Part 19

" Kita nak pergi mana ni? Kenapa awak bawak laju sangat? " tanyaku sambil memegang kuat tali pinggang. Laju semacam dia bawak kereta. Macam nak hantar pompuan bersalin pulak.

" Nak bawak gi jenjalan. Saya dah bagitahu eomma nak bawak awak keluar " jungkook pandang aku sekilas lalu memberikan senyuman manis yang kelihatan terpaksa.

" Tapi kenapa bawak laju sangat? " Tanyaku yang dah cuak. Semoga tiada apa² yang akan berlaku.

Jungkook hanya mendiamkan diri sahaja. Aku pandang wajah jungkook. Matanya memandang ke cermin untuk melihat kenderaan di belakang. Banyak kali juga dia buat sebegitu.

Seperti ada sesuatu yang mengejar. Aku cuba toleh ke belakang nak tengok apa yang sedang asyik jungkook cuba perhatikan dari tadi.

" Saya rindu awak sangat sangat "

Pipiku diusap menggunakan tangan kanannya. Tangannya menghalang aku dari menoleh ke belakang. Apa yang berlaku sebenarnya? Maybe cuma perasaan aku je kot..

Jungkook memusingkan stereng memasuki satu kawasan Taman. Keretanya diparking elok di bahagian parking kereta. Aku dan dia turun dan berjalan di kawasan taman itu.. Ramai keluarga yang datang ke sini.

Jungkook menarik tanganku menuju ke satu bangku kosong. Aku duduk bersebelahan dengannya. Aku tak tahu kenapa dia bawak kat sini.. Dah lah baru balik sekolah. Dengan tak mandi lagi.


Author pov




" Wae muka awak lebam and luka² ni? " Tanya hyo kerisauan. Wajah jungkook dia cuba sentuh tapi ditepis olehnya.

" jangan sentuh nanti bertambah sakit"

" Awak pergi mana selama sebulan ni? Awak bz sangat ke kerja? Sampai lebam² ni. " Tanya hyo yang semakin risau dengan keadaan lelaki yang duduk disebelahnya.

" Erm boleh bz jugak. Boss bagi kerja banyak sangat. Lebam ni pon terjatuh " Tipu jungkook.

" Eh ye ye la tu jatuh sampai lebam macam ni. Awak gaduh dengan orang ke? " Tanya hyo sambil memandang wajah jungkook. Jungkook asyik sangat pandang ke arah lain. Macam ada sesuatu yang disembunyikan.

" erm jagi nak aiskrim? Tu kat sana ada aiskrim. Belikan untuk saya sekali ye " Jungkook cuba menukar topik. Dompetnya dikeluarkan dan beberapa keping duit kertas diberikan pada hyo.

" Ish time camni la nak aiskrim.. Nasib dia lanje kita jugak " Duit kertas diambil oleh hyo dan dia berjalan menuju ke motor aiskrim yang agak jauh sedikit.

Jungkook melepaskan nafas lega sebaik sahaja hyo pergi menjauhinya. Dia kembali mencari susuk² tubuh orang yang mengejarnya tadi. Ye dia telah dikejar oleh dua orang upahan dari syarikat palsu shopee itu.

Sebelum dia menjemput hyo pulang dari sekolah lagi dia dah dikejar oleh dua lelaki itu. Nasib sempat membawa hyo lari . Pipi yang ada kesan lebam dipegang.





[FLASHBACK]


" Bila kau nak bawak yeoja tu ke sini? " Tanya seorang lelaki yang duduk di atas kerusi. Kakinya disilang.

" saya tak akan bawak dia sebab S-saya akan berkahwin dengannya " Jawap jungkook gagap.

" What?! Ape kau merepek ni budak? Kau tahu tak tugas kau just bawak dia ke sini.. Tu je. Ape benda sampai kahwin ni? Ni lah sebabnya aku tak nak bagi masa lama sangat.. Nanti mula lah dah jatuh cinta lepas tu kahwin " Lelaki itu berdiri dan mula menghampiri jungkook. Tangannya digenggam erat. Geram sangat dengan pekerjanya itu. Kerja mudah di jadikan susah.

" Tapi boss.. Di- "


BUKKKKKKKKK

Satu tumbukan diberikan padu pada muka jungkook. Badan jungkook yang berpusing ke belakang di tarik dan tumbukan kedua di layang pada perut jungkook.
Rasa senak di perut cuba di tahan. Sangat perit.

" Bawak dia ke bilik kurungan bawah tanah.. Jangan bagi dia keluar. Biar dia rasa seksaan akibat tak ikut arahan aku " Pemetik api di ambil . Putung rokok di bakar lalu di sumbat ke dalam mulut jungkook.

" Uhukkk uhukkkk uhukkk "

Terbatuk² jungkook disitu. Agak sukar dia untuk bernafas. Asap yang dia tersedut membuatkan dia rasa sesak nafas. Putung rokok tadi dia sudah cabut dan dicampak jauh.

