Part 12

Flashback


" Aku guna cara baik sekarang.  Kau tanda tangan kat sini and semua kerja kita selesai.  Lepas tu kau buat urusan keluarga kau.  Aku buat urusan aku dan tak akan kacau keluarga kau lagi.  Simple right?  "

Sekeping kertas dihulurkan di atas meja . Pen bewarna hitam diberi pada seorang lelaki yang agak berusia .

" Aku tak akan turunkan tanda tangan aku!!!!! Sampai mati pon aku tak akan!!!!  "

Jerit lelaki berusia itu.  Mukanya memerah menahan marah. Dia tekad tak akan beri harta keluarganya begitu sahaja.  Buat la apa pon padanya  , dia tidak akan melakukan juga.

" Kau ni.. Aku guna cara baik.  Kau memang paksa aku guna cara kasar kan?  Kau saba jap "

Sepucuk pistol dikeluarkan dan dihalakan pada lelaki berusia itu.

" Still tak nak turunkan tanda tangan?  "

" AKU CAKAP AKU XAKAN BUAT SEMUA TU!!  KAU PEKAK KE?!  BUNUH LAH AKU!!!  AKU SANGGUP DIBUNUH DARI BAGI SEMUA HARTA KAT KAU!  "

" are u sure ? "  senyuman sinisnya terukir di bibir. Jarinya dipetik memberi isyarat pada orang bawahannya.

Seorang wanita ditarik oleh dua orang bawahannya dari sebuah bilik. Dia meronta² ingin dilepaskan.

" Oppa... Apa dah jadi ni?  " tanya wanita itu .Tidak faham situasi sekarang.  Apa yang dah berlaku?  Apa salah keluarganya?

" Sayang.. Macam mana... "

" Heh.. Kalau kau tak nak turunkan tanda tangan tu.. Aku akan bunuh kesayangan kau ni "

pistol dihalakan pada wanita itu. Wanita itu mula berpeluh dan berdoa agar dirinya tidak ditembak begitu sahaja.

" TOLONG!  JANGAN BUNUH DIA!  URUSAN KAU DENGAN AKU JE KAN?!  KENAPA PERLU  MASUKKAN DIA DALAM HAL NI?  !!"

BANG!!! 

satu das tembakan dilepaskan ke atas.  Berlumbang bumbung zink itu.

" Kau yang paksa aku guna cara kasar.  So.. Tanggung la akibatnya "

" Tolong la.. Aku akan tanda tangan.  Tapi lepaskan dia "

" No.. Selagi tak tanda tangan.. Selagi tu aku tak akan lepaskan.  "

Pen hitam diambil . Menggeletar tanggannya .Sungguh dia tidak percaya apa yang berlaku.

" APPA JANGAN!  JANGAN BAGI DEKAT LAHANAT NI!! "

Serta merta jarinya berhenti dari menanda tangan pada kertas tersebut.  Sungguh dia terkejut mendengar suara anak perempuannya. Kepala di angkat melihat kehadiran anaknya yang berlari ke arah penjahat itu.

Apa dia cuba buat?  bahaya!!!!!

Belum sempat kaki runcingnya menyepak perut lelaki itu,  dia sudah tersungkur di lantai.  Sakit. Nampaknya dia belum lagi mahir dalam mempertahankan diri.

" Jae!!  " Panggil wanita itu atau lebih mendalam eommanya.

Dia bangkit kembali.  Kaki yang sakit tidak dihiraukan.   Dengan langkah yang laju dia berlari ke arah lelaki itu semula.  Rambut lelaki itu ditarik dengan perasaan marah. 

" Anak kau ni menyibuk je!  Lebih baik mati ! Rimas! "

Lelaki itu memegang kedua tangan jae lalu ditarik menjauhi dari rambutnya. Tubuh jae ditolak kasar hingga jatuh ke lantai semula.  Disepak pula perut jae.

Sakit.  Sangat sakit ketika itu.  Air mata yang hampir jatuh ditahan.  Jangan nampak lemah.!

" JAE!!  " Jerit kedua ibubapanya. 

