BAB 4

KRINGGG!!

Tiba-tiba deringan daripada telefon Ais mengejutkan Ais daripada tidurnya. Dengan mata tertutup sebelah, Ais mematikan deringan telefonnya. Ais mengeluh seketika sambil wajahnya di atas bantal, selalu ibunya bakal mengejutkan dia bangun tetapi bukan untuk kali ini.

"Ngantuknya," rungut Ais seorang diri sebelum dia bangun daripada katil dan berjalan ke arah Duri yang masih tidur dengan nyenyak.

"Duri, bangun." Ais menggoyang badan Duri.

Erangan keluar daripada mulut Duri tetapi matanya masih tertutup rapat, Duri meregangkan badannya sebelum menutup seluruh badannya menggunakan selimut.

Ais berdiri seketika di sebelah katil Duri sebelum dia terus menarik selimut daripada Duri.

"Sejuklah, jangan tarik." Duri merungut.

"Bangun, nanti kita lambat ke sekolah pula." Ais menggoncang badan Duri pula.

"Hnn.. Okey, Okey. Duri bangun," kata Duri lalu dia bangun daripada posisi baring sebelum dia duduk di hujung katil dengan mata yang sudah tertutup.

"Jom cepat. Jangan sambung tidur pula," kata Ais pula sambil menarik lengan Duri.

"Okey, okey." Duri mengikuti kehendak Ais.

Mereka berdua berjalan keluar daripada bilik tidur mereka dan berjalan ke bilik mandi yang berada di tingkat bawah.

"Berus gigi dulu," kata Ais sambil meletakkan Duri di hadapan singki yang berada di luar bilik mandi.

"Okey," balas Duri lalu dia membuka pili paip dan membasuh mukanya sendiri manakala Ais terlebih dahulu masuk ke dalam bilik mandi.

Mata Duri menjadi segar setelah air yang sejuk daripada paip mengejutkan dia, Duri mencuci wajahnya dengan pencuci muka sebelum kembali membasuhnya sekali lagi dengan air. Setelah selesai, Duri mengambil berus gigi dan ubat gigi, memberus giginya.

"Duri?" Ais memanggil nama Duri daripada bilik mandi.

"Ya?!" sahut Duri dengan ubat gigi masih memenuhi mulutnya.

"Boleh ke kau ambil seragam aku? Aku lupa nak ambil tadi!" kata Ais.

"Okey!" balas Duri, dia meludahkan ubat gigi yang berada di dalam mulutnya sebelum dia kumur air untuk membasuh mulutnya.

Duri cepat-cepat mengelap bibirnya dengan tuala dan berlari ke tingkat atas untuk mengambil seragamnya dan juga Ais. Duri kembali berlari ke bilik mandi setelah dapat mengambil seragam mereka.

"Ais!" Duri mengetuk pintu bilik mandi dan Ais cepat-cepat membuka pintu bilik mandi.

"Nah!" Duri menghulurkan seragam kepada Ais.

"Terima kasih," ucap Ais lalu dia mengambil seragamnya dan kembali menutup pintu bilik mandi.

Duri menggantungkan seragamnya di dinding sementara menunggu Ais selesai membersihkan diri, Duri senyap-senyap mengintip ke arah ruang tamu yang masih gelap. Tok Aba masih tidur barangkali.

"Awal bangun?" Tiba-tiba seseorang menegur Duri menyebabkan Duri terkejut.

"Ahh?!" jerit Duri.

"Shh! Jangan jerit, nanti Tok Aba terbangun!" kata Abang Jo sambil menekup mulut Duri.

"O..Oh. Abang Jo rupanya, terkejut Duri." Duri mengusap dadanya.

"Maafkan abang, abang ingat kamu perasan abang tadi." Abang Jo ketawa gemuruh, dia berasa serba salah kerana mengejutkan Duri.

"Haha! Tak apa, Abang Jo."

"Ais tengah mandi ke?" soal Abang Jo.

"Ha'ah, sebab itu Duri tunggu di sini." Duri membalas.

"Oh, patutlah."

Tiba-tiba pintu bilik mandi terbuka, menarik perhatian Duri dan Abang Jo.

"Hm? Oh, Abang Jo pun dah bangun?" kata Ais.

"Ha'ah. Abang nak buat sarapan untuk kamu berdua," balas Abang Jo.

"Eh? Tak payahlah susah-susah, Abang Jo!" bantah Duri.

"Alah, jangan risaulah. Lagipun alang-alang abang nak buat sarapan untuk Tok Aba sekali," kata Abang Jo sambil mengusap rambut Duri.

