Part 21

" Hyo... " Panggil eomma lembut.  Susuk tubuh anak perempuannya yang masih tido di goncang perlahan.

" Erm " Sahut hyo dengan mata yang masih terpejam.

" eomma dah siapkan sarapan..mari makan sama². Jungkook pon ada sekali.  Dia nak balik tapi eomma suruh dia sarapan dulu dengan kita sekali.  Kamu bangun ye.. Siapkan diri lepas tu turun bawah makan sekali " Kata eomma lalu keluar dari bilik hyo. Ada sesuatu yang dia ingin sampaikan nanti pada anaknya.

Dengan lemahnya hyo bangun dari katil.  Kain tuala dicapai malas dan masuk ke dalam bilik air.

Selepas saja siap membersihkan diri dia terus turun menuju ke dapur untuk bersarapan . Harini cuti sekolah. Bukan biasa² eomma ajak sarapan.  Selalunya bila dia bangun je mesti tiada orang dah kat dalam rumah selain dari dirinya.

" Morning princess " Ucap appa

" Morning too "

Kerusi yang kosong bersebelahan jungkook ditarik lalu duduk di situ. Makanan yang ada di atas meja diperhatikan. 

" Wow eomma ke yang masak ni?  Bukan biasa² eomma nak masak ni " Kata hyo. Sebelah Kening dijungkitkan berulang kali.

" Ye.. Semua ni untuk kamu berdua " kata eomma lembut.

Hampir tersedak air liur hyo bila eomma mengatakan 'Untuk kamu berdua'sedangkan dekat situ ada 4 orang.

" Maksud eomma?  " Tanya hyo yang keliru.

Jungkook tidak mengedahkan apa yang dikatakan oleh eomma hyo tadi.  Dari pagi tadi dia sudah tahu tujuan eomma hyo.

" Eomma ingat.. Eomma nak percepatkan perkahwinan kamu berdua " Kata eomma tenang.  Matanya tepat memandang anak mata hyo.

" Tapi kenapa?  " Tanya hyo yang dah macam cacing kepanasan.  Kahwin awal woiii dia tak sempat nak enjoy zaman single dia.

" Eomma nak jungkook jaga kamu.  Mana tahu penculik semalam nak cari kamu lagi. Takkan nak suruh jungkook jaga kamu 24jam ? Lebih baik kahwin.. Boleh jaga 24jam.. Suami isteri yang sah pulak tu.. Kan senang " Kata eomma menerangkan sebab dia ingin mempercepatkan lagi perkahwinan anaknya.

" Waw anak appa dah besar.  Appa rasa macam baru semalam kamu belajar main basikal roda empat "  kata appa. Makanan dijamah dengan penuh emosi.

" Tapi semalam pon dia tak sempat nak tolong hyo.. Tu pon nasib baik jae dengan bomin ada " Kata hyo cuba memberi alasan.  Dia tak kisah nak kahwin dengan jungkook.. Tapi awal sangat la...

" Tak kira.. Eomma tetap nak perkahwinan ni di awalkan. Jangan risau.. Eomma akan buat kecil kecilan.. Bila kamu dah habis sekolah nanti baru kita buat besaran punya okey sayang?  Sekali ayam mcd eomma buat lauk pauk nanti " Pujuk eomma.  Dia berharap yang anaknya setuju.

" Erm yelah.  Nasib ada ayam mcd " Kata hyo. Makanan yang terhidang di ambil lalu disumbat ke dalam mulut.

" Thanks terima saya jagiya " Bisik jungkook pada telinga hyo dengan suara garaunya.

Hyo hanya memalau bisikan jungkook tadi. Sekarang dia nak fokus pada makanan di hadapannya ni.

" Haip.. Bisik² apa tu " Tegur appa sambil tersengih melihat gelagat jungkook tadi.

" Tak de apa lah appa " Kata jungkook . Senyuman bunnynya ditayangkan. Terkantoi pulak dengan appa.

*************************

Pintu bilik ditutup rapat. Rambut yang sudah ke depan diselak ke belakang. Kasut yang terletak kemas di rak di ambil lalu memakainya.

" Awak nak pergi mana?  " Tanya bomin.

" Nak pergi 7E " Jawap jae tenang tanpa memandang bomin dibelakangnya.

" saya ikut.  Tunggu sekejap " kata bomin lalu masuk ke biliknya untuk menukar pakaian.

Tanpa menunggu Bomin.. Jae terus membuka pintu lalu menutupnya perlahan setelah keluar. Dia tidak mahu bomin mengikut dirinya lagi.

Kemana sahaja dia pergi pasti bomin akan ikut.  Rimas! 

