BAB 8

"Ais, kenapa ni?" soal Duri apabila dia melihat Ais berdiri kaku dan tangannya masih menggenggam surat dengan erat.

"A.. Aku naik ke atas kejap," balas Ais sambil berlari ke tingkat atas.

"Huh? Ais?" Duri terkebil-kebil dengan tingkahlaku Ais itu.

Ais meluru masuk ke dalam bilik dan terus mengunci pintu, dia cepat-cepat duduk di atas lantai dan membuka setiap sampul surat itu. Ais membaca satu per satu surat-surat itu, semakin banyak dia membaca surat itu semakin kencang dadanya berombak.

"Tak mungkin. Tak mungkin," gumam Ais dalam keadaan cemas, wajahnya kelihatan pucat.

Ais membuka lipatan surat yang terakhir dalam perasaan takut dan beberapa keping jatuh daripada lipatan surat itu. Mata Ais membulat apabila dia melihat gambar-gambar itu, setiap gambar itu mempunyai wajah Ais yang diambil secara rahsia. Ais tersentak dan dia cepat-cepat menggoyakkan setiap gambar-gambar tersebut dengan agresif, dadanya berombak dengan kencang.

"Kenapa, kenapa dia boleh tahu aku kat sini?!" fikir Ais, dia memandang sekeliling. Entah mengapa dia terasa seperti seseorang sedang memerhatikan dia.

"Ais? Ais okey ke?" Tiba-tiba suara Duri daripada luar mengejutkan Ais.

"Huh? A... Aku okey!" Ais cepat-cepat mengutip surat-surat dan gambar-gambar yang sudah terkoyak lalu membuangnya ke dalam bakul sampah.

Ais menarik nafas dalam-dalam sebelum membuka pintu bilik, matanya memandang wajah Duri.

"Ais? Betul ke Ais okey ni? Surat-surat tu siapa yang bagi?" soal Duri.

"Ya, aku okey. Kau jangan risau, itu cuma surat daripada kawan aku. Itu sahaja," balas Ais, cuba untuk menyedapkan hati Duri.

"Oh, siapa nama kawan tu?" soal Duri lagi dengan perasaan ingin tahu.

"Huh?... Kenapa tiba-tiba busybody ni? Hm?" Ais mencubit pipi Duri.

"Ah?! Adeh?! Duri cuma nak tahu sahaja, takut-takut Aryan yang hantar surat tu." Duri membalas.

"... Adakah Duri masih risau pasal tadi?" soal Ais.

"Sikit, Duri sedih yang Ais takut tadi. Sebelum kita berpindah sini, Duri perasan Ais jarang rasa takut tapi sekarang..."

"Ah." Ais terdiam seketika lalu dia mengusap rambut Duri.

"Duri jangan risau, aku terkejut sahaja tadi. Sebab itu aku takut. Jangan risau, okey?" Ais memujuk Duri.

"Okey!" Duri menganggukkan kepalanya.

"Sudah, aku nak pergi mandi dulu." Ais mengambil tuala serta baju bersih dan terus meluru ke bilik mandi.

Ais menutup pintu bilik mandi dan terus menguncinya, keluhan keluar daripada mulutnya. Fikirannya berserabut tetapi dia tidak mahu Duri ataupun Tok Aba berasa risau dengan dia, Ais terus menanggalkan seragamnya dan memandang sekeliling. Ais cepat-cepat menutup mana-mana lubang atau tingkap pengudaraan yang ada pada dinding.

"O.. Okey, ini lebih baik." Ais menghela nafas lega, hatinya terasa tenang sedikit.

Ais memusingkan paip pancuran air dan dia terus berdiri di bawah pancuran air sebelum dia menutup matanya. Dia cuba untuk menenangkan fikirannya tapi malah pelbagai benda bermain di dalam fikirannya.

"Ais?" Tiba-tiba suara seorang perempuan menerpa telinga Ais dan beberapa memori buruk muncul di dalam fikirannya.

"Ais dah bangun?" Suara perempuan itu kedengaran lagi tapi kedengaran menggoda dan samar-samar ingatan Ais menunjukkan seorang gadis baring di sebelah Ais.

[SWITCH]

Setahun yang lepas, Sekolah Kebangsaan Kota Hilir...

"Awak ni Ais, kan?" tegur seorang pelajar perempuan yang kelihatan jauh lebih tua daripada Ais.

"Huh? Y..Ya, saya. Kenapa ya?" Ais menatap ke arah gadis itu.

"Awak ada kakak?" soal gadis itu.

"Huh?.. Ta.. Tak. Kenapa?" Ais terkebil-kebil dengan soalan gadis itu tetapi dia menjawabnya sahaja.