" Dah bawak dia pergi... "

Beberapa orang mengheret jungkook untuk dibawa ke bilik bawah tanah. Jungkook tidak meronta. Dia tahu yang dirinya akan dilepaskan selepas tempo kurungan selesai. Dia akan mempunyai peluang ke dua.


[END FLASHBACK]

" Tu dia! "

Jungkook terus tersedar dari lamunannya tadi. Dua orang lelaki berbadan tegap memegang kemas kedua lengannya. Jungkook cuba meronta dengan kuat untuk melepaskan diri. Dia kena lari sebelum mereka dapat menangkap hyo.

" Kau nak lari mana hah budak?! "

" korang nak apa lagi hah? Lepaskan aku lah siaaaaa!!!! "

Jungkook terpandang seorang yeoja yang menghampiri mereka dengan dua kon aiskrim vanilla ditangannya. Jelas kelihatan senyuman yang terukir di bibir hyo.

Jungkook sedaya upaya memberikan isyarat meminta hyo jangan dekatinya dan menyuruhnya terus larikan diri. Hyo menganggukan kepalanya lalu berpatah balik.

" Mana yeoja tu? " tanya salah seorang lelaki yang berbadan tegap itu.

" aku tak tahu. Dia takde dengan aku " jawap jungkook. Dia berasa lega seketika setelah hyo faham isyaratnya yang menyuruh hyo pergi tinggalkannya disitu.

" Kau jangan nak tipu lah... Aku nampak ada yeoja dalam kereta kau tadi. Mana dia? Boleh tak kau senangkan kerja kita? Kau ni kenapa lembab sangat sekarang? "

" Kau pikir aku nak bagi macam tu je bakal wife aku? Jangan harap " jungkook tersenyum sinis. Dia sanggup terima tumbukan seberapa banyak kali pon asalkan hyo selamat.

" Tch.. Kau memang degil kan? Dah arr.. Baik aku suruh boss kurung kau lagi bawah tanah tu tak pon bunuh je kau "

Dua namja itu menarik jungkook untuk dibawa berjumpa dengan boss mereka.

" Eo Chamkanman !!!! " Jerit seseorang dari arah belakang mereka.

" Nah saya belikan aiskrim untuk diorang jugak. Nasib awak bagitahu " Hyo menghulurkan aiskrim pada 3 orang namja dihadapannya.

Mereka bertiga menyambutnya dengan pelik. Asal tiba² je bagi aiskrim ni. Jungkook pula sudah menepuk dahinya sebal. Nampaknya Hyo salah faham apa yang dia telah cuba sampaikan tadi.

" Eh cik adik ni sape? Kitorg ni bukan budak² lagi nak makan aiskrim camni " Kon aiskrim dijatuhkan.

" korang ni kawan jungkook ke? Kenapalah jungkook boleh dapat kawan biadap macam ni. Orang dah bagi tu terima lah! " Hyo mengerutkan keningnya. Geram sangat. Penat dia patah balik semata² nak belikan aiskrim.

" Eh aku rasa ni lah yeoja yang boss suruh tangkap tu " Kata lelaki itu sambil memandang ke arah hyo.

" Eh budak kau kenal ke yeoja ni? " Tanyanya cuba minta kepastian.

" T-tak. Aku tak kenal dia " jawap jungkook gagap. Matanya bertembung dengan mata hyo.

" Eh eh eh arnab ni... Sampai hati eh tak kenal hyo. Malu ke nak ngaku saya ni siapa? Im your wife soon to be !!! " Nafasnya dah tak teratur. Air mata yang nak jatuh di tahan. Sensitif seketika.

" Ouh jadi betul lah yeoja ni yang boss suruh kau bawak tu . Boleh tahan comel gak " Pipi hyo disentuh lembut.

Pakkk

Jungkook menampar kuat tangan namja yang menyentuh pipi hyo. Dia tak suka lelaki lain cuba sentuh bakal wife dia.

" Jangan berani sentuh dia "

" HAHAHHAHAHAH NAMPAKNYA MEMANG BETUL YEOJA NI TARGET KITA. DAH JOM BAWAK DIA AND KERJA KITA PON SELESAI "

Laju sahaja namja itu menarik jungkook menjauhi hyo. Sapu tangan yang tersedia dikeluarkan lalu menekup hidung jungkook. Bauan yang dihidu dari sapu tangan itu membuatkan kepala jungkook pening tapi digagahkan juga untuk bertahan walaupun badannya semakin lemah.

Matanya memerhati setiap gerak geri hyo yang cuba melawan seorang lagi namja itu. Tangan hyo ditarik kuat tapi hyo mengigit tangan lelaki itu menyebabkan dia terlepas. Hyo cuba menghampiri jungkook tapi tak berjaya. Rambut hyo ditarik ke belakang.

