BAB 28

Hari Kedua, 7:15 pagi...

Kelihatan Fang berdiri di pintu pagar Akademi Pulau Rintis, memantau pemakaian pelajar-pelajar yang masuk ke dalam akademi tersebut.

"Hai, Abang Fang!"

Seseorang menegur Fang membuatkan remaja itu menoleh ke arah sumber yang memanggil namanya.

"Oh, ianya Ais dan Duri." Fang memandang ke arah pasangan kembar yang datang menghampirinya.

"Selamat pagi!" ucap Taufan dengan ramah.

"Selamat pagi. Kenapa ni? Korang nak apa daripada aku?" Fang bercekik pinggang.

"Eh, macam mana abang tahu yang kami nak apa-apa daripada abang ni?" kata Taufan.

"Tengok perangai kau pun dah tahu."

"Hehe. Oh ya, boleh kami tanya sesuatu?" soal Taufan.

"Hm, tanyalah." Fang membalas.

"Abang kenal tak mana-mana pelajar perempuan nama Yaya?" soal Taufan.

Kelihatan Fang serta-merta terdiam, wajahnya juga pucat setelah mendengar soalan daripada Taufan itu.

"Hm? Bang? Abang okey ke ni?" soal Solar apabila dia terperasan dengan riak wajah Fang itu.

"Kau ikut aku sekarang," kata Fang sambil merentap tangan Taufan dan Solar sebelum mengheret pasangan kembar tersebut.

"Eh?! Eh?! Abang nak bawa kami ke mana ni?!" soal Taufan dalam keadaan cemas.

"Ikut sahaja aku!" kata Fang dengan tegas, dia mengheret pasangan kembar itu ke belakang sebuah bangunan yang berdekatan dengan mereka.

Fang memandang sekeliling supaya tiada sesiapa mendengar perbualan mereka sebelum mengepung Taufan dan Solar.

"Macam mana korang tahu pasal Yaya ni?" soal Fang dengan tegas.

"A.. Ah, tentang tu." Taufan mula panik apabila Fang merenung ke arah mereka berdua seperti mahu membaham mereka berdua.

"Oh, kami tahu daripada orang di kawasan sini!" celah Solar.

"... Sudah tentu." Fang mengeluh.

"Sebanyak mana korang dah dengar?" soal Fang.

"Oh, sedikit. Kami dengar yang kawan baik Yaya mati?" kata Taufan tanpa bertapis.

Fang terdiam seketika membuatkan keadaan menjadi sedikit janggal.

"Ish, kau ni! Cakap tu bertapislah sikit!" bisik Solar sambil menyiku lengan Taufan.

"Ah, maaf! Saya tak patut macam tu, maafkan saya kalau ianya buat abang rasa tidak selesa," ucap Taufan.

Fang melepaskan keluhan yang berat sambil dia menatap ke arah Taufan dan Solar.

"Kenapa kau nak tahu sangat pasal Yaya?" soal Fang lagi.

"Oh, sebab kami nak jumpa dengan dia. Ada sesuatu kami ingin tanya."

"Tak boleh." Fang mencantas kata-kata Taufan.

"Eh, kenapa?" Taufan terkebil-kebil.

"Dengar sini, biar aku terangkan secara ringkas. Yaya adalah salah satu pengawas di akademi ini tetapi kerana kejayaan dia dan perangai dia yang selalu mengikuti peraturan sekolah, Aryan selalu ditangkap oleh Yaya. Atas sebab marah dan dengki, Aryan cuba untuk jatuhkan Yaya tapi tiada satu pun yang dapat jatuhkan Yaya sehinggalah Aryan mempergunakan kawan baik Yaya sendiri iaitu Ying. Aryan dan ahli kumpulannya menghancurkan segalanya daripada Ying, maruah dan mental. Jadi Ying pilih untuk bunuh diri dan di situlah titik permulaan Yaya menjadi hancur serta-merta. Dia tidak menerima kenyataan bahawa Ying sudah tiada," terang Fang panjang lebar membuatkan Taufan dan Solar terkedu serta-merta.

Mendengar keterangan tersebut, Taufan berasa hatinya panas semacam. Dia tahu perasaan itu kerana ianya juga berlaku pada dirinya sekarang ini.

"Jadi, mana Yaya sekarang?" soal Solar.

"Dia sekarang ulang-alik masuk hospital. Mak dan ayah dia tak tahu nak buat apa-apa dengan Yaya sekarang ini dan cuma berharap yang Yaya bakal pulih dan menerima kenyataan bahawa Ying sudah tiada," balas Fang.

Taufan dan Solar memandang antara satu sama lain, masing-masing serba salah menyoal hal sensitif tersebut.

"Maafkan kami sebab suruh abang cerita pasal ini," ucap Solar.

"Tidak mengapa. Aku yakin suatu hari nanti mungkin semua orang akan tahu," balas Fang.

"Hmm. Adakah kes kematian Ying disenyapkan begitu sahaja?" soal Taufan.

"Huh? Macam mana kau tahu ni?" Fang menerbeliakkan matanya.

"Eh, eh! Haha! Nampaknya kami kena masuk kelas ni, terima kasih sebab jawab soalan kami!" celah Solar.

"Sama-sama?" Fang keliru.

"Maaf sebab ganggu abang buat kerja! Kita jumpa lagi nanti, bye!" Solar cepat-cepat mengheret Taufan daripada Fang.

Fang berdiri kaku sambil memandang Taufan dan Solar yang kelam-kabut beredar seperti lipas kudung.

"Budak-budak ni pelik betul," gumam Fang sebelum dia kembali untuk bertugas.

