BAB 32

Hari Keenam, 8:30 pagi, Dewan Akademi Pulau Rintis...

Kesemua pelajar mula berkumpul memenuhi Dewan Akademi Pulau Rintis untuk menyambut Majlis Hari Perpisahan pengetua akademi tersebut termasuk Taufan yang menutup kepalanya dengan hoodie yang dipakainya, matanya melilau memandang persekitarannya dengan pandangan yang dingin.

Taufan mengambil tempat yang disediakan khas untuk pelajar lelaki tetapi dia memilih kerusi yang lebih dekat dengan laluan di antara ruang duduk pelajar lelaki dan perempuan.

"Hei, kau dengar tak yang kakak Aryan hilang?"

Tiba-tiba satu perbualan menarik perhatian Taufan membuatkan dia melirik sedikit.

"Huh?! Kau biar betul ni?!"

"Ya, mak dan ayah Aryan sudah membuat laporan dan pihak polis sedang mencari dia."

"Heh, baru sekarang pihak polis tahu nak buat kerja." Taufan gumam seorang diri, suaranya kedengaran tidak puas hati.

Beberapa minit kemudian, kesemua pelajar dan staff akademi memenuhi dewan dan majlis perpisahan tersebut dimulakan dengan beberapa ucapan dan persembahan. Kesemua pelajar bersorak ria dan bergembira ketika majlis tersebut berlangsung kecuali Taufan yang menatap pentas dengan pandangan kosong.

"Terima kasih kepada kelas 5 Bakti atas persembahan yang mengagumkan itu! Berikan tepukan kepada mereka semua!" ucap pengerusi majlis dan kesemua pelajar bertepuk tangan kecuali Taufan.

"Sekarang mari kita lakukan acara yang seterusnya ialah memberikan hadiah kepada pengetua sebagai penghargaan, kesemua staff dan pelajar telah menyediakan hadiah terbesar kepada pengetua yang kita sayangi!" ucap pengerusi majlis itu lagi lalu sebuah kotak turun daripada siling pentas dengan seutas tali berjuntai daripada kotak tersebut.

"Kita mempersilakan pengetua kita untuk membuka hadiah ini!" sambung pengerusi itu lalu pengetua akademi itu berjalan ke tengah pentas dan kesemua pelajar menepuk tangan mereka dengan penuh gemuruh.

"Baiklah! Mari kita melakukan kiraan tiga! Kamu semua dah bersedia?!"

"Sudah!"

"Baiklah, mari kita kira!"

"Tiga!"

"Dua!"

"Satu!"

Tali tersebut ditarik oleh pengetua dan kotak tersebut terus terbuka menyebabkan segala isi di dalam kotak itu berjatuhan seperti konfiti tetapi mengejutkan semua orang apabila sekujur mayat tergantung keluar daripada kotak tersebut.

Mayat tersebut dilumuri dengan tanah dan darah kering, rambutnya yang panjang dan kelihatan basah menutupi wajahnya. Terdapat papan putih tergantung di leher mayat itu dengan tulisan berwarna merah.

PENIPU!

BERITAHU KEBENARANNYA!

Kesemua pelajar dan staff yang hadir menjerit ketakutan dan berlari seperti lipas kudung setelah melihat mayat tersebut manakala pengetua akademi itu hanya mampu terduduk di atas pentas dengan matanya menatap ke arah mayat itu dalam perasaan ketakutan.

Ketika keadaan dalam kehuru-haraan, terlihat Taufan masih terduduk statik di atas kerusinya sebelum dia mengangkat kedua-dua tangannya sebelum menepuk kedua-dua tangannya. Ketawa terlepas daripada mulutnya seperti sesuatu yang lawak ditayangkan di hadapannya.

Terlihat juga Aryan yang berdiri kaku sambil memandang ke arah mayat yang tergantung itu, matanya terarah pada gelang yang berada di pergelangan tangan mayat itu.

"Huh?! Ka.. Kakak?" gumam Aryan, dia dapat rasakan badannya terasa berat setelah mengetahui siapakah mayat itu.

"Hahahaha!"

Tiba-tiba hilaian ketawa milik Taufan menarik perhatian Aryan menyebabkan Aryan terus menyerang remaja itu.

"Kenapa kau ketawa, huh?! Kau fikir ini jenaka buat kau?!" marah Aryan sambil merentap kolar milik Taufan.

"Hahaha! Kenapa kau marah? Lagipun dia adalah penyebab kenapa Ais terseksa," kata Taufan dengan sinis.

Aryan tersentak mendengar kata-kata Taufan itu lalu dia menatap warna mata milik Taufan. Ianya biru terang.

".. Nanti, siapa kau?"

"Siapa aku? Aku adalah abang kepada mangsa yang kau dan kakak telah seksa!" marah Taufan.