" Aku tak suka orang cari masalah dengan aku.  Mampus la anak kau ni menyusahkan aku . Semoga aman "

Picu pistol ditarik dan dihalakan pada tubuh jae yang terbaring sambil memegang perutnya yang sakit.

" JANGAN!!!!  "

Bang!!

Satu tembakan tepat ke dada milik seorang lelaki. Dia tersenyum memandang wajah anaknya.  Gembira kerana sempat dapat menyelamatkan anaknya. 

" A-appa w-wae?  "

" Mianhae sayang.. Sebab appa.. Keluarga kita terancam.  Maafkan appa ye sayang. Maafkan appa.  Tolong jaga diri baik² . Appa dah tak mampu bertahan "

Wajah mulus anaknya diusap buat kali terakhir sebelum dia pergi untuk selamannya.

" A-appa bertahan!  Kita pergi hospital ye?  Eomma ada boleh bawak appa!  Bertahan la!  Jangan tinggalkan jae dengan eomma!!  Kami perlukan appa!   "

Tangan appanya diraih dengan getaran yang hebat.  Takut.  Sungguh dia takut akan kehilangan seorang ayah.

" appa jebal jangan tinggalkan jae!!!  Appa bangun la!! " Kepala yang mula terasa sakit dipegang.  Entah kenapa rasa sakit sangat. 

" Jae!!!!  " jerit eomma yang sedang cuba melepaskan diri . Dia menyiku dan menolak orang bawahannya sekuat hati.  Kekuatan seorang ibu siapa sangka?

" Aku dah cakap jangan menyusahkan aku. Mari aku selesaikan semuanya dengan cara kasar "

Pistol diacu pula pada eomma jae yang berlari ingin mendapatkan anak dan suaminya.

BUKKKK

" Jangan kau berani tembak mereka "

Pistolnya tercampak jauh akibat pukulan seseorang. Beberapa orang asing masuk lalu sesi pergaduhan bermula. Agak huru hara ketika itu!

Pistol yang jatuh di lantai di pandang oleh eomma.  Ye dia perlu ambil kesempatan yang ada bagi membalas balik perbuatan kejam lelaki hanat itu!

Jae memerhati eommanya lalu memerhati pula orang bawahan yang berada berhampiran dengan eomma. Dia juga mengacukan pistol pada eomma.  Tak!  Benda ni tak boleh terjadi! Dia cuba bangun tapi tak berjaya akibat kakinya sangat lemah ketika itu.

Wanita itu menghalakan Pistol pada dua orang yang sedang bergelut dan bertumbuk. Target dia cuma satu. Bunuh lelaki hanat itu.

" Hey pompuan tua!!!  "

BANG!! BANG!!

Masa seakan² berhenti.  Matanya terbuka luas.  Sakit.. Sangat sakit di dadanya. Pistol yang belum sempat dia gunakan terjatuh ke lantai.  Badannya begetar hebat lalu jatuh terkulai dengan berlumuran darah.

" EOMMA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!  " Jerit jae bersama tangisan yang semakin deras. Sungguh sakit perasaannya ketika ini.  Kenapa semua ni perlu berlaku pada dirinya?  Apa dosa yang telah dia lakukan?

Dia cuba bangun untuk mendapatkan eommanya. Perlahan-lahan dia menghampiri.  Kaki yang begetar hebat melambatkan perjalannya.  Orang disekeliling yang masih bergelut tidak diperdulikan. 

Hatinya remuk. Sangat remuk melihat orang yang disayangi pergi begitu sahaja dihadapannya. 

" e-eomma... Mianhae. Mianhae jae lambat.. " Pandangannya mula kabur. Kakinya semakin lama semakin lemah. Dia tidak dapat lagi menahan.

Tidak sempat badannya rebah ke lantai seseorang telah mengendongnya cara bridal. Itu yang dirasakan oleh jae .

"eomma... Appa.. "  kata² terakhir dari jae sebelum matanya tertutup rapat.


" Maafkan saya " kata dari seorang lelaki yang mengendongnya.




























-Bersambung-

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top