"Awak nak berangkat dengan saya tak?" soal gadis itu lagi.

"Huh?! Ma.. Maaf, saya tak boleh!" balas Ais dalam keadaan panik.

"Kenapa? Awak malu ya?" kata gadis itu dengan nada gurau.

"Tak! Cuma.. saya tak pernah berangkat, itu sahaja." Ais membalas lagi.

"Oh, patutlah. Hmm, apa kata kita bercouple?" soal gadis itu pula.

"Huh?!" Ais semakin terkejut.

"Hehe, awak ni comellah. Saya cuma tanya soalan sahaja, awak sudah terkejut." Gadis itu tersenyum lebar sambil mencubit pipi Ais dengan lembut.

Ais terkedu dengan kelakuan gadis itu, wajahnya menjadi kemerahan dan jantungnya terasa berdetak dengan laju.

"Jadi, macam mana? Nak couple dengan saya? Tak apa, kita couple biasa-biasa sahaja. Kalau awak tak suka, kita boleh break up." Gadis itu bersuara itu lagi.

"Okey," balas Ais.

"Huh? Betul ke ni?" kata gadis itu dengan perasaan teruja lalu Ais menganggukkan kepalanya.

"Terima kasih, awak. Sayang awak ni!" ucap gadis itu.

KRINGG!!

Tiba-tiba bunyi loceng bergema, menarik perhatian Ais dan gadis itu.

"Oh, saya kena pergi dulu. Jumpa balik nanti!" kata gadis itu dan dia ingin beredar.

"Nanti, apa nama awak?" soal Ais.

"Huh? Oh, panggil je saya Riana!" Gadis itu membalas sebelum berlari pergi.

"Riana," gumam Ais lalu senyuman Riana menerpa dalam ingatan Ais membuatkan Ais semakin malu.

Adakah ini perasaan cinta? Itu apa yang Ais fikir. Untuk sebulan, Riana sentiasa berkepit dengan Ais. Dia melayan Ais seperti teman lelaki dan berita semakin tersebar kerana Ais dapat berpasangan dengan gadis yang terkenal di sekolah mereka sehinggalah..

"Ais, betul ke Ais couple dengan Riana?! Sebab itu Ais jarang rehat dengan Duri?!" Duri terkejut apabila dia mengetahui berita itu.

"Shhh! Perlahankan suara kau tu!" kata Ais sambil menekup mulut Duri.

"Kenapa? Seluruh sekolah sudah tahu tentang ini?" Duri terkebil-kebil.

"Ya, tapi kita kat rumah sekarang ini. Kalau ayah tahu pasal ni, habis Ais. Faham?" kata Ais.

"Oh, maaf."

"Duri ingat ya, jangan beritahu ayah walaupun sikit pun. Faham?" kata Ais.

"Faham! Serah sahaja kepada Duri!" kata Duri dengan penuh yakinnya.

Setelah itu hubungan Ais dan Riana semakin rapat tetapi Ais perasan yang Riana semakin obses dengan dia dimana ramai pelajar perempuan yang cuba merapati Ais akan tercedera atau dibuli teruk membuatkan Ais berasa kasihan dengan pelajar-pelajar perempuan yang dicederakan oleh Riana. Riana juga selalu mengikuti Ais jika Ais mahu luangkan masa dengan Duri atau rakan sekelasnya, malah waktu tidurnya di dalam kelas selalu diperhatikan oleh Riana.

"Riana?" Ais bersuara, dia sekarang ini duduk bersama Riana di bawah pokok.

"Ya, sayang?" Riana tersenyum manis ke arah Ais.

Ais terdiam seketika sambil tangannya memandang tin air yang berada di dalam tangannya. Dia mengambil nafas dalam-dalam.

"Kenapa awak buli yang lain? Apa salah dorang?" soal Ais.

"Oh? Takkan awak tak sedar? Saya buat semua itu untuk awak supaya tiada sesiapa berani datang dekat dengan awak," balas Riana.

"Ta.. Tapi takkan sampai cederakan mereka," kata Ais.

"Kenapa? Awak suka mereka ke?" Riana menggenggam lengan Ais membuatkan Ais tersentak.

"Ta.. Tak," balas Ais, dia tidak tahu mengapa dia berasa takut dengan Riana kali ini tetapi dia tidak dapat mampu berkata apa-apa.

"Bertenang, Ais. Mungkin betul Riana sayang aku." Itu apa yang Ais fikirkan sehinggalah..

Beberapa minggu kemudian, terlihat Ais terduduk melutut di hadapan Amato yang duduk di atas sofa.

"Ayah dengar yang kamu bercouple sekarang," kata Amato membuatkan Ais membulatkan matanya.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top