BAB 6
Bunyi kipas memenuhi kelas yang senyap sunyi, kelihatan seorang guru sedang mengajar Sejarah di dalam kelas 2 Bakti.
"Ngantuknya," kata Ais di dalam hati, sekali-sekala kelihatan dia menguap dan cuba mengerlipkan matanya daripada tertutup.
"Haha!" Tiba-tiba satu ketawa menarik perhatian seluruh kelas 2 Bakti dan mata mereka terarah pada Aryan dan kumpulannya.
"Tengku Aryan, sila fokus!" kata guru dengan tegas.
"Maaf, cikgu. Kami tak sengaja," kata Aryan dengan yakin lalu guru itu kembali sambung mengajar.
Kelihatan Aryan dan kumpulannya ketawa terkekeh-kekeh setelah guru mereka menoleh.
"Apa punya perangai," omel Ais seorang diri lalu matanya terarah ke luar tingkap.
"Nak?" Duri menghulurkan sebiji gula-gula mint kepada Ais secara senyap-senyap.
"Oh, terima kasih." Ais mengambil gula-gula itu dan membuka bungkusannya secara berhati-hati sebelum masuk ke dalam mulutnya.
"Cikgu, budak baru makan dalam kelas!" Salah seorang pelajar lelaki, Nadzir bersuara dengan lantang menyebabkan Ais hampir-hampir tercekik gula-gula tersebut.
"Hah?! Ais, Duri! Kamu ada makan apa-apa ke?!" kata guru itu dengan tegas.
"Ma.. Mana ada!" kata Duri dan Ais serentak.
Guru itu menghampiri Duri dan Ais sambil bercekak pinggang.
"Buka mulut kamu," kata guru itu.
Duri dan Ais memandang antara satu sama lain. Duri terlebih dahulu membuka mulutnya dengan luas dan guru itu memeriksa mulut Duri, ada gula-gula.
"Kamu?!" Guru itu memandang ke arah Ais.
Ais dengan perasaan takut membuka mulutnya dengan pasrah, kelihatan gula-gula jelas di dalam mulut mereka.
"Budak-budak ni!"
BUK! BUK!
Buku teks dihempas atas kepala Duri dan Ais dengan kuat menyebabkan mereka berdua terkedu.
"Kamu berdua ni budak baru kat sini dah pandai langgar peraturan?! Kelas saya, saya tak mahu kamu berdua makan apa-apa! Faham?!" tengking guru itu.
"Fa.. Faham," balas Duri dan Ais, kepala mereka ditunduk. Masing-masing tidak berani untuk memandang guru tersebut.
"Menyusahkan betul," rungut guru itu sambil menapak ke hadapan.
Kelihatan Aryan tersenyum sinis dan tangannya dihulurkan di bawah meja Nadzir yang berada di belakangnya. Nadzir menepuk telapak tangan Aryan itu. Masing-masing gembira melihat Duri dan Ais dimarahi oleh guru mereka.
Duri dan Ais terdiam membisu, masing-masing masih terkejut dengan apa yang terjadi.
[SWITCH]
KRINGG!!
Loceng bergema di seluruh Akademi Pulau Rintis, kesemua pelajar berpusu-pusu keluar daripada kelas masing-masing untuk pergi rehat termasuk Ais dan Duri.
"Hei, Duri!"
Duri tiba-tiba dapat rasakan seseorang merangkul bahunya.
"Oh, Aryan!"
"Jom, rehat dengan aku?" kata Aryan.
"Boleh! Tapi boleh ke Ais rehat dengan kita sekali?" soal Duri.
"Sudah tentu, jomlah! Itupun kalau Ais nak," kata Aryan sambil memandang ke arah Ais.
".. Okey," kata Ais dengan pasrah, dia tidak mahu tinggalkan Duri bersama Aryan. Jadi lebih baik dia ikut mereka sahaja.
"Cun! Jom," kata Aryan sambil berjalan, tangannya masih merangkul bahu Duri.
Duri mengikut sahaja tindak-tanduk Aryan manakala Ais yang tidak rasa senang hati dengan Aryan, hanya mampu mengikuti mereka daripada belakang.
Mereka bertiga berjalan ke kantin akademi yang sudah dipenuhi dengan pelajar.
"Ais, kau jaga tempat untuk kami. Okey?" arah Aryan.
"Huh? Tapi aku nak beli.."
"Biar Duri yang belikan, kau cari je tempat. Faham?" cantas Aryan.
"... Faham," balas Ais dengan nada pasrah.
"Jom, Duri." Aryan mengheret ke barisan pelajar lelaki dan memotong setiap barisan tanpa rasa malu.
