BAB 5

Setelah berjalan untuk beberapa minit, akhirnya Duri dan Ais tiba di Akademi Pulau Rintis. Kelihatan beberapa buah kenderaan dan ibubapa yang menghantar pelajar ke akademi tersebut. Jadi jalan di pagar utama akademi tersebut menjadi agak sibuk.

"Akhirnya kita sudah sampai. Ais sudah bersedia?" soal Duri.

Ais perlahan-lahan memegang tangan Duri dengan erat dan menghela nafas dengan dalam, dia tidak tahu mengapa hatinya berdegup dengan kencang. Adakah dia berasa gemuruh atau adakah dia berasa teruja?

"Ya, aku dah bersedia." Ais menganggukkan kepalanya.

Duri dan Ais berjalan masuk ke dalam kawasan akademi itu secara serentak dan mereka berdua perasan beberapa pasang mata memandang ke arah mereka berdua.

"Kita kena pergi ke pejabat, kan?" soal Duri.

"Ya," balas Ais.

Duri dan Ais berjalan masuk ke dalam bangunan akademi tersebut dan terus menuju ke arah pejabat.

"Assalammualaikum?" Duri menegur kerani yang menjaga kaunter depan.

"Waalaikumsalam. Ya, nak apa?" balas kerani itu dengan wajah dingin membuatkan Duri dan Ais terdiam seketika.

"Err.. Kami pelajar baru di sini," kata Duri sambil menghulurkan dokumen itu kepada kerani itu.

Kerani itu memeriksa dokumen tersebut sebelum melakukan panggilan melalui telefon pejabat.

"Ya, mereka sudah sampai. Hm. Okey."

Ganggang telefon diletakkan dan dokumen kembali diberikan kepada Duri semula.

"Tunggu di situ, nanti guru kelas kamu datang ke sini." Kerani menundingkan jarinya ke arah bangku yang berada berdekatan.

"Baik," kata Duri dan Ais serentak, mereka berdua terus duduk di bangku tersebut.

".. Garang betul kerani kat sini," bisik Duri manakala Ais sekadar mampu menganggukkan kepalanya.

Mereka berdua menunggu di dalam pejabat tersebut untuk beberapa minit sehinggalah seorang guru mendekati mereka berdua.

"Adakah ini Duri dan Ais?" soal guru tersebut.

"Ya," balas Duri dan Aia serentak.

"Saya Cikgu Bahri, saya adalah guru kelas kamu berdua. Selamat berkenalan," ucap Bahri.

"Selamat berkenalan, Cikgu Bahri!" ucap Duri dan Ais secara serentak.

"Ini jadual kelas kamu, harap kamu dapat ikut jadual di sini." Bahri menghulurkan jadual kepada Duri dan Ais.

"Baik, cikgu."

"Ayuh, ikut saya. Saya akan tunjuk kamu berdua di mana kelas kamu berdua berada," kata Bahri sambil berjalan keluar daripada pejabat itu terlebih dahulu.

Duri dan Ais mengikuti guru tersebut daripada belakang, sekali-sekala mereka mendengar penerangan daripada Bahri.

"Saya nak kami berdua ikut peraturan di dalam akademi ini, saya harap kamu tidak melakukan apa-apa masalah. Jaga reputasi akademi dengan baik, faham?" Bahri memberi nasihat dengan tegas.

"Baik, cikgu." Ais dan Duri menganggukkan kepala mereka.

Bahri menuju ke sebuah kelas di mana beberapa orang pelajar sedang bersantai di dalamnya, pelajar-pelajar tersebut terkejut apabila guru tersebut membuka pintu kelas.

"Ini kelas kamu berdua, kamu boleh duduk di sana. Di situ masih kosong." Bahri menundingkan dua buah meja yang berada di hujung, berdekatan dengan tingkap.

"Terima kasih, cikgu!" ucap Ais dan Duri serentak.

"Ya." Bahri terus berjalan meninggalkan mereka berdua.

Duri dan Ais berjalan ke arah meja yang ditunjuk oleh Bahri sebentar tadi, kelihatan beberapa pasang mata memandang ke arah mereka berdua.

"Adakah itu pelajar barunya?"

"Dorang kembar ke?"

Kedengaran bisikan daripada beberapa orang pelajar lelaki di dalam kelas itu.

"Boleh tahan kacak juga dorang tu."

"Yang mata hijau tu comel, patut ke aku try ngorat dia?"

