BAB 27

"Agh! Kau kata ini gam gajah?! Macam mana diorang boleh lepaskan diri?!" marah Aryan sambil melemparkan botol gam ke arah Nadzir dengan kasar.

"I.. Itu memang gam gajah! Aku tak tahu macam mana mereka boleh lepaskan diri!" kata Nadzir dengan nada ketakutan.

BUK!!

"Egh?!" Nadzir mengerang kesakitan apabila dirinya terus ditendang oleh Aryan tanpa belas kasihan.

Aryan menghampiri Nadzir lalu menggenggam rambut Nadzir dengan kasar menyebabkan anak bawahannya yang satu itu menjerit kesakitan.

"Berani kau nak bagi kat alasan aku ya?" kata Aryan.

"Maafkan aku, bos! Maafkan aku!" rayu Nadzir.

"Aku bagi kau buat kerja ni sebab aku baik untuk biarkan kau balas dendam atas kematian ayah kau tapi idea kau langsung tak boleh pakai!" marah Aryan.

"Maafkan aku! Aku takkan buat lagi!" rayu Nadzir lagi.

"Faeq, bagi aku gam tu!" Aryan memberikan arahan.

"Baik, bos!" Faeq cepat-cepat mengambil botol gam itu dan memberikannya kepada Aryan.

"Kalau kau rasa maaf sangat, kau minum ni." Aryan menghulurkan botol itu ke wajah Nadzir menyebabkan Nadzir terkejut.

"Ta.. Tapi. Agh?!" Nadzir tidak meneruskan ayatnya apabila Aryan semakin kuat menarik rambutnya.

"Huh?! Ada ke aku suruh kau bercakap?!" marah Aryan lagi membuatkan Nadzir terdiam.

"Pegang dia," kata Aryan lalu ahli kumpulannya yang lain terus memegang Nadzir secara beramai-ramai.

"Na.. Nanti! Nanti!" Nadzir cuba memberontak.

"Kau tahu tak? Kau sepatutnya tak layak masuk kumpulan aku, sebab apa? Sebab kau tak kaya lagi selepas bapak kau tu mampus, mampus sebab apa? Sebab bapak budak-budak baru tu jatuhkan bapak kau depan semua orang. Aku tak sangka kau mampu menipu aku dan kata kau anak orang kaya tapi heh, rupanya hampa. Kau sepatutnya bersyukur yang aku masih terima kau kerana kau sepatutnya cuma anjing jalanan macam yang lain," kata Aryan dengan pandangan menghina terhadap Nadzir.

Aryan merentap wajah Nadzir sebelum menolak hujung botol gam yang sudah terbuka ke dalam mulut Nadzir.

Nadzir sedaya upaya untuk melawan Aryan, suaranya kedengaran tercekik dan mengalami sesak nafas. Gam mula memenuhi mulutnya dan lebihan gam mengalir keluar daripada hujung bibirnya apabila dirinya cuba untuk melawan Aryan dan yang lain.

Setelah botol gam itu sepenuhnya kosong, Aryan mencampak botol itu jauh-jauh sebelum berundur daripada Nadzir.

"Anggap ini sebagai denda kau. Kalau kau rasa kau masih nak sertai aku, kau cuma dengar cakap aku. Okey?" kata Aryan lalu senyuman jahat menghiasi bibirnya.

Nadzir yang sudah dilepaskan terus terbatuk-batuk dengan sangat kuat sebelum memuntahkan gam yang berada di dalam mulutnya. Dia cuba untuk memuntahkan gam yang ditelannya sebanyak yang mungkin manakala matanya yang berair menatap ke arah Aryan dalam ketakutan.

[SWITCH]

Sementara itu, kelihatan Taufan dan Solar berjalan keluar daripada kawasan akademi setelah waktu pembelajaran sudah tamat.

"Kau nampak tak muka Aryan selepas kita masuk makmal tadi?" soal Solar.

"Aku nampak, kemain tak puas hati dia pandang kita. Haha! Aku suka, aku suka!" kata Taufan dengan nada gembira.

"Haha! Kan tapi itulah, habis seluar kita rosak. Dah kena beli baru," kata Solar dengan nada kecewa.

"Betul juga. Nampaknya kita kena pergi beli seluar baru dulu," kata Taufan pula.

"Psst! Solar! Ufan!"

Tiba-tiba satu bisikan menarik perhatian Taufan dan Solar membuatkan mereka berdua memandang ke satu arah. Kelihatan seseorang bersembunyi di belakang pokok yang berada di luar pagar akademi menyebabkan Taufan dan Solar cepat-cepat menghampiri sosok itu.