Solar mengheret Taufan di sebalik dinding, nafasnya tercungap-cungap kerana penat berlari.

"Kenapa dengan kau ni?! Nanti orang lain curiga, macam mana?!" marah Solar.

"Maaf, maaf! Aku terlalu marah sangat tadi sehingga aku tak sengaja terlepaskan soalan tu!" rayu Taufan.

Solar mengeluh sambil menggulingkan matanya.

"Tapikan, kasihan weh Yaya. Aryan tu memang melampau betul!" kata Taufan.

"Ya, aku setuju. Aku rasa bukan sekali kes ini terjadi, aku yakin ramai lagi mangsa yang mati bunuh diri kerana Aryan." Solar mengusap dagunya sendiri.

"Hmm. Aku pun rasa macam tu." Taufan menyetujui pendapat Solar.

"Tapi apapun kita kena pergi ke kelas dahulu," kata Solar.

Taufan menganggukkan kepalanya lalu mereka berdua menuju ke kelas mereka. Setelah tiba di kelas, Taufan dan Solar memeriksa tempat duduk mereka supaya kejadian semalam tidak terjadi lagi.

"Nampaknya tempat duduk kita selamat kali ini," kata Taufan.

"Ya. Aku rasa Aryan datang lambat, jadi dia takkan buat benda tu sekali lagi." Solar membalas.

Suara riuh-rendah sekumpulan pelajar memasuki kelas tersebut menarik perhatian Taufan dan Solar.

"Speaking of the devil," gumam Solar.

Kumpulan Aryan dan pasangan kembar itu memberi tatapan tajam, masing-masing tidak berpuas hati dengan kejadian semalam.

"Apa pandang-pandang?!" marah Aryan.

"Suka hati akulah, mata aku. Aku boleh pandang apa-apa sahaja!" balas Solar.

"Kau diamlah, lelaki miang!" marah Aryan lagi.

"Apa yang kau cakap kat dia?!" Taufan mula naik angin apabila Solar dipanggil dengan panggilan tidak senonoh tetapi Solar terus menenangkan abangnya yang satu itu.

"Hmph! Pagi-pagi sahaja buat aku sakit hati! Siap korang berdua, memang kau akan menyesal nanti!" marah Aryan lagi sebelum berjalan keluar dengan perasaan tidak puas hati.

Taufan berdengus kasar sambil menghempas punggungnya di atas kerusi dengan kasar.

"Sabar, sabar." Solar menenangkan abang kembarnya itu.

[SWITCH]

KRING!!

Loceng berdering menandakan waktu rehat sudah tiba, kesemua pelajar berpusu-pusu ke kantin untuk membeli makanan termasuk Taufan dan Solar.

"Apa kata hari ni kita beli makanan dari mesin gedegang?" soal Solar.

"Hmm. Bagus juga, tak adalah lama sangat kita nak beratur nanti." Taufan menyetujui kata-kata Solar itu.

Pasangan kembar itu berjalan menuju ke mesin layan diri yang berada di sebelah kantin, masing-masing ingin mengeluarkan duit poket untuk membeli makanan tetapi Taufan kelihatan tercari-cari sesuatu di setiap poket seragamnya.

"Hm? Kau dah kenapa macam beruk gatal ni?" soal Solar.

"Aku rasa aku tertinggal dompet aku dalam beg," kata Taufan.

"Huh?! Macam mana kau boleb tertinggal?!" Solar terkejut.

"Sekejap ya. Aku pergi ambil!" Taufan cepat-cepat berlari anak meninggalkan Solar seorang diri di mesin layan diri.

Solar mengeluh sambil menggelengkan kepalanya.

"Nampaknya aku kena tunggulah ni?" gumam Solar seorang diri.

"Maafkan saya?" Tiba-tiba seseorang menegur Solar.

"Ya?" Solar membalas.

"Awak Ais, kan?" soal pelajar perempuan itu.

"Ya, kenapa ya?" Solar kehairanan.

"Ada cikgu nak jumpa awak di perpustakaan, dia kata awak kena datang segera." Pelajar perempuan itu berkata.

"Oh, okey. Nanti saya datang, terima kasih." Solar membalas lagi.

Pelajar perempuan itu menganggukkan kepalanya sebelun beredar.

"Kenapa tiba-tiba cikgu nak jumpa aku ni?" fikir Solar.

Solar berfikir seketika sebelum menjongketkan bahunya dan berjalan menuju ke perpustakaan.

Setelah tiba di perpustakaan, Solar memandang sekeliling. Perpustakaan itu kelihatan senyap sunyi, seperti tiada kelibat pelajar ataupun guru.

"Hm. Aku kena tipu ke?" Solar keliru sambil memandang sekeliling untuk kepastian, dia mengeluh sebelum kembali berjalan keluar daripada perpustakaan itu.

Ketika Solar sudah menjejak keluar daripada perpustakaan itu, seorang pelajar perempuan yang dalam keadaan berserabut turut berjalan keluar dengan wajah ketakutan.

"Ahhh!!" Pelajar perempuan itu menjerit histeria, menarik perhatian pelajar-pelajar yang lalu-lalang termasuk Solar.

"Apa yang jadi ni?!" Seorang guru perempuan berlari ke arah pelajar perempuan itu.

"Be.. Bella?! Kenapa dengan kamu ni?!" kata guru perempuan itu apabila dia terkejut melihat keadaan Bella.

"Di.. Dia! Dia sentuh saya!" Bella menunding ke arah Solar.

Kesemua pelajar terkejut mendengar kata-kata Bella itu termasuk Solar yang menerbeliakkan matanya sambil menunding jari ke arah dirinya sendiri.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top