"Rasa-rasa mereka ni anak orang kaya ke?"

"Eh, gediknya kau! Tak tahu malu!"

Bisikan daripada pelajar perempuan dapat didengari, sekali-sekala mereka gelak tawa setiap kali mereka memandang ke arah Ais dan Duri.

"Sekolah di sini agak.. lain," fikir Ais di dalam hati, dia mengambil tempat di mana mejanya berdekatan dengan tingkap.

"Akademi ni taklah teruk mana, kan?" bisik Duri dengan teruja.

"Hm. Ya," balas Ais dengan ringkas.

"Hai, awak. Apa nama awak?" Tiba-tiba seorang pelajar perempuan mendekati Duri dan Ais.

"Oh, hai! Nama saya Duri dan ini Ais," kata Duri dengan ramah.

"Hai, Ais! Saya Liyana tapi awak nak panggil saya Yana pun tak apa," kata Liyana dengan ceria.

"Selamat berkenalan, Yana!"

"Awak berdua kembar eh?" soal Liyana.

"Ha'ah, kami kembar!" balas Duri.

"Wah, untungnya dapat satu kelas dengan adik-beradik sendiri!" kata Liyana dengan teruja.

"Hehe." Duri hanya sekadar ketawa kecil dan tersipu-sipu malu mendengar kata-kata Liyana itu.

"Hei, Liyana sayangku!" Tiba-tiba suara yang lantang kedengaran menerpa masuk ke dalam kelas.

"Ugh. Aryan." Wajah Liyana berubah dikala mendengar suara itu.

"Kenapa awak berdiri kat sini?" Aryan merangkul pinggang Liyana membuatkan gadis itu semakin menyampah.

"Jangan sentuh akulah, Aryan!" Liyana menolak tangan Aryan dengan kasar.

"Wah, wah. Kenapa tiba-tiba marah ni? Hm? Siapa ni?" Wajah Aryan berubah apabila Liyan berdiri berdekatan dengan meja milik Duri.

"Hai, aku Duri! Selamat berkenalan!" ucap Duri dengan ceria.

"Du.. Duri!" Ais cuba menghalang Duri tetapi sudah terlambat.

"Oh, jadi korang budak-budak baru tu? Aku Aryan, selamat berkenalan. Mungkin kita boleh jadi kawan. Kan?" kata Aryan lalu senyuman menghiasi bibirnya.

"Ya, aku gembira dapat berkawan dengan kau!" kata Duri pula.

"Duri, awak tak patut kawan dengan Ar.." Kata-kata Liyana terhenti apabila Aryan terus menarik dia pergi daripada Duri dan Ais.

"Kita jumpa waktu rehat nanti, okey?!" kata Aryan sambil mengheret Liyana ke tempat duduknya.

"Okey!" kata Duri.

"Duri, apa yang kau buat?" bisik Ais dengan suaranya yang ditekan.

"Kenapa? Dia nak berkenalan dengan kita sahaja, lagipun dia satu kelas dengan kita. Takkan kita nak sombong, kan?" kata Duri.

"Ya tapi aku rasa ada yang tak kena dengan Aryan tu," bisik Ais lagi.

"Kau ni, Ais. Asyik-asyik risau je, dia nampak baik jelah." Duri membalas membuatkan Ais terdiam seketika.

"Suka hati kaulah," keluh Ais, malas nak layan Duri yang terlebih ramah ini.

"Aryan, boleh tak kau jangan sentuh aku?" kata Liyana dengan tegas.

"Kenapa? Kau suka dekat budak baru tu?" soal Aryan dengan nada geram.

"Kenapa? Kau ada Bella, kau jangan nak tamak sangat ya? Dah banyak kali aku cakap kat kau yang aku tak suka kau, tak faham lagi ke? Rimas aku." Liyana terus menapak ke tempat duduknya dengan perasaan rimas, pagi-pagi sahaja sudah buat dia naik angin.

Mendengar kata-kata Liyana itu membuatkan Aryan tidak berpuas hati, matanya senyap-senyap merenung ke arah Duri.

"Bos, tu budak-budak baru tu ke?" soal seorang pelajar lagi, tulisan Faeq tertera pada seragamnya.

"Ya, budak-budak tulah." Aryan membalas.

"Nak kami ajar dia?" soal Faeq lagi.

"Tak perlu, biar aku uruskan yang ini dulu. Aku nak kenal-kenal dengan dorang ni," balas Aryan lalu senyuman sinis menghiasi bibirnya.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top