BAB 33

Keadaan hening menyelubungi antara Solar dan Aryanna setelah mengatakan kata-kata azimat itu.

"Kenapa Ais cakap macam tu? Adakah kau masih marah dengan aku pasal video itu?" soal Aryanna.

"... Kalau aku kata ya, apa yang kau nak buat?" soal Solar.

"Aku betul-betul minta maaf, aku cuma nak kau bersama dengan aku buat selama-lamanya! A.. Aku.. Hiks.. Aku tak kau tinggalkan aku! Aku sayang kau sangat-sangat!" balas Aryanna yang mula menangis teresak-esak.

Solar yang melihat Aryanna menangis teresak-esak, mula berasa kasihan dengan gadis itu.

"Tidak! Tidak! Solar, kau jangan kasihan dengan dia ni! Dia penyebab Ais terseksa!" marah Solar di dalam hati.

".. Kalau kau sayang sangat aku, kenapa kau buat aku macam tu?" soal Solar.

"A.. Aku terpaksa! Aku tak nak kehilangan kau! Tolonglah, Ais! Maafkan aku!" rayu Aryanna sambil merentap Solar dengan erat.

Solar yang tersentak dengan pegangan Aryanna itu, cuba ingin melepaskan dirinya tetapi gadis itu malah memegangnya dengan erat.

"Maafkan aku! Maafkan aku! Tolonglah kembali bersama dengan aku!" rayu Aryanna lagi lalu tangisannya semakin deras.

Solar mengetapkan giginya, dia masih berusaha untuk melepaskan dirinya daripada pegangan gadis itu.

"Ais! Ais! Aku janji! Aku takkan buat lagi! Aku janji!" rayu Aryanna lagi.

Solar mengetap giginya erat sebelum melepaskan keluhannya.

"... Maaf. Aku takkan kembali pada kau," ucap Solar membuatkan gadis itu serta-merta berhenti menangis.

"A.. Apa?" Aryanna terkedu.

"Selepas apa yang kau buat kat aku. Mungkin kita tak patut bersama lagi," ucap Solar lagi.

Keadaan menjadi hening buat seketika, tiada bunyi walau sedikit pun setelah Solar melafazkan kata-kata itu.

"Maafkan aku, sampai sini sahaja hubungan kita."

Kata-kata Solar itu membuatkan membuatkan Aryanna perlahan-lahan naik gila.

"Tidak! Tidak! Tak mungkin Ais menolak aku semudah itu! Adakah kemalangan tu buat dia berubah?! Tidak! Aku tak boleh biarkan ini! Kau adalah milik aku buat selamanya! Selamanya!" tempik Aryanna.

"Maafkan aku tetapi ini semua salah kau!" kata Solar sambil melepaskan tendangan kepada Aryanna membuatkan gadis itu tersungkur dan melepaskan pisau daripada genggamannya.

Solar cepat-cepat mengambil pisau itu dan memotong ikatan di tangannya, Solar sekali sekala merintih apabila dia tidak dapat memotong ikatan itu.

"Berhenti! Kau tidak boleh pergi daripada aku!" Aryanna menyerang Solar menyebabkan pergelutan antara mereka berdua berlaku.

Solar cuba melawan Aryanna yang berada di atasnya dengan tangannya yang masih terikat, Solar menggunakan seluruh tenaganya untuk menolak Aryanna menggunakan lututnya. Pergelutan antara mereka berdua menjadi sungguh kasar menyebabkan ikatan di tangan Solar terputus dan pisau dipegang oleh Solar tercampak jauh.

Aryanna yang perasan pisaunya terpelanting, cepat-cepat berlari ke arah pisaunya.

Solar pula ingin melepaskan ikatan di kakinya tetapi tidak berjaya menyebabkan Solar terus mengheret badannya apabila Aryanna terus meluru ke arahnya dengan pisau.

"Aku risau yang kau akan mati tapi ini yang kau balas kat aku?! Aku rasa kau bagus mati, mati! Biar mayat kau jadi milik aku selamanya!" tempik Aryanna sambil menyerang Solar.

"Huh?! Ugh?!" Solar mengerang kesakitan apabila kedua-dua tangannya menahan bilah pisau yang hampir menikam dadanya.

Darah perlahan-lahan mengalir daripada tangan Solar tetapi Solar melawan rasa sakit di tangannya dan memikirkan keselamatannya sekarang ini.

"Le.. Lepaskan aku!" jerit Solar sambil menendang Aryanna sekali lagi.

"Ugh?!" Aryanna mengerang kesakitan apabila badannya terjatuh di atas tanah.

Solar yang tercungap-cungap terus memotong ikatan di kakinya dengan pantas sebelum berdiri untuk melarikan dirinya. Solar berlari ke arah pintu ruangan itu dan cuba untuk membukanya tetapi tidak berjaya.

