanya hyo. Wajah jungkook disebelah dipandang kerek

" Naluri saya mengatakan teman wanita saya tak pernah usik kerja sekolah dia " Tersenyum jungkook dapat sakat hyo. Dia main teka je. Tak sangka pulak betul.  Haih pemalas rupanya.

" Awak nak bawak saya pergi mana ni?  " Tanya hyo lagi.  Nak ubah topik.

" Kahwin lari " Kata jungkook masih tersenyum.

" Betul² lah jungkook!!!!!  " kening dikerutkan.  Geram!!!  Orang tanya elok² dia boleh jawap main².

" Betul la.  Eomma suruh saya bawak awak pergi daftar perkahwinan ni.  Kan eomma nak percepatkan perkahwinan kita. " Kata jungkook dengan wajah yang dah di ubah series.  Kalau senyum kang di katanya main² .

" apa maksud awak ni?  Eomma tak bagi tahu saya pon!  " Marah hyo.  Tiba² je nak pegi daftar time dia sekolah macam ni.

" Eomma suruh kahwin senyap² dulu pastu baru buat majlis besaran punya " Kata jungkook memperjelaskan arahan eomma hyo.

" Tapi bukan.. K tak faham " Kepala dipicit. Masih tak faham apa yang eomma cuba rancang untuk dirinya. 

" dalam beberapa minit lagi jagi akan jadi my wife " kata jungkook.  Ringkas dan padat.  Kalau terang pepanjang pon bukan hyo boleh tangkap.

" WHAT?!!  "













*******************************










" weh jae!!  " Panggil jimin.  Dia berlari mendapatkan jae dengan bomin.

" Korang tahu hyo pergi mana?  " Tanya jimin risau.  Lepas rehat dia langsung tak nampak kelibat hyo masuk kelas.  Beg ada tapi tuan takde. Dah call pon still tak angkat.

" Eo hyo?  Tadi jungkook ada datang jumpa dia.  Pastu aku tak tahu dia pergi mana dah " Kata jae. Hpon di keluarkan.  Nak call hyo.

" hello hyo,  kat mana?  " tanya jae dalam talian. Speaker dibesarkan supaya bomin dan jimin dapat dengar jugak.

" JAE!!!  HUWAAA HYO DAH JADI ISTERI ORANG WOIIIIIII BARU TADI DAFTAR!  JANGAN BAGI TAHU SESAPE TAU "

Terkaku 3 manusia di situ mendengar berita yang baru disampaikan oleh hyo. Jimin kat situ dah berasap kepalanya. Jae pula terkejut manakala bomin ternganga.

Nasiblah cuma mereka sahaja yang dengar.

" HUWAAAAAAAA JAE ! HYO NAK OFF NI.  NAK GI MAKAN PULAK. JUNGKOOK NI DAH TENGAH HARI BARU NAK BAWAK GI MAKAN.  BUBYE "

Tit.  Panggilan terus dimatikan tanpa sempat jae membalas.

" A-aku rasa hyo ajak bergurau ni....kan jae kan? Mesti hyo ajak gurau ni.. Tak mungkin dia dah kahwin macam ni.. Majlis pon takde.. Jimin lek ar.. Kau kan kenal hyo macam mana  " Kata bomin cuba tenangkan jimin yang sudah memerah mukanya. Mata pon sudah kemerahan. Bukan dia tak tahu yang jimin ada hati kat hyo.  Hyo je lembab nak notice . Tadi pon jimin baru bagitahu isi hati padanya mengenai hyo.  Lol.

" Betul tu.. Kita kan kenal hyo macam mana  " Kata jae.

" y-ye memang aku kenal dia...  Aku nak jumpa dia!  " Jimin terus meninggalkan jae dan bomin di situ lalu menuju ke arah parking moto. Nasib waktu sekolah dah habis. Boleh lah dia kejar hyo.

Dia berharap apa yang dia dengar tadi cuma lah gurauan kasar dari hyo. Dia tak kan benarkan hyo jatuh ditangan jungkook.  Bukan dia tak tahu pekerjaan jungkook tu.  Niat jungkook tu hanyalah menggoda hyo dan bawak hyo pada ketuanya.

Moto dipress laju selajunya.  Destinasi dia adalah rumah hyo.  Dia akan tunggu hyo di situ.








**********************************










Jeonkook_

♥️4689 likes

Jeonkook_ : Eat well jagi 💕 i will treat u  like a princess 😘 @HyoNa00

View all 300 comments

Taetae : bukan ke ni yeoja @prk_jmn ?

Eun.im : Ouh pergi sini rupanya ye?

Its.yuyu : Kat mana ni?  Macam sedap je!

Jaera : Asyik bawak kawan aku gi makan je.. Memang makin gemuk lah dia nanti. Please take cake my chingu!  @jeonkook_

Prk_jmn : Bawak dia balik sekarang. Aku nak jumpa hyo aku.

Taetaemarah dah anak pak jeman ni. @prk_jmn

HyoNa00 : Nak ayam MCD! 






Jungkook tersenyum sinis melihat komen dari jimin. Nampaknya jimin tengah panas sekarang.  Dia boleh buat asal aku tak boleh buat kan?

Matanya masih lagi membaca komen² tersebut sampai lah dia terbaca satu komen yang buat dia terkejut.  Lalu dipandang wajah hyo.

Nampaknya hyo dah baca captionnya ehek.

Wajah hyo yang tengah makan di tatapnya. Hyo dari dulu sampai sekarang masih sama.  Kuat makan!  . Dulu hyo tak suka MCD.. Tapi sekarang dia dah sukakannya.  Tu lah orang cakap jangan benci² nanti tersuka.

Tapi...kenapa hyo tak kenal dia lagi?  Maybe masa tu masih kecik sangat. Memory hyo mungkin tak berapa kuat masa tu.

Atau mungkin wajahnya dah semakin tampan dari dulu ehek.

Dia pon tak sangka yang dia dapat berjumpa semula dengan cinta hatinya sejak kecil.  Patutlah masa first jumpa hyo dia macam tertarik sangat.

Betul lah ni Jung Hyo Na kepunyaannya.... Takdir telah menentukan segalanya. 

Terima kasih sebab pilih saya Hyo...

Tapi,  awak dalam masalah sekarang.






*****************************









" Bomin tengok ni. Untungnya hyo ada orang belanje dia makan!  " hpon ditunjukkan pada bomin.

" Eo IG sape ni?  " Tanya bomin.

" Jungkook la.  Dia bawak hyo gi makan "

" Habislah... " Bomin kelihatan gelisah. Hponnya di ambil lalu mendail number seseorang.

" Wae?  " Tanya jae pelik.  Eh call kedai tu mintak dilevery ke sini ke?

Bomin keluar dari rumah jae.  Dia tak mahu jae mendengar perbualannya.  Dia perlu lakukan sesuatu sebelum semuanya terlambat.  Kalau dulu dia kena jaga sorang tapi sekarang dua orang dalam masa yang sama.

Jungkook ni pon satu.. Dia lupa ke yang dia masih terikat dengan shopee tu?!!!!








" Hyung.. Dorang dah gerak cari hyo ke?  "

" Dorang tengah bersiap.  Apa bongok sangat arnab jadian tu pegi post gambar kat ig aduhhhhhhhh !!!! "

" Habis tu sekarang macam mana?  "

" Jae mana?  "

" ada dengan bomin sekarang "

" korang berdua dekat mana? "

" Kat apartment jae lah "

" Takpe.. Min tengok je jae.  Nanti kitorang selesaikan "






























-Bersambung-

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top