BAB 24
"Ais, akhirnya kau datang!" Tiba-tiba suara lantang seseorang menarik perhatian Taufan dan Solar.
"Itu ke Aryan?" bisik Taufan.
"Aku rasa ya," bisik Solar pula.
"Adakah kau okey?" soal Aryan lalu senyuman penuh tersirat menitip di bibirnya.
".. Apa yang kau nak, Aryan?" Solar menatap Aryan dengan tatapan menyampah.
"Oh? Lepas kau cuti lama, lain macam perangai kau ya? Kau memang berani untuk datang semula ke sini, kau memang tak tahu malu ke?" kata Aryan dengan nada mengejek.
Solar memandang Aryan atas dan bawah, mahu sahaja dijolok mata remaja yang berada di hadapannya sekarang ini.
"Suka hati akulah kalau aku nak datang ke tidak. Ni aku nak cakap sesuatu, berani kau eh cari pasal dengan Duri masa aku tak ada? Mana duit yang kau ambil dari dia, huh?!" kata Solar membuatkan Aryan dan ahli kumpulannya terkejut dengan perangai Solar itu.
"Eh, makin berani kau ya?!" Aryan terus merentap kolar milik Solar dan mengepal penumbuknya ke udara seperti mahu menumbuk Solar.
"Weh, apa yang kau nak buat ni?!" celah Taufan apabila situasi semakin hangat, dia pun tidak sangka Solar mampu memprovok Aryan sebegitu rupa.
"Kau jangan nak sibuk! Aku nak ajar kembar kau ni!" kata Aryan dengan lantang lalu dia ingin melepaskan tumbukan pada Solar tetapi Solar malah jauh lebih pantas daripada Aryan di mana Solar terus merentap lengan Aryan dan mencampak Aryan terus ke lantai.
"Aghh?!!" Aryan menjerit kesakitan dikala badannya terhempas di atas lantai dengan sangat kuat.
Kesemua pelajar yang berada di dalam kelas termasuk ahli kumpulan Aryan terkejut dengan kemampuan Solar itu, Taufan juga tidak terkecuali tetapi wajahnya yang asal terkejut berubah gembira.
"Heh, sedap makan lantai?" ejek Solar.
"Ka.. Kau! Berdiri kat situ apa lagi?! Ajar dia ni!" marah Aryan.
"Oh! Ba... Baik!" Kesemua ahli kumpulan Aryan terus meluru ke arah Solar dan menyerang Solar.
Solar kembali membalas serangan mereka, satu per satu ahli kumpulan Aryan ditumpas tetapi masih ada beberapa daripada mereka tidak mahu mengalah dan ingin menyerang Solar lagi.
Pergaduhan itu sungguh dahsyat sehingga pelajar-pelajar yang tidak terlibat berlari daripada kelas seperti lipas kudung.
"Panggil Cikgu Bahri! Panggil Cikgu Bahri!" jerit salah satu pelajar 2 Bakti dalam keadaan cemas.
"Ughh.. Aghh.."
Akhirnya kesemua ahli kumpulan Aryan terbaring di atas lantai dalam keadaan mengerang kesakitan.
"Uish! Cayalah, Ais!" puji Taufan sambil memberi high-five kepada Solar.
"Heh, kacang je ni." Solar membalas dengan perasaan bangga.
"Huh?! Hati-hati!" jerit Taufan sambil menolak Solar ke tepi.
BUK!
Sebuah kerusi dihempuk ke kepala Taufan oleh Aryan menyebabkan remaja itu terus terjatuh di atas lantai.
"Huh?! Duri!" jerit Solar, dia terkejut dengan permainan kotor daripada Aryan.
Solar mengetapkan giginya, darahnya mula menggelegak dan terus menyerang Aryan tanpa berfikir panjang.
"Ahhh?!!" Aryan menjerit dikala Solar terus menerkamnya sehingga terjatuh di atas lantai.
"Kau tak guna!" marah Solar sambil menumbuk wajah Aryan berkali-kali.
"Ughh.." Taufan yang terbaring di atas lantai perlahan-lahan bangun sambil menggosok kepalanya yang terasa berdenyut.
"Huh?! Berhenti, So.. Ais! Berhenti!" Taufan meluru ke arah Solar dan cuba menghalang adik kembarnya itu daripada terus menumbuk wajah Aryan.
"Ais! Duri! Apa yang kamu dah buat?!"
Tiba-tiba suara lantang Bahri mengejutkan Taufan dan Solar, masing-masing memandang terus ke arah guru kelas 2 Bakti itu dengan wajah terkejut.
"Oh tidak," gumam Taufan.
"Kamu berdua pergi ke bilik disiplin sekarang!" tengking Bahri dengan lantang.
[SWITCH]
BUK! BUK!
Sebuah fail nipis dipukul di atas kepala Taufan dan Solar yang berdiri cegat di hadapan guru disiplin.
