part 2
Aku membuka mata apabila badan terasa sakit . Haih nampaknya aku tengok movie dari pagi sampai malam dan sampailah aku tertido dekat sofa ni.
Omma appa? Mungkin outstation ? Sebab tak nampak pon macam tanda² ada orang balik.
Aku bangun dari sofa dan menuju ke dapur. Gelas cawan yang kosong aku isikan dengan air suam lalu duduk di kerusi.
Hpon yang berada atas meja aku pandang . Eo aku tengok movie sampai lupa pasal hpon --" butang on pada sisi hpon aku tekan.
Terdapat beberapa mesej whatsapp dari seseorang. Yang pasti bukan dari jae...
Jantung ku mula berdegup laju disaat membaca setiap mesej yang dihantar...
〣( ºΔº )〣
APAKAH YINI!!!!
BENAR ATAU PALSU?
BETUL ATAU BOHONG?
REALITY ATAU MIMPI?
Tapi bila baca balik macam mydol pon ada. Creepy duh. Aku baru je buang app dia sebab ada orang cakap mydol ni creepy. So aku buang.
Tapi ni bukan mydol.. Ni jungkook shopee...
' i will come tomorrow '
Laju aku tengok jam. 8:03 pagi . Dia send mesej ni semalam. Bila² masa je dia boleh sampai memandangkan dia tak bagitahu pukul berapa nak datang..
Sekejap..
Kenapa aku kena percaya semua ni? Ah lantak lah --"
Aku berlari ke tingkat atas dimana bilik aku berada. Tombol pintu aku bukak . Tuala yang tersidai kemas aku tarik lalu masuk ke bilik air untuk membersihkan diri.
Setelah sejam aku membersihkan diri akhirnya aku keluar dari bilik air . Baru rasa segar. Aku menuju ke almari untuk mencari baju.
Siap!! . Aku turun ke bawah. Nak siapkan sarapan pulak . Perut dah berbunyi macam t-rex. Bergegor² gitu .
Langkah ku terhenti bila mendengar bunyi bising dari dapur. Macam ada orang memasak . Omma dah balik ke? Sekejapnya...
" Omma ~ " panggilku dengan senyuman sambil menuju ke dapur.
Langkahku terhenti . Mata ku kelip banyak kali. Tak cukup kelip.. Aku tenyeh² mata. Mana tahu ada baki² tahi mata yang buat pandangan aku jadi lain. Omma tinggi berbadan tegap dan berambut pendek seperti lelaki?
" Siapa kau? " tanyaku bila sedar yang dia bukan omma. Appa pon bukan .
Penyapu yang berhampiran aku capai. Masih lagi setia memandang belakang lelaki yang tak dikenali ni. Berbaju hitam... Masih setia memasak.
" oi siapa kau ?! Macam mana kau boleh masuk dalam rumah aku ni?! " marahku bila kena palau. Siapa je yang suka bila soalan tak dijawap kan? Tapi dalam exam selalu kalau tak tahu jawapan aku tinggalkan je = ̄ω ̄=
Adakah namja ni tak tahu nak jawap macam mana? Sebab tu dia palau je soalan aku?
" Good morning sweety . Breakfast dah siap . Saya tahu mesti awak tak makan lagi kan? Nah saya dah siapkan untuk awak. Duduk lah " dia tersenyum manis kat aku. Roti yang berwarna kuning² dia letak atas pinggan dan diletak di meja makan.
Aku kaku
Ni namja kat shopee tu
" janganlah tengok saya lama². Saya tahu saya terlebih ensem . Takut hidung awak berdarah pulak. Meh sarapan sekali. Meh meh jangan malu². Buat macam sarapan sendiri " Dia tarik tangan aku untuk duduk . Penyapu tadi entah kemana dia campak . Tak sempat aku nak smackdown dia guna penyapu ajaib tu.
Kunyahan demi kunyahan. Wah jinjja sedap jugak dia masak. Roti telur. Hahahahhagaga.
" macam mana awak boleh masuk? " tanyaku
" hahhaha macam mana saya dapat alamat rumah ni macam tu jugak saya dapat password rumah ni" dia tersengih sehingga menampakkan gigi arnabnya .