Dua hari sebelumnya, kelihatan Solar membeli buah-buahan yang diminta oleh Abang Jo setelah pulang daripada sekolah. Hari ini Solar terpaksa pergi ke akademi seorang diri kerana Taufan mempunyai hal di Kota Hilir.

"Nampaknya semua sudah cukup," gumam Solar seorang diri sambil memeriksa buah-buahan di dalam plastik yang dijinjingnya.

Setelah yakin buah-buahan yang dikirimkan oleh Abang Jo sudah mencukupi, Solar mengorak langkahnya untuk pulang ke rumah melalui jalan pintas setelah dia membiasakan dirinya di Pulau Rintis tetapi jalan pintas tersebut teramat sunyi seperti tiada sesiapa pernah melaluinya.

"Harap-harap aku sempat tukar contact lense ni nanti, tak pasal-pasal pula kantoi nanti." Solar memeriksa skrin telefonnya, menatap refleksi dirinya di skrin telefonnya lalu fikirannya beralih kepada situasi yang berlaku semasa dia memeriksa telefon Ais.

Solar berasa berbelah bahagi untuk memberitahu abangnya tentang isi dalam telefon milik Ais. Hatinya terasa berat untuk memberitahu perkara sebenar kepada Taufan.

BRR! BRR! BRR!

Tiba-tiba deringan kedengaran daripada beg galas milik Solar, Solar cepat-cepat menggalas cuma satu tali begnya untuk mencapai telefon yang berdering di dalam begnya.

"Huh?! Macam mana aku terlupa nak simpan telefon ni dalam laci tadi?!" kata Solar apabila dia baru sahaja tersedar dia terbawa telefon milik Ais bersamanya.

Mata Solar tertumpu pada nama yang tertera pada skrin telefon itu.

"Riana?"

KTANG!

Tiba-tiba bunyi tong cat mengejutkan Solar menyebabkan remaja itu terus menoleh ke belakang, perasaan tidak sedap hati mula menyelubungi diri Solar membuatkan Solar terus memecut lari. Bunyi deringan telefon Ais dihiraukannya, sekarang ini Solar memikirkan keselamatannya.

BUK!

"Ugh?!" Solar tiba-tiba mengerang kesakitan apabila sesuatu memukul kepalanya daripada belakang dengan sangat keras membuatkan Solar terus terbaring di atas tanah yang kotor itu.

Seorang sosok misteri menghampiri Solar sambil melempar alat yang memukul Solar sebentar tadi. Sosok itu membongkokkan badannya sebelum menekup kain ke wajah Solar dengan sepenuh tenaganya.

"Hmph?! Hmph!" Solar cuba melawan sosok misteri tersebut tetapi cecair yang ada pada kain itu membuatkan Solar perlahan-lahan tidak sedarkan dirinya.

[SWITCH]

TIK! TIK! TIK!

Air menitik jatuh daripada siling ke atas wajah Solar membuatkan dia perlahan-lahan bangun daripada pengsannya, Solar terkejut apabila dirinya bukan lagi berada di luar tetapi di dalam sebuah ruangan bawah tanah dan terikat di kedua-dua tangan dan kakinya.

"Aku kat mana ni?! Sesiapa tolong! Tolong!" jerit Solar sambil dia cuba untuk melepaskan dirinya daripada ikatan tersebut.

"Ah, Ais. Akhirnya awak sudah bangun," kata seseorang yang menarik perhatian Solar.

"Hu..Huh?! Ri.. Riana?!"

"Hai, Ais. Sudah lama kita tidak berjumpa, kan?" kata Aryanna sambil menghampiri Solar.

"Riana, apa yang kau buat kat aku ni?! Lepaskan aku!" kata Solar.

"Aku takkan lepaskan kau kali ini," balas Aryanna lalu sebilah pisau diacukan pada leher Solar membuatkan remaja itu terdiam.

"Aku tidak percaya kau masih hidup, aku fikir yang aku bakal kehilangan kau. Sepertinya aku cuma bermimpi yang kau sudah mati," kata Aryanna lagi.

"Hu.. Huh? A.. Apa maksud kau?" soal Solar.

"Kau tidak tahu? Aku mimpi yang kau jatuh bangunan sebab aku, aku nampak kau mati! Mati!" kata Aryanna membuatkan Solar terkedu.

"Huh? Ta.. Tak mungkin," gumam Solar, dia tidak percaya setelah mendengar kata-kata Aryanna itu.

"Rupa-rupanya kau masih hidup, aku gembira sangat-sangat," kata Aryanna lalu dia memegang kepala Solar.

"Aku fikir aku akan kehilangan kau, Ais. Aku sayang kat kau," sambung Aryanna.

"Ti.. Tidak! Lepaskan aku! Aku tak suka kaulah!" marah Solar.

"Ais? Apa yang kau cakap ni?" Aryanna terkejut mendengar kata-kata Solar itu.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top