Jungkook meronta mintak dilepaskan. Jiwanya menjerit² ingin menyelamatkan hyo. Hatinya sakit melihat hyo berlawan sendirian tanpa mempunyai ilmu mempertahankan diri dan berusaha menyelamatkan diri sendiri dan dirinya itu yang sudah lemah akibat bauan ubat tidur.

Matanya semakin berat . Peluh didahi mula kelihatan. Aksi terakhir yang dia dapat lihat cuma seorang yeoja memberi flying kick kepada lelaki itu. Hyo pula ditolak kebelakang oleh yeoja tersebut yang membantu hyo. Hatinya sedikit lega lalu matanya tertutup rapat.









" BERANI EH KAU BUAT CHINGU AKU MACAM NI! BERANI EH KAU LAKI DAYUS! KUANGAJO! MAK BAPAK KAU TAK AJAR HORMAT POMPUAN KE WOI !!! " satu tendangan padu diberikan pada perut lelaki itu. Terbaring lemah lelaki itu.

Yeoja itu memandang ke arah seorang lagi namja yang bersama jungkook. Namja itu terus melarikan diri selepas meletakkan jungkook di bawah.

" hyo gwenchana? " Tanyanya sebaik sahaja melihat namja itu melarikan diri

" Nae. Sakit kepala. Sakit tangan. Sakit hati. Sakit perut. Gwenchana. Gomawo jae sebab datang selamatkan hyo dari penculik tu " Hyo bangun dan terus dipapah oleh jae untuk pulang.

Bomin pula piggyback jungkook dan mereka pulang bersama menaiki kereta jungkook. Nasib juga bomin tahu cara memandu kereta. Kunci kereta pula dia jumpa kat dalam poket seluarnya.

Kereta dipandu menuju ke rumah hyo. Sesampai sahaja di hadapan rumah hyo , Jae terus memapah hyo keluar dari kereta dan membawa masuk ke dalam rumah hyo.

Bomin pula piggy back jungkook dan dibawa masuk ke rumah hyo. Terpaksa menghantar jungkook ke rumah hyo juga memandangkan mereka tak tahu rumah jungkook dimana.

" Eh jae kenapa dengan hyo ni? " Omma terus memeluk anaknya yang kelihatan lesu . Kemana pula jungkook bawa anaknya ni sampai pucat macam ni.

" Tadi kat taman hyo hampir kena culik. Nasib lah bomin ni ajak saya pergi taman situ.. Memang takdir lah nak saya selamatkan mereka ni. Nasib je sempat "

" eh jungkook mana? Tak kan dia tak boleh tolong hyo? " Tanya omma kelihatan tidak faham sedangkan hyo sentiasa bersama jungkook.

" Ada tu hah dah terkena ubat tido. " Jae menunjuk ke arah bomin yang sedang meletakkan jungkook di sofa.

" Ouh gitu. Terima kasih lah ye jae tolong bawak diorang ni balik. Kalau tak de korang ni aunty tak tahu lah apa akan jadi dekat hyo dan jungkook. Terima kasih banyak² bawak diorang balik " Ucap eomma hyo .

" Erm dah lewat ni , kitorang balik dulu. Annyeong " kata jae lalu menarik lengan bomin untuk pulang ke rumah.









" hyo sayang.. Okey tak ni? " Tanya eomma yang masih risau pada anak perempuannya.

" Erm Hyo okey maa.. Don't worry " Kata hyo dengan perlahan. Matanya memandang ke arah jungkook yang masih tidur di atas sofa. Ada sesuatu yang dia perlu tahu tentang jungkook. Dia kena mula mengenal jungkook dengan lebih mendalam.

" Its okey to be not okey hyo.. Eomma tahu hyo masih takut dengan kejadian tadikan? " Eomma memegang kedua bahu hyo.

" Erm hyo nak naik atas. Hyo nak rehat. Penat lah eomma. Baju pon tak tukar dari balik sekolah tadi. Eomma pergi lah tido. Good night. " Pipi eomma dicium sekilas lalu beredar meninggalkan eommanya disitu.

" Eh petang macam ni nak tido buat apa? Banyak lagi kerja eomma yang tak siap. Kamu pergi lah berehat dulu. Jungkook ni nanti eomma uruskan. "

" Erm ye lah eomma "

Kepala dipicit pelan. Pening sangat ketika ini. Mungkin terhantuk dengan siku penculik tadi. Tombol pintu bilik dipulas lalu menolaknya ke dalam. Tuala yang tersidai di ambil lalu masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri.

Selepas siap membersihkan diri, hyo terus baring ke atas katilnya yang empuk. Matanya semakin lama semakin layu lalu terpejam rapat. Nampaknya dia begitu letih pada hari ni .

























-Bersambung-

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top