"Eh? Bukan kita tak patut potong barisan?" soal Duri, kehairanan.
"Kau jangan risau sangatlah, semua orang bagi barisan dekat aku. Belilah makanan yang kau nak," kata Aryan.
"Oh. Okey!" kata Duri lalu dia membeli makanan untuk dirinya dan Ais.
Aryan meraba-raba poket seluarnya sendiri seperti mencari sesuatu.
"Alamak, aku tertinggal dompet akulah. Boleh kau bayar untuk aku sekali? Nanti aku bayar balik," kata Aryan.
"Boleh!" kata Duri tanpa berfikir panjang, dia turut membayar makanan untuk Aryan.
Ais yang sudah mengambil tutup duduk hanya mampu melihat Duri daripada jauh, sekali-sekala keluhan keluar daripada mulutnya.
"Jaga tempat untuk kami ke?" Tiba-tiba beberapa orang pelajar lelaki duduk semeja dengan Ais.
"Huh?" Ais terkebil-kebil.
"Terima kasihlah sebab jaga untuk kami. Baik sangat kau ni," ucap Nadzir.
"Kau." Ais merenung tajam ke arah Nadzir.
"Kenapa? Ada apa-apa masalah ke?" soal Nadzir sambil membalas renungan kepada Ais.
"... Tak ada apa-apa," balas Ais sambil memandang ke arah lain.
"Oh, semua dah ada kat sini rupanya." Aryan menegur mereka semua.
"Yo, bos! Dah beli makanan? Untuk kami tak ada ke?" kata Faeq.
"Bos?" Ais mengerutkan dahinya.
"Ini Duri yang bayarkan untuk aku, korang beli makanan korang sendiri." Aryan membalas.
"Mana aci, kami nak pun nak juga. Duri, belikan untuk kami juga!" kata Caleb dengan perasaan tidak malu.
"Oh, boleh!" kata Duri.
"Tak boleh! Korang bolehkan beli sendiri?" cantas Ais.
"Eh, suka hati kamilah! Kami cakap dengan Duri, bukan kau!" bantah Yaqin.
"Tapi aku kembar dia, jadi aku boleh menolak juga! Jom, Duri." Ais melawan sambil bangun dan memegang lengan Duri untuk pergi.
"E.. Eh, tapi Ais!" Duri cuba membantah.
Aryan menjulurkan kakinya di hadapan kaki Ais menyebabkan Ais tersungkur di atas lantai.
"Ais!" Duri terkejut.
Aryan mengambil talam makanan dan menumpahkan makanan atas kepala Ais.
"Huh?! Aryan, apa yang kau buat ni?!" Duri semakin terkejut dengan kelakuan Aryan itu.
Aryan mencangkung di hadapan Ais yang masih terkedu.
"Kau dengar sini, jangan kau nak melawan aku atau budak-budak aku ya? Berani buat macam tu lagi, siap kau." Aryan berbisik di telinga Ais.
Ais membulatkan matanya, matanya menatap wajah Aryan buat seketika. Dia mengetapkan giginya dan Ais terus bangun, meninggalkan Duri bersama Aryan dan yang lain.
"Ais, tunggu!" jerit Duri.
Aryan menghampiri Duri dan merangkul bahunya membuatkan Duri tersentak.
"Kau tak perlu risau pasal Ais, dia baik-baik sahaja. Sekarang, apa kata kau belanja aku dan yang lain. macam?" kata Aryan.
"... O.. Okey." Duri menuruti kehendak Aryan, dia berasa kasihan dengan Ais tetapi dia tidak berani untuk melawan Aryan setelah apa yang Aryan lakukan pada Ais.
Sementara itu, terlihat Ais berlari di sepanjang koridor dengan seragamnya yang sudah kotor. Kesemua pelajar yang berada di koridor itu merenung ke arah dia tetapi Ais menghiraukannya.
BUK!!
"Ugh?!"
"Adeh?!"
Ais terlanggar seorang pelajar perempuan menyebabkan mereka berdua jatuh terduduk di atas lantai.
"Huh? A.. awak okey?" soal pelajar perempuan itu sambil menyentuh rambut Ais ke tepi.
Ais memandang ke arah pelajar perempuan yang berada di hadapannya. Pelajar tersebut memakai topeng, jadi Ais dapat melihat matanya sahaja.
"A.. Aku okey!" Ais cepat-cepat bangun dan kembali berlari, meninggalkan pelajar perempuan itu terkedu tetapi wajah pelajar perempuan itu berubah.
"Heh. Jumpa pun kau, Ais."
Ayat tersebut keluar daripada mulut pelajar perempuan itu lalu senyuman menghiasi bibirnya.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top