Langkah diperlajukan menuju ke lift.  Butang lift pantas di tekan ke tingkat bawah. Degupan jantung berdegup dengan laju.  Berharap yang Bomin tidak dapat mengejarnya.

Ting !

Pintu lift dibuka.  Kaki melangkah keluar dari situ dengan pantas.  Teksi yang kosong dia terus masuk.

" Ahjussi.. Bawak saya ke alamat ni " Jae menunjukkan alamat  pada ahjussi tersebut lalu teksi dipandu keluar dari kawasan apartment rumahnya.

***********************

Ting tong!

" eo.. Kenapa datang?  " Tanya hyo disebalik pintu.

" Saja datang.  Aku bosan duduk rumah and aku tak rindu kau " kata jimin dengan wajah innocentnya. Rambut di selak ke belakang.  Acah macho depan hyo.

" Okey. " Jawap hyo lalu menutup pintu.

" Woi woi woi woi rilex la. Aku memain je.  Aku bosan ni,  lepak jumm hyo "  Kata jimin.  Tangannya cuba menahan pintu yang hampir ditutup oleh hyo.

" Nak lepak mana?  Aku malas pastu aku takde duit " Kata hyo dengan wajah yang malas. Time dia takde duit la nak ajak lepak. Lepak tanpa keluarkan duit?  Sungguh lah membosankan.

" Wuish sejak bila anak orang kaya ni takde duit?  " Tanya jimin ingin bergurau.

" Sejak tadi " Jawap hyo . Sebenarnya dia ada je duit tapi sengaja nak memancing jimin untuk belanjanya.

" sengal.  Jom arr aku belanje. Pergi siap cepat!  "

" Baik boss eheeeee " pintu ditutup dengan sengihan.

Tuk tuk tuk

" woii tak nak jemput aku masuk ke?  Panas ni!  " jerit jimin dari luar.

Pintu dibuka semula.  Terpampang wajah hyo yang masih tersengih malu.  Lupa pulak nak ajak tetamu masuk.

" Maaf ya pak jeman "

" Kuangajo "

****************************

" Kenapa kau nak jumpa aku?  " Tanya jae. Kerusi ditarik lalu dia melabuhkan punggung di situ.  Tiada satu pon senyuman diberikan buat manusia di hadapannya.

" Saje nak ajak kau minum petang kat cafe ni " Kata yeoja di hadapan jae. Jus orange yang terhidang dari tadi diminum. Lama juga dia tunggu kehadiran jae disitu.

" Aku tak suka buangkan masa aku.. Baik kau cakap cepat apa tujuan kau? " Tanya jae. Kemarahan cuba ditahan. Kalau ikutkan hati dah lama meja tu terbalik hempap yeoja di hadapannya.

" Aku nak kau jauhkan diri dari bomin " Kata yeoja tersebut dengan tenang.

" Tch.. Sungguh lah klishe macam dalam drama. Nampak sangat kau ni kaki drama.  Takde benda lain ke kau nak suruh aku buat?  " Senyuman sinis terukir di wajah jae.  Haih macam budak².

" Ikutlah kalau kau nak anggap benda ni klishe sangat macam dalam drama.. Tapi kau kena ingat. Kalau kau tak jauhkan juga diri kau dari bomin.. Kawan kau jadi mangsa. Aku ingat nak jadikan keluarga kau mangsa aku tapi kau mana ada keluarga dah..opsss terlepas pulak " Mulutnya sengaja ditutup.

" IRENE!  kau memang dah melampau!  Aku tak kan benarkan kau sentuh sesape pon yang rapat dengan aku! " suara cuba dikawal. Terasa wajahnya sudah membahang kemarahan.

" Kalau macam tu.. Jauhkan diri kau dari bomin!  " Kata irene dengan senyuman sinisnya.

" Never " kata jae sepatah. Air latte ais yang di oderkan oleh irene untuk dirinya tadi di ambil lalu disimbah pada wajah irene. 

Geram yang tidak dapat dikawal. Itu baru simbaj air sejuk.. Belum lagi dia baling meja tu.  Kakinya terus melangkah keluar dari cafe tersebut.  Kepala dipicit pelan.  Haih susah nak kawal diri.

TING!

Satu mesej masuk . Hpon yang berada dalam poket seluar di ambil lalu aplikasi ws dibuka.  Satu mesej dari bomin.

Bomin

Awak pergi 7E mana ni?  Kenapa tak tunggu?  Balik sekarang 

Hah ni lagi satu masalah. Nafas berat dilepaskan selepas membaca mesej tersebut. Haih dah macam ada ikatan pula rasanya. Apabila husband ditinggalkan oleh wife gitu.























-Bersambung-

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top