Jujur aku kata dia comel bila seyum nampak gigi. Sis tak kuat sis tak kuat.
" creepy.. " bisik ku perlahan sambil mengunyah.
" wae bluetick saya? " tanya jungkook
" eo...saya ingat awak ni robot dari shopee "
" lol.... Im human. Ada perasan bila kena bluetick.. Lagi² kena bluetick dengan girlfriend sendiri..sedih tahu tak sedih " tangannya menepuk dada beberapa kali menandakan hati dia sedih 🌚
" warna bluetick tu kan cantik "
" cantik lagi girlfriend saya ni "
" girlfriend? Siapa? "
" awak lah ~ " bibirnya dipout
Cukup jebon.. Cukup.. Aku rasa hidung aku memang nak berdarah dah ni.
***************
JAE POV
Pagi. Langsir aku bukak. Sinaran matahari pon memenuhi ruangan bilik aku yang serupa juon. Gelap gitu.
Aku melangkah ke dapur. Pintu peti ais aku bukak. Macam biasa... Air kotak teh hijau jenama goodday aku capai dan minum. Lega tekak pagi² ni.
Ting tong
Bunyi loceng rumah mengejutkan aku. Siapa datang pepagi ni? Nasib je tak tersembur tadi. Tak kan lah hyo? Hpon aku ambil. Tiada mesej dari hyo.
Maknanya bukan hyo.
Tangan kira pegang hpon manakala tangan kanan pegang air kotak. Aku menyedut sedikit air sambil membuka pintu. Susah jugak nak bukak kalau tangan penuh.
" Ne? cari siapa ye? " tanyaku bila nampak sisi belakang namja ni je. Aku sedut lagi air teh hijau.
" Hye jagi! " Namja tu memusingkan badannya sambil tersenyum gummy.
" PFFFTTTT "
Teh hijau tadi dah selamat tersembur dekat dia.. Tapi dia masih tersenyum. Robot ke apa?
Flashback
Aku membuka aplikasi shopee. Tipu hyo kata ada kerja.. Tapi senannya nak usha benda ni jap . Nak kaji. Mueheheh
" Teringin nak ada teman lelaki? Tapi tiada yang mahu? Diri tidak laku? Poreber alone? Kami boleh bantu anda! Hanya pilih teman lelaki di website shopee kami dan tekan butang klik! Kami akan hantar mereka segera! Dijamin hidup anda akan berubah sekelip mata! Jangan risau! Kesemuanya percuma kepada pelanggan kami yang bertuah! "
" WARNING : Dilarang jatuh cinta "
Memang macam tak masuk akal --" beberapa profile aku tengok..
Name : Jangjun
Age : 22
Terlalu macho la alamak
Name : Y
Age : 23
Y? Nama dia y je? Why nama y? Xmo arr.. Nanti aku pulak yang keliru bila speak english
Name : choi bomin
Age : 19
Choi.... Bomin... Cute. Umur pon sama 🙈
Butang klik aku tekan dan terpapar lah satu lagi ayat..
" SILA WHATSSAP SAYA " I NEEND YOU " PADA NUMBER YANG TELAH DIBERIKAN UNTUK MENERUSKAN TEMPAHAN "
huruf besar je semua. Mentang² free kau nak marah² pulak . 🌚
Jaejuon 👻
I NEED YOU
Bomin
Wait for me jagiya ~ ! ♥️
Ok dia robot maybe. Macam mydol tu.
End flashback
Aku bukak hpon pantas. Gambar dalam hpon ni dan dia aku tengok silih ganti . Memang dia. Sejibik!
Badanku ditolak masuk dan dikunci pada dinding . Pintu rumah dia tutup rapat.
Muka ku dah memerah bila dia makin dekatkan mukanya. Tapi..
Muka dia pon merah jugak? Lol aku tengok senyuman dia yang gummy tadi terus bertukar jadi kekok.
BUKKK
tanpa sengaja aku tertumbuk dia. Dan dia pon pengsan di tempat kejadian.
SUMPAH AKU TAK SENGAJA WOIIII
-Bersambung-
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top