Epilogue ❤

" Chagi! Jung In mintak susu ni. " Jungkook memanggil aku dari bawah. Aku yang sedang sibuk menyikat rambutku yang baru sahaja kering, meletakkan sikat dan segera mengikat rambut dan turun ke bawah.

Sudah genap setahun aku dan Jungkook berkahwin. Kami sudahpun mempunyai seorang cahaya mata yang diberi nama Jeon Jung In. Namanya dari hasil gabungan namaku dan Jungkook. Jung In jarang menangis selain dari dia lapar atau ingin membuang hajat.

" Mana Jung In? Tak dengar dia menangis pun. " soalku pelik. Aku memerhati sekeliling dengan dahiku berkerut.

" Hehehe, mana adalah. Dia tidur tu haa~ " kata Jungkook sambil memeluk pinggangku lalu mengucup pipiku lembut.

" Ish awak ni. Habis tu kenapa awak panggil saya turun? " aku menepuk lengan Jungkook perlahan, geram dengan usikannya.

" Alaa, nak bermanja dengan chagi lah. " jawabnya sambil mencuit pipi gebuku. Waduh budak biskut ni, mengadanya lah. Kalah kucing parsi aku.

" Aih dia ni kan.. " aku mencubit pipinya geram. Kemudian aku ketawa manakala dia mencebik. Haa baru tahu sakitnya apabila pipi dicubit.

" Hmm sukalah tu tengkok saya sakit kan? " Jungkook melepaskan pelukan di pinggangku sambil memeluk tubuh dan mencebik bibir. Lorh sikit je pun.

" Alalala okay okay, mianhae Jungkook oppa~ saya janji tak buat lagi. " ucapku sambil memegang kedua belah pipinya sambil tersengih. Kemudian dia menarikku ke dalam dakapannya. Dia mengusap-usap rambut aku dan bibirnya menyentuh ubun-ubunku.

" Saranghae. " ucap Jungkook dengan nada menggoda.

" Nado~ " balasku sambil mengeratkan pelukan kami.

Beberapa saat kemudian, dia melepaskan pelukan tetapi masih rapatkan pinggang kami berdua. " Chagi, jom. " dia menyengetkan sedikit kepalanya, isyarat untuk menuju ke arah sebelah iaitu bilik tidurnya. Aku menjongketkan kening kerana tak faham.

" Marilah dapatkan adik untuk Jung In! " kata Jungkook sambil smirk lalu menarik tanganku menuju ke dalam biliknya. Kami mula hanyut di dalam percintaan di atas katil.

Sementara Jung In tidur dan tidak sedar akan bunyi desahan ibunya.

Jungkook yang dahulunya menjadi pedang untuk menghiris hati aku, dan pertemukan aku dengan Jimin telah berubah menjadi bara api yang memarakkan cinta kami berdua.

Aku, Yoon Soo In,
Gadis yang lemah dipermulaan,
Merasa keperitan di pertengahan,
Dan bertemu kebahagiaan di pengakhiran.

Kerana seribu tangisan,
Aku dibahagiakan dua kali,
Sebelum aku berjumpa dengan kebahagiaan yang sebenar,
Yang kekal sehingga akhir nyawa,
Bersama seorang insan,
Yang bernama Jeon Jungkook.

THE END~

🌈💜💚💛💙🌈

Thanks guys sebab sudi baca and vote story yang mengarut namatey ni. Sesungguhnya Yery memang tak lepas dari membuat story yang mengarut-marut.

Hope lepas ni Yery boleh buat story yang matang, dan kena dengan citarasa semua orang. Thanks sebab ramai yang bagi support dekat Yery.

Saia sayang anda semua ❤

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top