"Tolong! Tolong!" jerit Solar sambil mengetuk pintu dengan sangat keras.

"Sebanyak mana kau minta tolong, tiada sesiapa akan dengar kau!" Aryanna sekali lagi menyerang Solar.

Solar cepat-cepat menghalang Aryanna dengan memegang pergelangan tangan gadis itu yang mengacukan pisau ke arah perutnya. Solar melawan gadis itu sebaik yang mungkin tetapi Aryanna juga tidak mahu mengalah dan ingin menikam Solar. Dalam keadaan mendesak, Solar mengumpul segala tenaganya untuk mengalih tangan Aryanna ke tepi tetapi malang tidak berbau apabila tangannya tergelincir dan tertikam Aryanna.

"Agh?!" Aryanna mengerang kesakitan membuatkan Solar terus melepaskan gadis itu.

Darah menyembur keluar daripada mulut Aryanna dan gadis itu perlahan-lahan jatuh di atas tanah.

Solar yang melihat keadaan gadis itu mula sesak nafas, jantungnya berdegup kencang. Perasaan takut menyelubungi dirinya.

"A.. Apa yang aku dah buat?"

[SWITCH]

Sementara itu, terlihat Taufan sedang membantu ibunya membersihkan rumah tetapi perhatiannya teralih apabila telefonnya berbunyi. Taufan mengambil telefonnya yang berada di atas meja lalu mengerutkan dahinya.

"Solar? Kenapa dia tiba-tiba telefon ni?" Taufan mengerutkan dahinya.

Taufan menekan butang pada skrin telefonnya lalu meletakkan telefonnya di telinga.

"Helo, Solar? Kenapa kau telefon aku ni?" soal Taufan.

"Ta..Taufan, tolong aku." Solar membalas dengan suaranya yang menggigil.

"Solar? Apa jadi ni?" Taufan membulatkan matanya setelah mendengar suara Solar itu.

"A.. Aku tak tahu aku kat mana. Aku.. Aku dah bunuh Riana. Maafkan aku," ucap Solar.

"Huh?! Apa?!" Taufan tercengang mendengar kata-kata Solar itu.

"Ufan, kenapa tu?!" Tiba-tiba suara ibu kepada tujuh kembar itu kedengaran daripada bilik.

"Ti.. Tiada apa-apa, bu!" balas Taufan.

Taufan cepat-cepat berlari ke biliknya supaya ibu mereka tidak mendengar perbualannya dengan Solar.

"Kau jangan main-main, Solar!" kata Taufan.

"A.. Aku tak main-main. Tolong aku, aku terperangkap sekarang ini." Solar merayu.

"... Hantar lokasi kau, aku akan datang." Taufan cepat-cepat mengambil topi dan jaketnya, dia terus menapak keluar daripada biliknya dalam keadaan tergesa-gesa.

"O.. Okey," balas Solar.

BEEP!

Panggilan dimatikan, Taufan cepat-cepat meluru ke arah pintu utama rumah mereka itu untuk keluar.

"Ufan? Ufan nak pergi mana tu?" sapa ibu mereka.

"Ufan nak keluar sekejap, ada hal kecemasan! Nanti Ufan balik!" balas Taufan sambil berlari dalam keadaan tergesa-gesa, meninggalkan tanda tanya kepada ibu mereka.

Taufan mengeluarkan telefonnya semula dan membuka lokasi yang dihantar oleh Solar, ternyata Solar terperangkap di tempat yang tidak diketahui. Taufan mengetapkan giginya dan dia cepat-cepat meluru ke stesen kereta api.

"Bertahanlah, Solar."

Sejam kemudian, kelihatan Solar terduduk diam di bucu ruangan itu dengan tangannya yang luka sudah berbalut menggunakan seragamnya. Dia tidak sanggup untuk melihat Aryanna yang sudah terkaku di atas tanah.

BANG! BANG!

Tiba-tiba hentaman yang sangat kuat mengejutkan Solar membuatkan dia semakin ketakutan, matanya tertumpu pada pintu ruangan tersebut yang dihentam berkali-kali.

BANG! BANG! KLING!

Pintu tersebut berjaya dibuka secara paksa oleh seseorang yang dikenali oleh Solar.

"Ufan!" jerit Solar.

"Huh? Solar!" Taufan terus berlari ke arah Solar dan menenangkan Solar.

"Kau tak apa-apa, kan?! Apa yang Riana dah buat kat kau?!" soal Taufan dengan perasaan risau.

"Di.. Dia cuba bunuh aku," balas Solar.

"Apa?" Taufan membulatkan matanya.

"Dia.. Dia juga penyebab Ais jatuh daripada bangunan," kata Solar lagi membuatkan Taufan terkedu.

"Apa maksud kau?" soal Taufan tetapi Solar hanya mendiamkan dirinya sambil menghulurkan telefon milik Ais yang sudah retak.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top