BAB 2

Sebuah kereta api tiba di landasan Stesen Kereta Api Kota Hilir, terdapat beberapa orang penumpang sudah menunggu di barisan sembilan termasuk Duri dan Ais yang berdiri di belakang barisan itu.

TING!

Pintu gerabak terbuka luas dan penumpang berpusu-pusu keluar daripada gerabak itu sebelum penumpang yang berbaris pula masuk ke dalam gerabak itu.

"Maafkan kami, tumpang lalu!" kata Duri yang menapak masuk ke dalam gerabak tersebut bersama Ais.

Kelihatan penumpang sedang sibuk memasukkan bagasi atau beg masing-masing ke dalam tempat bagasi yang berada di atas kepala mereka manakala Duri sibuk mencari tempat duduk mereka mengikuti nombor yang tertera pada tiket yang dipegangnya.

"Oh, ini tempat kita! Ais, duduklah dulu!" kata Duri sambil memberi laluan kepada Ais.

"Oh, okey." Ais terus duduk di kerusi yang berada di sebelah tingkap manakala Duri sedang meletakkan bagasi mereka di tempat bagasi yang berada di atas kepala mereka.

"Okey, dah siap." Duri menyapu-nyapu telapak tangannya sebelum duduk di kerusi bersebelahan dengan Ais.

"Perhatian kepada penumpang, sila ambil duduk masing-masing dan konduktor bakal memeriksa tiket masing-masing sebelum bertolak."

Sebuah pengumuman bergema di dalam gerabak kereta api itu dan seorang konduktor kereta api menapak masuk ke dalam gerabak itu, memeriksa setiap tiket penumpang termasuk milik Duri dan Ais.

"Perhatian kepada kesemua penumpang yang dikasihi sekalian, kereta api bakal bergerak sebentar nanti. Sila duduk di tempat masing-maisng daripada apa-apa kemalangan berlaku."

Satu lagi pengumuman bergema di seluruh gerabak.

TING!

Pintu gerabak kereta api perlahan-lahan tertutup sebelum kereta api tersebut bergerak meninggalkan Stesen Kereta Api Kota Hilir, kereta api tersebut merentasi hutan yang mengelilingi landasan kereta api tersebut.

Ais meletakkan bantal leher di lehernya dan bersandar dengan selesa, mata birunya menatap pemandangan yang berada di hadapan matanya.

"Ais nak?" Duri menghulurkan buah oren yang sudah dikupas kulitnya.

"Nak," balas Ais lalu mengambil buah oren tersebut sebelum dia memakan buah tersebut satu per satu.

Duri mengeluarkan telefon dan earphone daripada begnya sebelum menyumbat earphone tersebut ke dalam telingannya. Duri memasang lagu di dalam telefonnya sebelum dia menekan kamera dan menghalakan kamera hadapan ke arah dirinya dan Ais.

"Ais, senyum!" kata Duri.

"Huh?" Ais memandang ke arah telefon milik Duri sebelum senyum ke arahnya.

KLIK! KLIK!

Beberapa gambar diambil sebelum Duri menghantarnya ke groupchat adik-beradik kembarnya.

Ais yang melihat tingkahlaku Duri itu hanya sekadar tersenyum sebelum dia kembali memandang ke luar tingkap, dia mengelamun buat sementara waktu sehinggalah perlahan-lahan matanya terasa berat.

"Hm?" Duri yang terperasan Ais mula bersandar ke dinding, memandang ke wajah Ais.

Ais sudah menutup matanya dan dengkuran halus keluar daripada mulutnya.

"Hehe." Duri ketawa kecil lalu dia mengambil gambar Ais sebelum dia kembali bersandar dan membalas mesej.

[SWITCH]

Pulau Rintis, 11:20 pagi..

"Perhatian kepada kesemua penumpang yang disayangi, anda bakal tiba di destinasi anda. Pastikan anda semua menyimpan segala barang penting ke dalam beg dan mengutip sampah sebelum keluar daripada gerabak kereta api. Sekian terima kasih."

Sebuah pengumuman menarik perhatian Duri, dia menanggalkan earphonenya dan menyimpan telefonnya ke dalam beg sebelum menepuk bahu Ais yang masih tertidur.

"Hu..Huh?" Ais membuka matanya dan memandang ke arah Duri dalam keadaan mamai.

"Kita dah nak sampai," kata Duri.

"Oh, okey." Ais menggosok wajahnya sendiri sebelum meregangkan badannya.

Duri mengemas segala plastik jajanan yang dimakannya ke dalam plastik, dia memeriksa tempat duduknya jika terdapat barang dia yang terjatuh.

"Lama ke aku tidur?" soal Ais.

"Lama jugalah," balas Duri.

