BAB 3
Bagasi diangkat keluar daripada bonet, Duri berjalan mendekati tingkap tempat pemandu teksi.
"Terima kasih sebab hantar kami," ucap Duri sambil menghulurkan duit kepada pemandu itu.
"Sama-sama. Jaga diri kamu baik-baik," kata pemandu itu sebelum memandu teksinya pergi.
"Hmm. Macam sunyi je rumah? Betul ke Tok Aba dan Abang Jo ada kat dalam?" Duri mengerutkan dahinya sambil memandang rumah yang berada di hadapannya.
"Jomlah kita ketuk pintu dulu," kata Ais sambil berjalan mendekati pintu rumah itu.
TOK! TOK! TOK!
Ketukan diberikan oleh Ais sebanyak tiga kali.
"Assalammualaikum, Tok Aba? Abang Jo?" jerit Ais.
"Waalaikumsalam!" sahut seseorang yang kedengaran muda dari dalam rumah tersebut.
KLIK!
Pintu rumah tersebut terbuka luas dan menunjukkan seorang pemuda yang memakai seragam seperti seorang jururawat.
"Abang, Abang Jo ke?" soal Duri.
"Ya, saya. Kamu berdua pasti Duri dan Ais, kan? Masuklah, Tok Aba tak sabar nak jumpa kamu berdua." Abang Jo membalas sambil memberi laluan kepada Duri dan Ais.
Duri dan Ais menapak masuk ke dalam rumah tersebut bersama bagasi mereka. Pemandangan pertama yang mereka lihat adalah Tok Aba terbaring di atas katil yang menyerupai katil hospital, sedang menonton televisyen.
"Tok Aba!" Duri berlari ke arah Tok Aba lalu dia terus memeluk lelaki tua itu.
"Huh? Oh, Duri. Itu kamu ke?" soal Tok Aba.
"Ya, Ais pun ada ni." Duri membalas.
"Oh, cucu-cucu Tok Aba dah sampai rupanya. Tok Aba rindu dengan kamu berdua," kata Tok Aba sambil mencium pipi Duri.
"Duri pun rindu Tok Aba!" kata Duri.
"Tok Aba." Ais menghulurkan tangannya dan terus mencium tangan Tok Aba.
"Kamu berdua dah makan?" soal Tok Aba.
"Belum lagi, kami fikir nak makan kat sini sahaja. Ibu ada bungkus makanan untuk kami, Tok Aba nak rasa?" balas Duri.
"Tak apa, kamu berdua makan jelah." Tok Aba menolak.
"Okey!" kata Duri.
"Jo, bawa budak-budak ni ke bilik mereka." Tok Aba memandang ke arah Abang Jo.
"Baik, Tok Aba. Jom, ikut abang." Abang Jo memimpin Duri dan Ais ke tingkat atas.
Duri dan Ais mengangkat bagasi mereka dan mengikuti Abang Jo ke sebuah bilik tidur.
"Ini bilik kamu berdua, Abang Jo sudah bersihkannya sebelum kamu berdua datang ke sini." Abang Jo membuka pintu bilik tersebut.
"Terima kasih, bang. Susah-susah sahaja," kata Duri.
"Tak susah manalah, ini memang tugas abang. Segala kehendak Tok Aba, abang perlu tunaikan. Betulkan?" kata Abang Jo sambil mengusap rambut Duri dengan lembut.
"Masuklah dulu. Kalau kamu berdua nak apa-apa, panggil je abang." Abang Jo berjalan turun ke tingkat bawah.
"Baik, bang!" Duri dan Ais membalas serentak sebelum mereka masuk ke dalam bilik itu.
Bilik tersebut agak luas di mana dua buah katil bujang terletak rapat pada dinding.
"Jom kita kemas baju kita dulu. Nanti kita kena seterika seragam kita pula," kata Ais.
"Oh, oh! Jom kita tengok hadiah yang lain bagi?" kata Duri dengan teruja.
"Hehe. Okey," balas Ais.
"Yeay!" Duri dengan perasan teruja meletakkan beg kertas yang berisi hadiah daripada kembar mereka di atas lantai.
Duri dan Ais bersila di atas lantai bilik, mengelilingi beg kertas tersebut.
"Mari kita tengok apa yang mereka bagi," kata Duri lalu dia mengeluarkan hadiah di dalam beg itu satu per satu.
Mereka berdua memeriksa hadiah yang diberikan oleh kembar-kembar mereka. Halilintar memberi sekotak pensel, Gempa memberi bingkai gambar mereka sekeluarga manakala Blaze memberi dua buah komik yang sama.
"Haha. Apa ni, Blaze? Komik?" kata Duri.