"Cuti punya lama, lepas tu kau buat hal?! Apa jenis manusia kau ni, huh?!" tengking guru disiplin itu sambil mengetuk-ngetuk kepala Solar berkali-kali.
Solar yang tidak puas hati hanya mampu mengetapkan giginya dan berdiam diri dikala dirinya ditengking.
"Tapi cikgu, Aryan dan geng dia yang mula dulu!" Taufan cuba untuk membela Solar yang sedang teruk ditengking oleh guru disiplin itu.
"Eh, diam kau! Ada ke aku suruh aku cakap?!"
BUK!
Pukulan fail dikenakan ke wajah Taufan membuatkan Taufan terkedu dan terkebil-kebilkan matanya apabila bucu fail itu hampir mengenai biji mata Taufan. Taufan tidak sangka guru disiplin lakukan padanya seperti itu hanya kerana dia cuba membela Solar.
"The audicity!" kata Taufan di dalam hati, hatinya geram sangat dengan guru disiplin yang satu itu sehingga dia hampir berbahasa inggeris.
TOK! TOK! TOK!
Tiba-tiba bunyi ketukan kedengaran di pintu bilik itu, menarik perhatian Taufan, Solar dan guru disiplin itu.
"Masuk," kata guru disiplin itu dengan nada dingin.
Pintu bilik disiplin dibuka lalu seorang pengawas lelaki berjalan masuk ke dalam bilik itu.
"Cikgu panggil saya ke?" soal pengawas itu.
"Ni, aku nak kau bawa budak-budak samseng di tengah padang! Aku nak mereka kutip sampah di padang dan tulis pemohonan maaf sebanyak 100 kali sebelun waktu rehat habis, faham?!" arah guru disiplin dengan tegas.
Taufan dan Solar tercengang mendengar hukuman yang mereka bakal terima.
"Faham, cikgu." Pengawas itu menganggukkan kepalanya, menuruti arahan guru disiplin itu.
"Bawa mereka ke padang sekarang!" sambung guru disiplin itu.
"Baik, cikgu." Pengawas itu terus berjalan keluar dari bilik itu bersama Taufan dan Solar.
Ketika Taufan dan Solar berjalan di koridor menuju ke padang, mereka berdua terserempak dengan Aryan dan ahli kumpulannya yang baru sahaja keluar daripada ruang rawatan jururawat akademi. Taufan dan Solar menatap tajam ke arah Aryan yang tersenyum kepada mereka berdua sebelum dia menggerakkan mulutnya seperti mengatakan sesuatu.
"Padan muka."
Solar yang mampu membaca gerak mulut Aryan itu mula naik berang.
"Kau!" Solar mahu menyerang Aryan lagi tetapi dihalang oleh Taufan.
"Solar, chill!" bisik Taufan.
"Lepaskan aku! Aku mahu cili mulut tak guna tu!" marah Solar.
"Ehem! Kau sudah pergi ke ruang rawatan?" Tiba-tiba pengawas itu bersuara, menarik perhatian Taufan dan Solar.
"Huh? Abang cakap dengan saya ke?" Taufan menunding ke arah dirinya sendiri.
"Yalah, siapa lagi. Aku dengar budak tu pukul kau guna kerusi," kata pengawas itu lagi.
"Ah, mungkin saya tak ada apa-apa. Saya dah tak rasa sakit," kata Taufan lalu senyuman ceria muncul di bibirnya.
"... Hmm. Okey, jom pergi ke padang." Pengawas itu kembali mengorak langkahnya.
Taufan dan Solar terus mengikuti pengawas itu menuju ke padang, pengawas tersebut membawa mereka berdua ke belakang pentas padang.
"Eh, kenapa abang bawa kami ke sini?" Taufan terkebil-kebil.
"Aku cuma nak mudahkan kerja korang," kata pengawas itu lalu dia mengeluarkan beberapa helai kertas serta pen dan memberikannya kepada Taufan dan Solar.
"Korang tulis je ayat 100 kali tu," kata pengawas itu.
"Huh? Macam mana dengan kutip sampah tu?" soal Taufan lagi lalu menerima pukulan daripada Solar pada bahunya.
"Agh?! Apa? Aku tanya sahaja," kata Taufan lalu pengawas itu sekadar menggelengkan kepalanya.
"Heh, cikgu tu takkan pernah periksa. Korang bernasib baik yang dia pilih aku, jadi hukuman korang dilonggarkan. Sudah, tulis cepat. Itu sahaja yang dia periksa," kata pengawas itu pula.
"Oh. Terima kasih, abang pengawas!" ucap Taufan.
"Hei, abang pengawas kau panggil aku? Aku ada nama, okey?" kata pengawas itu sambil bercekak pinggang.
"Oh, hehe. Maaf, bang. Apa nama bang?" soal Taufan tersipu-sipu malu.
"Heh, panggil aku Fang."
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top