"Duri?! Apa yang kau buat kat sini?! Kau tak patut berada di kawasan sini!" bisik Solar dengan nada cemas.

"Ma.. Maaf. Abang Jo suruh Duri ambil ubat Tok Aba, jadi alang-alang itu Duri boleh balik dengan Ufan dan Solar," kata Duri, dia tiba-tiba sahaja rasa bersalah.

Taufan dan Solar terdiam seketika lalu masing-masing memandang antara satu sama lain sebelum melepaskan keluhan.

"Okey, okey. Jom kita pergi ke bandar sekejap, kami nak pergi beli seluar baru." Taufan bersuara.

"Eh? Kenapa?" Duri terkebil-kebil.

"Duri tak nampak kami pakai seluar track sekarang ini?" soal Solar sambil menunjukkan seluar yang dipakainya sekarang ini.

"Eh?! Apa yang jadi dengan seluar korang?!" Duri terkejut.

"Macam biasalah," kata Solar.

"Oh." Itu sahaja ayat yang mampu keluar daripada mulut Duri, dia memahami kata-kata yang dilontarkan oleh Solar.

"Sudah, jom. Nanti Abang Jo risau pula kalau kau balik lambat," kata Solar lagi sambil memimpin tangan Duri.

Mereka bertiga mengambil keputusan untuk ke bandar menggunakan bas dan membeli seluar sekolah baharu di sebuah kedai pakaian. Setelah selesai, masing-masing memilih untuk berehat seketika di sebuah kafe.

"Duri, boleh aku tanya sesuatu?" soal Taufan apabila mereka menunggu pesanan mereka tiba.

"Hm? Tanyalah," balas Duri.

"Ais ada gaduh dengan mana-mana rakan sekelas ke sebelum ni?" soal Taufan.

"Hm? Bergaduh sebelum ni?" Duri menyentuh dagunya sendiri dan bola matanya menatap ke udara seperti memikirkan sesuatu.

"Oh, Ais ada pernah marah dengan Liyana!" sambung Duri.

"Liyana? Nanti, Liyana yang Aryan suka tu ke?" Solar terkejut.

"Huh? Kau kenal ke?" Taufan mengerutkan dahinya.

"Tak tapi ingat tak masa aku cerita yang Duri kena tekap dengan pelurus rambut? Ya, penyebabnya adalah kerana Aryan suka kat perempuan tu dan perempuan tu layan Duri dengan baik," kata Solar dengan suara perlahan, dia tidak mahu pelanggan yang lain tahu abang kembarnya ini dibuli dengan teruk.

"Huh? Jadi perempuan yang tolong kita tadi adalah.."

"Ya, itu Liyana." Solar menganggukkan kepalanya, menyetujui kata-kata Taufan.

"Tapi kenapa Ais marah dengan Liyana?" soal Taufan lagi.

"Tak tahu tapi Ais cakap yang dia tak nak Liyana tolong kami lagi," balas Duri.

Taufan dan Solar memandang antara satu lain dan memberi pandangan yang penuh tersirat.

"Ini pasti sebab Aryan," kata Taufan dan Solar secara serentak dengan nada menyampah.

"Hiks.. Hiks.. Hiks.."

Tiba-tiba satu tangisan menarik perhatian Taufan, Solar dan Duri. Masing-masing mencari sumber utama tangisan tersebut.

"Sudah-sudahlah, Wawa. Tiada gunanya kau menangis."

Tiba-tiba satu perbualan daripada meja yang berada di belakang Taufan dan Solar menarik perhatian mereka bertiga, mereka yakin sumber tangisan itu daripada meja tersebut.

"Sudah apanya?! Anak perempuan aku masih tak boleh terima yang kawan baik dia sudah mati! Mati!" kata wanita yang bernama Wawa, suara tangisannya kedengaran semakin kuat.

"Bawa bertenang, Wawa. Semua orang akan dengar kita," kata kawan kepada Wawa itu.

"Sudahlah, tiada guna aku cakap dengan kau. Aku fikir aku nak pindahkan Yaya ke sekolah yang lain, tiada gunanya kalau akademi itu simpan pembuli dan pembunuh kawan baiknya sendiri!" kata Wawa dengan nada tidak berpuas hati apabila kawannya itu langsung tidak tahu untuk menenangkan dia, wanita itu cepat-cepat mengemas beg tangannya sebelum beredar meninggalkan kawannya itu.

"Wawa, Wawa! Tunggu! Siapa nak bayar air ni?!" jerit kawan Wawa itu.

Taufan dan Solar memandang antara satu sama lain setelah mendengar perbualan antara dua wanita itu, mereka sepertinya menyedari sesuatu tentang perbualan tersebut.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top