Tiba-tiba Duri dan Ais dapat rasakan kereta api yang mereka naiki perlahan-lahan berhenti di sebuah stesen kereta api yang terletak di Pulau Rintis.

"Wah, kita sudah sampai!" kata Duri dengan perasaan teruja.

TING!

Pintu gerabak dibuka dan kesemua penumpang mula berpusu-pusu keluar daripada gerabak tersebut sehinggalah Duri dan Ais yang merupakan terakhir yang kelaur daripada gerabak tersebut, mereka tidak mahu berebut keluar dengan penumpang yang lain.

"Kau tak tinggal apa-apa barang kat dalam, kan?" soal Ais.

"Tak, Duri sudah periksa banyak kali." Duri membalas.

"Bagus," ucap Ais.

"Oh ya, mungkin Duri patut telefon teksi untuk hantar kita ke rumah Tok Aba." Duri mengeluarkan telefonnya dan melakukan panggilan.

"Helo? Ada mana-mana teksi yang kosong yang boleh ambil kami di stesen kereta api?.. Ya. Sekarang... Dua orang. Oh! Baik, terima kasih!"

Duri mematikan panggilan setelah dia selesai berurusan.

"Dapat teksi?" soal Ais.

"Ya, nanti teksi tu sampai! Jom kita tunggu kat luar dulu," balas Duri.

"Okey."

Duri dan Ais menapak keluar daripada stesen tersebut lalu mereka berdua duduk di bangku di luar stesen, menunggu teksi untuk tiba.

"Baru aku teringat, siapa nama penjaga yang jaga Tok Aba?" soal Ais.

"Hm? Hmm. Abang Jo? Seingat Durilah," balas Duri.

"Abang Jo, huh? Tapi aku pelik, kenapa ayah nak sangat kita teman Tok Aba ya? Padahal Abang Jo dah ada," kata Ais.

"Mungkin ayah tak percaya Abang Jo seratus per ratus?" kata Duri pula.

"Hmm. Mungkin betul juga."

Tiba-tiba telefon milik Duri berdering, Duri menekan butang jawab dan menjawab panggilan yang diterimanya.

"Helo?.. Oh, dah sampai? Kereta warna merah? Oh, okey!" Duri terus mematikan panggilan.

"Teksi kita dah sampai ke?" soal Ais.

"Ha'ah, kereta warna merah itu." Duri menunding jari ke arah teksi berwarna merah yang tidak jauh daripada mereka.

"Oh."

Duri dan Ais cepat-cepat berdiri dan mengheret bagasi mereka ke arah teksi itu.

"Biar pakcik tolong kamu berdua," kata pemandu teksi itu sambil membantu Duri dan Ais mengangkat bagasi ke dalam bonet.

"Oh, tak apa. Kami boleh angkat sendiri," kata Ais, dia tidak mahu menyusahkan pemandu itu.

"Alah, tak apa. Kamu berdua pasti penat setelah naik kereta api, kan?" kata pemandu itu dengan ramah.

".. Terima kasih," ucap Ais.

"Terima kasih," ucap Duri pula.

"Masuklah. Mari kita bergerak," kata pemandu itu sambil masuk ke tempat pemandu.

Tanpa berkata apa-apa lagi, Duri dan Ais terus duduk di tempat duduk penumpang sebelum menutup pintu teksi tersebut.

"Jadi, kamu berdua nak pergi mana?" soal pemandu itu.

"Ini tempatnya," kata Duri sambil menunjukkan alamat pada skrin telefonnya.

"Oh, okey." Pemandu itu menulis alamat yang diberikan oleh Duri pada peta di dalam telefonnya, dia menghidupkan enjin teksi sebelum memandu teksi tersebut.

"Alamat ini, adakah kamu berdua cucunya Tok Aba?" soal pemandu itu.

"Ya, macam mana pakcik tahu?" soal Duri pula.

"Haha. Siapa sahaja tak kenal Tok Aba. Dengarnya dia jatuh sakit, betul ke?" kata pemandu itu.

"Ya," balas Duri dan Ais pula sekadar menganggukkan kepalanya.

"Jadi ayah kamu hantar kamu berdua ke sini?" soal pemandu itu lagi.

"Ya, ayah kami suruh kami teman Tok Aba." Duri membalas.

"Dan kamu tinggal di sini untuk beberapa hari?" soal pemandu itu lagi.

"Tidak pasti lagi, kami juga pindah sekolah di sini. Jadi ya," kata Duri, dia juga tidak tahu jawapan yang sesuai untuk diberikan kepada pemandu itu.

"Huh?! Ayah kamu pindahkan kamu sini?!" Pemandu itu terkejut.

"Ya."

"Apa jenis ayah kamu ni hantar anak sendiri tinggal di sini? Ini teman ke, suruh jaga terus?" rungut pemandu itu tetapi Duri hanya mampu ketawa gemuruh.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top