BAB 16
Butang kekunci di skrin telefonnya ditekan satu per satu, menghasilkan sebuah nombor telefon. Butang hijau ditekan sebelum skrin telefon ditekup ke telinganya.
"Helo?" Kedengaran suara seseorang di hujung panggilan telefon.
"Assalammualaikum, Encik Amato?" Abang Jo membuka bicaranya.
"Waalaikumaalam. Kenapa ni, Jo? Ada apa-apa masalah ke?" balas Amato.
"Encik, saya ada sesuatu ingin bincangkan."
"Tentang apa?"
"Tentang Ais dan Duri," kata Abang Jo.
"Apa-apa yang terjadi dengan mereka ke?" soal Amato lagi.
"Saya rasa mereka bergaduh di sekolah tadi," balas Abang Jo.
"Huh?! Bergaduh?!" Amato kedengaran terkejut.
"Ya."
"Kamu biar betul ni? Akademi yang saya pilih itu akademi yang bagus-bagus, tak mungkin sehingga jadi macam tu."
"Sebentar tadi ada seseorang membaling batu ke tingkap bilik mereka. Ya, saya rasa pergaduhan mereka agak teruk sehingga buat Ais ketakutan. Ais dan Duri juga pulang lebih awal hari ini," terang Abang Jo panjang lebar.
Amato mengeluh.
"Boleh saya cakap dengan mereka?" soal Amato.
"Boleh tapi Ais sudah tidur," balas Abang Jo.
"Biar saya cakap dengan Duri sahaja," kata Amato lagi.
"Baik, sebentar. Duri!"
"Ya?!" sahut Duri daripada tingkat atas.
"Ada panggilan untuk kamu!"
Duri cepat-cepat turun ke tingkat bawah setelah mendengar kata-kata Abang Jo itu.
"Siapa telefon?" soal Duri.
"Ayah kamu," balas Abang Jo sambil menghulurkan telefon kepada Duri.
"Eh? Ayah?" Duri terkebil-kebil sebelum dia meletakkan telefon ke telingannya.
"A.. Assalammualaikum, ayah?" ucap Duri tergagap-gagap, entah mengapa dia rasa tidak sedap hati.
"Waalaikumsalam. Duri, Duri ngan Ais gaduh kat akademi ke?" Amato terus menyoal dengan tegas.
"E..Eh? Ta.. Tak," balas Duri.
"Habis tu, kenapa Abang Jo kata kamu berdua bergaduh?" soal Amato lagi.
Duri menatap ke arah Abang Jo buat seketika, dia sudah sedar mengapa Amato menelefon mereka sekarang ini.
"Duri dengar sini ya, ayah tak nak dengar apa-apa laporan yang kamu atau Ais bergaduh. Faham?" kata Amato dengan tegas.
"Ta.. Tapi ayah, kami bergaduh sebab mereka yang mula da.."
"Tiada tapi-tapi, dengar cakap ayah." Amato mencantas Duri daripada berkata-kata.
"... Baik. Duri faham," balas Duri dengan pasrah.
"Bagus, jaga diri baik-baik. Duit belanja ada lagi?" soal Amato lagi.
"Ada," balas Duri ringkas.
"Okey. Kalau tak cukup, beritahu sahaja ayah. Okey?" kata Amato.
"Hm, okey. Dah lah, Duri nak buat kerja sekolah. Bye."
"Bye."
Duri terus menghulurkan telefon kepada Abang Jo, entah mengapa Duri kecewa dengan ayahnya. Mungkin kerana ayahnya tidak mahu mendengar penjelasannya dahulu barangkali. Duri terus meluru ke tingkat atas.
"Ais." Duri menghampiri Ais yang tertidur nyenyak di atas katil.
"Ais, bangun." Duri menepuk bahu Ais dengan lembut.
"H..Hm?" Ais membuka salah daripada matanya dalam keadaan mamai.
"A.. Ayah telefon tadi," kata Duri.
"Oh." Ais kembali menutup matanya dan ingin tidur semula, otaknya cuba memproses ayat-ayat yang dikatakan oleh Duri.
"Huh?! Ayah telefon?!" Ais terus bangun ke posisi duduk, serta-merta matanya menjadi segar.
"Ya.. Abang Jo yang telefon ayah dan beritahu ayah yang kita bergaduh kat sekolah," kata Duri.
"Apa?!" Ais tercengang.
"Abang Jo..." Ais memicit dahinya.
"Duri cuba nak beritahu perkara sebenar kat ayah tapi ayah potong kata-kata Duri," kata Duri dengan nada sedih.
"... Sudah tentu." Ais mengeluh.
"Ki.. Kita nak buat macam mana ni?" soal Duri.
"... Nampaknya kita perlu bertahanlah," balas Ais.
Keesokan harinya, kelihatan Duri dan Ais sedang menjamah sarapan di ruang makan.
"Betul ke Ais dan Duri nak pergi sekolah hari ni?" soal Abang Jo.
"Hm," balas Ais singkat, dia tak ada mood nak bercakap dengan Abang Jo hari ini.
"Kenapa ni, Ais? Adakah kamu marah dengan Abang Jo yang Abang Jo beritahu ayah kamu?" soal Abang Jo lagi tetapi Ais hanya mampu mendiamkan dirinya manakala Duri memandang mereka berdua bersilih-ganti.