"Dia pasti tidak tahu nak bagi hadiah apa," kata Ais pula.
"Ya. Apapun, sekurangnya Duri tak kebosanan. Nanti Duri baca," kata Duri.
Tiba-tiba telefon milik Duri berdering, Duri mengeluarkan telefonnya dan menjawab panggilan tersebut yang merupakan videocall daripada Gempa.
"Eh, Gempa!" kata Duri dengan teruja sambil menghalakan skrin telefonnya ke arah dirinya dan Ais.
"Korang dah sampai Pulau Rintis ke?" soal Gempa.
"Sudah!" kata Duri.
"Baguslah. Dah tengok ke hadiah yang kami bagi?" soal Gempa.
"Sudah, terima kasih untuk hadiahnya!" ucap Duri.
"Kami suka sangat." Ais mencelah.
"Haha! Sama-sama. Baguslah korang suka hadiah daripada kami," kata Gempa.
"Nanti, bukan ke korang sekolah sekarang ni?" soal Duri.
"Oh, kami tengah rehat sekarang. Hari ni dapat kelonggaran sebab kami ada latihan untuk Festival Kebudayaan," balas Gempa.
"Oh, patutlah pun." Duri mengganggukan kepalanya, faham.
"Macam mana dengan Tok Aba?" soal Gempa.
"Tok Aba dah terbaring di atas katil, sepertinya dia sudah tidak larat lagi tapi korang jangan risau. Abang Jo jaga Tok Aba dengan baik," balas Duri.
"Baguslah." Gempa menghela nafas lega.
"Mana Hali?" soal Duri lagi.
"Oh, itu ha. Masih berlatih lagi," balas Gempa sambil mengalihkan kamera telefonnya ke arah Halilintar yang sudah berlatih menari zapin di atas pentas.
"Amboi, zapin! Tak pernah-pernah Duri nampak Hali menari zapin," kata Duri.
"Haha! Kan! Aku pun terkejut yang cikgu kami pilih Hali menari zapin," kata Gempa pula.
Duri dan Ais berbual dengan Gempa untuk beberapa minit sehinggalah waktu rehat untuk Gempa sudah habis.
"Alamak! Dah nak pukul satu lebih ni, kami kena pergi balik ke asrama untuk makan dan solat!" balas Gempa.
"Alah, cepatnya masa berlalu!" Duri mencebikkan bibirnya.
"Haha! Nanti kita sembang-sembang lagi okey?" pujuk Gempa.
"Okey, kira salam kat Hali ya?! Bye, bye!" ucap Duri manakala Ais melambaikan tangannya kepada Gemla.
"Okey, okey! Nanti aku kirim salam kat Hali! Bye, bye!" ucap Gempa sebelum panggilan dimatikan.
"Hah. Duri rasa lega lepas dapat call dengan Gempa," kata Duri.
"Aku pun," kata Ais pula.
"Hmm.. Ais?"
"Ya? Kenapa, Duri?" Ais mengerutkan dahinya.
"Rasa-rasa Taufan dan Solar tahu tak kita pindah ke sini?" soal Duri.
Ais terjeda sekejap lalu dia menggosok dagunya sendiri.
"Aku tak pasti tapi kita tak dapat apa-apa panggilan daripada mereka, mungkin ayah tak beritahu mereka." Ais membalas.
"Hmm.. Duri rindu Solar," kata Duri dengan nada sedih.
"Nanti kita telefon Solar, okey?" Ais memujuk Duri.
"Hmm.. Okey!" Duri menganggukkan kepalanya.
"Dah jom kemas," kata Ais.
Mereka berdua mengemas baju mereka ke dalam almari.
Setelah itu mereka bersenang-senang di dalam rumah Tok Aba sehinggalah malam melabuhkan tirainya.
Pada malam itu, kelihatan Ais sedang bersiap-siap untuk tidur. Dia sekali-sekala melembutkan bantalnya sebelum meletakkan kepalanya di atas bantal itu.
"Dah siap untuk tidur?" soal Duri.
"Sudah," balas Ais.
Duri mematikan lampu bilik itu dan pancaran daripada cahaya bulan menyinari bilik mereka, Duri terus baring di atas katilnya, dia menarik selimut dan menutupi badannya.
".. Ais?"
"Ya?" balas Ais yang sudah menutup matanya.
"Rasa-rasa macam mana sekolah baru kita?" soal Duri.
"Hmm. Aku tak pasti, kita tengoklah esok. Kenapa? Risau?" soal Ais pula.
"Sikit."
"Heh. Jangan risaulah, aku ada. Lagipun kita dapat satu kelas," kata Ais.
"Okey;" balas Duri ringkas, matanya merenung siling bilik.
Entah mengapa dia berasa gemuruh.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top