"Oh, okey. Terima kasih, Abang Jo!" ucap Duri.

"Dah, masuk. Aku tunggu Duri kat atas," kata Ais.

"Okey!" Duri cepat-cepat masuk ke dalam bilik mandi manakala Ais berjalan melepasi Abang Jo.

Abang Jo sekadar memandang ke arah Ais buat seketika lalu matanya melirik pula ke arah pintu bilik mandi sebelum dia mengorak langkahnya ke dapur.

Beberapa minit kemudian, Duri selesai membersihkan dirinya. Duri menapak keluar daripada bilik mandi sambil mengeringkan rambutnya menggunakan tuala, dia berjalan ke tingkat atas dan terus masuk ke dalam bilik.

"Hm? Oh, dah siap?" soal Ais yang sibuk meletakkan buku di dalam begnya.

"Sudah," balas Duri lalu dia menggantungkan tuala berdekatan dengan tingkap bilik.

"Mari sini. Biar aku sikat rambut Duri," kata Ais sambil memegang sikat rambut di dalam tangannya.

"Okey!" Duri terus duduk di hadapan Ais.

Ais menyikat rambut Duri dan mengemaskan rambut Duri dengan gel rambut supaya rambut Duri sentiasa nampak kemas.

"Okey, dah siap. Macam mana?" soal Ais lalu Duri memandang dirinya melalui refleksi cermin.

"Wah, handsome!" puji Duri.

"Haha. Duri sentiasa handsome," kata Ais manakala Duri ketawa kecil.

"Duri dah ambil air wudhu?" soal Ais.

"Sudah!" balas Duri.

"Okey, jom kita solat dulu." Ais bangun dan menyusun sejadah di atas lantai.

Ais memimpin ibadah solat mereka sebagai imam manakala Duri menjadi makmum. Setelah selesai dengan ibadah solat, Ais dan Duri cepat-cepat turun ke tingkat bawah bersama beg masing-masing.

"Ais! Duri! Sini, makan dulu!" Abang Jo memanggil mereka berdua.

"Okey!" Ais dan Duri terus duduk kerusi di meja makan manakala Abang Jo menghidangkan mee goreng kepada mereka berdua.

"Terima kasih, Abang Jo!" ucap Duri lalu dia ingin terus menjamah mee goreng itu.

"Duri, baca doa dulu." Ais menegur Duri.

"Oh, hehe. Lupa," kata Duri lalu dia membaca doa makan sebelum menyuap mee goreng ke dalam mulutnya.

"Bagaimana?" soal Abang Jo.

"Sedap!" puji Duri.

"Hehe, baguslah. Oh, ya. Kamu berdua nak Abang Jo hantar ke?" soal Abang Jo lagi.

"Tak perlu, kami boleh pergi sendiri." Ais membalas.

"Ya, betul tu! Abang Jo teman je Tok Aba, kasihan Tok Aba tinggal sorang-sorang." Duri pula mencelah.

"Hehe. Okey," kata Abang Jo.

Duri dan Ais kembali menjamah mee goreng. Setelah selesai makan, Duri dan Ais berjalan ke arah Tok Aba yang sedang diuruskan oleh Abang Jo.

"Tok Aba, kami pergi dulu." Duri mencium tangan Tok Aba dan Ais turut melakukan perkara yang sama.

"Baiklah, hati-hati ya?" kata Tok Aba.

"Baik," kata Duri dan Ais serentak, mereka berdua berjalan keluar daripada rumah tersebut dan menyarung kasut sebelum bertolak pergi.

Mereka berdua berjalan di sepanjang lorong pejalan kaki. Hanya sesetengah kenderaan kelihatan lalu-lalang, mungkin waktu masih awal.

"Hmm. Duri?" Ais memandang ke arah Duri.

"Kenapa, Ais?"

"Kau.. Kau tak rasa Abang Jo agak pelik sikit?" soal Ais.

"Pelik? Kenapa? Duri nampak biasa sahaja," balas Duri.

"Entahlah. Aku rasa macam ada tak kena dengan dia tu," kata Ais.

"Hmm. Mungkin Ais tidak biasa lagi. Nanti Ais biasalah tu, Duri fikir Abang Jo itu baik-baik sahaja orangnya. Jadi jangan risau sangat, okey?" Duri memujuk Ais.

"... Okey," kata Ais.

Ya, mungkin dia tidak biasa dengan orang asing menjadi ramah kepada dia atau serumah dengan dia. Walaupun, ayah mereka merupakan orang yang berada tetapi mereka tidak pernah mempunyai pembantu rumah atau penjaga seperti Abang Jo.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top