"Abang Jo cuma nak tolong kamu sahaja. Tengok keadaan semalam, sampai pecah tingkap bilik kamu. Beritahu abang, macam mana boleh sampai begini kamu bergaduhnya. Hm?" kata Abang Jo panjang lebar.
"Duri, jom pergi." Ais terus bangun dan menyandang begnya, dia tidak mahu mendengar kata-kata Abang Jo di pagi hari.
"E.. Eh? Okey!" Duri terus menyumbat roti bakar ke dalam mulutnya dan berlari mengikuti Ais.
"Tok Aba, kami pergi dulu." Ais terus mencium tangan Tok Aba.
"Baiklah. Belajar elok-elok ya?" kata Tok Aba.
"Baik, Tok Aba." Ais menganggukkan kepalanya sebelum dia menyarung kasutnya dan berjalan keluar.
"Bye, Tok Aba!" ucap Duri sebelum dia terus menutup pintu dan berjalan mengikuti Ais.
[SWITCH]
Setelah beberapa minit berjalan kaki, Ais dan Duri akhirnya tiba di akademi tetapi ada sesuatu yang tak kena. Kesemua pelajar memandang ke arah mereka berdua dengan bisikan, ada yang ketawa dan ada yang membuat wajah jijik.
"U.. Uhm.. Kenapa semua pandang kita lain macam ni?" bisik Duri.
"... Aku pun tak tahu," kata Ais.
Mereka berdua berjalan ke kelas dan menghiraukan tatapan pelajar di sekeliling mereka tetapi terhenti apabila mereka melihat keadaan meja mereka berdua yang diconteng dengan kata-kata kesat dan dipenuhi dengan sampah.
"Eh? Siapa yang buat ni?" kata Duri dengan nada terkejut.
"Haha! Akhirnya budak baru sudah sampai! Berani betul korang ya datang ke sini dengan muka tak malu?!"
Tiba-tiba suara Aryan mengejutkan pasangan kembar itu.
"Aryan." Ais menatap tajam ke arah Aryan dan ahli kumpulannya itu.
BUK!
Tendangan dilepaskan kepada perut Ais membuatkan Ais terus terduduk di atas lantai.
"Ais!" jerit Duri sambil cuba lindungi Ais.
"Korang berdua, ikut aku sekarang!" kata Aryan dengan lantang sebelum dia mendahului berjalan keluar daripada kelas.
Ahli kumpulan Aryan terus mengheret Ais dan Duri, mengikuti Aryan ke bumbung bangunan akademi.
"Apa yang kau nak ni?! Kenapa kau bawa kami ke sini?!" Ais cuba melawan.
"Aku ada sesuatu nak bincang dengan kau," kata Aryan sebelum dia melepaskan tumbukan ke wajah Ais.
"Ugh?!" Ais mengerang kesakitan dan darah terkeluar daripada mulutnya.
"Ais!" jerit Duri, dia cuba mendekati Ais tetapi Faeq dan Caleb memegang kedua-dua lengannya dengan erat.
"Nadzir, kau boleh uruskan Duri." Aryan memberi arahan.
"Haha! Dengan senang hati," kata Nadzir sambil mendekati Duri.
"Nanti! Apa yang kau nak buat dengan Duri!" jerit Ais.
Nadzir melepaskan beberapa tumbukan pada Duri, Duri cuba melawan Nadzir tetapi genggaman daripada Caleb dan Faeq membuatkan Duri tidak dapat bergerak.
"Berhenti! Berhenti! Apa yang korang buat ni?!" jerit Ais.
"Apa yang kami buat? Kau buat laporan kat balai polis semalam, kan?!" jerkah Aryan.
Ais membulatkan matanya.
"Ma.. Macam mana kau.."
"Kenapa? Terkejut? Ayah aku ada ramai mata-mata di sini! Kau tahu tak apa masalah kau lakukan semalam?!" jerkah Aryan lalu Aryan terus memukul Ais menggunakan kayu hoki.
"Agh?!! Berhenti! Sakit! Sakit! Maafkan aku!" Ais hanya mampu menjerit kesakitan dan merayu ketika Aryan memukul badannya beberapa kali.
"Maaf? Heh, kalau kau betul-betul maaf apa kata kau melutut?" Aryan tersenyum sinis.
Ais yang terbaring lemah perlahan-lahan bangun dan cuba melutut, seluruh badannya terasa amat sakit.
"Dan apa yang kau perlu cakap?" soal Aryan.
"A.. Aku minta maaf," ucap Ais.
"Adakah kau akan buat sekali lagi nanti?" soal Aryan.
"Ta.. Tak." Ais menggelengkan kepalanya.
"Bagus kau ni tapi satu lagi, aku tak sangka kau boleh jadi sungguh jijik ya?" kata Aryan.
"A.. Apa?" Ais terkebil-kebil.
"Oh, kau tak tahu? Biar aku tunjuk kat kau," kata Aryan sambil mengeluarkan telefonnya, dia mencari sesuatu di dalam telefonnya sebelum ditunjukkan kepada Ais.
Mata Ais membulat apabila dia melihat skrin telefon milik Aryan.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top